Friday, September 30, 2011

Selamat Tinggal Adalah Ucapan Paling Teruk Untuk Segalanya!

Salam kalian... :)

Kata orang, setiap yang bermula, pasti akan berakhir kan? 

jadi di sini, daku ingin mengumumkan, bahawasanya..

Daku kini telah tamat DIPLOMA!

syukur-syukur! :)

Selama hampir 2 setengah tahun menjadi pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dalam bidang Penulisan Seni Layar, akhirnya segala penat lelah bergelar seorang pelajar, berakhir juga untuk sementara waktu...

Berat hati nak meninggalkan segalanya di Uitm Puncak Perdana tak payah cakaplah! bengkak mata daku disebabkan menangis dan menangis sepanjang 3 hari sebelum pulang mengucapkan Selamat Tinggal kepada rakan-rakan, dan orang-orang sekeliling yang selama ini menjadi keluarga yang kedua sepanjang bergelar pelajar di sana..

Teringat lagi zaman-zaman semester yang lepas...

2 setengah tahun yang lepas, daku bermula sebagai seorang pelajar yang berdaftar di Uitm Puncak Perdana dengan rambut yang karat akibat zaman jahiliah yang melanda diri sendiri! hehehe..nak buat kad matrik pun, kena tegur dengan pegawai kolej...

" Dik, air kat kolej karat ke?? "

Tehee!

Muka budak baru lepas sekolah menengah!hahah..waktu orentasi semester satu, daku memang asyik terlepas dengan rambut karat! tapi lepas tu...haiyaaa! jangan cakap lah macam mana cuaknya kalau asyik terjumpa pegawai kolej! ngee! 

Dalam banyak-banyak perkara, meninggalkan rakan-rakan sekelas adalah suatu perkara yang amat berat untuk dilakukan! masakan tidak, kami bermula sebagai rakan sekelas seramai 9belas orang dan i'Allah jika tiada aral melintang, akan berakhir dengan 9belas juga.. untungnya kami, hingga ke semester lima ini, kami masih kekal sebagai 9belas orang dan tiada yang terpaksa berhenti atau sebagainya..syukur! :)

bagaimana hendak mengucapkan istilah Selamat Tinggal kepada rakan-rakan sekelas jika hampir setiap hari kalian bertentang mata, bergelak ketawa, makan bersama dan bergurau senda sentiasa? kami ibarat adik beradik yang sama-sama bertatih membina ilmu di kolej, namun terpaksa berhenti separuh jalan..sadis bukan?  :(

Semester satu, kami masih lagi seperti kanak-kanak yang baru mengenal dunia! tengoklah muka masing-masing, comey-comey saja! *perasan-perasan!* ehhehee!

naik saja semester 2, masing-masing mula kenal diri masing-masing! perlahan-lahan kami menjadi warna warni dari hitam putih! dengan cara macam tulah sebenarnya mendekatkan kami sebagai 9belas! :)

photoshoot di tasik atas bukit waktu semester 2 adalah moment yang paling indah bila masing-masing gembira bersama!

Semester 3, 9belas masih 9belas! gadoh baik semula itu perkara biasa! meskipun kena remove sebagai kawan-kawan di laman sesawang pun, kami boleh baik semula, takde hal punyaa! walaupun amek masa yang lama! unik tak kami? opppsss! :)

kalau anda lihat di gambar kami macam ini, di luar kami macam mana pulak ya? hahaha..kalau nak tahu, tanyalah kawan kami sekor-sekor! hehehe..

semester 4, kami semakin serius dalam menjadi pelajar penulisan! masakan tidak, kewujudan Nokss pada semester lepas, memang bawak 1001 makna dalam konteks berkawan! di sinilah wujudnya istilah 9belas! bersama-sama mewujudkan Nokss, walaupun ada halangan sana sini, daku boleh katakan kami ini hebat jugak sebenarnya! betul tak 9belas? :)

photoshoot yang semester 4 inilah yang daku rasa gambar yang paling daku tak suka sekalik! sebabnya kami tak jumpa tempat yang sesuai untuk berposing maut! nasib baik ada ruang kosong kami pinjam sekejap kat fakulti satu lagi tuu! eh-eh, pinjam?!

naik saja semester 5, kami makin warna warni! dari 10 warna, mungkin sudah bertukar menjadi puluhan warna yang lain! namun pun macam tu, Nokss tetap berjalan lancar! siap ada fanpage lagik di laman sesawang yang lain! hihi! bagusnya kami, even kami bergaduh dan baik semula, semua yang kami lakukan adalah kerana ingin menjadikan Nokss nombor 1! itu yang terbaik kami boleh lakukan sebagai 9belas! :)

gambar terakhir sebelum seorang demi seorang berpisah dengan 9belas! yup! kalau kau tengok, memang tak cukup 9belas! isu dalam yang berlaku antara kami, biar kami saja yang tahu rahsianya! dan paling daku tak paham, apasal daku macam tembam gila dalam gambar ni! haish!

apa-apa yang terjadi, meski Selamat Tinggal sudah diucapkan, 9belas tetap 9belas! andai kata 9belas menjadi 8belas atau sebelas sekalipun, Nokkss akan tetap kami usahakan! i'allah, isu 3 akan kami wujudkan selepas kejayaan isu 1# dan isu 2# yang lepas! kalian tunggu ya? :)

owh! bukan saja hendak mengucapkan Selamat Tinggal kepada 9belas adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, malah kepada rakan-rakan serumah seramai 8 orang semuanya juga, adalah perkara yang super duper sukar untuk dibuat! ahh! persetankan segala yang berlaku selama hampir 2 tahun kami duduk serumah dengan muka-muka yang sama! lepas ni daku dah tak dapat nak bergelak ketawa, karaoke kuat-kuat, gadoh sana-gadoh sini sampai budak bawah rumah marah-marah..hihi..for sure kenangan akan menjadi kenangan! :(

Malam terakhir sebelum tepaksa mengucapkan bye-bye kepada rakan serumah! pasti akan rindu gelak tawa setiap seorang dari mereka! :( *credit untuk gmbar dari Liyana Aziz.*

A Million Thank You diucapkan kepada :-

Liyana Aziz kerana menjadi roomate yang cemerlang pada daku sejak dari semester satu, Mia Surihani kerana sehingga semester 5 masih kekal menjadi anak yang gila-gila kepada mama Elie, Maisara Ramlan kerana menjadi rakan gadoh daku yang terbaik, Ekin kerana sentiasa menawarkan daku menjadi talent dan model kepada setiap asignment, Nad-Nad kerana mudah saja meminjamkan berodband kepada daku semata-mata untuk daku update belog sendiri, Gijie kerana saling bertukar baju dengan daku kerana saiz badan kami yang lebih kurang saja..dan Iznie kerana setiap pertolongan yang dihulurkan waktu daku blur-blur tentang asignment! :)

dan kepada setiap warga Puncak Perdana yang mengenali diri ini, baik dari Junior-junior, senior-senior, lecturer, pegawai kolej, termasuklah pengetua kolej, para Majlis Perwakilan Pelajar, serta kenalan-kenalan rapat atau bajet-bajet ter-rapat, daku ucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga dan Maaf jika ada terlanjur bicara yang terluah dari bibir mungil ini atau kesilapan sana sini sepanjang bergelar pelajar di Uitm Puncak Perdana..*kalau nak sebut nama semua orang, memang 10 pages entry pun tak cukup tau!

I'allah, panjang umur, kita akan bertemu lagi walau daku kini sudah tamat Diploma.. :)

Muka bahagia ini sebenarnya sedang menipu akan sesuatu! Dia sedang menyimpan kesedihan kerana terpaksa meninggalkan orang-orang dan 1001 kenangan di Puncak Perdana! :(

kepada rakan-rakan yang lain...

GOODLUCK n BYE-BYE YOU OLLSS!

*ungkapan ala-ala gedik Mak Datin! geli ketiak nak sebut macam tu depan orang ramai! Ewwuuu!! eh-eh? gedik lagik?! pfffttt! :p*

p/s: sekarang mungkin masa yang sesuai untuk fikirkan apa yang boleh dilakukan selain bekerja, sementara cuti panjang sebelum menyambung degree! any idea? :)

51 comments:

dayah aziz said...

congratez sbb dh tamat..

Namee Roslan said...

tahniah elie :D semoga terus maju jaya lepas ni.

My SweetPea said...

heheh....sambung degree...:)

ChaCha said...

congrats...and i hate that goodbye word toooo!!!

Hanz Lee said...

Hahahahaha. Ko dloo rambut karat ker? X perasan lak.
Jom makan abc kat restoran batu. Haa

myu said...

cOngratz :)

4umyfans said...

infiniti terima kasih sebab sudi
terima kawan ni, sebagai rakan kamu.
ye? yeayy! :D

nub said...

another transition in life. =)

tahniah n untuk yang akan datang, selamat sukses

ety piah radzi said...

-jarang tau kalo 19 org dari first sem sampai the end pon 19 org. sgt jarang! tahniah!

-neway, congrat da abis blajar:) gud luck for your future k :)

- u r the first batch yg akk induct time mds. i jd pm u olss tau :)

misyamissyou said...

tahniah! :D

Cik Azizah said...

tahniah laling..wah 1 setengah tahun je? cepat jugak yer..hehe sebenarnya nak cakap cepatnya masa berlalu..hehehe


ape2 pon tahniah berjaya ke tahap ini!

amy syahirah said...

tahniah sis!!

tieha ismail said...

tieha rasalah kan, budak2 uitm jauh lebih mesra and rapat dengan coursemate dan classmate dorang berbanding budak um....dah lame perasan tentang ni...seronoknye ~

EddyGeek said...

lepas ni sambung ijazah kat situ pula ke?

aiNa yaZiD said...

tahniah dear..~!! tak suka good bye word too. =)

Syida Shukor said...

Elieee tahniah :D

Alkisah said...

sambung degree

m!3yr4h_LolLy said...

wah ! dah habis diploma. tahniah !

macam sedih jep bace entry nie. setiap pertemuan pasti ade perpisahan

L.e.e.z.a said...

taniah budak comelll! ;p yeah~ jom join akak kawen ;p nganga~

hanaahmad said...

congratz! dan silakan continue degree.zmn belajar mmg seronok! :)

Elie Lily said...

dayah..
tq babe! :)

Elie Lily said...

namee..
tq namee..doakan yg terbaik untuk elie ya? :)

Elie Lily said...

my sweet pea..
i'allah..ada rezeki, adalah kat degree nnt! :)

Elie Lily said...

cha-cha..
kita geng! :)

Elie Lily said...

paan..
kau pe nk pasan aku! ceh!
jom weh! kau tunggu aku kat simpang! :)

Elie Lily said...

myu..
tenkiu sista! :)

Elie Lily said...

abah..
no biggie..tq jugak ery sebab byk berkongsi dari sem 1 hingga 5! :)

Elie Lily said...

nub..
pasni elie nk jadi success macam nub la pulak! ehehe

Elie Lily said...

kak ety.,
tu yg uniknya kami..bermula 19, tamat dgn 19..alhamdulillah! ;)

tq kak, 4 the pray! eh..ingatla..takkan la lupa pulak akk pm yg mantap tegang dan bergaya tu..hahha

Elie Lily said...

misyamisyou..
time kasih yunk! ;)

Elie Lily said...

cik azizah..
2 tahun setengah berlalu dgn cepat dan pantas! :)

Elie Lily said...

amy syahirah..
tenkiu amy sayang! :)

Elie Lily said...

tieha..
betol ke? elie tak pasan pulak..
tapi for sure masing2 ada rasa sendiri kat u masing2..kan? :)

Elie Lily said...

eddy geek..
mybe? i'allah la.. :)

Elie Lily said...

aina yazid..
elie pun tak suke!! :)

Elie Lily said...

syida syukor..
time kasih sayang! :)

Elie Lily said...

alkisah..
ofcos akan sambung! doakan ya? :)

Elie Lily said...

misyirah..
jangan nanges!

Elie Lily said...

hana ahmad..
betul! kang da keje, taknak belajar pulak kan? hehehe

Leo "Ricky" Huzair said...

Tahniah kerana berjaya tamat...

3.5 above abg belanja....

Klu x dapat, ehem2....

Elie Lily said...

abg leo..
kalau tak dapat 3.5 pun, abg belanja!!yeehaaa! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Tengok...lupe janji sendri.

Dier sendri lupe ckp org lupe...

Elie Lily said...

abg leo..
abg memang tak pandai bergurau agknya! bosan betul!

Leo "Ricky" Huzair said...

blaja ngan sape gak ni...

Ily arr

Elie Lily said...

abg leo..
eh, senior belajar dgn junior?
hahahah..
ternyata elie ag hebat dari abg! :D

Leo "Ricky" Huzair said...

yeke? mungkin kot....

lumrah pembelajaran...

x kire senior ke junior...

Elie Lily said...

abg leo..
haaa..kan bagus kalau abg pikir bnda tu dari dulu! tak payah nak gadoh2 dpn public! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Sepatutnya Ily ckp cmtuh kt diri sendri...

sbb Ily yg suke start cari gado...

Elie Lily said...

abg leo..
eh..elie mana pnh cari gado ngn abg..tak penah tau..tak penah! :D

Leo "Ricky" Huzair said...

ok...denial

Elie Lily said...

abg leo..
:)