Friday, September 30, 2011

Selamat Tinggal Adalah Ucapan Paling Teruk Untuk Segalanya!

Salam kalian... :)

Kata orang, setiap yang bermula, pasti akan berakhir kan? 

jadi di sini, daku ingin mengumumkan, bahawasanya..

Daku kini telah tamat DIPLOMA!

syukur-syukur! :)

Selama hampir 2 setengah tahun menjadi pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik dalam bidang Penulisan Seni Layar, akhirnya segala penat lelah bergelar seorang pelajar, berakhir juga untuk sementara waktu...

Berat hati nak meninggalkan segalanya di Uitm Puncak Perdana tak payah cakaplah! bengkak mata daku disebabkan menangis dan menangis sepanjang 3 hari sebelum pulang mengucapkan Selamat Tinggal kepada rakan-rakan, dan orang-orang sekeliling yang selama ini menjadi keluarga yang kedua sepanjang bergelar pelajar di sana..

Teringat lagi zaman-zaman semester yang lepas...

2 setengah tahun yang lepas, daku bermula sebagai seorang pelajar yang berdaftar di Uitm Puncak Perdana dengan rambut yang karat akibat zaman jahiliah yang melanda diri sendiri! hehehe..nak buat kad matrik pun, kena tegur dengan pegawai kolej...

" Dik, air kat kolej karat ke?? "

Tehee!

Muka budak baru lepas sekolah menengah!hahah..waktu orentasi semester satu, daku memang asyik terlepas dengan rambut karat! tapi lepas tu...haiyaaa! jangan cakap lah macam mana cuaknya kalau asyik terjumpa pegawai kolej! ngee! 

Dalam banyak-banyak perkara, meninggalkan rakan-rakan sekelas adalah suatu perkara yang amat berat untuk dilakukan! masakan tidak, kami bermula sebagai rakan sekelas seramai 9belas orang dan i'Allah jika tiada aral melintang, akan berakhir dengan 9belas juga.. untungnya kami, hingga ke semester lima ini, kami masih kekal sebagai 9belas orang dan tiada yang terpaksa berhenti atau sebagainya..syukur! :)

bagaimana hendak mengucapkan istilah Selamat Tinggal kepada rakan-rakan sekelas jika hampir setiap hari kalian bertentang mata, bergelak ketawa, makan bersama dan bergurau senda sentiasa? kami ibarat adik beradik yang sama-sama bertatih membina ilmu di kolej, namun terpaksa berhenti separuh jalan..sadis bukan?  :(

Semester satu, kami masih lagi seperti kanak-kanak yang baru mengenal dunia! tengoklah muka masing-masing, comey-comey saja! *perasan-perasan!* ehhehee!

naik saja semester 2, masing-masing mula kenal diri masing-masing! perlahan-lahan kami menjadi warna warni dari hitam putih! dengan cara macam tulah sebenarnya mendekatkan kami sebagai 9belas! :)

photoshoot di tasik atas bukit waktu semester 2 adalah moment yang paling indah bila masing-masing gembira bersama!

Semester 3, 9belas masih 9belas! gadoh baik semula itu perkara biasa! meskipun kena remove sebagai kawan-kawan di laman sesawang pun, kami boleh baik semula, takde hal punyaa! walaupun amek masa yang lama! unik tak kami? opppsss! :)

kalau anda lihat di gambar kami macam ini, di luar kami macam mana pulak ya? hahaha..kalau nak tahu, tanyalah kawan kami sekor-sekor! hehehe..

semester 4, kami semakin serius dalam menjadi pelajar penulisan! masakan tidak, kewujudan Nokss pada semester lepas, memang bawak 1001 makna dalam konteks berkawan! di sinilah wujudnya istilah 9belas! bersama-sama mewujudkan Nokss, walaupun ada halangan sana sini, daku boleh katakan kami ini hebat jugak sebenarnya! betul tak 9belas? :)

photoshoot yang semester 4 inilah yang daku rasa gambar yang paling daku tak suka sekalik! sebabnya kami tak jumpa tempat yang sesuai untuk berposing maut! nasib baik ada ruang kosong kami pinjam sekejap kat fakulti satu lagi tuu! eh-eh, pinjam?!

naik saja semester 5, kami makin warna warni! dari 10 warna, mungkin sudah bertukar menjadi puluhan warna yang lain! namun pun macam tu, Nokss tetap berjalan lancar! siap ada fanpage lagik di laman sesawang yang lain! hihi! bagusnya kami, even kami bergaduh dan baik semula, semua yang kami lakukan adalah kerana ingin menjadikan Nokss nombor 1! itu yang terbaik kami boleh lakukan sebagai 9belas! :)

gambar terakhir sebelum seorang demi seorang berpisah dengan 9belas! yup! kalau kau tengok, memang tak cukup 9belas! isu dalam yang berlaku antara kami, biar kami saja yang tahu rahsianya! dan paling daku tak paham, apasal daku macam tembam gila dalam gambar ni! haish!

apa-apa yang terjadi, meski Selamat Tinggal sudah diucapkan, 9belas tetap 9belas! andai kata 9belas menjadi 8belas atau sebelas sekalipun, Nokkss akan tetap kami usahakan! i'allah, isu 3 akan kami wujudkan selepas kejayaan isu 1# dan isu 2# yang lepas! kalian tunggu ya? :)

owh! bukan saja hendak mengucapkan Selamat Tinggal kepada 9belas adalah perkara yang sukar untuk dilakukan, malah kepada rakan-rakan serumah seramai 8 orang semuanya juga, adalah perkara yang super duper sukar untuk dibuat! ahh! persetankan segala yang berlaku selama hampir 2 tahun kami duduk serumah dengan muka-muka yang sama! lepas ni daku dah tak dapat nak bergelak ketawa, karaoke kuat-kuat, gadoh sana-gadoh sini sampai budak bawah rumah marah-marah..hihi..for sure kenangan akan menjadi kenangan! :(

Malam terakhir sebelum tepaksa mengucapkan bye-bye kepada rakan serumah! pasti akan rindu gelak tawa setiap seorang dari mereka! :( *credit untuk gmbar dari Liyana Aziz.*

A Million Thank You diucapkan kepada :-

Liyana Aziz kerana menjadi roomate yang cemerlang pada daku sejak dari semester satu, Mia Surihani kerana sehingga semester 5 masih kekal menjadi anak yang gila-gila kepada mama Elie, Maisara Ramlan kerana menjadi rakan gadoh daku yang terbaik, Ekin kerana sentiasa menawarkan daku menjadi talent dan model kepada setiap asignment, Nad-Nad kerana mudah saja meminjamkan berodband kepada daku semata-mata untuk daku update belog sendiri, Gijie kerana saling bertukar baju dengan daku kerana saiz badan kami yang lebih kurang saja..dan Iznie kerana setiap pertolongan yang dihulurkan waktu daku blur-blur tentang asignment! :)

dan kepada setiap warga Puncak Perdana yang mengenali diri ini, baik dari Junior-junior, senior-senior, lecturer, pegawai kolej, termasuklah pengetua kolej, para Majlis Perwakilan Pelajar, serta kenalan-kenalan rapat atau bajet-bajet ter-rapat, daku ucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga dan Maaf jika ada terlanjur bicara yang terluah dari bibir mungil ini atau kesilapan sana sini sepanjang bergelar pelajar di Uitm Puncak Perdana..*kalau nak sebut nama semua orang, memang 10 pages entry pun tak cukup tau!

I'allah, panjang umur, kita akan bertemu lagi walau daku kini sudah tamat Diploma.. :)

Muka bahagia ini sebenarnya sedang menipu akan sesuatu! Dia sedang menyimpan kesedihan kerana terpaksa meninggalkan orang-orang dan 1001 kenangan di Puncak Perdana! :(

kepada rakan-rakan yang lain...

GOODLUCK n BYE-BYE YOU OLLSS!

*ungkapan ala-ala gedik Mak Datin! geli ketiak nak sebut macam tu depan orang ramai! Ewwuuu!! eh-eh? gedik lagik?! pfffttt! :p*

p/s: sekarang mungkin masa yang sesuai untuk fikirkan apa yang boleh dilakukan selain bekerja, sementara cuti panjang sebelum menyambung degree! any idea? :)

Monday, September 26, 2011

Tentang Angka TIGA!

Salam kalian.. :)

Kami tak seperti pasangan kekasih yang lain! yang boleh bertemu, bermanja-manja, bercanda mesra dan bergurau senda hampir setiap minggu..

ITU BUKAN KAMI! 

kami jauh..seorang di darat, seorang di lautan!

even we has less talk..

less hellos..

less stories..

less greeting..

but our love..

 will never be LESS! :)

ini antara segala yang manis yang terjadi dalam tempoh 3 tahun bersama! Eh, jangan tanya yang pahit-pahit lah! itu isu sensitif! Harap maaf! :)

3 tahun bersama, hampir segala pahit manis kami cuba untuk hadapi bersama! tidak bertemu selama hampir 6 hingga 9 bulan, daku sudah cukup masak dengan asam garam berjauhan! jika ditanya bagaimana hidup sebagai seorang kekasih kepada beliau yang bergelar tentera laut,yang mana sentiasa perlu berjauhan dan perlu hidup seorang diri dan memegang status Single Sementara, jawapannya hanya satu..iaitu..

BERSABAR!

hendak bersabar dengan setiap keadaan yang tidak menentu, sangat memeritkan tahu? tapi jika tiadanya kesabaran dalam setiap perhubungan, tidak mustahil ia akan berakhir dengan sebuah cerita yang hanya sia-sia! Usah tanya kami adakah tidak pernah bergaduh dalam perhubungan..kerana jawapan pasti-pastinya...

PERNAH! 

kalau kau tak pernah bergaduh dengan pakwe atau makwe sendiri, kau adalah insan yang cukup bertuah! tapi kalau tak bergaduh langsung, amatlah membosankan hidup kau tahu?! ikotkan secara jujur, kami pernah bergaduh sehingga tiba satu tahap inginkan perpisahan! tapi syukur, mungkin rezeki dan jodoh kami masih panjang dan terus diizinkan oleh DIA! 

Semoga perhubungan ini terus mekar dengan senyuman dan tidak akan mati dalam ingatan...

Kalian doakanlah kami ya? Andai ada rezeki, adalah bunyik kompang dipalu dan nasi minyak dari air tangan ummi sendiri beberapa tahun akan datang nanti! teeheee! :D

Selamat . Untuk . TIGA . Tahun . Bersama, Noddy!

I . L . Y . S . M! :)

P/s: Tidak mahu terlebih berangan-angan selepas 3 tahun! takut akan segala kemungkinan..

Thursday, September 22, 2011

Notis Untuk Juniors!

Salam kalian... :)

Ini adalah sebuah notis ringkas untuk tatapan para junior!

Ke hadapan para junior yang disayangi...

Saya yang berdiri di atas nama Elie, atau kalian gelarkan sebagai Kak Elie, merangkap Biro Disiplin, ingin memohon maaf atas segala tingkah laku atau segala tutur kata yang dilontarkan kepada kalian semua sepanjang hampir seminggu lebih menjadi fasilitator di Minggu Destini Siswa, sesi September yang lalu..

Bagaimana muka yang mudah tersenyum dan ketawa besar ini boleh menjadi Biro Disiplin? kau nak tahu? tanyalah junior-junior di Uitm Puncak Perdana! teeehee! :p

Sebagai Biro Disiplin, saya tahu pasti ada dalam kalangan kalian yang hampir-hampir membenci saya sebagai seorang kakak fasi yang garang! kalau dihitung kira, saya anggarkan pasti separuh dari kalian semua yang mahu bagi sidekick pada saya sebab saya suka jerit-jerit dan marah-marah kalian semua, kan-kan? 

masakan tidak, setiap hari, seawal jam 5 pagi lagi saya sudah berlari ke setiap blog siswi dan siswa untuk ketuk pintu rumah kalian semua malah terus menjerit-jerit dan mengejutkan kalian bangun untuk solat subuh! Saya pasti pada waktu itu ada yang memaki hamun Biro Disiplin ini di dalam hati! yelah! orang tengah sedap mengulam mimpi enak di katil empuk masing-masing, tiba-tiba sudah disergah untuk solat berjemaah! alahai!

 Hanya boleh tersenyum di belakang para junior, memang buat diri sendiri jadi seperti orang lain! pelik-pelik-pelik! *garu kepala 20 saat!*

Untuk pengetahuan adik-adik yang disayangi, saya sendiri tidak tahu mengapa saya diberi tugas sebagai seorang Biro Disiplin, yang sememangnya perlu garang, tidak boleh tersenyum dan sentiasa perlu mengetatkan muka selama hampir seminggu  minggu orentasi berlansung! Jika diikutkan, saya ini mudah saja tersenyum ,dan manja orangnya! Ketawa saya juga besar, malah kuat lagi! Amatlah sukar untuk saya menjadi seorang yang garang pada adik-adik semua! Tetapi berkat pengalaman menjadi seorang fasilitator di minggu orentasi sebelum-sebelum ini, akhirnya saya berjaya juga menjadi seorang Biro Disiplin yang sentiasa ditakuti!

Tehee! :)

Lantas, segala adegan marah-marah, jerit-jerit yang saya lontarkan pada kalian semua amatlah saya kesali! Sememangnya amat pelik jika seorang Biro Disiplin perlu menjadi seperti Biro-biro lain yang boleh tersenyum mesra dan ketawa besar di hadapan para pelajar baru! Seharusnya kalian tahu, ini semua atas bidang kerja ya, wahai juniors!

Ditugaskan menjadi seorang Biro Disiplin pada kali ini, banyak benda yang terpaksa saya alami, seperti presentation akhir semester bersama rakan-rakan kelas, kaki juga bengkak dan melecet disebabkan asyik berlari dan berjalan, mata menjadi seperti beruang panda disebabkan tidur yang sejam sahaja pada setiap hari, malah yang paling sedih, saya terpaksa melupakan sejenak blog sendiri untuk hampir 2 minggu lamanya! :( tetapi, disebabkan komitmen tinggi pada tugas yang diberikan, seharusnya saya lakukan dengan sikap yang professional! barulah dikatakan mahasiswa berjaya! tak gitu semua? :)

Maka sebelum mengakhiri notis ini, sekali lagi saya mohon maaf atas segala tutur kata saya yang mungkin membuatkan anda terasa hati, tersinggung sehingga mungkin mmebenci saya, saya pohon maaf dari hujung rambut hingga hujung jari kaki! Saya sayangkan anda semua sebagai rakan-rakan baru dan adik-adik yang menjadi keluarga di kampus yang sama!

dan A Million Thank You untuk kalian semua kerana kerjasama yang diberikan sepanjang minggu orentasi yang lalu! Saya seronok bertemu dengan keluarga baru saya, iaitu kalian semua!

Selamat Menjadi Pelajar Baru ya Wahai Juniors?! :)

Salam Sayang...

Kak Elie, @ Biro Disiplin yang manis dan comel, tetapi garang! :)

Ehem! Dakulah Biro Disiplin yang garang tetapi baik hati tuuu!
Roger and Out! :)

**************

Daku harap notis di atas sudah cukup membuatkan kalian mengerti mengapa daku berdiam diri dan menghilang untuk seketika waktu di belog sendiri! Menjadi fasilitator sebagai Biro Disiplin di minggu orentasi pelajar baru yang lalu, maka tugas sebagai seorang senior tahun akhir selesai akhirnya! dan kalian...

Tunggu daku untuk kembali beraksi di belog Elie Fibresz ini ya? :)

teeeheee!

p/s: Garang-garang daku ada manisnya! tak gitu juniors? *muntah hijauuu!!*

Saturday, September 3, 2011

Selepas 20 tahun...Ini Kali Pertama!

Salam kalian... :)

Sepanjang umur 20 tahun ni, daku rasa paling last daku sambut birthday dengan kek ialah pada waktu daku kecik-kecik dulu! zaman daku main polis entry (polis and thief) dengan geng-geng sekolah tadika! hah! sekarang kau kiralah sendiri dah bape lama daku tak ada sambut dengan kek ni segala! T_T
 
sebab tu bila dapat tahu yang sepupu daku, Amin, yang juga birthdaynya sama dengan daku 31 ogos lepas nak celebrate birthday bersama, daku macam terkedu, terkejut, terkentut dan segala ter! alahai..orang putih kata speechless lah derr! sebab ikutkan, ini mungkin adalah kali pertama daku sambut birthday sendiri selepas 20 tahun! :D

setelah sekian lama, memang nak menangis rasa bila tengok nama sendiri tertulis kat atas kek! :p

kau percaya tak bila daku kata, seumur hidup daku, tak pernah kena lagi baling-baling tepung, telur dan air lumpur time birthday sendiri? daku buat bendalah tu time birthday orang, memang selalu...tapi time daku, memang tak dapatlah! sebab apa? sebab time 31 ogos, semua orang confirm-confirm diisyhtiharkan CUTI!! so kau cakaplah kat daku macam mana dorang nak baling tepung kat daku time tengah cuti??

ni Amin, merangkap sepupu daku yang umurnya baru 14 tahun! tapi kau tengoklah sendiri budak 14 tahun pun tingginya dah melampau-lampau! daku ni, time 14 tahun dengan 20 tahun macam tak ubah je tingginya! T__T *nanges sambil kesat air idong*

bila hari jadi sendiri dah lama tak bersambut, daku pun macam dah lupa macam mana rasa indahnya perasaan bila dinyanyikan lagu birthday secara beramai-ramai! salu nyanyikan kat orang lain, daku tak rasa pape pun, sebab bukan daku yang merasa..sekarang ni, bila ada ramai orang yang nyanyikan lagu hari jadi untuk daku, kau tau tak macam mana daku rasa? Sumpah nak nangess wooo! :) 

Umi cakap kalau apa-apa, kena dahulukan dengan baca doa..kau tengoklah daku baca doa pun, tunduk-tunduk! sebabnya terharu sangat-sangat! tahu tak time tu rasa macam nak terkeluar air hidung? haish!!

saat tiup lilin memang kau jangan tanya daku macam mana rasanya! time tu baru daku sedar yang daku dah 20 tahun! wooohaaa! gila cepat masa berlalu! macam tak sedar yang daku dah jadi gadis remaja yang makin hari makin meningkat umurnya! ceh! apsal cepat sangat hari berlalu pun tak tahulah!

fuuuuuhhh! sekali tiup je dah terpadam api! gila hebat tak penangan bibir mungil daku yang dah lama tak tiup lilin hari jadi sendiri? hahahha

Selalunya kalau kat kolej, junior-junior panggil daku Kak Elie, daku tak rasa macam 20 tahun sangat...tapi bila on the celebration day haritu, Amin tanya...

Kak Elie, ni birthday yang ke berapa?

daku jawab...

yang ke 20 tahun!

Okey! barulah diri sendiri dah betul-betul sedar yang daku bukan kanak-kanak yang boleh duduk di bawah ketiak umi lagik! bukan lagik remaja manja yang nak mintak umi abah dodoikan time nak tidur, bukan lagi Elie yang perlu sentiasa bergantung pada orang lain untuk terus pandang dunia! Hello Elie! kau dah 20 tahun! 20 tahun! arghhh!

budak umur 20 tahun boleh buat peace lagik kan? tak pe kot kalau sampai 50 tahun pun peace tu lekat kat jari time nak bergambar?! sebab still boleh kawen kan kalau buat peace time birthday? Eh? Teeeheee! ;)

mungkin kalau tak sambut birthday kali ni, daku pun mungkin tak sedar yang umur sekarang dah meningkat remaja! orang cakap, kalau kita makin tua, kita makin matang! tapi daku sebelum umur masuk alam 20-an lagi orang dah cakap daku matang! apa kes ni woii?! kau tak percaya, pergi tanya kawan daku sekor-sekor! phew!

ini mungkin jadi sejarah untuk diri sendiri! woi, tau tak yang nak dapat sambut hari jadi sendiri memang susah?! sebab tu sampai tak perasan bila disuap kek dan daku telan je walaupun diri sendiri memang tak pernah-pernah sukakan kek!!  >.<

dikesempatan ini, daku memang patut ucapkan ribuan terima kasih untuk semua yang menjadi pemerhati kepada kehidupan daku sehari-harian! walaupun dah cakap kat entry yang lepas, tapi daku still lagi nak ucap A Million Thank You kepada umi abah, kekasih, rakan-rakan, orang sekeliling dan semua orang yang menyayangi diri ini, memberi sokongan tidak terhingga kepada daku sepanjang 20 tahun ni, dan semua yang pernah hadir dalam mewarnai kehidupan daku sebagai gadis bernama Elie ini...

Terima Kasih sangat-sangat! Jasa Kalian dikenang! :)

Ehem! bukan umur 20 tahun saja gila kamera kan? yang dah kertu pun turut sama rupanya! okey! sekarang dah boleh nampak kan generasi daku memang gila-gila! janganlah salahkan ibu mengandung! pfft!

owh! mereka-mereka yang turut menyokong kehidupan daku secara tak langsung juga, ribuan terima kasih daku ucapkan! kerana kalian, diri ini terasa begitu berharga! ewah! dah macam iklan Loreal Paris la pulak! teehee! :D

sudah 20 tahun, tak sangka dah jadi pangkat makcik kepada 4 orang anak sedara dah daku ni! Beby kecik tu, anak sedara daku yang baru 6 bulan lahir! hehehe...pasni maybe patut rajin membahasakan diri kepada anak-anak sedara sebagai Aunty Elie! bukan lagi Kak Elie! kah-kah! :D

lepas 20 tahun, banyak perubahan bakal berlaku! bulan September ni, daku mungkin akan habis belajar peringkat diploma...then i'Allah sambung study untuk ke degree.. Lepas degree, tak tahu lagi mana arah tuju..mungkin kerja? mungkin masih belajar? mungkin kawen? atau mungkin sudah tiada? owh! daku tak tahu dan tak tahu! semua kena serah pada DIA yang Maha Tahu! kan? :)

ini budak yang dah 20 tahun! ada macam kanak-kanak ribena lagik tak? ;)

dan selepas bergelar 20 tahun ini...

Kalian doakan yang TERBAIK untuk daku ya? 

xoxo! ;)

eh, cube bukak blog Doktor Love, tengok apa dia tulis tentang hari jadi kami! ada sesuatu yang comel gile kot di sana! time kasih doktor! Teeehee!

p/s: dari dulu daku asyik tunggu umur 21 tahun! tak tahulah apa akan jadi time umur daku 21 tahun tu! hurmmm!