Sunday, August 14, 2011

Kami Tak Main-Main!

Salam Ramadan Kalian... :)

Orang kata, kalau nak berjaya, kena berusaha dengan sepenuh hati! 

Memang sejak dari azali lagi, daku sudah berpegang dengan kata-kata perangsang macam tu untuk berjaya! almaklumlah, orang yang tak kuat belajar macam daku ni, memang liat sikit nak berjaya! kena bagi piat telinga sampai merah-merah dulu, baru dapat hidayah nak belajar! teehee! :p

macam tu jugak dalam setiap benda yang daku dan kawan-kawan buat! kalau perasan, hampir tiga entry daku yang lepas banyak berkisarkan tentang Nokss isu 2! yelah, kami masing dalam proses mempromosikan karya kami! manalah tau, ada dalam kalangan kalian yang nak dah jatuh hati ke, bolehlah roger-roger kami dengan sesenang hati! takdelah nanti kalian tergaru sana tergaru sini, sebab pening kepala macam mana nak dapatkan Nokks kami ni, kan-kan?

sebab tulah kami sanggup menjual ke mana-mana saja kami pergi, walaupun dalam majlis berbuka puasa sekalipun, sebabnya kami memang serius dan tak pernah main-main dalam mempromosikan zine kedua kami! :)

kami memanglah macam kanak-kanak ribena, tapi cuba tengok muka kami, ada tak yang menggambarkan kami ni main-main? tak kan? katakanlah takkkk!! :D

bila dapat tahu yang kami bakal berbuka puasa bersama beberapa orang sasterawan negara, memang dalam kepala otak kami tak pikir apa dah, selain nak menjual dan mempromosikan Nokss! bayangkanlah, sebelum hari kejadian, orang-orang kuat 9belas dah berhempas pulas mencetak semula Nokss isu 1# dan isu 2# selain selebihnya kami bincang bagaimana hendak menjual Nokss pada orang luar! wah! nampak tak betapa giatnya kami beroperasi?

dalam berjual beli, waktu berbuka puasa juga tak boleh lupa! menpercepatkan amalan berbuka puasa adalah sunah nabi! jadi bila nampak juadah sedap seperti Nasi Ambeng yang lazat ni, rasanya memang tu je kot yang boleh rehatkan kami dari memikirkan Nokss! teehee! :p

tahu tak bagaimana giatnya kami memperkenalkan zine kami pada orang luar di majlis berbuka puasa tempoh hari? tak sangka dalam mempromosikan secara kecil-kecilan juga, masih ada yang sudi membeli dan membaca Nokss kami! Terima Kasih kami ucapkan! dan yang paling membanggakan, sasterawan negara, Datuk A.Samad Said juga nampaknya sudah memiliki Nokss kami! warna hijau lagi tuu..wah-wah! :)

siapa yang tak bangga bila Datuk A. Samad Said juga turut memiliki Nokss kami? harapnya kami di 9belas dapat menjadi sasterawan seperti beliau walaupun masing-masing pada mulanya jadi malu-malu kucing sewaktu ingin bergambar bersama orang popular nih! :D

dijemput untuk berbuka puasa bersama beberapa orang pelajar dari universiti lain juga, sememangnya memberikan kami rezeki berganda. kerana kami bukan saja dapat me'laku'kan zine kedua kami, malah beramah mesra dengan kawan-kawan baru yang nyatanya dari bidang yang sama seperti kami! *hello kawan-kawan baru! nama saya Elie! Selamat berkenalan!* hehehhe

ada rakan lama, ada rakan baru! ada juga yang tak pernah menjadi rakan, tapi tiba-tiba terselit dalam gambar ni! tapi untungnya mereka, tiba-tiba saja boleh masuk blog busuk daku! muahahha! :D

malam berbuka puasa itu saja, sudah hampir separuh dari Nokss terjual pada orang ramai! Alhadulillah..rezeki dari DIA yang di atas! :) tak sia-sia 9belas bertungkus lumus mempromosikan Nokss di merata-rata laman sesawang dan di luar alam maya. eh, kan tadi dah kata, kami tak main-main! jadi??

yeah! itu dia Nokss yang laku dijual pada hari tersebut! bukan mudah hendak menjualnya dengan duit kecik yang tidak mencukupi di dalam poket masing-masing, tapi sebab kami berusaha, akhirnya berjaya juga mejual hampir separuh dari yang dicetak semula! :)

haaa...sekarang bagitau daku. adakah kami ini main-main? tidak bukan? kami memang tak main-main9 dalam memperluaskan karya kami 9belas orang penulis muda ini! hey! rasanya dah hampir ke limapuluhkali daku ulang ayat KAMI TAK MAIN-MAIN! kan-kan? hahaha

hey! senyumlah semua! jangan bermuram durja, kerana Nokss kita sudah laku laaa! :)

jadi kalian sudah dapatkan Nokss kami atau belum? jika ada yang berminat untuk mendapatkannya, sila rajinkan tangan anda untuk klik pada entry daku yang lepas! atau nak lagi senang, masuk saja rumah kami di 9belas zine! mudah saja kan? :)

Maaplah! daku memang 'alim' sikit waktu bertandang ke majlis berbuka puasa tempoh hari! malas nak berbaju kurung, tapi masih lagi mahu tampil ayu dan sopan santun mengalahkan Perempuan Melayu Terakhir! boleh kan? Sekian! :')

Terima Kasih pada semua yang support kami dari dulu sampai sekarang! Terima kasih juga buat 9belas atas kerjasama yang hebat dan superb awesome kita sekeluarga! peluk cium penuh kasih mesra dari daku buat kalian semua! xoxo! :)

okay! muntah hijau cepattt!!!

p/s: waktu berbuka pada hari tu memang kenyang dengan makanan! syurga-syurga! ;)

38 comments:

Aimi Amira said...

excited excited excited.



makanan bestttttttttttttttttttt.

Nur Nabilah Nordin said...

syokkk nyee..teruskan berusaha dear ;D

Elie Lily said...

aimi..
nasi ambeng please!!heee

Elie Lily said...

nabilah..
time kasih sayang! :)

lilypelangi said...

sedapnye nasi ambeng ! huhu

echaRierie said...

all the best elie..
teruskan berusaha ! hehe :)

WZulhilmi said...

haa! tgk a. samad said pun pilih perisa pandan mcm aku. hahaha. teruskan usaha!!^^

Alkisah said...

hebat mu ni, sampai a. samad said pun baca

I.A. said...

ORGASMA MELANDA! ARGH! XDDD

Liana Ryan said...

macam sedap jer makanan tu.. ^^

L said...

sedapnyerr.. huhu

sy syg awak?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

hamzah ian said...

kalau lah ku dapat buku2 itu

amir aizat said...

woah hebat2!! hehe

Pocket said...

pocket suka orang yg berusaha,
pasal pocket ni selalu separuh usaha jer, tu yg separuh kaya jer tu..
(Ker separuh miskin?)

sila buat iklan utk nOks dlm bentuk JPEG 200x250px..
buleh jajakan kat kengkawan yg mahu mempromosikan majalah anda :D

enyheartsdiamond said...

wah! dah publish zine! im so proud of u!

Encik Psychopath said...

selamat menghasilkan kerja seni.

cEro said...

pergh! samad said pon ada zine tu???

mesti best!!!

A retarded kitty said...

fuyoo!

Elie Lily said...

lilypelangi..
elie first time makan! :)

Elie Lily said...

echaRichie..
ofcos! thanks 4 ur support hunny! :)

Elie Lily said...

WZulhilmi..
mesti kau dah contact dia awal2 kan?!
time kasih! hehe

Elie Lily said...

alkisah..
berkat kerjasama 9belas! :)

Elie Lily said...

I.A..
credit to Iki! :)

Elie Lily said...

Liyana Ryan..
nasi ambeng? haruslah sedap! :)

Elie Lily said...

L..
awak sayang saya?
nnt saya terjah ya? :p

Elie Lily said...

hamzah..
rm5 je kot..jangan kedekut beli Nokss!
hehehe

Elie Lily said...

amir aizat..
terima kasih aizat! :)

Elie Lily said...

pocekt..
owh? boleh membantu kami?
i'allah..terima kasih pocket! :)

Elie Lily said...

eny..
thanks sayang! jangan lupa dapatkan zine 1 dan 2 dari 9belas! :)

Elie Lily said...

encik psychopath..
kita berusaha bersama-sama ya? terima kasih banyak-banyak1 :)

Elie Lily said...

cero..
try la dapatkan Nokss kalau nak tahu best ke tak! :)

Elie Lily said...

retarded kitty..
pehh! heee!

Elih Japahar said...

Comelnyaaa...! :)

Elie Lily said...

elih..
siapakah yg dimaksudkan? :p

[sutera kasih] said...

betuahnya dpt jmpa sasterawan negara..jeles2 :P

Elie Lily said...

sutera kasih..
jangan jeles2..rezeki kami la tu.. :)

Hiddy Asri said...

Personal experience akk dgn Datuk A Samad Said; dia seorg yg sgt humble, tutur katanya tersusun, dia & wife very loving berjalan kaki bersama2 ke mana2 sahaja dr flat di Bangsar hingga ke BSLN! And yg penting, tak lokek dgn nasihat & senyuman. I love U Datuk A Samad Said..

Elie Lily said...

Kak Hiddy..
yeah true sis! A.Samad Said memang murah dengan senyuman..sngat merendah diri..dats y dia boleh jadi idola org ramai.. :)