Thursday, July 7, 2011

Galeri P.Ramlee

Salam kalian... :)

Siapa kat sini peminat filem-filem P Ramlee? cepat angkat tangan masing-masing! ;)

kalau kata peminat, kalian dah pergi belum Galeri P Ramlee yang bertempat di FINAS di jalan Pahang tu? Hey! Daku dah pergi tau! Seronoknya dapat masuk galeri seorang seniman, jangan cakaplah! Rasa macam dapat makan udang galah bertaraf hotel 5 bintang secara free! ;D


Nak masuk galeri P Ramlee bersama rakan-rakan kelas bukan senang tau! Nasib baik diberitahu kedatangan kelas bagi subjek Stageplay akan diambil di FINAS! kalau tak, memang tak lah nak berkonvoi ramai-ramai ke FINAS! nak ke FINAS seorang diri pun sampai sesat-sesat jalan! nasib baik berteman! Silap haribulan, kelas ke mana, kedatangan pun telur ayam je!choii!

Sebelum masuk galeri, turunkan tandatangan pada buku pelawat dulu! Eh,kan kata VIP! haruslah orang mintak sign sana sini, ye dak?! time-time macam nilah nak rasa macam selebriti tak diiktiraf! :)

masuk saja galeri, daku dah jakun! PEH! hebat gila dalamnya! masuk-masuk pintu gerbang, dah kena turunkan tandatangan! then sana sini muka P Ramlee! Fuhh! dah rasa macam masuk zaman hitam putih pun ada jugak! mana taknya, reka bentuk dan segala peralatan yang digunakan oleh P Ramlee waktu beliau menjadi anak seni turut dipamerkan, hebat tak hebat?

masuk bilik rakaman, pegang boom zaman P Ramlee dan posing dengan replika filem-filem arwah, kau mampu?! huish! manalah daku tak ter-riak?! :p

Sape-sape yang masuk galeri, tapi tak bergambar dengan segala replika atau poster-poster di dalamnya, memang lah akan rugi besar! tak percaya? kalian bagitahu daku, galeri mana yang bila kau masuk kau boleh amek gambar sesuka hati, siap nak posing maut sana sini? ada ke? nak amek gambar guna camera henfon takde flash pun belum tentu lepas, inikan pulak DSLR! ceh! tapi kalau masuk galeri P Ramlee ni, kau siap boleh posing ala-ala Tyra Bank lagi tau! tak percaya lagik? pergi sendiri!

Tengok! Daku da cakap! haa...posing la korang sampai lebam! :D

owh! masuk galeri kat FINAS ni sebenarnya kami punya tujuan sendiri! ada tugasan tentang filem-filem P Ramlee yang perlu dibereskan! sebab tu jugaklah kalau kalian lihat, kami siap posing dengan poster-poster P Ramlee ni! nak jadikan bahan bukti katanya..tapi rasanya lebih banyak amek gambar untuk koleksi peribadi saja! hehehe. betul tak kawan-kawan semua? ;)

Ye! kami lah yang rajin sebab datang ke FINAS untuk siapkan tugasan tu! sambil buat tugasan, boleh jugak cuci mata sini sana! mana tau sangkut sorang dua ke? Eh Elie! macam mana boleh terlepas cakap pulak ni?! :D

sedikit info mengenai P Ramlee! mahukan tumbesaran mega? sila right-hand klik ya! :)

bukan senang nak dapatkan info mengenai P Ramlee! alang-alang da sampai FINAS, masuk pulak galeri ni, teruslah kami kumpulkan segala bukti mengenai allahyarham! kalau time submit assignment nanti lecturer tanya dapat kat mana,daku cakaplah.."Saya curik kat rumah P Ramlee, puan!  Sebab tu complete semuanya!  then kalau lecturer still taknak percaya, sebab cukup info pasal P Ramlee, daku nak cakap.. "Kenapa? Puan/Prof nak softcopy gambar P Ramlee leteww!" teehee! :p

masuk galeri P Ramlee ni, memang terasa macam VVIP betullah! bukan saja masuk secara percuma, malah makan tengah hari turut disediakan! lagi buat semua terkejut beruk, dapat pulak goodies bag yang berisi macam-macam dalamnya, seperti topi, t-shirt, buku aturcara dan segalanya mengenai P Ramlee dari FINAS! walawehh! mantap-mantap! ;)


muka girang dapat goodies bag memang mintak sidekick dan smackdown! mana pernah dapat barang-barang free yang best macam ni! sebab tu siap amek 2 bungkus goddies bag sekali! opss! :D

waktu makan memang semua orang tunggu-tunggu! bila dijemput untuk makan tengah hari, memang semua senang hati, sebabnya perut da mula memainkan lagu Paramore versi Orkestra! nak-nak pulak ayam goreng dan ikan bakar dah terhidang atas meja. tak masuk lagi sambal udang dan sayur campur! perh! memang kesedapan tak hingat! dan tengah-tengah hari buta, dapat makan cendol sebagai desert memanglah rasa heaven gila! siap tambah 2 kali lagi! kan dah kata makan free..so??

tengoklah muka setiap sorang dari kami! perut semua dah meronta-ronta mintak ayam goreng! ayam goreng! sambal udang! sambal udang! teehee!

sambil makan, sambil dengar program khas yang diadakan sempena memperingati Allahyarham P Ramlee! sempat jugaklah jumpa dan lambai-lambai tangan kat artis veteran tanah air! tak sangka mereka masih lagi Mantap, Tegang dan Bergaya! yang vogue, memang tak hingat! phew! kalah body Mas Idayu! :')

tu dia Elie, sang jakun! bila orang buat wacana kat depan, kau buat apa kat belakang, Elie? kau buat hal sendiri! ngeee :')

Ehem! bila perut dah kenyang, tunggu apa lagi? Ca Alif Bot la! CABOT!! hehehe.. Terima kasih tak terhingga kepada FINAS atas segala keseronokan tempoh hari! ada rezeki, jangan lupa undang kami lagi!

teehee!

eh! bahan asignment pun dah cukup, so Yana, jom buat asignment sekarang!! ;)

Liyana Aziz adalah scandal daku sejak dari semester satu dulu! buat asignment memang sentiasa berdua! tapi beliau dah 2 kali dapat dekan, daku tak dapat-dapat lagi! sobs! T_T

owh! sebelum terlupa, Terima kasih tidak terhingga kepada lecturer, Encik Wiramanja atas duit minyak dan sewa keta kami seramai 9belas orang ke FINAS! ternyata kami sangat bertuah! betul tak rakan-rakan? Sudahlah masuk galeri pun secara percuma, makan minum dan duit tambang ke galeri juga PERCUMA! hui! kau cakap dengan aku sekarang, mana nak dapat free-free ni segala? takde kan? jadi sila jangan jeles wahai kalian semua! ;p

sekali lagi, Terima Kasih Encik Wiramanja dan FINAS! tak lupa pada rakan-rakan sekelas jugak! kalau tiada mereka, daku juga takkan ke FINAS tempoh hari! terima kasih ya semua! jasa kalian akan dikenang! :')

Seronoknya! ;)

p/s: bahan bukti dah banyak, tapi Elie cakap dia blur nak buat tugasan macam mana! T_T

76 comments:

WZulhilmi said...

part goody bag dgn makanan adalah acara yg aku paling suka sekali. lol

Elie Lily said...

WZulhilmi..
tau da! semua orang pun macam tu! :p

Marya Hana said...

adik2 penulisan kitewww amboi..syiokkk lah tu :D

Hans said...

yg dapat goody bag la best
wahhhh
jeles2 den

Himpunan Kata - Kata Hikmah Hans Hanis

iKhRam said...

wow.. sgt best tue..!! mesti ada kesedaran leaps ni akan kepentingan kesenian orang dulu2kan?

Elie Lily said...

kak yaya..
haruslah seronok! dapat macam2 kot! :D

Elie Lily said...

hans..
kalau nak, pergi FINAS ya?
heee

Elie Lily said...

ikhram..
dari dulu da sedar, cuma tak pandang dalam2 je :)

~aku dan die~ said...

wow!besnye dpt masuk.jeles2!huhu :D

CintaKhadijah said...

tgk dr jauh mcm pengacara remaja.. hehe..

♥ nana i am ♥ said...

wowwwww si comel DORA ^_^

Elie Lily said...

aku dan die..
jangan jeles2..you pun boleh masuk tau! tak payah bayar pun! :)

Elie Lily said...

cinta khadijah..
tang mana pengacara remaja neh?
hahha

Elie Lily said...

kak nana..
si comot Elie! :D

AbgferOz said...

terbaek... mcam besh jew pi situ... weee nak pi gak la..

anyway nice helmet :P koh koh koh...larikkkk

cEro said...

cambest cambest!!
rambut elie lawa..haha

Elie Lily said...

abg feroz..
memang best! try pergi ya?
hey..helmet tu mahal tau!
tak dapat kat mana2 kedai yg berdekatan tahu? hahah

Elie Lily said...

cero..
sangat best!
tak caya, pergi sendiri!hahah
rambut tu perli ke apa?
heee

♥ nana i am ♥ said...

si comel jugak! ^_^

Liyana Aziz said...

sem ni elie dapat dekan! amin...
aduhhh, tetiba terbayang lauk kat finas... grrrr... mode: ganti puasa....

Aimi Amira said...

tak sabar pakai t-shirt ramai2 hari rabu nanti (:

ehh, itu galeri perfileman.
sekarang pameran p.ramlee sampai akhir julai lepas tu pemaran lain pula.

Elie Lily said...

kak nana..
tak secomel kakak la! :D

Elie Lily said...

liyana..
aminnn!!
hehhe..ala..yana kena tunggu berbuka baru boleh bayangkan lauk2 kat finas! kalau tak, batal!
hehehe

Elie Lily said...

aimi..
tshirt aku saiz L! :(
owh..yeke? aku da silap la ni..
takpe la..biarin!hehhee

Still alive said...

hebat:-)ngeh2

Elie Lily said...

still alive..
semestinya! :)

zureen said...

wahhh!

She's Gee said...

okay, wlaupun daku tak mampu nak bace smpai abes citer kat atas, tapi daku rase sungguh jeles pada tuan hamba sbb dpt jejak kaki kat sana. bile pulak giliran gee smpai ni......... ^^

Elie Lily said...

zureen..
wah-wah! :D

Elie Lily said...

Gee..
npe tak abiskan baca? sobs!
ala..gee pergi la finas..seronok tau! ;)

Nasriq said...

terasa macam nak pergi jea...

amir aizat said...

best tu!

ifwat said...

pehh, orang muda jiwa klasik :D

alif haris said...

hoho !! semua free ^^

kene la jeles jugak nih .. haha

Leo "Ricky" Huzair said...

colourful btul la....blog ni

Hans said...

den dah banyak kali dah pergi Finas
tapi xpenah masuk sana
hahahaaaha

Racun Serangga Terbaru - Hansect

h A n Y S said...

lalu finas pernah la, haha
seronok gila tengok gamba2.. eh, time bagi goody bag yang paling best ah! XD

pilotHans said...

wow happening nyer...u made something boring look interesting to me :p

p/s incase uve not notice, u have been 1year++ in my buddies list -> http://www.yohanibrahim.com/blog/my-buddies

tomato said...

tak ajakkk pon T_T

tomato said...

tak ajakkk pon T_T

enyheartsdiamond said...

ehem2.. mcm kenal je liyana aziz tu.. hehe! btw, u sgt comel dgn rambut baru tu! nampak 2,3 tahun lebih muda <3

KinosKoko said...

g r rumah kelahiran dia lak..
hehe..
tugasan tu goreng je masak merah..hehe

Amanina Sofea said...

bestnya..
nk pegi..nk pegi :D

maCy said...

menarik tu. lagi2 kalau dpt percuma semua. hik2

Elie Lily said...

nasriq..
jom2..bawak elie skali ya.. :D

Elie Lily said...

amir aizat..
sangat2 best! :D

Elie Lily said...

ifwat..
elie la tu..
hehehhe

Elie Lily said...

alif haris..
jangan2..tak baik..
better g sendiri, n alaminya!
hehehhe

Elie Lily said...

abg leo..
haruslah..cantik kot blog ni..secantik tuan belog..lalalla~

Elie Lily said...

hans..
rugilah kalau tak masuk!
best wooo! :D

Elie Lily said...

hanys..
memag best time dapat goody bags!
sebab tu elie amek 2 sekali!
hahha

Elie Lily said...

pilothans..
owh really? im glad of it! :D

Elie Lily said...

tomato..
mana nak tau tomato nak p sekali!
hehehe

Elie Lily said...

tomato..
nnt p sekali ag, elie ajak naa..takmo majuk! heee

Elie Lily said...

eny..
yeke?
hehehhe..da lama tak rambut pendek, feeling habislah dgn rambut helmet ni..hahha

Elie Lily said...

amnina..
jom3..takde hal! :D

Elie Lily said...

kinos koko..
nnt elie nk p la! macam seronok je org cite! heheh

Elie Lily said...

macy..
sangat2 menarik! macy da pergi ke?
try pergi ya! confem sonok! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Ok...

no further comment....

Elie Lily said...

abg leo..
hah! confem la ili cantik! wow! segan gilak ni! teehee :D

Leo "Ricky" Huzair said...

yep...Ily mmg cntik. puas?

Elie Lily said...

abg leo..
ya..itu yg ili nk dgr tu..
jrg ada org puji tau..
heeee.. :D

[sutera kasih] said...

syoknya dpt pegi galeri P.Ramlee..sy teringin nak pegi T________T

Elie Lily said...

sutera kasih..
jom pergi! elie nk pergi lagi rasanya!seronok betullah! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

Padahal slalu jek puji tp org tuh yg kononnye humble...

"eh. biase jek...eh x la....eh awak lgi cantik"

Pigi daaa

Elie Lily said...

abg leo..
eh..tu ili lain kot..
abg da salah org ni :D

Leo "Ricky" Huzair said...

Ily ni borak jek lebih....

:P

Elie Lily said...

abg leo..
sapa yg ajar kalau bukan abg..
kan? :)

Leo "Ricky" Huzair said...

gggrrr....

abg x penah ajar cmtuh pun...

abg ajar pasal Malaysian Cinema, Case Study

Elie Lily said...

abg leo..
hahha..kantoi la abg tipu..
spnjang 5 sem, ili takde belajar subjek malaysian cinema pun..bila pulak abg ajarnya?
hahhaha

Leo "Ricky" Huzair said...

Ceramah kt tepi surau tuh bukan psal subjek yg korang belajar ok?

Elie Lily said...

abg leo..
mmg la..
n abg pun takde ajar ili pasal subjek bagai yg abg cakap tu..
hah! ni igt tak, ili pnh tolak offer chewing gum dari abg kat tepi surau dulu? sbbny chewing gum da tinggal satu..hahha..msti abg tak igt kan? ceh!

Leo "Ricky" Huzair said...

yang tuh abg igt....

:)

Elie Lily said...

abg leo..
wah! ingat? terzut den bila abg kata abg ingat! :)

Leo "Ricky" Huzair said...

eleh....igtkn abg lupe ke?

semua abg igt la cume buat2 lupe saje...

Elie Lily said...

abg leo..
ah..abg ni pun pandai cakap, sama je kite berdua!
admit it! pfft!