Friday, October 28, 2011

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul!

Salam kalian.. :)

Daku duduk bersama Atan di sebuah kafe, sambil minum teh tarik dan milo ais! sambil makan bihun sup, mula berborak tentang hal kami berdua...

Elie :  Kau amacam? Jadi ke kata nak tunang? Bila tu?

Atan : (mengangguk) Kau tau mana?

Elie : Kau yang cakap kat aku hari tu! Bila?

Atan : Tah! tahun depan kot! Tunggu Eka abis belajar lah!

(Eka merupakan kekasih Atan)

Elie : Owh. Eka tau kau sakit?

Atan : Tak! Aku tak bagitau pun!

Elie : Hah? Then? Kau nak simpan sampai bila? Better bagitau sekarang before dia tau dari mulut orang lain! 

Atan : Eh, aku tak tahulah Elie! Aku tak nak bagi harapan kat dia! Kalau hidup aku kawen la! kalau mati, takdelah!

Elie : Apahal kau ni? Takut sangat nak bagitau? 

Atan : Kau tak paham! Aku ni hidup entah bape lama lagik! 

Elie : Hurmm (diam dan terus diam)

**********************


daku tak tahu kenapa sejak Atan sakit, beliau banyak berdiam diri dari menjadi seorang yang mudah bergelak ketawa! kadang-kadang sedih juga bila melihat keadaan Atan yang sering menyendiri dan mudah melenting tak tentu pasal! mungkin beliau banyak memikirkan nasib diri sendiri dan Eka serta orang sekelilingnya! 

Namun sebagai kawan baik yang sudah menganggap Atan seperti adik beradik, adalah mustahil langsung untuk daku bergelak ketawa saat seorang adik berada di dalam keadaan menanti ajal! tapi apa yang boleh daku lakukan? mungkin menangis sendiri di dalam hati! ;(

Mungkin boleh tersenyum riang...tapi dalam hati, siapa tahu? Diri sendiri mungkin kuat menanggung nasib perpisahan dengan bekas kekasih, tapi jika perpisahan yang kekal bersama rakan karib, bagaimana rasanya? tak dapat daku bayangkan! :(

Benarlah kata orang...

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul!

Daku hanya mampu berdoa untuk kesihatan Atan dan berharap beliau tidak akan berputus asa! Kerana daku percaya, jika daku boleh lakukan untuk diri sendiri akibat peristiwa lalu, kenapa tidak beliau! mungkin keadaan kami tidak sama, tapi kita masih perlu terus memandang ke hadapan dalam kehidupan, kan?

Atan! Janganlah menangis! Cuba kuat sikit! :(

p/s: Mata bergenang, cuba menahan rasa dalam hati sendiri! Aduhai Elie! 

Tuesday, October 25, 2011

Majlis Tari Menari!

Salam kalian... :)

Akibat kekecewaan dalam perhubungan yang terputus beberapa hari yang lepas, kehidupan seharian daku menjadi agak tidak stabil untuk sementara waktu. Namun begitu, semuanya terubat apabila mendapat satu ajakan untuk ke sebuah Majlis Tari Menari! :)

Hai! inilah muka orang yang baru putus cinta! tengok tu, bajunya merah kan? itu tandanya harinya masih berdarah! hihih! senyumannya yang satu itu pun sememangnya mempunyai 1001 tanda tanya! tapi takpe, dia kuat macam Harimau Malaya kot! :)

Hey! bila diajak ke majlis tari menari untuk pertama kalianya, memang diri sendiri jadi bingung untuk 50 saat! bukan sahaja kerana ajakan tersebut adalah secara tiba-tiba, yang katanya ingin membantu daku merawat hati yang terluka, malah bingung untuk memikirkan baju apa yang harus disarungkan ke badan sendiri! puas dipikir-pikir, akhirnya dapat sehelai blaus merah menyala, konon-konon nak bagi semua orang boleh tengok daku dari jauh! muahaha! :D

Ehem! jangan tertipu tau, blaus merah ni sebenarnya harga rm15 saja! haritu daku capai time pergi kedai bundle kat ampang! terasa berada di era 60-an pulak bila kat side lengan ada ropol-ropol! hihi! 

dah kata namanya baru first time ada orang ajak pergi majlis tari menari, haruslah tak boleh kawal diri sendiri yang rasa agak gementar dan blur-blur kejap! memang tak pernah sangka bila masuk saja lagu-lagu di pesta, terus boleh buat diri sendiri lupa akan masalah rumah tangga!eh-eh? :D 

kau tau tak, betapa jakunnya daku bila first time dapat pakai bendalah yang menyala-nyala kat kepala tu! dulu, waktu sambutan Earth Hour, pernah tengok orang ramai pakai, terasa nak beli, tapi hampa! tak pernah jumpa orang jual kat kedai punn?! pfft!

hey! siapa sangka daku cukup bertuah bila dapat bergambar dengan jejaka idaman malaya? hahha! kata orang, tuah orang ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu kan? memanglah rasa nak menjerit-jerit sambil ketuk kepala 2-3-4 kali sebab macam tak percaya dapat bergambar dengan mamat hensemmm yang macho lagi mantap bergaya! :D

 Ehem! daku kini sudah menjadi single, jadi boleh lah jerit kuat-kuat : Jehan Miskin!! I Love Youuuu! sambil buat tangan berbentuk love kat kepala, konon-konon nak tiru cite Korea! :D

TAO TAK SATU PERKARA?

Sejak jadi single ni, ramai betul yang care kat daku! seperti kalian semua lah! siap kalau nak keluar rumah pergi berjimba-jimba pun, ada saja text message berbunyik "Kau jangan buat benda merepek-repek kat luar tu tau!", "Dah balik nanti jangan lupa mesej i okay? I risau u ni!" dan yang paling sweet... "I miss you Elie, jangan lupa kawan-kawan n i ada sentiasa untuk u!" 

peh! time-time daku dah single ni baru terasa ramainya orang sayang kat daku! gila bahagia! *sila cakap ramai-ramai, untunglaaaa Eliee!* weehaa!

Terima kasih ya semua? ;)

Sila yakin dengan gadis ini! dia cukup kuat dan berani dalam menempuhi semua kegagalan dalam hidupnya! sebab dia tahu, ramai orang sayangkan dirinya, dan haruslah dia sangat mencintai dirinya juga! barulah boleh dapat jolokan Gadis Bersemangat Waja! tak gitu semua? :)

Ehem! daku kini single, ada sesiapa nak ajak daku pergi majlis tari menari lagik? mana tahu boleh jadi Prince Ken dan Princess Elie ke? nak tak? nak tak? 

Teeeeheee! :D

p/s: siapa sangka pakai blaus merah menyala tu orang boleh ingat ia dari butik terkenal? hahaha! siapalah daku tanpa baju Bundle! kan? :p

Saturday, October 22, 2011

Saya Tak Mati! Cuma Koma Sebentar!

Salam kalian... :)

Sebelum apa-apa, ada sesiapa nak tanya daku macam mana dengan kehidupan selepas menjadi seorang single? i bet u guys semua harus terkejut beruk dengan perkhabaran yang lepas kan? hurmm..takpelah, benda yang lepas, jangan dikenang, walaupun daku sendiri masih dalam keadaan blur-blur lagik, tapi life must go-on kan? :)

Belum sempat sehari menjadi seorang single, daku sudah ditebak dengan segala phone call dan text message dari rakan-rakan yang memberi semangat! peh! gila maju teknologi sekarang! hihi! tanpa niat ingin menghebahkan tentang diri ini sudah single, daku hanya tidak mahu dikaitkan apa-apa lagi tentang hubungan yang lepas..

A Million Thank You kepada semua yang memberi semangat kepada daku, rakan-rakan, orang sekeliling dan kalian semua, walaupun dari alam maya! Sememangnya kalian yang menjadikan daku kuat bagai wira dan masih mampu berdiri sehingga hari ini! *apahal kau Elie,ayat giler skema! ceh!* heheh!

Terima kasih-terima kasih-terima kasih! :)

Hey Elie, apahal kau nak tonggeng-tonggeng macam mati laki pulak ni? cheh! ko tak mati lagi tau! kau masih hidup, jadi pandang ke hadapan, dan jalan terus! jangan nak tutup muka sambil menangis dan buat muka comot, tak kiut ponnn! T__T

Dan jangan risau ya semua! daku bukanlah gadis yang bodoh sangat walaupun baru menjadi single, tapi hendak menangis tak berlagu atau panjat bangunan setinggi tingkat 20 dan terjun ke bawah tingkat satu! apatah lagi tak pernah terpikir dek kepala akal untuk mengelar tangan sendiri! hoi! walaupun kekasih sudah tiada, Iman di hati masih kuat kan? :)

even luka di hati masih berdarah, tapi rasanya tak perlu menangis dan meraung macam hilang emak kat tepi jalan, kan? buang masa dan buat penat sahaja! lagipun pasti ada yang lebih baik dan sinar bahagia di luar sana, kan? so Move On, Elie! :)

Hey! Daku Tak Mati, Cuma Koma Sebentar!

Elie Lily yang kalian kenal ni bukan saja kuat! 

tapi beliau adalah seorang yang SUPER DUPER kuat!

kau percaya tak?

teehee!

p/s: Im Officially SINGLE! ;)

Wednesday, October 19, 2011

Putus Sudah Kasih Sayang!

Salam kalian...


Kata orang, tak semua yang kita impikan, akan dapat kita capaikan? tak kiralah dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita hanya merancang..tapi kita tak boleh menentukan kan? baik dari belajar, berkasih, bermesra dan segalanya..

dan setiap yang Dia tetapkan, pasti adalah yang terbaik untuk hambanya kan? 

samalah dalam bercinta! tak semua yang kita harapkan akan dapat kita peroleh! setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya! daku juga antara kalian yang mahukan perhubungan yang bahagia hingga nafas yang terakhir, tapi, apakan daya...

tiada jodoh antara kami berdua... :(

ini mungkin gambar terakhir yang bakal dipostkan dalam belog sendiri! daku dan Noddy kini sudah tiada apa-apa lagi! ini juga pertemuan terakhir kami selepas Melaka tempoh hari! ;( Terima kasih untuk segalanya, Sayang Noddy! 

usah tanya sedih atau tidak, kerana sudah pastinya menangis air mata darah sekalipun, benda sudah terjadi! selepas 3 tahun, hari ini mungkin menjadi penamat cerita kami! :( tapi Dia Maha Adil kan? pastinya ada yang lebih baik menanti untuk kami dan pasti ada hikmah atas semua yang terjadi!

Owh! tak perlu diulas apa-apa lagi..

kerana cukup saja daku katakan, tiada jodoh kami! 

lepas entry ini, i'allah tidak akan ada lagi kisah cinta bersama Noddy!

dan for sure, tiada lagi Noddy love Elie Lily..

Sila doakan yang terbaik untuk kami selepas perpisahan ini! :(

p/s: Tenanglah Elie, kau boleh lalui kehidupan ini! Ada jodoh, kawen lah nanti! -penulis sedang bermonolog sendiri! ;(

Monday, October 17, 2011

Teman Tak Bernyawa...

Salam kalian... :)

Sejak dari dulu, memang daku bukan seorang kaki buku atau ulat buku yang cemerlang! kalau nak kata berjaya, boleh lah jugak, tapi tidak untuk cemerlang! for sure bila baca buku, selalunya hanya bila perlu, seperti contoh, time-time nak exam, (sehari sebelum exam, baru bukak buku) dan waktu-waktu yang bila diharuskan untuk membaca! 

but sometimes, i used to read! Novel atau magazine, (Remaja haruslah pilihan utama) daku layan saja..itupun daku akan baca kalau dah time kebosanan tahap gaban dan mungkin bila waktu-waktu takde benda nak buat, buku mungkin boleh jadi teman tak bernyawa untuk daku! sebab tulah orang kata, buku boleh jadi kawan sejati..entah iya entah tak, daku taram je! 

teehee! :D

Jadi bila dapat tahu kat Twitter yang ramai orang cakap Big Bad Wolf Books buat promosi buku murah-murah, haruslah daku nak tengok jugak! yelah, dah kata benda murah, sapa tak nak derr? buku-buku dorang jual start dari rm5-20 je semua, rugi gila kalau kau tak rembat kan? konon-konon daku nak buat hobi baru lah, membaca sementara menunggu kerja lepas abes diploma nih! ceit! 

ini yang kakya rembat bila sampai je kat Big Bad Wolf Book Sale! untuk dia saja dah berapa buah buku! kalau kau tengok kat situ, memang dia rembat semua series Shopaholic and buku-buku dari Meg Cabot! hah! baca lah kau sampai tercabot kepala, kak!

daku pergi Big Bad Wolf Sale kat Serdang hari tu pun, dengan kakya! dia yang sebok mengajak, daku ikot je..masuk-masuk dewan, mula terbeliak bijik mata! memang semua murah pun! magazine yang harga rm1 pun ada! gila lah! siap buku Twilight yang kat luar harganya rm60 hingga rm80++, kat Big Bad Wolf Sale kau boleh dapat rm20 je! apa cite wehh! tapi daku tak beli lah, sebab daku tak minat Twilight! ospps! sori Twilight fans! *takut jugak kang ada yang kejar daku dengan penyapu!* :D

mine yang tersusun senget-senget tu! rm8 je..rugi kalau tak beli! dan haruslah beli buku khas untuk remaja saja! tak teringinlah pulak daku nak baca buku pasal alam perkahwinan kan? awal lagik untuk berfikir ke arah tu! ececeh kau Elie~ 

bagusnya pergi ke Big Bad Wolf Sale ni, lepas kau dah rembat banyak-banyak buku kat situ, kau boleh dapat membership selama 3 tahun tau! untung kan? sapa nak bagi weh? dah lah murah, pastu dapat jadi member pulak tu! harus lepas ni daku jadi pembaca buku yang mithali kat rumah! ahahha!

nanti lepas daku dah redeem membership kad ni, boleh lah beli buku banyak-banyak, then buat koleksi kat rumah! bila dah banyak buku, boleh buat library, sewa buku pada orang yang nak! dan daku boleh goyang kaki, sambil baca buku dan makan biskut cicah kopi kat rumah! haaa..perancangan masa depan harus ada kan? :D

daku rasa memang agak rugi sikit pada sesiapa yang tak pergi book fair ni, sebab rasanya kau tak dapat kat tempat lain buku-buku murah ni...nak-nak lagi pada ulat buku dan pencinta ilmu! Big Bad Wolf Book Sale pun dah abes sesi dorang berjual beli semalam, so kalau ada event best macam ni lagik, maybe u guys should go there and rembat buku banyak-banyak! 

confirm tak menyesal! :)

now im reading this! Friends, Lover, Chocolate! haa..macam best kan? nanti bila daku dah abis baca buku ni, daku tulis karangan panjang-panjang kat belog eh? huehue!

eh, petang ni rasanya takde apa-apa plan! so jom lah baca buku sampai muntah! ada sesiapa nak temankan daku? dialu-alukan nih!

bukan ke Membaca Itu Jambatan Ilmu? :)

hik-hik! 

p/s: nasib baik umi tak bising sebab beli buku banyak-banyak! selalunya kalau daku beli majalah Mangga dulu, mulutnya macam bertih jagung! haha!

Thursday, October 13, 2011

Berlalu Sudah Gemuruh Yang Satu!

Salam kalian.. :)

Satu perkara yang daku kurang gemar akan keadaan diri adalah Gemuruh! 

yup! sejak dari dulu daku memang punya tahap gemuruh yang melampau, di mana bukan hanya boleh membuatkan kaki menggeletar, tetapi mungkin pada suatu masa boleh buat daku muntah kelabu sebaldi sebelum pitam untuk beberapa jam! dan..daku memang benci malah sangat benci bila gemuruh dalam diri datang bila saat-saat genting melanda! 


pagi-pagi lagi sudah daku sudah bangun seawal 5.30 pagi semata-mata nak bersiap sedia untuk ke sekolah Cochrane untuk bercakap London! *Gila semangat!* . Siap mandi semua, mulalah dalam kepala pikir tak tahu nak pakai baju apa untuk pergi exam! aduh! susah jugak jadi gadis bernama Elie ni kan? haha..last-last pakai saja baju kurung kesayangan yang konon-konon bawak tuah sejak dari dulu! :D

ini baju kurung dari tingkatan 4! daku rasa baju ni memang bawak tuah pada diri sendiri sebab setiap kali pakai, mesti akan ada sesuatu yang manis terjadi! masa interview nak jadik pelajar Uitm dulu, baju nilah daku capai dulu! tengok-tengok dapat jugak daku jadik pelajar universiti! eh, dah habis diploma dah pun! Teehee! :D

dalam kereta mulalah otak pikir macam-macam pasal topik yang bakal dibincangkan! hati dah tak tenteram, duduk pun dah senget-senget bontot, peluh dah percik sana-sini! perut dah bergelodak,sakit perut nak memerut dan harus nak termuntah lagik! OMG! Gemuruh sudah datanggg! nak tawakal, mulut dah terkumat-kamit baca doa! tapi masih lagi gementar sampailah dah tiba destinasi! Demmm!

sampai saja sekolah exam, mula sesat sebab tak tahu kat mana Muet dijalankan! memanglah sesat, daku dah lah bukan budak sekolah tu, pulak tu sorang-sorang takde geng! nak mengadu sesat jalan pun tak tahulah kat siapa! *nangis jap!* nasib baik memang selalu buat muka tak malu tanya kat cikgu sekolah situ, 

"Puan, exam Muet buat kat mana ya? Saya rasa saya dah sesat nih!" 

=________=''

Owh?! Adik naik tingkat 4, belok sana..belok sini..dan bla-bla..

Owh? tengok jam kat tangan, dah hampir 7.30! nak daftar lagik, sempat ke? nasib baik sekolah tu ada lif! tak payah daku berpeluh ketiak nak panjat tangga! hehe! masuk kelas hujung, daftar sebagai calon persendirian! sadis gilak daku bila jadi calon persendirian, dapat grup dengan dua orang mak orang dan seorang mamat dari kolej swasta! dalam hati kata, nasib baik dorang tak tahu format! bonus-bonus! :) *kejam gila niat hati!* teehee!

Ingatkan daftar 7.30 pagi, dah boleh terus masuk dewan untuk speaking test, rupanya kena tunggu turn! ceh! 10.30 baru boleh masuk! daku dah menguap hampir 100 kali kot rasanya menunggu! phew! gemuruh yang ada, makin lama makin tak boleh tahan! masuk toilet, cuba bertenang..tiba-tiba disuruh masuk dewan pulak! aduiiiii!

selepas 30 minit dalam dewan, cakap omputih sana sini..pum-pang-pum-pang sikit, oke, dah boleh keluar! perghh! lega seolah-olah menahan diri dari pergi memerut! hahah! nasib baik dapat tajuk senang, 

What is the best way to give a new life for the children in the hospital?

Hah? senang ke susah tu? terkedu jugak lah untuk 10 saat terawal bila baca topik! tapi alhamdulillah, segalanya berjalan lancar, even sambil tengah exam, kaki masih  ketar-ketar, rasa macam tak sabar rempuh pintu dewan, then berlari pecut balik rumah! teehee!

balik saja rumah, rasa nak menjerit kuat-kuat..Yes! Gemuruh Sudah Pergii!! haha!dah tak payah nak pening kepala pikir pasal speaking test lagik! i'Allah, ada rezeki, daku dapat ben 10! haha! lepas ni dah boleh duduk rumah, jaga anak dan tunggu suami pulang! wahhaah!

lepas ni boleh pergi taman dengan adik kecik daku sambil main kejar-kejar dengan hati yang senang! tak payah runsing pasal masalah gemuruh nak cakap omputih lagik! yabedabeduuu! :D

hey! kata orang, lepas dah usaha, kena ada doa dan tawakal kan? jangan lupa doakan kejayaan daku untuk exam seterusnya di bulan November nanti ya? Terima kasih semua! Jasa kalian akan dikenang! :)

p/s: semalam first time masuk sekolah semula selepas hampir 3 tahun tak jejak mana-mana sekolah! teehee!

Tuesday, October 11, 2011

Its Time To Speak English, Elie!

salam kalian... :)

Hye! My name is Elie, but sometimes people called me Elie Comot because im a bit comot! opss! Correction! not a bit, but too much! Hahah! I am 20, but people always thought that im 15 or standard 6! OMG! *sampai hati depa! sobs! :( * maybe because im a bit kecik molek, and rendang! *generasi daku memang kecik-kecik! so jangan salahkan umi yang mengandung* HAHA! but eventhough i am short, i just loved being myself..a girl who named as Elie! :-)

FUHHH!

belum apa-apa, daku dah semput nak pikir ayat english! macam mana nak jawab exam MUET esok ni Elie?! itulah, dulu umi suruh rajin cakap english dengan jiran sebelah rumah, kau taknak! kononnya nak memartabatkan bahawa jiwa bangsa lah..last-last si Farid (anak jiran sebelah rumah) tu dah pergi Russia, jadik doktor dah! kau? duduk umah tanam jangung lagik! mueheheh!

Owh! untuk pengetahuan orang kampung semua, esok daku bakal menduduki speaking test untuk exam Muet! aduhai! tak tahulah macam mana rupanya esok kalau dapat geng-geng speaking yang super duper hebat cakap omputih ni! harus daku mati kutu kat dewan esok! nak-nak kalau tak tau topik apa akan keluar untuk exam, memang menangis tak berlagu daku esok! *mintak simpang!*

Sebelum apa-apa, harus mintak berkat dari umi, abah, kakya dan seisi keluarga dulu..kata orang , barulah dipermudahkan segala urusan di luar sana! Umi, abah, kakya! doakan daku berjaya cakap omputih esok ya? jangan tergeliat lidah, sudahhh! :D

lepas sesak kepala pikir tentang topik perbincangan esok hari, mungkin lepas update entry ni, daku perlu bukak balik buku english waktu diploma dulu! entah mana sudah dicampakkan buku english semester satu sampai tiga dulu pun, tak tahulah! haish! *pesanan untuk adik-adik kat umah, sila jangan jadi macam kak Elie ni ya?*

okey kalian, sila doakan daku berjaya untuk speaking test esok hari ya? untuk rakan-rakan yang bakal mengambil test muet pada esok hari..GOODLUCK untuk kalian! pada sesiapa yang dah amek speaking test semalam dan hari ini, jangan malu jangan segan bagitahu daku topik apa yang keluar ya? kan kata orang sharing is caring? 

teeehee!

Jom semua! nak pergi carik buku english dalam rak buku! then nak belajar cakap english pulak! boleh atau tidak, semua belakang kira! yang penting, usaha! yeah! tak gitu semua? :D

Goodluck Elie! and take care everyone! :)

p/s: Aja-aja Fighting!! eh-eh, ni bahasa korea! bukan english! kau ni Elieee! hahah

Sunday, October 9, 2011

Hadiah Tiga Tahun Perhubungan!

Salam kalian... :)

Berkesempatan bertemu dengan kekasih hati setelah hampir 6 bulan lamanya tidak bertemu, adalah suatu perkara yang tak mungkin akan dilepaskan! masakan tidak, beliau sudahlah perlu bertugas di Sandakan,Sabah, dan pulak tu, asyik belayar saja di lautan, memang tidaklah kami hendak berhubung secara terus-menerus kan? dengan line yang takde, haruslah kalau mesej pun perlu menunggu lama sebelum mendapat balasan semula!

Sadis gila kan?! T___T

 Kalau kalian bijak bestari, cubalah teka di mana kami?! :D

Bila diberitahu beliau telah diberi cuti selama seminggu yang lepas, haruslah daku melompat bintang sambil menjerit "HOYEAH! BOLEH PERGI DATING!" sekuat hati! muahaha! tapi tak sangka pulak Noddy ajak pergi berjalan-jalan di Melaka! katanya itu adalah hadiah 3 tahun perhubungan kami! yelah, waktu hubungan kami berusia 3 tahun tempoh hari, beliau masih di atas kapal. Hanya dapat bagi ucapan selamat saja, itupun melalui telefon! :D

 hampir 6 bulan tak berjumpa, daku macam segan pulak nak bergambar dengan boyfren sendiri! rasa macam malu-malu kucing bila diajak bergambar bersama! *gediklah kau, Elie!!* HAHA!

Hoi! sumpah daku dah lama tak jejak kaki ke Melaka! Hampir 70 percent lupa keadaan di sana macam mana! sebab tu asyik berdiam diri saja bila Noddy tanya "By, macam mana nak pergi A Famosa eh? Muzium kat mana eh?". Tanya kat daku yang lama tak pergi Melaka ni watpe cik abang? Memang geleng kepala laju-laju, dan angkat bahu lah daku! Teehee! :D

OMG!! Tak sukalah berdiri dekat Kapal Gergasi ni! kantoi sudah nampak daku budak kenit! *nanges sedu sedan sambil lap air idong!* T___T

beli tiket rm3 untuk setiap sorang rasanya sangat berbaloi sebab dapat masuk 3 muzium sekaligus! aha! untungnya daku bila masuk ketiga-tiga muzium, tak perlukan Tourist Guide, sebabnya kekasih sendiri kan tentera laut? jadi beliau lah yang menerangkan semua benda tentang perkapalan bila daku tanya soalan itu dan ini! hahaha!

hey! sumpah gayat bila naik kapal besar ni! sudahlah tinggi, nak kena panjat bahagian atas semata-mata nak amek gambar, harus bertawakal habis-habisan dalam hati! :D

paling seronok ke Melaka adalah bila kekasih sendiri bawak naik kapal yang sama beliau bertugas di Sandakan! wah! tak sangka boleh pegang itu dan ini bila dah naik kapal walaupun hanya naik replika kapal saja! heheh..

dalam hati tak payah cakaplah rasa takut macam mana, tapi macam mana daku boleh posing lentok-lentok dengan gun tu pun, tak tahulah! :D

Tao tak, dulu daku pernah termimipi nak naik kapal tentera laut, tapi bila dah ada pengalaman naik replika kapal, rasa macam semakin takut je! sebabnya kapal lama kan dah karat, haruslah tak teguh mana lagik! pijak sana sikit dah berbunyik, pijak sana sikit dah berbunyik! Haiyooo! menggigil kaki den hoi!

posinglah senget-senget kau Elie, buatnya jatuh bedebuk kat kapal tu, tak ke macam nangka bacin jadiknya? harus akan dikenang sampai termimpi-mimpi nanti! :D

Hey! tak silap daku, waktu sekolah dulu daku agak pandai dalam subjek Kajian Tempatan dan Sejarah, tapi entah macam mana daku sendiri boleh lupa macam mana rupa dan letaknya Kota A Famosa! maka terpaksalah bertanya kat orang ramai sambil buat muka blur-blur yang comel dan comot! hihi!

 Sampai akhirnya setelah hampir sejam ke hulu ke hilir berjalan mencari Kota A Famosa! itulah, orang cakap beli peta Melaka tak nak, amek kau sesat-sesat sampai berpeluh ketiak! heee! :D

rasanya kat Kota A Famosa takde apa-apa yang boleh dibeli untuk bawak pulang ke rumah sebagai ole-ole, kecuali gambar kenangan! yelah, kat KL kau jangan tipu kau boleh jumpa bangunan-bangunan sejarah macam kat Melaka! sampai tahun depan kau cari pun, belum tentu jumpa! kan?

konon-konon nak buat stunt ala-ala filem dulu-dulu, tapi camera dah terflash dulu pulak! jadilah macam kaki terjongket sebelah! aiseimennn!

Woh! selepas dah berjalan sana dan sini, perut haruslah berdondang sayang kan? nasib baik daku sempat masak spagetti tuna hotdog untuk santapan kami berdua! dapat jugaklah merasa keseronokan makan bersama! :) dan bila dah kenyang, barulah boleh bersiar-siar dengan beca sambil bernyanyi riang! betul tak Noddy?! ;)

nak jugak merasa naik beca bersama walaupun terbang not warna merah dari poket kami! hihi! takpelah, sekali sekala bagus jugak amek angin sambil dengar lagu techno atas beca kan? :)

Malam menjelma, haruslah berjalan sambil menikmati angin malam bersama kan? bukan selalu dapat keluar malam jauh-jauh begini...rasanya paling last berjalan malam ialah waktu 50 first date kami dulu! wah, comel pulak rasanya bila dapat tengok panorama di Melaka bersama kekasih tersayang! :)

 satu keseronokan kalau dapat berjalan dengan kekasih, kamera tak payah tinggal oke? barulah boleh update belog dengan entry yang kalerful! teehee!

wow! tak sangka malam-malam di Melaka sangat hidup ya? sempat berjalan di  Jonkerwalk, memang boleh tengok keseronokan bergandalah! Mulalah diri sendiri nak cakap "Eh, kat Shah Alam pun tak semeriah ni kalau malam-malam!" heheh

ye saya tahu saya agak kerdil di situ! diam saja kalian semua! tutup mata kalian dan mulut ya? buat macam tak nampak apa-apa! :D

Hui! Orang cakap kalau pergi Melaka, tapi tak amek gambar memang tak sah! sebab tulah kalau kau tengok gambar-gambar daku dalam entry ni agak banyak dari yang biasa! heheh.. bukan senang nak spent time dengan Noddy! lepas ni kena tunggu bulan 2 tahun depan pulak untuk jumpa sekali lagi! sob-sob! tapi takpe, pejam celik pejam celik, sekejap saja dah masuk tahu depan kan? Jangan nanges ya Elie? :)

tak tahulah kenapa suka sangat dengan gambar ni! macam comel-comel je rasa, even tak sedar diri sendiri comot yang amat! teehee! :)

btw, satu hari di Melaka adalah keseronokan untuk kami berdua! 

Terima kasih Melaka! dan terima kasih tentera laut tercinta! Tahun depan awak balik semenanjung, kita berjimba-jimba lagi ya? 

I ❤ you sampai bila-bila! :)

p/s: terlupa nak makan asam pedas Melaka even pergi Melaka tempoh hari! T__T

Thursday, October 6, 2011

Spagheti Tuna Hotdog...

Salam kalian... :)

Pagi-pagi lagi dapur dah mula berasap siap daku berlesung batu dan menumis bagai.. Ini semua gara-gara abah yang buat permintaan mengejut, suruh masakkan something untuk jamuan di ofis! Esok nak buat jamuan, malam sebelum esok baru bagitahu?! memang terkebil-kebil lah daku nak prepare semua benda!

Owh lupa, kejadian ni berlaku pada hari selasa yang lepas! :)

Abah : Elie, esok masakkan untuk abah! kat opis dorang nak buat makan-makan!

Elie : Hah? Mana ada barang kat umah, abah?!

Abah :  Alaa..masak je spageti yang macam salu kau masak tu...

Elie :  Owh! Okey-okey! 

Hey! Nasib baik umi baru beli spageti hari tu! Fuhh! :)

Maka berlakunya sesi memasak bersama Chef Elie di dapur! Jom kita masak spagetti seafood yang tak berapa nak seafood! siap sedia semua, kita nak main masak-masak ni! heheh..

bahan-bahan yang diperlukan :-

- Segenggam spaggeti *ikut hidangan untuk berapa orang*
- Hotdog *beberapa potong*
- bawang merah, bawang putih, bawang besar, cili padi
- se tin tuna chilli ayam brand *tak kisah dari brand apa pun*
- stok ikan

cara nak masak:-

mula-mula goreng dulu hotdog dengan sedikit minyak. tak payah garing gila-gila pun boleh, janji bila dah bertukar warna tu, kau dah boleh angkat hotdognya. at the same time, kau jangan lupa rebus spageti dalam air panas. campurkan sikit garam oke? membasmi kuman katanya. :)

 when it turns to brownish, means dah boleh kunyah lah hotdog tu.. eh, tengok spagetii sebelah tu..comel je dia berendam dalam air panas! Hehehe!

lepas dah angkat hotdog dari kuali, tumis pulak bawang merah, bawang besar dan bawang putih dalam kuali dengan api yang kecik. Jangan lupa tumbuk dulu bawang-bawang tersebut sebelum tumis, kecuali bawang besar, kau hanya perlu potong mayang! bila rasa dah naik bau, sampai kau dah bersin-bersin kat dapur tu, kira bawang kau dah selamat jadi lauk lah tu..ehehhe

selagi kau tak bersin, jangan cakap bawang kau dah masak eh! Daku sekeh kepala sekor-sekor nanti!

Owh! Diingatkan, waktu menumis ni, kau tak payah masukkan garam pun takpe. gantikan dengan stok ikan je..itupun sekadar renjis-renjis manja je, nak bagi perasa sikitlah kan? dan tak payah nak tumis pakai minyak yang banyak! kan kau kata nak jaga kesihatan?! :)

oke! siap semua, kau masukkan pulak tuna dari ayam brand yang sedap dan lazat tu dalam kuali yang ada bawang yang kau tumis tadik! campurkan sekali hotdog dan masak sampai kau rasa dah cukup masak. tak payah masak sangat pun takpe, sebab nanti takut hancur tuna dan bawang dalam tu, dah tak sedap nak makan! time tu, jangan salahkan daku pulak ya? haha!

Ayam brand memang sentiasa menjadi pilihan utama sejak azali! bukan saja sedap, tapi dijamin halal! itu yang penting! dan gambar sebelah tu adalah gambar bila dah campurkan semua bahan sebelum masuknya spagetti! kau tak nampak? pandai-pandailah besarkan sendiri guna right hand klik! teehee! :)

Hah! bila spageti yang kau rendam dalam air panas tadi dah lembik, dan agak-agak boleh makan, kau tos dulu air dari spageti dan basuh dengan air sejuk pulak! kalau agak-agak taknak melekat spagetinya, letak sikit minyak zaitun. dah siap semua, barulah campurkan spageti dalam tuna dan hotdog dalam kuali tadik!

jangan lupa kacau sebati sebelum kau boleh jerit "Hoyeah! Spagetti dah siap!" sekuat hati kau! hidangkan lah sewaktu masih panas! Gerenti nak tambah lagik! :D

Hai! Nama saya Spagetti Tuna Hotdog! Sayalah hidangan yang dimasak oleh Chef Elie yang comot tapi sweet tuu! Tehee! :D

Tunggu apa lagik? Cubalah masak sendirik! 

Selamat Mencuba ya? :)

lain-lain resepi dari Elie Lily:-

p/s: tak sangka daku berani masak banyak-banyak untuk jamuan abah! wah! dah boleh jadik menantu orang ni! Ada sesiapa nak anta rombongan meminang? :D

Monday, October 3, 2011

Badan Melengkung!

Salam kalian... :)

Pagi-pagi lagik, daku dah tengok muka kat cermin, pegang pinggang then mula timbang berat badan! Omaigod! sudah naik 2 kg! cis! ni mesti kerana keseronokan makan rendang dan ketupat time hari raya hari tu sampai tak ingat dunia! T___T

mana tak, pergi umah Makcik Temah, makan lemang rendang tok! masuk umah Cik Embun pulak makan laksa penang.. tak cukup dengan tu, sambung lagik makan kat umah Mak Kiah...haruslah kau telan nasi impit berketul-ketul dengan ayam marah merah sepinggan! rasanya dah boleh hitung jumlah lemak yang terbina sempena hari raya lepas kot!!

Tehee! :D

maka tak heranlah kalau waktu puasa kau turun 5 kg, tapi time first day raya je, kau boleh naik sampai berbelas-belas kg! yelah, tengok makanan sedap mengalahkan tengok lelaki hensem melintas depan mata! kan-kan? :D

 lepas ni mungkin kena cari baju rm5 yang longgar-longgar sikit okey Elie! kalau tak, nak duduk pun kau kena segan dan malu-malu kucing! huuu!

bila pikir-pikir, sangatlah bahaya daku kalau cuti-cuti ni tak berpeluh-peluh!  yelah, nak tunggu masuk degree bulan 3 tahun depan, daku kerja pun tak mula lagik..kalau dah kata duduk rumah, layan belog sendiri sambil tengok muvie sampai 10 jam depan lappy, memang berketul-ketul lemak terbina kot! belum lagi cakap pasal bape paket cikedis daku telan! haish! memang menangislah kalau duduk rumah saja sampai bulan 3 tahun depan!

nasib baik tadi daku ketuk umah Dato Sri Google, tengok video joget-joget! seronok pulak dapat tengok Beyonce buat senaman terkinja-kinja! sekarang daku dah tahu rahsia Beyonce! rupanya dia terjoget-joget je pun dah boleh buat badan dia melengkung macam ulat bulu gedik! teehee! :D


rasa nak menari kan kalau tengok dia joget?! fuh! nasib baik Dato Sri Google baik hati..ada jugak pinjamkan daku video tutorial nak belajar menari ala-ala Beyonce! peh! tak penah tau pulak ada tutorial pasal jogel-joget macam ni! ingatkan artis-artis ni suka rahsia-rahsia kalau nak badan malatops! :p


Amacam?! ada sesiapa dah stat menari macam Beyonce tak? hahah..lepas ni boleh lah isi waktu lapang dengan joget-joget macam Beyonce! kata nak maintain berat badan kan? barulah menyahut seruan Kempen Sihat Sedunia! tak payah berhabis duit dekat gim pun takpe! pasang video joget-joget pun dah cukup! kan? Manalah tahu suatu hari nanti, badan jadik melengkung macam badan Beyonce ker?!pheww! *mimpi sajalah kau Elie!* :D

Peh!! Menangis daku kalau dapat badan malatoppss macam ni! Untung kau JayZ! ouch! :D

Eh Elie? kau cakap orang, kau bila lagi nak cuba joget-joget macam Beyonce?! kata nak badan melengkung macam Beyonce?! jangan cakap saja labuuu!

Teeehee! :)

p/s: Memang menakutkan kalau sehingga bulan 3 tahun depan, daku duduk rumah saja, tanpa bekerja dan hari-hari memasak di dapur! Owh Men!!