Monday, October 3, 2011

Badan Melengkung!

Salam kalian... :)

Pagi-pagi lagik, daku dah tengok muka kat cermin, pegang pinggang then mula timbang berat badan! Omaigod! sudah naik 2 kg! cis! ni mesti kerana keseronokan makan rendang dan ketupat time hari raya hari tu sampai tak ingat dunia! T___T

mana tak, pergi umah Makcik Temah, makan lemang rendang tok! masuk umah Cik Embun pulak makan laksa penang.. tak cukup dengan tu, sambung lagik makan kat umah Mak Kiah...haruslah kau telan nasi impit berketul-ketul dengan ayam marah merah sepinggan! rasanya dah boleh hitung jumlah lemak yang terbina sempena hari raya lepas kot!!

Tehee! :D

maka tak heranlah kalau waktu puasa kau turun 5 kg, tapi time first day raya je, kau boleh naik sampai berbelas-belas kg! yelah, tengok makanan sedap mengalahkan tengok lelaki hensem melintas depan mata! kan-kan? :D

 lepas ni mungkin kena cari baju rm5 yang longgar-longgar sikit okey Elie! kalau tak, nak duduk pun kau kena segan dan malu-malu kucing! huuu!

bila pikir-pikir, sangatlah bahaya daku kalau cuti-cuti ni tak berpeluh-peluh!  yelah, nak tunggu masuk degree bulan 3 tahun depan, daku kerja pun tak mula lagik..kalau dah kata duduk rumah, layan belog sendiri sambil tengok muvie sampai 10 jam depan lappy, memang berketul-ketul lemak terbina kot! belum lagi cakap pasal bape paket cikedis daku telan! haish! memang menangislah kalau duduk rumah saja sampai bulan 3 tahun depan!

nasib baik tadi daku ketuk umah Dato Sri Google, tengok video joget-joget! seronok pulak dapat tengok Beyonce buat senaman terkinja-kinja! sekarang daku dah tahu rahsia Beyonce! rupanya dia terjoget-joget je pun dah boleh buat badan dia melengkung macam ulat bulu gedik! teehee! :D


rasa nak menari kan kalau tengok dia joget?! fuh! nasib baik Dato Sri Google baik hati..ada jugak pinjamkan daku video tutorial nak belajar menari ala-ala Beyonce! peh! tak penah tau pulak ada tutorial pasal jogel-joget macam ni! ingatkan artis-artis ni suka rahsia-rahsia kalau nak badan malatops! :p


Amacam?! ada sesiapa dah stat menari macam Beyonce tak? hahah..lepas ni boleh lah isi waktu lapang dengan joget-joget macam Beyonce! kata nak maintain berat badan kan? barulah menyahut seruan Kempen Sihat Sedunia! tak payah berhabis duit dekat gim pun takpe! pasang video joget-joget pun dah cukup! kan? Manalah tahu suatu hari nanti, badan jadik melengkung macam badan Beyonce ker?!pheww! *mimpi sajalah kau Elie!* :D

Peh!! Menangis daku kalau dapat badan malatoppss macam ni! Untung kau JayZ! ouch! :D

Eh Elie? kau cakap orang, kau bila lagi nak cuba joget-joget macam Beyonce?! kata nak badan melengkung macam Beyonce?! jangan cakap saja labuuu!

Teeehee! :)

p/s: Memang menakutkan kalau sehingga bulan 3 tahun depan, daku duduk rumah saja, tanpa bekerja dan hari-hari memasak di dapur! Owh Men!!

26 comments:

Doktor Love said...

Badan elie dah cntiklah... xtmbam pun. mungkin Elie perlu maintain atau kalo elie xslesa, Elie boleh kurangkan cket. huhu... jom cari kerja, lie... busan dok rumahhh... =)

Elie Lily said...

aten..
sebab elie rasa macam dah naik la nak kena joget2 ten!heheh

jom2! bosan gile kot dok umah!! lama2 boleh mati kebosanan tau! :p

hanaahmad said...

aku cadangkan kau bekerja atau jpin apa2 aktiviti yang menarik dari duduk di rumah saja. ehhhee

Elie Lily said...

hana ahmad..
sememangnya akan bekerja..tapi sedang menunggu untuk lepas muet dulu! :)

Mila Ahmad said...

arghhhh..mila pown da gemuk tau...

tieha ismail said...

wow menari dalam bilik...tieha selalu buat camtu +.+

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Tgk Badan elie dah cantik dh..
*selalu gak menari seorg2 dlm bilik.. :D

Aku Si Pujangga said...

makan jek bia buncit.. hehehe.. :D

syahirooAhmad said...

erkkk.. wehhh naik 2 kilo je beb! bukan 200 kilo! ahha... jOm.. aku pun ngan turunkan berat badan ni.. :)

Fara E's said...

ok lettew weyh , haha

apik pehe said...

huhu..dah comey dah tu mek

Elie Lily said...

mila..
mila keje takpe..elie tak kott! :S

Elie Lily said...

tieha..
jom! joget sama2! :D

Elie Lily said...

lily..
celah mana tah yg cantik!hahha

Elie Lily said...

aku si pujangga..
mana boleh! bahaya untuk kesihatan! :)

Elie Lily said...

shahiroo..
kau lagi obses dari aku kot! :p

Elie Lily said...

Fara E'..
badan i tak macam u yang! :D

Elie Lily said...

apik..
comey la sangattt! :p

Namee Roslan said...

saya badan sekeping macam mana elie?? hehe. taktau nk kata apa. papan kayu haha. :D tp kalau x peluh namee pun rse lesu je. rse x bermaya. even kulit pun tak glow.

sugar2 kapas strawberry said...

nk kurus ~

Elie Lily said...

namee..
untung badan sekeping! makan banyak pun tak gemuk-gemuk! jeles nih! :D

Elie Lily said...

sugar..
jom eksesais! :D

Iwanski said...

melengkung juge cantek..

Elie Lily said...

iwanski..
cantik gilak kot! ;D

SheyPull said...

badan yg dah ade tu pun dah cukup comel dah awk..:P



JOM singgah blog saya nak...Kawan itu adalah segalanya...:)

Elie Lily said...

syelpull..
tapi dah naik 2 kg tau! :(