Sunday, August 28, 2011

Raya Tahun Lepas dan Tahun ini...

Salam kalian... :)

Tiap kali hari lebaran tiba, pasti semuanya berbeza...baik dari baju raya, kain langsir di rumah hinggalah ke tikar mengkuang di lantai, hampir segalanya ingin ditukar! katanya biar nampak berbeza dari tahun lepas! ceh! 

Raya daku kali ni, kemungkinan besar akan jadi biasa-biasa saja! masih dalam bersederhana dan berjimat cermat..umi cakap, pakai saja apa yang ada...lagipun daku raya pun tak lama! hari raya ke lima da pulang ke kolej untuk urusan sebagai senior tahun akhir! sadis-sadis! T_T

tapi bila dipikir balik, ada jugak bezanya raya tahun lepas dan tahun ini! 

kalau dulu beraya dengan berkurung biru, raya kali ini i'allah berwarna kelabu! ;)

tahun lepas punya baju masih elok dan molek lagi! mungkin akan diguna pakai sampai ke anak cucu! teehee!

kalau tahun lepas, sempat bershopping raya di jalan Tar dengan kekasih hati, kali ni terpaksa shopping raya sendiri! :( yelah, tentera laut kesayangan tu tak dapat balik raya sebab masih bertugas di Sabah! haish! punah harapan nak raya bersama untuk kali ke yang ke empat! ;( *nanges sedu sedan!*

baju raya tahun lepas Noddy yang dishopping bersama di jalan Tar! amboi! bila pergi shopping raya berdua cari baju melayu, rasa macam mengalahkan pengantin baru nak menikah! hahahha! :D

hey! kalau dah kata kekasih hati sedang bertugas di lautan pada raya kali ni, harus jugaklah daku beraya bersendirian seperti zaman single dulu-dulu! maka raya kali ni pun tak dapatlah nak bersalam raya seperti tahun-tahun sebelumnya! dan kalau nak jemput hadir ke rumah untuk kali kedua dan berjumpa bakal mertua pun confirm tak dapat! nak buat macam mana? kekasih ku seorang tentera! *nanges lagik!* T_T

ini raya tahun lepas, waktu dia datang umah untuk beraya! tentera laut saya cakap... Tunggu saya balik Semenanjung! Nanti saya jumpa umi dengan abah awak, bawak rombongan pinang terus! eheh! jangan pandai-pandai nak kawen awal! kau nak kena sidekick dengan umi ke Elie?! pfft!

wuhuui! nampaknya raya kali ni juga adalah first time beraya dengan rambut baru! selepas bertahun-tahun rambut panjang, transformasi haruslah ada untuk semangat yang baru! tak gitu semua? hehehe!

 sila cakap selamat tinggal untuk rambut panjang mengurai dan selamat datang rambut pendek! yeehaa! :)

Eh, walaupun raya kali ini mungkin tak semeriah zaman kanak-kanak dulu, tapi yang pasti raya tetap raya! tak kiralah bersendirian ke berdua ke, boyfren depan mata atau sebaliknya, hari lebaran harus disambut dengan penuh kesyukuran! barulah akan datangnya keberkatan! kan-kan? :)

aha! lupa pulak nak cakap..raya daku tahun lepas, kuih raya asyik beli yang dijual di luar sana saja..tapi kali ini berbeza pulak! hampir semuanya dibuat sendiri bersama umi dan kakya di rumah! wah-wah! nilah betul-betul dikatakan mood beraya dah datang! hehehe!

macam-macam ada! pilih saja nak yang mana! terbaik disajikan untuk sanak saudara dan tetamu yang datang berhari raya! :)

owh..kebetulan raya tahun ini jatuh pada 31 Ogos pulak! bukan saja disambut dengan Hari Kemerdekaan negara, tapi hari jadi daku juga! *ehem-ehem :)* jadi haruslah daku rasa bertuah dan bersyukur yang berlipat kali ganda! kan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin Semua!

jika ada tersilap kata dan terusik jiwa sanubari kalian semua dalam daku bermadah helah dalam blog ini, daku mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki ya? Semoga Raya kalian akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas! :)

Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Jadi untuk Elie juga!

teeheee! :D

Ehem! 31 Ogos ni hari jadi daku! ada sesiapa nak jadi pemberi hadiah nombor satu? cepatlah! daku dah gatal tangan ni! tak sabar nak nak hulur tangan pun ada tau! :D

p/s: Semua orang! jemputlah datang rumah ya raya nanti? :)

68 comments:

hazz death said...

hohoho.. pstinya perbezaan kli nie ad kbaiknnya tersendiri.. hohoi.. Selamat hari raya jgk elie.. ^_^

Hanz Lee said...

raya dloo rambut lain. raya skang rambut dah baru. lebih selamat bila menunggang. HAHA
nak dtg umah boleh? ad roti puding kan.

Far8 budak baik said...

wehhh dah berpunye rupanya..
baru je nk ngorat..
haha!
lawa kau berbaju kurong tu..
perghhh ayu habissss
=)

Si Pujangga said...

selamat hari lahir dan selamat hari raya elie!!


p/s : put u in my bloglist.. :)

Nur Syazana Mohammed Sani said...

selamat hari raya plus maaf zahir batin ,. selamat hari lahir dan merdeka juga :D

http://syazanasani.com

Fathiah Hamim said...

wahhh triple celebration for you elie! hehe

salam aidilfitri!
merdeka!
happy birthdayyy1 (:

ieyka said...

Wahh ! nice ! :) nak ngorat , nak ngorat .. ngee ~ ~ :)

aiNa yaZiD said...

wah..~! santek2..=) selamat hari raya dear and happy besday.(^^,) anak merdeka elie ni rupanya. hehehe.

Liyana Aziz said...

elie, selamat hari raya aidilfitri! maaf zahir batin... buat family semua jugak!

oh, happy birthday in advance! semoga panjang umur murah rezeki, diberkati Allah dunia akhirat...

sayang kamu sangat2!

cyieecyqa said...

comel nya dia :)

dylla fadzil 小草莓 said...

rambut baruuu u comellllls!

Elie Lily said...

hazz..
i'allah..semoga raya kali ni lebih baik dari yg lepas..

selamat hari raya jugak ya hazz.. :)

Elie Lily said...

paan..
ko jangan cari gado ngn aku time2 nak raya ni! hahah..meh datang umah, for sure akan ada puding roti! :)

Elie Lily said...

far8..
ko nk kena tembak dengan tentera laut ke? hahhaha

selamat hari raya broo! :)

Elie Lily said...

si pujangga..
terima kasih pujangga..
selamat hari raya juga buat kamu! jangan lupa duit raya untuk elie ya? :D

p/s: thx u soo much!

Elie Lily said...

syazana..
time kasih yunk!
selamat juga untuk kamu! :)

Elie Lily said...

fathiah..
yup..bukan double..tapi tripple!heheh
time kasih sayang! selamat jugak untuk semua ya? :)

ChaCha said...

alolo...sedihnye...xpelah..janji dgr perkhabarannya di sabah itu dlm keadaan yang baik pun dah ok kan. Janji dia selamat di sana.

BTW, happy eid n happy besday in advance ya :)

Elie Lily said...

ieyka..
kena mintak izin noddy dulu la kalo nk ngorat!hehhe

Elie Lily said...

kak aina..
hehehe..ye,elie anak merdeka!
time kasih kakak ku..selamat hari raya juga ya..duit raya untuk elie jgn lupa tau! ;D

Elie Lily said...

yana..
selamat hari raya jugak sayang! maaf zahir dan batin! ;)

time kasih yana! sayang kamu jgak la! kem salam family ya? :)

Elie Lily said...

ciecyka..
tak secomel kamu yunk! :)

Elie Lily said...

dylla fadzil..
hahah..sekarang da serabai la rambut i uu... :D

Elie Lily said...

chacha..
tulah..nasib baik semuanya okay di sabah sana! :)

selamat hari raya ya chacha! Maaf zahir dan batin! :)

Aimi Amira said...

selamat hari raya.

selamat hari jadi in advance (:

Elie Lily said...

aimi..
time kasih aimi..
selamat hari raya juga..maaf zahir dan batin atas segala yg terjadi sepanjang kenal ni ya? :)

Hanz Lee said...

alaa...nnt ak mntak maaf lah time raya. haha
wei ko reedit entry nie eh? td ak baca xde pun citer pesal rambut baru. hahaha

Ratu Lissa said...

wah..comelnya dia..

Un Phat Lee said...

nanti gua kasik lu hadiah bendera msia.amcam?

Elie Lily said...

Paan..
time bila pulak aku reedit?
memang mata ko kero la tu tak baca entry aku betul2! siap tertinggal lagi bab rambut! haish!

Elie Lily said...

ratu lisaa..
kat mana yg comel tu? :)

Elie Lily said...

unphat lee..
takde hal!
aku simpan wat kenangan!
oke? :D

Namee Roslan said...

selamat hari raya! jangan sedih, call 24 jam! hehe, comel nya umur berapa ni? macam 16 tahun pun ada lagi2 with ur new hairstyle :)

bella lim said...

:D Selamat Hari Raya. hihihi. and Happy Birthday. amboih kemain awal wish kan :p hihi

tang kekasih hati tu, tumpang sedih la sebab tahun ni raya single. sobs :'(

dayah aziz said...

salam lebaran dora...;)

Nur Atikah said...

selamat hari raya ^^

Pocket said...

waahhh!! rambut baru,
cam china doll sikit pun ada :D
nanti masa tengah dok beraksi dipagi raya tu kalau ada gambar sila la post yer :D nak tgk gak baju klabu itu :D

Elie Lily said...

namee..
16? omygod! mudanya elie!
hahaha..
im 20 la namee sayang! hahahha

Elie Lily said...

bella..
jom kita raya sama2 tahun ni..kata single..hehhe..

selamat hari raya jugak yunk! :D

Elie Lily said...

dayah..
selamat hari raya jugak!
dora pun dora la labu~
:D

Elie Lily said...

atikah..
salam lebaran buat kamu ya sista! :)

Elie Lily said...

pocket..
takde hal lah! nnt elie tayang gmbar posing maut lagi dalam blog! okay?
hahaha..
selamat hari raya pocket! ;)

Thumbelina Iena said...

selamat hari raya. =)

Jom raya Sabah. T bole g jumpa Noddy :)

happy becoming birthday.

L.e.e.z.a said...

selamat hari raya!!! jgn lupe nasi arab taw de rombongan org lapar nak datang ;p haha~

Elie Lily said...

thumbelina iena..
hahhaa..jom2..elie tak penah g sabah lagi! T_T

selamat hari raya juga sayang! tq 4 the wish! :)

Elie Lily said...

kak leeza..
boleh2..takde hal lah!
hehehe..
selamat hari raya kak! maaf zahir dan batin! :)

[sutera kasih] said...

lama tak jenguk elie huhu

wahh..raya sakan nmpk..buat biskut sendiri ekk..mesti sodap tu kan :P

oooo..ciannya dia xdpt plg beraya ekk elie..sabar je la k..sbr itu manis :)

elie birthday 31 ogos ke?
wahhh bertuah badan hehe

selamat hari raya aidilfitri, salam merdeka dan happy birthday in advance :P

MissCt a.k.a MuqDeq said...

Selamat Hari Raya..
Bab tgn x sabar nak hulur tu, na trime duit ke na bg duit.. Huhu

Elie Lily said...

sutera kasih..
heheh..elie beraya seorang, noddy takdapat balik!huuu

time kaish sutera kasih! salam ramadan dan salam merdeka juga buant kamu sekeluarga.. :)

Elie Lily said...

missCt aka Muqdeq..
eh..apa pulak tangan nk menghulur duit raya..tangan dihulur untuk mintak hadiah! hehehe

selamat hari raya yunk! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

banyaknye kuih...utk tahun depan punya sekali ek?

Elie Lily said...

abg leo..
kemungkinan besar?! hahha

selamat hari raya abg senior! mintak maap zahir dan batin! elie tahu, elie tak banyak salah kan abg kan? eli kan budak baik..hehhehe.. :D

Just Danial 'Classic' said...

mintak duit raya je keje.... haih...
abg baru nk bagi duit raya,.. tapi elie dah mintak.. trus x jadi.. hahahaha

anyway.. slamat hari raya and merdaka elie fiber berisi...
nak reply.. reply kat blog bro dan x manis.... ("/)

Leo "Ricky" Huzair said...

x banyak??

Ily la plg byk buat salah...

Elie Lily said...

abg dann..
hahaha...selamat hari raya ,maaf zahir dan batin jugak abg senior! :)

Elie Lily said...

abg leo..
mana ada banyak! bukti??
:p

farhana yusoff said...

selmat hari raye elie..hehe rambut pendek memg hot:)

Elie Lily said...

farhana..
hot? awuuu! :D

Leo "Ricky" Huzair said...

eh? nk mintak maf secare ikhlas pun perlu bukti?

Nampak sgt x ikhlas...

Elie Lily said...

abg leo..
guna teropong ke sampai nampak ketidakikhlasan tu? =B

Leo "Ricky" Huzair said...

Mikroskop sudeh...

teropong tuh utk benda jauh...

benda halus gune yg tertera di ats yek..

Elie Lily said...

Abg leo..
huh! hebat betul sampai tak boleh dilihat dengan mata kasar kan? :)

Leo "Ricky" Huzair said...

mesti la...

sbb Ily byk putar alam...

Elie Lily said...

abg leo..
putar alam? alahai..
memang tak pernah koot!

tah..tah..abg yg banyak sangat putar alam..

♥ nana i am ♥ said...

sonoknyeeeeee~ triple special dates! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

erm...ye la, ok la

.izzati liyana. said...

sedih kan kalau bf x melawat raya-raya ni.saya dua-dua kat smnanjung pn xsmpt jumpa. negeri lain-lain.ade je halangan.yg penting perasaan sayang tuh. ceh. hee.

Elie Lily said...

izzati liyana..
hahha..sedih memang! elie da teror dah bab2 macam tu.. :p