Sunday, July 24, 2011

Ini Orang Kita!

Salam kalian... :)
Memerhatikan sekeliling! 

yeah! itu adalah sifat semula jadi yang ada pada daku sendiri! daku pernah cakap tentang perkara ni dalam entry dulu-dulu! kalau kau dah follow daku dari zaman tok nadong, for sure kau tahu yang dari dulu sampai sekarang, daku seorang pemerhati!  

melihat dan memerhatikan apa yang berlaku pada di sebelah, di hadapan, di belakang, atas atau bawah sekalipun, daku akan memerhati! mana yang baik, akan daku praktikkan, dan jika sebaliknya, adalah entry khas daku buat untuk masuk blog ini! heheh..jadi sesiapa yang kalau terjumpa daku, baik berhati-hati! silap haribulan, free-free nama kau naikkan traffik blog daku! teeehee! :D

semalam! daku turun KL bersama kakya untuk temankan umi..katanya nak beli kemeja kerja! biasalah, bila abah kerja di luar, biasanya kami akan naik kenderaan awam je..umi tak bagi anak-anak daranya ni drive kereta sampai nun jauh ke kota KL! sebab katanya bahaya! alah umii! takut sangat kami drive macam nak masuk litar sepang! T_T

 setelah berhempas pulas beratur, akhirnya berjaya mendapatkan tiket! pffft!

bila keluar rumah pada hujung minggu, biasanya akan ramai yang akan turun KL sebab untuk berhibur atau bershopping, dan bila dah namanya naik kenderaan awam, baik dari LRT, Monorail atau bus sekalipun, harus jugak penuh, seolah-olah kau nak pergi tengok final Piala Dunia! maka akan ada kejadian tolak menolak dan berebut untuk naik LRT dan Monorail, walaupun dalam keadaan 'beratur'!

berhadapan dengan ramai orang, tiga situasi yang terjadi dapat daku lihat semalam..

situasi 1

seorang wanita ingin melintasi mereka yang beratur untuk membeli tiket monorail, dan memang kalau kau tengok semalam, panjangnya barisan monorail macam nak beli tiket bus untuk balik kampung. lalu wanita itu meminta laluan dari orang ramai, dan malangnya, tidak pula diberikan laluan! malah beliau seperti bercakap dengan dinding atau tembok yang tidak bernyawa! lalu beliau beralih ke barisan hadapan untuk meminta laluan, kebetulan seorang lelaki berbangsa asing sedang beratur untuk membeli tiket..dengan perkataan..Yes Miss..dan satu senyuman, lalu diberikan sahaja wanita itu laluan!

situasi 2

dan ketika kami hendak melintas jalanraya, memang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi! almaklumlah, semalam hujung minggu, kereta macam orang jugak..nak keluar berhibur! jadi masing-masing menanti traffik light bertukar merah untuk melintas. tiba-tiba, zzzaapp! satu kereta meluncur laju melintasi manusia yang nak melintas jalan ni, walaupun pada waktu itu lampu isyarat berwarna merah! daku percaya, waktu itu, dalam hati masing-masing dah terkejut beruk! lelaki disebelah daku pun, segala makian dan ayat-ayat yang tidak sedap didengar dah terkeluar dari mulutnya! waktu itu, daku pikir, nasib baik tak langgar orang! kalau tak????

situasi 3

tong sampah diwujudkan untuk kita membuang sampah! tapi kenapa masih ada lagi yang tak paham bagaimana untuk membuang sampah dengan betul?! waktu berjalan di kaki lima, daku melintasi sekumpulan remaja yang duduk merokok. bangga sahaja mereka menghembuskan asap-asap ke udara! habis saja merokok, puntung-puntung dicampakkan ke bawah lantai..daku tengok tong sampah dekat saja dengan kedudukan mereka..tapi kenapa mesti buang ke lantai? adakah sebab malas berjalan atau nampak tak smart kalau buang puntung rokok dalam tong sampah?

gambar ni tunjuk kena buang sampah dalam tong sampah..tapi kenapa ada pihak yang buang bayi pulak dalam tong sampah? otak letak kat lutut ke derrr?! =__=

well people! daku harap kalian boleh nampak situasi ini dengan jelas!daku tak paham dengan segelintir masyarakat yang serupa ini! adakah mereka tak tahu bagaimana untuk berdisiplin atau tidak diajar bagaimana untuk menghormati peraturan? macam situasi tong sampah tu, bayangkan kau tengok sampah-sampah bertaburan sana sini, kau rasa kau selesa ke dengan keadaan yang kotor tu? kalau macam tu, lepas ni daku nak sarankan pada kerajaan jangan letak tong sampah kat mana-mana! bagi sapa-sapa yang nak buang sampah, campak saja kat lantai, biar orang luar tengok negara kita ni indah sejahtera! dan kau, duduklah dekat sampah-sampah yang kau sendiri buang kan tu! 

entry ini ditulis bukan tujuan untuk menjatuhkan nama orang kita, malah jauh sekali nak cakap orang kita takde sivik minded! tapi kau boleh tengok sendiri kot benda ni terjadi kat sekeliling..daku tak nak menyalahkan mana-mana pihak, tapi kalian ada mata, ada telinga dan yang pasti kalian ada otak..jadi kalian tentu boleh fikir mana yang baik dan mana yang tidak..daku sendiri adalah di dalam kelompok kalian..jadi masing-masing boleh menilai sendiri..daku taknak lah nanti negara kita dipandang serong sebab perkara-perkara macam ni..Malaysia negara cantik kot..kalau tak, tak kanlah orang luar nak bertandang lama-lama kat negara kita dan buat macam rumah sendiri! kan-kan? :)

so peeps, mari sama-sama kita tepuk dada, dan tanya selera..

 Jom abang badut! kita sama-sama menjaga Malaysia! nak tak? nak tak? hehehe

Happy Sunday Everyone! Assalamualaikum! :)

p/s: Nanti kalau daku jumpa orang yang buang sampah merata-rata, daku nak tanya.."hang tak kenal tak tong sampah kaa? "

36 comments:

najihah sahami said...

haha..rindunya kesibukan KL. haha..ahad ngan sabtu adalah hari penuh kesabaran kalau nk kuar ke KL. hehe

dayah aziz said...

hm...sume org g bpusu2 soping kan smlm..... itu lah msia..;)

Liyana Aziz said...

ni lah orang kita dik non... malaysian yang melayu di tasik madu...

teha said...

org yg buang baby dlm tong sampah tu mmg xde akal laa nm nye

enyheartsdiamond said...

eny pun seorang pemerhati seperti ellie <3

btw, eny da tak bole berlegar-legar di KL da sebab eny praktikal dekat dgn rumah di kedah :')

im gona miss KL sooo much! :|

Aimi Amira said...

masyarakat prihatin ramai, yang tak prihatin lagi ramai.

Fathiah Hamim said...

macam macam ragam kan orang neh. seronok kot kalo dok nengok. =D

cEro said...

manusia di bumi ni memang banyak ragam dan perangai, kan?
(cakap dlm nada makhluk asing..hahah)

Elie Lily said...

najihah..
beselah..kl sesak waktu weekend..
mmg kena bersabar tahap maksima! :D

Elie Lily said...

dayah..
yup! mcam esok dah nak raya!
hehe

Elie Lily said...

yana..
rasanya mereka melayu yg layu di tasik madu!

Elie Lily said...

teha..
tahu tak pe!
semua otak letak kat lutut! grrr!

Elie Lily said...

eny..
bagus! jadi elie ada geng!
btw, gudluck sayang..nnt free, kita jimba kat kl sama2 k. :D

Elie Lily said...

aimi..
jadi kau pastikan berada antara mereka yg prihatin ya? ;)

Elie Lily said...

fathiah..
mmg seronok..tapi lagi kesian kalau kena tgk mereka hidup dalam keadaan kesian macam ni..huuu

Elie Lily said...

cero...
1001 orang, 1001 ragamm..kan? :D

WZulhilmi said...

diorg smeua tak pergi tadika kut masa kecik. Sbb tu basic tak tau.

HAZWAN17 said...

biasalah KL weekend memang sesak sket..sabar aje lah

✿ cik atie said...

penah ke tgk kl xjam?? mybe 1st of raya puasa.. :)

perondajaketbiru74 said...

memang banyak nilai-nilai murni dalam diri warga kota sudah kabur...

Encik Psychopath said...

Civic mindedness at Malaysia really bad. Nothing to do to change mentality. Its about time.

alif haris said...

memang cmtu lah orang kita .. huhu .
yg fes tu salu nampak ..
orag luar lg gentle .. huhu

Leo "Ricky" Huzair said...

gmbar bru ke? awat mcam pendek jek?

Ily kan tinggi...

Sarah Mohd Saleh said...

itu lahh rakyat malaysia yg disayangi.xckup bertamadun.gram dgn skap mereka.grrrrr

Caythrine Amanda said...

every weekend KL mmg cengitu..oo yea kimsalam kat abg badut tu say:kau hensem la haha.. ;D

Elie Lily said...

wzulhilmi..
maybe..takpun doran salu ponteng time kat sekolah! :D

Elie Lily said...

hazwan17..
always! kata kl! :p

Elie Lily said...

cik atie..
kl sinonim dgn jem kottt... :p

Elie Lily said...

perondajaketbiru..
sebab tu kadang2 hilangnya hormat pada org kita sendiri..

Elie Lily said...

alif haris..
kan? even dorang orang luar..

Elie Lily said...

abg leo..
ili tinggi budi bahasa kot.. :)

Elie Lily said...

cathyrine..
hahhaa..nnt elie kim salam beliau eh..
dont wori! :D

Elie Lily said...

sarah..
tulah..mana hilang adab dan sensitivity tah! grrr!

Elie Lily said...

encik psychopath..
kata orang kitaa..macam nilah gayanya..huhu

aliah amirah said...

hee~BADUT tu comel :)

Elie Lily said...

aliah..
minat ke?
hehehe