Wednesday, August 31, 2011

Kebetulan Ianya Terjadi Serentak!

Salam Lebaran, kalian... :)

Sebelum apa-apa...

Selamat Hari Merdeka Semua! :)

Hai! macam mana dengan raya yang pertama? adakah semuanya baik-baik sahaja? pasti semuanya dah melantak ketupat dan kuah kacang serta lemak dan rendang ayam habis-habisan kan? sesi balas dendam katanya! heheheh! :)

owh..kalau dalam entry lepas ada cakap raya kali ni jatuh pada 31 Ogos, bersamaan hari jadi diri sendiri, maka haruslah entry ini nak bercakap tentang perihal diri yang lahir pada hari penuh bermakna ni! Ehem! bukan senang nak bercakap tentang diri sendiri tahu? ianya lebih susah dari menganyam ketupat palas yang kalian makan bersama rendang tok di kampung tuuu! :D

31 ogos 2011, maka genaplah usia 20 tahun daku mengenal dunia! wah! kalau dulu, terasa daku macam kanak-kanak ribena yang masih lagi terkinja-kinja berlari mintak sidekick botol susu dari ibu sendiri, sekarang ni, tak sedar sebenarnya ini adalah tahun pertama daku berstatus sebagai gadis 20 an, dan dah tahun terakhir dalam universiti! wohaaa! saat ini memang terasa diri betul-betul tuaa! T___T

sekarang saya dah 20 tahun! dah takde dah angka belas-belas tu kalau orang tanya umur saya berapa! weeehaa! syiioooooknyaaa! :D

sekarang sila beritahu, kenapa sekejap betul masa berlalu?! ciss!

terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak membesarkan daku yang kecik molek ini, kepada kawan-kawan yang mewarnai hidup daku setiap hari, kepada Noddy yang sentiasa menyokong kekasihnya ini dari jauh di lautan, orang-orang sekeliling yang melihat kehidupan daku setiap hari dan juga tak lupa kepada kalian semua yang memberikan kehidupan yang serba hebat dalam menjadikan daku seorang anak gadis sentiasa berusaha melihat kehidupan yang lebih baik dari hari ke hari! jatuh bangun daku adalah bersama kalian semua! Terima kasih...terima kasih dan terima kasih! :)

 mereka antara scandal-scandal lama saya! tapi jangan risau! sebab saya masih kuat iman di hati nak berlakikan lelaki sejati! teehee!

owh! jangan terkejut kalau daku katakan, tahun ini mungkin adalah tahun bermakna untuk diri sendiri kerana bukan sahaja hari raya jatuh pada hari jadi daku dan kemerdekaan negara, malah, hari jadi kekasih hati juga adalah bersebelahan dari birthday sendiri! hahahha..Kebetulan ianya terjadi serentak! masakan tidak berbunga hati kerana empat kegembiraan sekali berlaku untuk diri sendiri! :)

tapi malangnya, Noddy dan daku sama-sama jauh! kehidupan di darat dan di lautan memang membataskan perhubungan! hendak betukar hadiah untuk saat ini, memang tak dapat! namun, ucapan kaish sayang mungkin takkan pernah lupa oleh daku kepada dia, dan dia kepada daku! wah! hebatnya kata orang kalau sedang bercinta! heheh :D

gambar hampir 2 tahun lepas! tengok muka masing-masing masih lagi keanak-anakkan! tapi sekarang, tidak lagi! tidak! pffftt!!

walau kekasih sedang bertugas di lautan Sabah sana, tidak menjadi penghalang untuk mengucapkan salam aidilfitri dan selamat hari lahir kepada beliau! maka sempena dengan umurnya yang bakal menginjak lagi satu angka pada 1 September esok, ucapan short and sweet akan diberikan buat tentera laut tersayang! :)

HAPPY . BIRTHDAY . NODDY!

SEMOGA . PANJANG . UMUR.

DIMURAHKAN . REZEKI .

DIPERMUDAHKAN . SEGALA . URUSAN!

tentera laut dan bakal isteri tentera laut yang kecik dan molek lagi kiut miutt!eh-eh? :D

Sayang! kamu dah 23 tahun! tak lama lagi boleh masuk pinang saya! 

kan? kan?

Saya . Sayang . Awak . Sampai . Syurga! :)

p/s: dari awal jam 12 pagi tadi, daku dapat mesej hari jadi, rata-rata bertanya "TAK PERGI CELEBRATE DENGAN BOYFREN KE?" ceh! memang nak kena smackdown sorang-sorang ni! grrr!

Sunday, August 28, 2011

Raya Tahun Lepas dan Tahun ini...

Salam kalian... :)

Tiap kali hari lebaran tiba, pasti semuanya berbeza...baik dari baju raya, kain langsir di rumah hinggalah ke tikar mengkuang di lantai, hampir segalanya ingin ditukar! katanya biar nampak berbeza dari tahun lepas! ceh! 

Raya daku kali ni, kemungkinan besar akan jadi biasa-biasa saja! masih dalam bersederhana dan berjimat cermat..umi cakap, pakai saja apa yang ada...lagipun daku raya pun tak lama! hari raya ke lima da pulang ke kolej untuk urusan sebagai senior tahun akhir! sadis-sadis! T_T

tapi bila dipikir balik, ada jugak bezanya raya tahun lepas dan tahun ini! 

kalau dulu beraya dengan berkurung biru, raya kali ini i'allah berwarna kelabu! ;)

tahun lepas punya baju masih elok dan molek lagi! mungkin akan diguna pakai sampai ke anak cucu! teehee!

kalau tahun lepas, sempat bershopping raya di jalan Tar dengan kekasih hati, kali ni terpaksa shopping raya sendiri! :( yelah, tentera laut kesayangan tu tak dapat balik raya sebab masih bertugas di Sabah! haish! punah harapan nak raya bersama untuk kali ke yang ke empat! ;( *nanges sedu sedan!*

baju raya tahun lepas Noddy yang dishopping bersama di jalan Tar! amboi! bila pergi shopping raya berdua cari baju melayu, rasa macam mengalahkan pengantin baru nak menikah! hahahha! :D

hey! kalau dah kata kekasih hati sedang bertugas di lautan pada raya kali ni, harus jugaklah daku beraya bersendirian seperti zaman single dulu-dulu! maka raya kali ni pun tak dapatlah nak bersalam raya seperti tahun-tahun sebelumnya! dan kalau nak jemput hadir ke rumah untuk kali kedua dan berjumpa bakal mertua pun confirm tak dapat! nak buat macam mana? kekasih ku seorang tentera! *nanges lagik!* T_T

ini raya tahun lepas, waktu dia datang umah untuk beraya! tentera laut saya cakap... Tunggu saya balik Semenanjung! Nanti saya jumpa umi dengan abah awak, bawak rombongan pinang terus! eheh! jangan pandai-pandai nak kawen awal! kau nak kena sidekick dengan umi ke Elie?! pfft!

wuhuui! nampaknya raya kali ni juga adalah first time beraya dengan rambut baru! selepas bertahun-tahun rambut panjang, transformasi haruslah ada untuk semangat yang baru! tak gitu semua? hehehe!

 sila cakap selamat tinggal untuk rambut panjang mengurai dan selamat datang rambut pendek! yeehaa! :)

Eh, walaupun raya kali ini mungkin tak semeriah zaman kanak-kanak dulu, tapi yang pasti raya tetap raya! tak kiralah bersendirian ke berdua ke, boyfren depan mata atau sebaliknya, hari lebaran harus disambut dengan penuh kesyukuran! barulah akan datangnya keberkatan! kan-kan? :)

aha! lupa pulak nak cakap..raya daku tahun lepas, kuih raya asyik beli yang dijual di luar sana saja..tapi kali ini berbeza pulak! hampir semuanya dibuat sendiri bersama umi dan kakya di rumah! wah-wah! nilah betul-betul dikatakan mood beraya dah datang! hehehe!

macam-macam ada! pilih saja nak yang mana! terbaik disajikan untuk sanak saudara dan tetamu yang datang berhari raya! :)

owh..kebetulan raya tahun ini jatuh pada 31 Ogos pulak! bukan saja disambut dengan Hari Kemerdekaan negara, tapi hari jadi daku juga! *ehem-ehem :)* jadi haruslah daku rasa bertuah dan bersyukur yang berlipat kali ganda! kan?

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin Semua!

jika ada tersilap kata dan terusik jiwa sanubari kalian semua dalam daku bermadah helah dalam blog ini, daku mintak ampun dari hujung rambut hingga hujung kaki ya? Semoga Raya kalian akan lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas! :)

Selamat Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Jadi untuk Elie juga!

teeheee! :D

Ehem! 31 Ogos ni hari jadi daku! ada sesiapa nak jadi pemberi hadiah nombor satu? cepatlah! daku dah gatal tangan ni! tak sabar nak nak hulur tangan pun ada tau! :D

p/s: Semua orang! jemputlah datang rumah ya raya nanti? :)

Thursday, August 25, 2011

Seorang Nerd!

Salam kalian... ;)

Kalau tengok dalam filem, golongan NERD selalu menjadi bahan gelak dan bualan pihak lain! atau reti kata lain, mereka lebih terkenal dengan gelaran LOSER! setuju dengan kata daku? hah! kau tak percaya, kau boleh godek movie-movie atau drama-drama kat tv! confirm akhirnya kau setuju cakap daku walaupun mula-mula kau mesti kata...

"Eh, yeke macam tu?"

"Ermm..aku rasa macam tak je?!"

Atau kau tak percaya lagik? Susah susah kau ketuk saja umah Puan Sri Youtube! habis cite! :)

 amboi comelnya la kalau ada budak Nerd macam ni! sumpah nak cobit-cobit pipi dia then colek dia bawak larik masuk Malaysia, boleh wat jadi adik angkat! ehehe!

dan bila adanya cite-cite yang watak utamanya Nerd, di mana watak itu akan berperwatakan blur-blur, rambut dibelah tengah, selalunya gigi mereka dipagar dengan besi, kelam kabut dan seorang pencinta buku yang tegar dari menjadi seorang pencinta manusia yang sejati, tetapi mempunyai keinginan untuk bercinta dengan seorang lelaki/wanita yang indah rupa parasnya..dan pasti di akhir cerita dia akan berjaya dapat cinta sejatinya! harus juga sesetengahnya diceritakan bagaimana watak tersebut setelah di'makeover'kan...hurmmm..daku rasa kau semua pun boleh agak jalan ceritanya macam mana kan? hahahha!

jadi sedang daku sibok menonton movie seorang diri, juga wataknya seorang Nerd, mulalah kepala otak cuba memikirkan macam-macam! 

Adakah di dalam realiti juga begini?

Golongan Nerd ditertawakan, dan sentiasa berseorangan sambil ditemani timbunan buku-buku? paling tidak pun, berkawan dengan satu atau dua kawan yang munkin juga species mereka..dan paling sadis, bila tengok dalam filem, golongan-golongan bijak ini pastinya akan kalah pada golongan yang lebih indah rupa paras, namun otak letak kat lutut dalam pelajaran, sebelum akhirnya berjaya dalam semua segi!

ehhh..memang klise lah kisah hidup kalau semua golongan Nerd begini ceritanya! kan-kan? heheheh

jadi daku cuba meletakkan diri sendiri bagaimana rupanya daku kalau menjadi Nerd?! Adakah mungkin akan dipinggirkan? atau mungkin ditertawakan? atau mungkin digelar Loser? atau mungkin dan mungkin!

hurmmmm...daku akan menyiasat! ^_^

hai! nama saya Siti Peah! ada sape-sape nak kawan dengan saya tak? kalau nak, boleh la tulis nama panjang atau nama pendek dekat coment box saya! nanti saya ajak awak pergi dating! nak tak? hahahha :D

p/s: daku tak paham apa motif orang jual spek versi nerd tapi takde cermin! tak cukup bahan nak wat cermin spek kaaa?! pfft!

Monday, August 22, 2011

Air Tangan Ummi!

Salam kalian... :)

Daku baru sahaja pulang ke rumah dari kolej 3 hari yang lepas...tak sempat nak panas bontot kat tilam empuk di bilik sendiri, kejap lagi dah kena berkemas semula untuk pulang ke kolej! sadis kan? T_T

Dah lah dengan minggu ni memang kerja menghadap asgment je kat rumah, memang tak puas langsung nak duduk bawah ketiak ummi untuk bermanja-manja! teehee! dan mungkin ini kali terakhir daku balik rumah untuk cuti wekend sebelum balik bercuti raya nanti selama lebih kurang lima atau enam hari je! Woi! baca betul-betul..daku cuti raya tak sampai seminggu woi! *nanges tersedu-sedan!*

disebabkan cuti raya daku sekejap dan rasanya dalam raya ke 4 atau 5 dah kena balik kolej atas urusan sebagai senior tahun akhir, peluang balik umah untuk cuti sekejap ni memang tak boleh dilepaskan macam tu je! sebab tu awal-awal lagi dah bagitau ummi macam ni..

Ummi..Raya ni orang tak boleh cuti lama! Ada kerja kat kolej!

mungkin dah paham dengan anak daranya yang sumpah bakal sibuk lepas raya ni, jadi ummi memanglah rajen masak sedap-sedap untuk lauk berbuka tapi menu macam dah hari raya! dan kalau dah makan air tangan umi, haruslah kenyang sampai perut rasa nak meletop-yang mana bila meletop bunyik macam mercun pop-pop! teehee! :D

 Kau pernah tengok nasi kaler kuning menguning macam padi dah masak tak? Haa..Ini Nasi Arab! Lepas dah pergi umrah dan haji dulu, ummi rajin gile buat nasi arab kalau time raya! Maybe nak bagi anak-anak dia nanti dapat kawen dengan orang arab kot?! erkk? ^_^

Kau tahu apa, bukan senang nak tengok umi bakar kambing kalau buat lauk berbuka puasa! memang terharu betul lah bila tengok umi pergi pasar semata-mata nak bakar kambing untuk daku yang bakal cuti sekejap ni! hahaha! 

Owh kejap-kejap! baru daku tahu, tadi umi bukan bakar kambing untuk daku, tapi untuk kakya! T__T cheh Elie! jangan mimpi di siang hari! kau tak makan kambing kottt!! teehee!

orang kata kalau makan kambing, badan cepat panas! yeke? patutlah daku tengok orang yang makan kambing salunya cepat berpeluh! mungkin kalau makan banyak-banyak, peluh dorang boleh penuh satu baldi kott, pastu wat mandi semula! haaa...idea yang bagus Elie! kan-kan? :p

owh! Maap-maap! terlupa nak bagitahu! kalau nak baca entry daku ni, kena tunggu lepas waktu bukak puasa! kalau tak nanti  masing-masing dah tak larat nak telan air liur sebab tengok makanan-makanan sedap! Tak pasal-pasal daku kena tanggung dosa kalian yang terbatal puasa! *OMG! Tak mampu denn! dosa sendiri pun tak terkira!* heeee

okay! bye semua! Puasa! jangan tak puasa tau! :)
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
  
CHOPPP!! 

:
:
:
:
:
:
:

Sebelum terlupaa...

petang tadi daku berbuka dengan Ayam Bakar! :D

Peh! Air tangan ummi memang terbaik lah!

okay! bye-bye! teehee!

Cakap lah hai-hai kat kepak ayam tu! mana tahu dia lambai semula ke apa? heheheh

Selamat Berpuasa semua! :)

p/s: percubaan ke berapa kali untuk tak makan banyak-banyak...FAIL! pffft!

Saturday, August 20, 2011

Rezeki Bulan Ramadan!

Salam kalian... :)

Di suatu petang...

Tempat : Restoran Mc Donald, Sogo
Masa    : 6.35 petang

Waiter: Ye Cik, boleh saya bantu?

Elie: saya nak single GCB, set kecik satu..

Waiter : makan atau bungkus?

Elie: Makan..

tak sampai 5 minit, satu set burger GCB, kentang goreng, dan air coke terhidang! maka hidangan itu pun dibawa pergi ke meja makan..

  GCB! perh! tak payah cakap macam mana hebatnya rasa dia! memang mengancam sampai daging ayam lekat kat celah gigi pun takde hal lah! :D

***************************

Masa : 6.40 petang - 7.20 ++ petang

Berborak sambil perut bergendang gendut menunggu waktu berbuka..

"Eh, kau makan apa?"

"Kau tahu tak, semalam aku pergi beli itu..beli ini.."

 "Polan tu ke yang kua tiap-tiap malam sampai tak ingat balik umah dah?!"

bla - bla - bla....

T________T

*************************************

Masa : 7.25 petang

masing-masing menadah tangan berdoa dan mulut terkumat kamit membaca doa berbuka puasa dan doa makan...dan daku, taburkan sos cili di atas beger, mula buka mulut untuk menjamah...

Elie: Eh, kenapa burger aku ada dua slices daging ni? 

Meon : Kau punya double GCB laa!

Elie: Takkkk! tadi aku oder single burger je! Aku bayar untuk single punya lah!

Kawan-kawan: Alaaa..silap bagi ni! Rezeki kau la tuuu, Elie!

 Kau boleh tengok beza harga single dan double GCB kan? haish! tapi apa boleh buat? da kata rezeki daku., telan ajelah labuuu! dan selamat dah pun GCB dalam perut daku! :)

Mungkin betul lah kata orang, rezeki orang kita tak tahu...

dan itulah namanya...

Rezeki Bulan Ramadan...

kan-kan? :)

muka bahagia, tak perlu diulas apa-apa lagi! sekian! :)

Hey, hari ini rezeki daku...esok lusa mungkin rezeki kalian pula..

siapa tahu kan?

jadi jangan jeles-jeles ya?

Salam Ramadan Semua! :)

p/s: Sumpah kenyang tak hingat lepas dah telan double GCB! agaknya dah bape kg lemak berkumpul dalam perut nih? lepas ni mungkin perlu berlari 20 pusingan padang bola! pffft!

Thursday, August 18, 2011

Perjuangan Rm 10,000!

Salam Ramadan kalian... ;)

Daku rasa daku antara orang yang beruntung sebab berkawan dengan insan-insan yang punya cita-cita yang tinggi! almaklumlah..daku ni jangan cakap belum jumpa cita-cita tinggi yang tinggi, tapi nak capai pun rasanya macam tak sampai kot! rendang kata orang! sobs! T__T

sebab tu daku cakap daku bertuah sebab kawan-kawan daku memang sah-sah nampak mereka memang punya cita-cita yang tinggi melangit..masakan tidak, mereka semua sudah gigih menghasilkan sebuah iklan 30 saat yang bertemakan Terima Kasih Malaysia untuk dipertandingkan bersama ramai lagi peserta di luar sana! 

 Menariknya pertandingan ini, iklan mereka perlu direkodkan dengan menggunakan iPhone dan rasanya kalau bagi daku tugas ni, haruslah sampai tahun depan daku tak siap buat iklan, sebabnya nak main game Angry Bird kat  iPhone pun dah terkebil-kebil apatah lagi nak shoot iklan untuk masuk pertandingan! pheww!

sebagai seorang kawan, daku ingin melihat rakan-rakan yang gigih ini berjaya dalam setiap perjuangan mereka! disebabkan itu, daku mahu mengajak kalian untuk melihat hasil kegigihan mereka dan bersama-sama daku untuk memberi sokongan kepada mereka semua! ;)


Comel-comel saja mereka kan? teeheee! 

Hey, tahu tak yang mereka sebenarnya bukan sahaja mempertaruhkan karya dan idea mereka di mata umum, tetapi ini mungkin peluang terbaik mereka untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembikin filem yang bakal berjaya suatu hari nanti! InsyaAllah! :)

kalian juga boleh membantu mereka merealisasikan impian rakan-rakan daku ini dengan menonton iklan di atas dan menekan butang 'LIKE' di bawah video yang disiarkan di youtube! mana tahu, dengan satu klik dari kalian, mereka bakal membawa pulang hadiah berupa rm10,000! siapa sangka dalam diam kalian juga telah membantu mereka secara tidak langsung! kan? :)

So people, mari mulakan proses mengundi video di atas sekarang! segala kerjasama kalian, daku dahului dengan ucapan Terima Kasih Malaysia! :)

GO-GO, TAPAI PRODUCTION! :D

p/s: bila agaknya daku akan pandai guna iPhone?? -penulis sedang bermonolog dengan diri sendiri!-

Sunday, August 14, 2011

Kami Tak Main-Main!

Salam Ramadan Kalian... :)

Orang kata, kalau nak berjaya, kena berusaha dengan sepenuh hati! 

Memang sejak dari azali lagi, daku sudah berpegang dengan kata-kata perangsang macam tu untuk berjaya! almaklumlah, orang yang tak kuat belajar macam daku ni, memang liat sikit nak berjaya! kena bagi piat telinga sampai merah-merah dulu, baru dapat hidayah nak belajar! teehee! :p

macam tu jugak dalam setiap benda yang daku dan kawan-kawan buat! kalau perasan, hampir tiga entry daku yang lepas banyak berkisarkan tentang Nokss isu 2! yelah, kami masing dalam proses mempromosikan karya kami! manalah tau, ada dalam kalangan kalian yang nak dah jatuh hati ke, bolehlah roger-roger kami dengan sesenang hati! takdelah nanti kalian tergaru sana tergaru sini, sebab pening kepala macam mana nak dapatkan Nokks kami ni, kan-kan?

sebab tulah kami sanggup menjual ke mana-mana saja kami pergi, walaupun dalam majlis berbuka puasa sekalipun, sebabnya kami memang serius dan tak pernah main-main dalam mempromosikan zine kedua kami! :)

kami memanglah macam kanak-kanak ribena, tapi cuba tengok muka kami, ada tak yang menggambarkan kami ni main-main? tak kan? katakanlah takkkk!! :D

bila dapat tahu yang kami bakal berbuka puasa bersama beberapa orang sasterawan negara, memang dalam kepala otak kami tak pikir apa dah, selain nak menjual dan mempromosikan Nokss! bayangkanlah, sebelum hari kejadian, orang-orang kuat 9belas dah berhempas pulas mencetak semula Nokss isu 1# dan isu 2# selain selebihnya kami bincang bagaimana hendak menjual Nokss pada orang luar! wah! nampak tak betapa giatnya kami beroperasi?

dalam berjual beli, waktu berbuka puasa juga tak boleh lupa! menpercepatkan amalan berbuka puasa adalah sunah nabi! jadi bila nampak juadah sedap seperti Nasi Ambeng yang lazat ni, rasanya memang tu je kot yang boleh rehatkan kami dari memikirkan Nokss! teehee! :p

tahu tak bagaimana giatnya kami memperkenalkan zine kami pada orang luar di majlis berbuka puasa tempoh hari? tak sangka dalam mempromosikan secara kecil-kecilan juga, masih ada yang sudi membeli dan membaca Nokss kami! Terima Kasih kami ucapkan! dan yang paling membanggakan, sasterawan negara, Datuk A.Samad Said juga nampaknya sudah memiliki Nokss kami! warna hijau lagi tuu..wah-wah! :)

siapa yang tak bangga bila Datuk A. Samad Said juga turut memiliki Nokss kami? harapnya kami di 9belas dapat menjadi sasterawan seperti beliau walaupun masing-masing pada mulanya jadi malu-malu kucing sewaktu ingin bergambar bersama orang popular nih! :D

dijemput untuk berbuka puasa bersama beberapa orang pelajar dari universiti lain juga, sememangnya memberikan kami rezeki berganda. kerana kami bukan saja dapat me'laku'kan zine kedua kami, malah beramah mesra dengan kawan-kawan baru yang nyatanya dari bidang yang sama seperti kami! *hello kawan-kawan baru! nama saya Elie! Selamat berkenalan!* hehehhe

ada rakan lama, ada rakan baru! ada juga yang tak pernah menjadi rakan, tapi tiba-tiba terselit dalam gambar ni! tapi untungnya mereka, tiba-tiba saja boleh masuk blog busuk daku! muahahha! :D

malam berbuka puasa itu saja, sudah hampir separuh dari Nokss terjual pada orang ramai! Alhadulillah..rezeki dari DIA yang di atas! :) tak sia-sia 9belas bertungkus lumus mempromosikan Nokss di merata-rata laman sesawang dan di luar alam maya. eh, kan tadi dah kata, kami tak main-main! jadi??

yeah! itu dia Nokss yang laku dijual pada hari tersebut! bukan mudah hendak menjualnya dengan duit kecik yang tidak mencukupi di dalam poket masing-masing, tapi sebab kami berusaha, akhirnya berjaya juga mejual hampir separuh dari yang dicetak semula! :)

haaa...sekarang bagitau daku. adakah kami ini main-main? tidak bukan? kami memang tak main-main9 dalam memperluaskan karya kami 9belas orang penulis muda ini! hey! rasanya dah hampir ke limapuluhkali daku ulang ayat KAMI TAK MAIN-MAIN! kan-kan? hahaha

hey! senyumlah semua! jangan bermuram durja, kerana Nokss kita sudah laku laaa! :)

jadi kalian sudah dapatkan Nokss kami atau belum? jika ada yang berminat untuk mendapatkannya, sila rajinkan tangan anda untuk klik pada entry daku yang lepas! atau nak lagi senang, masuk saja rumah kami di 9belas zine! mudah saja kan? :)

Maaplah! daku memang 'alim' sikit waktu bertandang ke majlis berbuka puasa tempoh hari! malas nak berbaju kurung, tapi masih lagi mahu tampil ayu dan sopan santun mengalahkan Perempuan Melayu Terakhir! boleh kan? Sekian! :')

Terima Kasih pada semua yang support kami dari dulu sampai sekarang! Terima kasih juga buat 9belas atas kerjasama yang hebat dan superb awesome kita sekeluarga! peluk cium penuh kasih mesra dari daku buat kalian semua! xoxo! :)

okay! muntah hijau cepattt!!!

p/s: waktu berbuka pada hari tu memang kenyang dengan makanan! syurga-syurga! ;)

Friday, August 12, 2011

Gula-Gula Kapas!

Salam kalian... :)

JEJAKA:
Ada sesuatu yang aku perlu beritahu pada kau!
Perasaan aku pada kau, sama seperti Gula-Gula Kapas! Manis!
Dan aku mahu manis itu menjadi gula yang sebati dalam diri ku!

         GADIS:
Aku akan menjadi gula yang sentiasa larut dalam dirimu!

JEJAKA:
Jadi cinta kita akan bermula dari saat ini...

                                                   GADIS: 
Dan ia tak kan berakhir sampai bila-bila...
seperti manisnya rasa Gula-Gula Kapas! ;)


Ehem! daku bukanlah gadis yang mudah sangat untuk berjiwang-jiwang!

tetapi...

Daku juga mahukan kisah cinta yang semanis GULA-GULA KAPAS! :')

teeheee! :D

p/s: jangan lupa dapatkan Nokss Isu #2, ya? :)

Friday, August 5, 2011

Nokss- Isu 2#

Salam Ramadan Kalian.. ;)

Kalau Liyana Aziz, Aimi Amira, Alyssa Ali dan 9belas yang lain sudah sibuk bercerita di blog dan laman sesawang yang lain, Elie Lily juga tidak mahu terkecuali yawww! :D

Masih ingat isu NOKKS!?

Jika dulu NOKSS dijual dengan isu 1#, kali ini kami 9belas, kembali tampil dengan Nokss-Isu 2#! ;)

 disajikan dengan 3 perasa iaitu strawberry, pandan dan blueberry! teehee! :D

dalam Nokss isu 2#, pastinya karya-karya dan curahan hati 9belas orang penulis muda ini nyata lebih hebat, mantap,dan padat dari Nokss isu 1#. kalian tak percaya? tanya saja pada mereka yang telah mendapatkan zine kedua kami ini, kemudian nilaikan sendiri! :)

 Ehem! cube besarkan mata dan cari yang mana satu karya Elie Lily! hahaha :D

kali kedua menjadi penulis Nokss, pastinya daku sendiri tidak terkecuali untuk berasa terharu dengan segala sokongan yang diberikan oleh rakan-rakan dan pembaca zine kami! bilangan fan page 9belas di laman sesawang juga semakin bertambah katanya! syukur-syukur! ;)

 antara karya daku sendiri yang terselit di dalam Nokss! haip! tak boleh baca lebih-lebih! kalau nak, sila dapatkan di pasaran sekarang! hehehhe

bagi mereka yang telah mendapatkan Nokss isu 2# ini, daku anggap mereka bukan saja telah menjadikan Nokss sebagai teman mesra mereka, malah, teman kepada lebihan waktu 24 jam sehari mereka! masakan tidak, jika sebelum tidur, ketika di meja makan atau selepas mandi dengan badan masih berlilitkan kain tuala, mereka telah menggunakan Nokss isu 2# ini sebagai teman ketawa mereka! Terima kasih semua! :)

Gottcha! Lu kenaa Beb!! :D

Jadi kalian tunggu apa lagi? tidak teringin untuk mendapatkan Nokks isu 2# sekarang? hehehe.jika ada yang tergerak hati untuk memiliki Nokss isu 2# ini, kalian hanya perlu ikut sahaja cara-cara di bawah sebelum memilikinya :-

Bagi pembelian secara post, prosedur jual beli adalah seperti berikut :
  1. tukar wang anda kepada WANG POS di pejabat pos.
  2. tinggalkan order anda di http://www.facebook.com/9BelasZine.
  3. namun begitu, bagi yang tidak mempunyai FB boleh tinggalkan pesanan di alamat emel berikut : azizi_jiji9108@yahoo.com.
  4. nantikan wakil kami akan INBOX alamat rumah kami kepada anda. tulis juga nama & alamat surat-menyurat anda.
  5. setelah itu pos kan lah wang itu kepada kami.
  6. bila wang pos anda sudah di-pos kan kepada kami, maklumkan pada pihak kami sebagai langkah berjaga-jaga.
  7. tunggu posmen hantar 'NOKSS!'.
  8. Selesai. Terima Kasih.
 
segala pertanyaan, kalian jangan segan-segan untuk berurusan dengan Azizi Dain yang hensem ini ya? teehee! :)

owh! bagi harga pula, kalian jangan risau kerana sememangnya karya kami dijual dengan harga yang stardard zine sahaja di mana :-

By Hand : RM 5   

By Post :
Semenanjung - RM 6
Sabah Sarawak - RM 7

Jika ada dari kalangan kalian yang tertinggal isu hangat Nokss yang pertama dulu, kalian boleh dapatkan NOKSS isu #1 dan #2 bersama dengan harga seperti berikut :-

By Hand : RM 9

By Post :
Semenanjung - RM 10
Sabah Sarawak - RM 11

segala pertanyaan lanjut mengenai Nokss, klik saja kami di  9belas Zine! :)

 antara 9belas penulis Nokss! aha! daku yang kepochi juga tidak terkecuali! :)

Ehem! jangan lupa dapatkan Nokss isu 2# ini dengan segera SEMENTARA STOK MASIH ADA!  Segala sokongan dan sambutan dari kalian untuk kami 9belas ini daku ucapkan ribuan Terima Kasih yang tidak terhingga!  ;)

Terbaik disajikan untuk kalian yang tersayang! :D

so people, Do Support Us okay?

p/s: mungkinkah ada isu yang 3#?  i'allah! kita tunggu dan lihat sahaja! :)