Wednesday, August 31, 2011

Kebetulan Ianya Terjadi Serentak!

Salam Lebaran, kalian... :)

Sebelum apa-apa...

Selamat Hari Merdeka Semua! :)

Hai! macam mana dengan raya yang pertama? adakah semuanya baik-baik sahaja? pasti semuanya dah melantak ketupat dan kuah kacang serta lemak dan rendang ayam habis-habisan kan? sesi balas dendam katanya! heheheh! :)

owh..kalau dalam entry lepas ada cakap raya kali ni jatuh pada 31 Ogos, bersamaan hari jadi diri sendiri, maka haruslah entry ini nak bercakap tentang perihal diri yang lahir pada hari penuh bermakna ni! Ehem! bukan senang nak bercakap tentang diri sendiri tahu? ianya lebih susah dari menganyam ketupat palas yang kalian makan bersama rendang tok di kampung tuuu! :D

31 ogos 2011, maka genaplah usia 20 tahun daku mengenal dunia! wah! kalau dulu, terasa daku macam kanak-kanak ribena yang masih lagi terkinja-kinja berlari mintak sidekick botol susu dari ibu sendiri, sekarang ni, tak sedar sebenarnya ini adalah tahun pertama daku berstatus sebagai gadis 20 an, dan dah tahun terakhir dalam universiti! wohaaa! saat ini memang terasa diri betul-betul tuaa! T___T

sekarang saya dah 20 tahun! dah takde dah angka belas-belas tu kalau orang tanya umur saya berapa! weeehaa! syiioooooknyaaa! :D

sekarang sila beritahu, kenapa sekejap betul masa berlalu?! ciss!

terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak membesarkan daku yang kecik molek ini, kepada kawan-kawan yang mewarnai hidup daku setiap hari, kepada Noddy yang sentiasa menyokong kekasihnya ini dari jauh di lautan, orang-orang sekeliling yang melihat kehidupan daku setiap hari dan juga tak lupa kepada kalian semua yang memberikan kehidupan yang serba hebat dalam menjadikan daku seorang anak gadis sentiasa berusaha melihat kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari! jatuh bangun daku adalah bersama kalian semua! Terima kasih...terima kasih dan terima kasih! :)

 mereka antara scandal-scandal lama saya! tapi jangan risau! sebab saya masih kuat iman di hati nak berlakikan lelaki sejati! teehee!

owh! jangan terkejut kalau daku katakan, tahun ini mungkin adalah tahun bermakna untuk diri sendiri kerana bukan sahaja hari raya jatuh pada hari jadi daku dan kemerdekaan negara, malah, hari jadi kekasih hati juga adalah bersebelahan dari birthday sendiri! hahahha..Kebetulan ianya terjadi serentak! masakan tidak berbunga hati kerana empat kegembiraan sekali berlaku untuk diri sendiri! :)

tapi malangnya, Noddy dan daku sama-sama jauh! kehidupan di darat dan di lautan memang membataskan perhubungan! hendak betukar hadiah untuk saat ini, memang tak dapat! namun, ucapan kaish sayang mungkin takkan pernah lupa oleh daku kepada dia, dan dia kepada daku! wah! hebatnya kata orang kalau sedang bercinta! heheh :D

gambar hampir 2 tahun lepas! tengok muka masing-masing masih lagi keanak-anakkan! tapi sekarang, tidak lagi! tidak! pffftt!!

walau kekasih sedang bertugas di lautan Sabah sana, tidak menjadi penghalang untuk mengucapkan salam aidilfitri dan selamat hari lahir kepada beliau! maka sempena dengan umurnya yang bakal menginjak lagi satu angka pada 1 September esok, ucapan short and sweet akan diberikan buat tentera laut tersayang! :)

HAPPY . BIRTHDAY . NODDY!

SEMOGA . PANJANG . UMUR.

DIMURAHKAN . REZEKI .

DIPERMUDAHKAN . SEGALA . URUSAN!

tentera laut dan bakal isteri tentera laut yang kecik dan molek lagi kiut miutt!eh-eh? :D

Sayang! kamu dah 23 tahun! tak lama lagi boleh masuk pinang saya! 

kan? kan?

Saya . Sayang . Awak . Sampai . Syurga! :)

p/s: dari awal jam 12 pagi tadi, daku dapat mesej hari jadi, rata-rata bertanya "TAK PERGI CELEBRATE DENGAN BOYFREN KE?" ceh! memang nak kena smackdown sorang-sorang ni! grrr!

38 comments:

SoLy SoLicious said...

HB :)

dayah aziz said...

slmt hari raya

[sutera kasih] said...

selamat hari raya elie

selamat hari jadi elie

selamat selamat selamat elie

hehe..walau dh 20 tp still comel mcm budak2 hehe

Namee Roslan said...

elie...20 tahun??haha, nnti bila awal dah sampai 23 nnti rasa sedih nk belas2 balik. hehe. :) saya dah tua! 23 dah! huwaa...

btw, selamat hari raya. comel nya elie :) cepat2 kahwin ok! :D

nrlly said...

Selamat hari jadi & selamat hari raya. :)
such a lucky person to be born on 31st of august.
hihi

alif haris said...

pewwwit2 .. bergmbar bersama tentera laut :) hehe

alif haris said...

eh lupa nk wish ..selamat hari rayo :D

Liyana Aziz said...

happy birthday elie... ni kak aimie suruh wish... hekhekhek

Amirah Suhana said...

happy birthday n selamat hari rayaa!

so sweeet ;) hehehe

Marya Hana said...

bestnyaa senang nak igt bila bday ellie..

HAPPY BIRTHDAY , moge dimurahkan rezeki.. sempena bulan syawal ni ..

:) amin.

Hanz Lee said...

raya bukan 30 ribulan ker? ari jadi ko 31, mana serentak. haha
blaja elok2 taw. PMR da nak dekat. hehe

maCy said...

comelnya kamu dear.

selamat hari raya dan moga bahagia selalu :)

muse said...

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

nub said...

selamat 20 tahun! selamat raya!

nah amek 2 kupang 5 duit ni.

duit raya. dah, pi main jaoh2. harhar


*yes aku lagi muda!!

Elie Lily said...

soli..
time kasih yunk! :D

Elie Lily said...

dayah aziz..
selamat untuk kamu juga! :)

Elie Lily said...

sutera kasih..
comot masih lagi kot!
hahha..

time kasih sutera kasih! :)

Elie Lily said...

namee..
20 baru!hehe..
elie tunggu 21 dari dulu..tak tahulah kenapa!hehhe..

kawen? kena tunggu ada org nk pinang dulu lah! :p

Elie Lily said...

nrlly..
alhamdulillah.. ;)

time kasih ya sayang? xoxo.. <3

Elie Lily said...

aliff..
mesti belajar peeewit tu dengan amy search kan? :p

Elie Lily said...

alif..
ya..selamat untuk kamu juga!
duit raya mana? :p

Elie Lily said...

yana..
time kasih..cakap kat kak aimie.. :)

Elie Lily said...

amirah suhana..
time kasih..
selamat hari raya juga ya? :)

Elie Lily said...

kak yaya..
memang senang ingat..tapi tak semua org akan ingat..hahha..

time kasih untuk doa tu kak! :)

Elie Lily said...

paan..
ko baru mintak maaf ngan aku kot ari raya aritu..takkan nak cari gado lagik? hahha

Elie Lily said...

macy..
thanks dear! :)

Elie Lily said...

muse..
selamat hari raya jugak! duit raya untuk elie mana? :p

Elie Lily said...

nub..
hang bukan 20++ ke? hehehe

puteri kasih said...

Happy belated Birthday, salam lebaran dan selamat hari merdeka :)

caliph shuriken said...

selamat hari raya, salam merdeka & hepi belated besday ^^

Elie Lily said...

Puteri kasih..
thank you honey! :)

Elie Lily said...

caliph..
selamat untuk kamu juga brother! :)

POSH76 said...

selamat hari raya....

Pinky Pixie said...

selamat hari raya.
selamat menyambut hari kemerdekaan.
selamat hari lahir.

wahh, pakej sume eh. untunglah..hihi
moga berbahagia hingga ke akhir hayat. amin.

Elie Lily said...

posh..
salam lebaran buat kamu ya? :)

Elie Lily said...

kak yati..
time kasih untuk doa!
jemput datang umah.. ;)

.izzati liyana. said...

mesti dapat byk ucapan selamat on 31st august tu kan.

semangat tuh atas kereta ade bendera msia. :)

Elie Lily said...

izzati liyana..
boleh la..tapi bukan elie saja yg dapat banyak ucapan selamat time ari jadi kan? heheh..

haruslah! merdeka katanya! :p