Sunday, July 31, 2011

Sebulan bersama Ramadan!

Salam kalian... :)

Eh! Esok dah puasa lah! ;)

Teheee!

bila masuk bulan puasa, perkara pertama yang bermain dalam kepala otak daku selain menambah pahala dan beribadat, ialah dapat berkunjung ke Bazar Ramadan! yes! confirm banyak gerai yang menjual makanan di Bazar Ramadan! heheheh!

tapi kalau ditanya apa yang akan dicari untuk juadah berbuka puasa haruslah makanan yang sedap-sedap! nak-nak lagi selera di bulan mulia ni lain macam sikit, memanglah mintak kaki sekor-sekor bila mana kepala otak asyik terbayangkan Murtabak! pergh!

  Ya Allah! yang ni kalau dapat makan cicah kuah kari ayam, dari air tangan ummi ni, walawehhh...Sumpah sebulan daku tak makan nasik pun takpe!! :D

kemudian confirm anak tekak asyik menjerti-jerit nak makan ayam percik! kalau hari-hari takde pulak teringinkan ayam percik ni bagai! fuh! tiba-tiba time bulan ramadan, mata masuk asap bakar ayam pun kau dah tak kisah punya, janji dapat puaskan hati sendiri dengan santapan lazat hingga menjilat ibu jari sendiri! time tu lupa dah adab makan dekat meja! teehee!

 Woi! saat daku post gambar ni, sumpah telan air liur sebijik-sebijik! anak tekak rasa nak meronta-ronta menjerit nak ayam percik! nak ayam percik! T_T

dapat pulak telan dessert lembut-lembut macam marshmellow tapi versi melayu punya, kuih Tepung Pelita, memang kau tak hingat dunialah melantak time berbuka! sebijik tepung pelita tu, makan macam telan bubur je..takyah kunyah-kunyah dah! dah kata lembut..kan? kan? muahahah!

 owh men! apasal suci sangat kaler dia ni?! rasa sayang nak makan sebijik-sebijik! tapi teringin nak telan sekali dengan daun pisang buat kulit tu, jangan cakaplah! adoiai!!

Wah! kesedapan-kesedapan! :D

Demmm!

tapi bulan mulia ni, waktu berbuka haruslah berpada-pada, lebih elok berbuka dengan kurma sahaja! perbanyakkan ibadat sentiasa, barulah mendapat keberkatan dariNYA! 

betul tak semua? :)

 Puasa kali ni, 2 minggu daku tak dapat balik berbuka dengan family! nasib kau lah Elie, sibuk sangat dengan urusan di kolej! ;( Umi, abah, kakya, nouha! kalau makan sedap-sedap, jangan lupakan daku di sini ya? sobs-sobs! T_T

SALAM RAMADAN BUAT KALIAN SEMUA! :)

p/s: puasa yang lepas, daku turun 3 kg! kali ni, agak-agaknya, berapa eh? teehee! :D

Wednesday, July 27, 2011

Berjiwang-Jiwang!

Salam kalian... :)

tengah daku duduk terbongkang kat katil, terpikir pulak ada entry yang dah berkurun lama terperap kat dalam draft! Godek punya godek, akhirnya jumpa satu gambar dalam entry kosong! 

Yahuuuu! 

*lompat-dengan-girang-sambil-mulut-senyum-sampai-ke-rahang-dan-nampak-taik-gigi!* :D



 HEY! DAH LAMA TAK BERJIWANG-JIWANG!

 teehee! :D

p/s: kalau hari-hari rasa nak berjiwang macam ni, macam mana eh rasanya? confirm semua muntah kelabu tahi lembu sebaldi! kan? bahahahah!

Sunday, July 24, 2011

Ini Orang Kita!

Salam kalian... :)
Memerhatikan sekeliling! 

yeah! itu adalah sifat semula jadi yang ada pada daku sendiri! daku pernah cakap tentang perkara ni dalam entry dulu-dulu! kalau kau dah follow daku dari zaman tok nadong, for sure kau tahu yang dari dulu sampai sekarang, daku seorang pemerhati!  

melihat dan memerhatikan apa yang berlaku pada di sebelah, di hadapan, di belakang, atas atau bawah sekalipun, daku akan memerhati! mana yang baik, akan daku praktikkan, dan jika sebaliknya, adalah entry khas daku buat untuk masuk blog ini! heheh..jadi sesiapa yang kalau terjumpa daku, baik berhati-hati! silap haribulan, free-free nama kau naikkan traffik blog daku! teeehee! :D

semalam! daku turun KL bersama kakya untuk temankan umi..katanya nak beli kemeja kerja! biasalah, bila abah kerja di luar, biasanya kami akan naik kenderaan awam je..umi tak bagi anak-anak daranya ni drive kereta sampai nun jauh ke kota KL! sebab katanya bahaya! alah umii! takut sangat kami drive macam nak masuk litar sepang! T_T

 setelah berhempas pulas beratur, akhirnya berjaya mendapatkan tiket! pffft!

bila keluar rumah pada hujung minggu, biasanya akan ramai yang akan turun KL sebab untuk berhibur atau bershopping, dan bila dah namanya naik kenderaan awam, baik dari LRT, Monorail atau bus sekalipun, harus jugak penuh, seolah-olah kau nak pergi tengok final Piala Dunia! maka akan ada kejadian tolak menolak dan berebut untuk naik LRT dan Monorail, walaupun dalam keadaan 'beratur'!

berhadapan dengan ramai orang, tiga situasi yang terjadi dapat daku lihat semalam..

situasi 1

seorang wanita ingin melintasi mereka yang beratur untuk membeli tiket monorail, dan memang kalau kau tengok semalam, panjangnya barisan monorail macam nak beli tiket bus untuk balik kampung. lalu wanita itu meminta laluan dari orang ramai, dan malangnya, tidak pula diberikan laluan! malah beliau seperti bercakap dengan dinding atau tembok yang tidak bernyawa! lalu beliau beralih ke barisan hadapan untuk meminta laluan, kebetulan seorang lelaki berbangsa asing sedang beratur untuk membeli tiket..dengan perkataan..Yes Miss..dan satu senyuman, lalu diberikan sahaja wanita itu laluan!

situasi 2

dan ketika kami hendak melintas jalanraya, memang memerlukan kesabaran yang cukup tinggi! almaklumlah, semalam hujung minggu, kereta macam orang jugak..nak keluar berhibur! jadi masing-masing menanti traffik light bertukar merah untuk melintas. tiba-tiba, zzzaapp! satu kereta meluncur laju melintasi manusia yang nak melintas jalan ni, walaupun pada waktu itu lampu isyarat berwarna merah! daku percaya, waktu itu, dalam hati masing-masing dah terkejut beruk! lelaki disebelah daku pun, segala makian dan ayat-ayat yang tidak sedap didengar dah terkeluar dari mulutnya! waktu itu, daku pikir, nasib baik tak langgar orang! kalau tak????

situasi 3

tong sampah diwujudkan untuk kita membuang sampah! tapi kenapa masih ada lagi yang tak paham bagaimana untuk membuang sampah dengan betul?! waktu berjalan di kaki lima, daku melintasi sekumpulan remaja yang duduk merokok. bangga sahaja mereka menghembuskan asap-asap ke udara! habis saja merokok, puntung-puntung dicampakkan ke bawah lantai..daku tengok tong sampah dekat saja dengan kedudukan mereka..tapi kenapa mesti buang ke lantai? adakah sebab malas berjalan atau nampak tak smart kalau buang puntung rokok dalam tong sampah?

gambar ni tunjuk kena buang sampah dalam tong sampah..tapi kenapa ada pihak yang buang bayi pulak dalam tong sampah? otak letak kat lutut ke derrr?! =__=

well people! daku harap kalian boleh nampak situasi ini dengan jelas!daku tak paham dengan segelintir masyarakat yang serupa ini! adakah mereka tak tahu bagaimana untuk berdisiplin atau tidak diajar bagaimana untuk menghormati peraturan? macam situasi tong sampah tu, bayangkan kau tengok sampah-sampah bertaburan sana sini, kau rasa kau selesa ke dengan keadaan yang kotor tu? kalau macam tu, lepas ni daku nak sarankan pada kerajaan jangan letak tong sampah kat mana-mana! bagi sapa-sapa yang nak buang sampah, campak saja kat lantai, biar orang luar tengok negara kita ni indah sejahtera! dan kau, duduklah dekat sampah-sampah yang kau sendiri buang kan tu! 

entry ini ditulis bukan tujuan untuk menjatuhkan nama orang kita, malah jauh sekali nak cakap orang kita takde sivik minded! tapi kau boleh tengok sendiri kot benda ni terjadi kat sekeliling..daku tak nak menyalahkan mana-mana pihak, tapi kalian ada mata, ada telinga dan yang pasti kalian ada otak..jadi kalian tentu boleh fikir mana yang baik dan mana yang tidak..daku sendiri adalah di dalam kelompok kalian..jadi masing-masing boleh menilai sendiri..daku taknak lah nanti negara kita dipandang serong sebab perkara-perkara macam ni..Malaysia negara cantik kot..kalau tak, tak kanlah orang luar nak bertandang lama-lama kat negara kita dan buat macam rumah sendiri! kan-kan? :)

so peeps, mari sama-sama kita tepuk dada, dan tanya selera..

 Jom abang badut! kita sama-sama menjaga Malaysia! nak tak? nak tak? hehehe

Happy Sunday Everyone! Assalamualaikum! :)

p/s: Nanti kalau daku jumpa orang yang buang sampah merata-rata, daku nak tanya.."hang tak kenal tak tong sampah kaa? "

Friday, July 22, 2011

Sometimes, Being Alone Is Soo COOL!

Salam kalian... ;)

Tahu tak kalau nak menjadi kekasih kepada seorang tentera laut bukanlah benda yang senang macam makan kacang?! kau kena sentiasa paham tugas pasangan yang sentiasa kena turun laut untuk bertugas! dan sah-sah kau akan kena tinggal sendiri dan bergelar single sementara! T__T

tapi selama hampir 3 tahun dengan Noddy, rasanya daku memang banyak pengalaman kena berjauhan ni! nak-nak lagi beliau kini ditugas di Sandakan, Sabah! memang confirmlah tak dapat jumpa sampai tahun hadapan! disebabkan itu, sejak dari dulu daku dah biasa dengan cara hidup bersendirian! ;) sebab tu daku tak kisah kalau nak turun KL untuk tengok wayang atau makan askrim sundae cokelat McD sorang-sorang!

instead of it, daku tak rasa pulak bila seorang gadis yang keluar seorang diri tanpa berteman adalah suatu kerja gila kan? macamlah dalam dunia ni daku sorang je tengah berjauhan dengan pakwe?! pfft!

dan semalam bila daku turun Times Square sorang-sorang semata-mata nak tengok Harry Potter yang terbaru, abang yang jual tiket tu tanya daku macam ni...Untuk seorang? untuk seorang? serius untuk seorang? bukan sekali dua dia tanya..tapi banyak kali! dalam hati cakap, WTH men?? kang daku cakap daku bawak satu kampung siap angkut cicit Mak Temah sebelah rumah turun TS tengok Harry Potter, kau mati terkejut pulak! haish!  apa? kerja gila ke daku tengok wayang sorang-sorang??! Demmm!

Untung kau ada peminat misteri macam daku ni Harry Potter! siap marathon dari season first sampai habis season lagi before daku tengok yang finale! hahhaha..tu pun orang nak pelik bila daku nak tengok muka kau sorang diri untuk kali terakhir kat wayang! sadis gilak daku!! *nangis tersedu-sedan sambil muka tutup dengan bantal busuk!* :p

setiap kali kalau nak pergi mana-mana sorang diri, daku memang dah makesure dalam kepala otak nak pergi mana dan buat apa dulu, so nanti takdelah kau terhuyung hayang jalan ikot kaki macam takde arah tuju je kan? time tu memang logik la kalau kau dengar ada orang cakap macam ni kat kau! 

Eh, kau ni nak pergi mana? kesian! macam orang gila dah aku tengok! 

=____=

 jadi, bagi mengelakkan daku diperkatakan sebegitu rupa, lepas wayang je daku dah pergi cari kedai yang jual baju-baju murah! sebabnya dalam kepala awal-awal lagi memang dah set, Aku nak beli baju rm5 je!! ceh! memang taklah daku nak pakai baju rm20 ke atas! its sooo not me okay! *untung laki daku nanti, takyah belikan daku baju mahal-mahal!* :p

 sebab payah sangat nak pilih mana satu cantik, hambik kau! 7 helai sekali daku rembat! gila tak gila? nasib baik semuanya rm5 je! ;) ehem! Woi Elie! cube tengok poket kat dah tinggal bape helai duit singgit?! teehee!

dan sementara ada duit lebih, beli coolblog atau roti sedap dekat BreadHistory sorang-sorang pun bukan kerja gila kan? siap boleh tapau nugget ayam dan popcorn rangup kat wayang lagi lepas tu! dah kata bukan kerja gila! standard la orang buat bendalah tu bila perut dah berlagu Sungai Lui nyanyian Aizat versi zapin!! bahahahha!

so sekarang, kau rasa kalau jalan sorang-sorang pergi mana-mana tanpa ada pakwe atau kawan-kawan girang untuk dijadikan teman tu kerja gila ke? daku rasa okay je! nampak lagi cool adalah! kan-kan? cool macam Elie kottt! okay, sekor-sekor pergi amek baldi muntah kelabu sekarang! teehee! :D

Budak ni..dia sangat cool kot! ada sapa-sapa nak jadi kawan dia tak? dia okay je nak kawan dengan sapa-sapa pun! :p

p/s: dulu daku macam pelik jugak tengok orang jalan sorang-sorang, macam sedih je nampak..sekarang daku pulak jalan sorang-sorang! agaknya apalah dorang pikir time nampak daku kat KL semalam! T_T

Wednesday, July 20, 2011

It's Elie! Yeah Me!

Salam kalian... :)

Daku adalah seorang gadis yang kadangnya bijak menyimpan rahsia peribadi! :)

dan dalam banyak-banyak orang, daku rasa kalian yang bergelar blogger dan menjadi follower daku adalah antara insan yang beruntung kebab kalian dapat tahu pasal hidup daku dan sekeliling! woish! bukan senang nak tahu pasal kisah hidup gadis comot bernama Elie ni tahu? nak-nak lagi daku bukannya jenis sentiasa membuka pekung di dada sendiri! teehee!

Hello Elie! kau konon-konon nak bajet hot! kau tak tahu orang yang tgk muka kau posing pakai spek ala-ala Terminator tu dah muntah pink satu gelen baldi plastik! phew! =__=

tapi dalam bercerita semua kisah dan perihal yang terjadi pada diri sendiri, tidaklah semuanya daku kongsikan bersama kalian semua..kemungkinan besar masih ada dalam 30 peratus rahsia diri yang daku perlu simpan sendiri dan tak kongsikan bersama orang lain, baik yang di sekeliling atau sesiapa sahaja..seperti contoh, pagi tadi daku kentut senyap-senyap dalam lif sampai bau telur tembelang! rasanya daku akan simpan rahsia tu sampai mati kot.. eh..alamak! macam mana boleh terlepas cakap pulak ni Elie! phew!

tapi lebih peratusan dari 30 peratus tu, segalanya daku dah kongsikan dalam blog ini..sama ada sedar atau tidak, banyak benda dah daku cite! sampai daku sendiri tak tahu mana satu rahsia yang patut daku simpan sendiri atau kongsi bersama kalian! tapi..tahu tak, masih ada lagi yang kalian tak tahu tentang daku! 

antaranya :-

first! daku perempuan! hahha..okay! semua orang tahu tu Elie! booo! tapi apa yang kau tak tahu ialah, daku perempuan yang komited! bagi orang yang kenal daku, dorang nampak yang daku agak main-main! gelak sana sini, tapi once daku dah masuk pada tahap serius untuk kerja atau stady, kau jangan harap nak tengok daku senyum manis macam makan aiskrim strawberi! tapi, dalam garang-garang daku, masih ada manis dan ayunya tau! erkk?! T_T

second! I am easygoing person! yeah! true! tak percaya, kau pergi tanya kawan daku sekor-sekor! banyak-banyak benda, daku memang boleh selit mana-mana. let say, kau bagi daku kerja yang daku sumpah tak suka, tapi kalau terpaksa atau harus daku buat, memang daku akan buat dengan sepenuh hati -walaupun-terpaksa-carut-mencarut-atau maki-hamun-sentiasa! *maap! daku bukan gadis lembut yang sejati!* :p

kau jangan risau, gambar ni sebenarnya takde unsur-unsur 18sx pun sampai kaler dia jadi gini ghupe! dan daku tak tunjuk apa-apa yang boleh merosakkan mata kalian semua! actually flash kamera terkena sinar mentari pagi waktu daku drive kereta tadi! :D

thirdly, daku mula ada keberanian untuk bercinta waktu daku berumur 17 ++ tahun! itupun setelah berfikir semasak-masaknya! hey, daku tak percaya untuk cinta pada zaman sekolah! dan daku berkawan dengan lelaki, memang ramai..tapi yang daku terima sebagai buah hati pengarang jantung, hanyalah satu! iaitu lelaki-yang-bergelar-kawan-daku-sebelum-diiktiraf-menjadi-kekasih!dan yeah, Noddy, he is my first love! *woi! jiwang sangat ni, Elie!* bluekk!

forth! daku ada semangat yang tinggi untuk mencapai kehidupan yang normal dari separa normal! sampai sekarang sebenarnya daku masih mencari kehidupan yang sebenar dalam menjadi seorang anak gadis yang baru 20 tahun berkenalan dan bermesra dengan hidup! dan semangat itu, daku kumpulkan dalam segenap penjuru diri untuk maju ke hadapan, hopefully satu hari nanti daku boleh guna untuk capai apa yang daku inginkan! :)

kelima! daku ada satu simptom penyakit di mana instict daku selalunya betul! kadang-kadang kalau ada benda buruk yang daku tak suka akan jadi, tapi ia terlintas dalam naluri daku..selalunya ia akan betul-betul terjadi! T_T  peliknya, benda baik yang daku harapkan terlintas, sampai sekarang tak lintas-lintas lagi dalam laluan zebra kepada hotak daku! mungkin tunggu lampu hijau berhenti ke merah agaknya! pfftt!

enam! daku tak suka drive dalam keadaan bising! dan percaya atau tak, daku antara manusia yang memang benci dan benci malah sangat benci pada bunyik hon kereta! kalau sedang driving, memang susah nak dengar daku tekan hon kereta sebabnya daku tak suke! kalau daku tgh drive, kau dengar daku carut-marut dalam kereta tu, salah satunya adalah sebab ada orang hon lah tu! grr!

Perhatian! Ini Amaran Keras! walaupun traffic light tengah merah, kau jangan tiru apa daku buat time driving kat tengah jalanraya ni! seat belt dah ke mana, tangan kat stereng pun ke mana! yang dalam kepala otak, nak bergambar buat masuk dalam blog sahaja! omaigod!

yang ketujuh, perhaps yang last, daku ada perangai serupa nenek dan mak daku, di mana kalau sedang masak di dapur, mulut akan gomel sana sini! hahahha..tak sangka daku ikot perangai umi daku, rajin masak kat dapur! tak percaya, kau boleh godek entry ini, dan juga ini! heheh..jadi, sapa-sapa nak pinang daku jadi isteri, boleh lah beratur dan isi borang terlebih dahulu! itupun kalau tak takut dengan senapang gajah dari Noddy! teehee! :p

so people, thats all I can say about me! kalau kalian semua tak percaya adakah ini Elie yang sebenarnya, its up to you! im just telling u guys the truth! lagipun buat apa nak tipu, bukan dapat apa, dosa besar adalah! kan-kan? ;) 

dan sebenarnya daku nak ucapkan ribuan terima kasih pada saudari Nomiey, atas kesudian beliau memberikan penghargaan kepada daku! Hey Nomiey, Elie dah langsaikan hutang pada kamu! jadi ada sesiapa lagi yang daku tak bayar hutang tak? meh sini tadah tangan masing-masing pada blog daku! heheheh!

btw kalian..,

thanks a lot sebab sudi baca entry panjang lebar dari daku si Elie Lily! 

senang-senang turunkan komen sekali! 

jangan risau, daku akan balas semula nanti..

semoga kalian semua murah rezeki! 

hihihhi! :')

p/s: rasa nak menangis sebab dah lama daku tak tulis panjang-panjang macam ni! hahhaa

Wordless Wednesday #3

Salam kalian... :)


 :)

Monday, July 18, 2011

Pencinta Makanan Yang Tegar!

Salam kalian... :)

Hello semua! Nama tuan belog ini, Elie! Dia rasa sape-sape yang masuk belog dia, tentu tahu sapa nama dia kan? tapi dia nak bagitahu jugak, sebab dia suka bila orang sebut nama dia Elie! walaupun ada yang panggil dia Elie comot! Teeehee! ;)

Elie cakap dia memang tak tahu nak pose macam mana lagi sebab walaupun dah macam-macam pose yang dia buat, tak pernah satu pun masuk muka depan Kosmo atau Berita Harian! sobss!!

orang kata dia macam budak kecik, sebabnya dia memang tak punya kaki yang panjang! tapi orang tak tahu, walaupun dia kecik, tapi perut dia besar! sebab dia suka makan! kalau nak tahu, dia antara mereka yang bergelar Pencinta Makanan yang TEGAR! ;)

sebab tu jugak dia memang boleh telan semua makanan sedap masuk dalam perut ni walaupun dia tahu perut dia tak boleh nak tampung makanan banyak-banyak sebab nanti mesti dia rasa perut dia macam ada bantal besar yang keras dan tak sedap untuk dipeluk dan di landing-landing!! kih-kih!

dan percaya tak semalam dia dah pergi melantak semua makanan sedap kat Crowne Plaza Mutiara untuk kali kedua? biasalah, kalau nafsu makan dah mencecah sampai ke tahap maksima, siap dengan godaan setan-setan gondol yang berleluasa, memang tak payah cakaplah nak makan hidangan yang mana satu! sumbat saja dalam perut, janji kenyang! yeah!! :D

I've told ya this all is superb Yummies! ;) cuba tengok steak tu, memang walaweh! dan tengok pulak seafood goreng kat bawah tu, pergh! bila makan memang macam makan cikedis je! masuk bab desert tak payah cakap lah..buah-buahan memang kalerful abis! menjilat jari wa cakap lu!! :D

hah! sekarang kau cakap dengan aku..kau percaya tak yang Elie dah telan semua bendalah yang memang kesedapan tahap gaban tu?! hahaha..memang kerja Elie lah yang melantak semua rezeki tu..tak payah suruh-suruh dah, dia awal-awal lagi dah usha makanan mana dia nak sapu dulu! sampai juling-juling mata dia tengok makanan yang hebak-hebak! teehee!

makanlah banyak-banyak Elie...sat lagi kau pergi timbang berat badan kau, tengok da naik bape kilogram! pastu jangan pulak kau jerit-jerit cakap kau dah gemuk! booo!

Percaya atau tidak, kalau masuk bab makan, memang semua orang akan gembira macam Malaysia baru lepas menang Piala Dunia! kan-kan? kalau tak percaya, cuba tanya pada WZulhilmi! Melalui bacaan dari belog dia, daku tahu dia memang pencinta makanan yang sejati! teehee!

Ehem! ada sesiapa yang tak suka makan macam Elie ni? kalau ada, kau bagitahu kat dia, Rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari! Kau tahu tak dekat Palestin tu berapa ramai yang kebulur tak dapat makan? yang kita kat negara aman damai ni apahal tak suka makan pulak?! ceh!

Hello peeps, selagi negara masih sejahtera ni, berbahagialah kita dengan segala nikmatnya! esok lusa kalau dah gado sana sini, makanan pun susah nak jumpa, time tu baru kau tahu betapa hebatnya nilai sebutir beras tu! sebab tu jugaklah kalau dapat makan makanan yang sedap-sedap sekarang, kita kena bersyukur dengan segala nikmatNYA! takut nanti tak merasa dah lepas ni! *mintak simpang malaikat 44!*

tapi makan banyak-banyak pun, jangan sampai lupa kan orang belakang! dan makan biar berpada-pada! jangan pulak lupa yang makan itu untuk hidup, bukan hidup untuk makan! barulah boleh menyahut seruan Kempen Sihat Sedunia! betul tak-betul tak? :)

Owh sebelum terlupa...

Elie cakap dia memang sukakan makanan..jadi dia nak tanya..

Ada sesiapa yang terfikir nak belanja dia makan tak? :')

Hey, tak rugi tau bawak Elie pergi makan, sebab dia akan makan dengan bahagianya! kalau tak percaya, ajaklah dia pergi makan! Dengan segera dia pergi bersiap dan kosongkan perutnya!

bahahaaha! :D

p/s: Umi bising, setiap kali daku amek makanan je, mesti nak tangkap gambar! Alah umi..macamlah tak tau pulak anak daranya sorang ni nak masuk gmbar dalam belog! phew! :)

Sunday, July 17, 2011

Rama-Rama!

Salam kalian... :)

Kalau hidup ini seperti selebriti, tentu saja seronok!

tengok sahaja Selena Gomez dan kekasihnya, Justin Bieber..Malatop sana sini! Even orang kita ramai yang tak minat JB, *termasuk daku sendiri*, tapi kalau dapat kehidupan yang mewah seperti mereka berdua, poket berkepuk dengan wang ringgit, ada ke orang yang tak suka? booo!

Untung la...boyfren kau nyanyi lagu Never say never! Ada pulak daku kesah! pfft! T__T

TAPI...

Selena Gomez juga manusia biasa! pasti dia sendiri punya masalah seperti manusia-manusia yang lain, kan-kan?!

jadi rasanya lebih baik hidup kita seperti Rama-rama! 

setidak-tidaknya ia boleh terbang dengan gembira tanpa pikirkan masalah yang melanda!

betul tak semua? :)


Hey, Rama-rama! Marilah ajar daku bagaimana hendak terbang dengan selamba dan gembiranya seperti kamu!

Teehee! :')

p/s: Woi Elie! Jangan mimpi nak terbang macam rama-rama! kau sendiri pun takutkan serangga! Demm! :p

Friday, July 15, 2011

Belang-Belang!

Salam kalian...:)

Daku antara insan yang tidak mempunyai kaki yang panjang dan susuk tubuh badan yang tinggi lampai, macam Hanis Zalikha! T_T . senang cakap, daku adalah gadis yang 'rendang' atau bahasa manisnya ialah kecik molek! 

eh..kenapa tak cakap pendek je? hoi! kalau guna ayat pendek, macam jahat sangat kot! kan manis kalau guna rendang? kan-kan? heee :)

jadi bila bertubuh rendang dan kecik molek seperti ini, daku memang jarang sekali nak berbaju belang-belang melingtang! sebabnya, akan nampak daku seperti mengembang dan kemudiannya nampak lebih rendah dan ketot! sobs! kalau tengok koleksi baju kat rumah atau di kolej, memanglah susah nak jumpa baju belang-belang dalam almari! ceh! sadis gila kan? ;(

sebab tu bila pergi ke kelas atau beronggeng rokiah ke mana-mana sekalipun, kalian akan lihat daku berbaju kosong! PLAIN! takde belang..takde corak apa-apa! hahah! ;D

time to class guys! :)


haaa...plain saja bukan? boring-boring! teehee!

tapi bila selalu sangat berbaju plain, sumpah bosan! nak jugak cuba berbaju belang kan? kata orang sekali sekala, kita perlukan Transformasi! betul tak? :D

Jadi untuk pertama kalinya...

TaaDaa! 

 Eh! Jangan gosipkan kami berdua ya?! Ini hanya kawan biasa! Kebetulan berbaju belang sama dengan Tarmizi Salleh! :')

untuk percubaan pertama berbaju belang, hah! sekarang kalian beritahu daku...

How do I look in Belang-Belang?

Ehem! kalau dapat respon baik dari kalian, daku nak beli baju belang banyak-banyak lah lepas ni!

Teeehee! :D

p/s: Baju belang di dalam gambar hanya rm 5 saja! teehee!

Sunday, July 10, 2011

Norma Kehidupan!

Salam kalian... :)

Daku baru lepas menonton filem 500 days Of Summer... ;)

dan daku pelajari akan suatu perkara!


Tak semua yang kita impikan akan dapat kita capai!

namun yang pasti, setiap penantian pasti akan terbalas dengan kejayaan!

dan sememangnya begitulah kata orang...

Norma Kehidupan! ;)

p/s: 500 Days Of Summer bukanlah kisah cinta yang hebat, tapi tah kenapa daku rasa ia sweet! teehee! :')

Thursday, July 7, 2011

Galeri P.Ramlee

Salam kalian... :)

Siapa kat sini peminat filem-filem P Ramlee? cepat angkat tangan masing-masing! ;)

kalau kata peminat, kalian dah pergi belum Galeri P Ramlee yang bertempat di FINAS di jalan Pahang tu? Hey! Daku dah pergi tau! Seronoknya dapat masuk galeri seorang seniman, jangan cakaplah! Rasa macam dapat makan udang galah bertaraf hotel 5 bintang secara free! ;D


Nak masuk galeri P Ramlee bersama rakan-rakan kelas bukan senang tau! Nasib baik diberitahu kedatangan kelas bagi subjek Stageplay akan diambil di FINAS! kalau tak, memang tak lah nak berkonvoi ramai-ramai ke FINAS! nak ke FINAS seorang diri pun sampai sesat-sesat jalan! nasib baik berteman! Silap haribulan, kelas ke mana, kedatangan pun telur ayam je!choii!

Sebelum masuk galeri, turunkan tandatangan pada buku pelawat dulu! Eh,kan kata VIP! haruslah orang mintak sign sana sini, ye dak?! time-time macam nilah nak rasa macam selebriti tak diiktiraf! :)

masuk saja galeri, daku dah jakun! PEH! hebat gila dalamnya! masuk-masuk pintu gerbang, dah kena turunkan tandatangan! then sana sini muka P Ramlee! Fuhh! dah rasa macam masuk zaman hitam putih pun ada jugak! mana taknya, reka bentuk dan segala peralatan yang digunakan oleh P Ramlee waktu beliau menjadi anak seni turut dipamerkan, hebat tak hebat?

masuk bilik rakaman, pegang boom zaman P Ramlee dan posing dengan replika filem-filem arwah, kau mampu?! huish! manalah daku tak ter-riak?! :p

Sape-sape yang masuk galeri, tapi tak bergambar dengan segala replika atau poster-poster di dalamnya, memang lah akan rugi besar! tak percaya? kalian bagitahu daku, galeri mana yang bila kau masuk kau boleh amek gambar sesuka hati, siap nak posing maut sana sini? ada ke? nak amek gambar guna camera henfon takde flash pun belum tentu lepas, inikan pulak DSLR! ceh! tapi kalau masuk galeri P Ramlee ni, kau siap boleh posing ala-ala Tyra Bank lagi tau! tak percaya lagik? pergi sendiri!

Tengok! Daku da cakap! haa...posing la korang sampai lebam! :D

owh! masuk galeri kat FINAS ni sebenarnya kami punya tujuan sendiri! ada tugasan tentang filem-filem P Ramlee yang perlu dibereskan! sebab tu jugaklah kalau kalian lihat, kami siap posing dengan poster-poster P Ramlee ni! nak jadikan bahan bukti katanya..tapi rasanya lebih banyak amek gambar untuk koleksi peribadi saja! hehehe. betul tak kawan-kawan semua? ;)

Ye! kami lah yang rajin sebab datang ke FINAS untuk siapkan tugasan tu! sambil buat tugasan, boleh jugak cuci mata sini sana! mana tau sangkut sorang dua ke? Eh Elie! macam mana boleh terlepas cakap pulak ni?! :D

sedikit info mengenai P Ramlee! mahukan tumbesaran mega? sila right-hand klik ya! :)

bukan senang nak dapatkan info mengenai P Ramlee! alang-alang da sampai FINAS, masuk pulak galeri ni, teruslah kami kumpulkan segala bukti mengenai allahyarham! kalau time submit assignment nanti lecturer tanya dapat kat mana,daku cakaplah.."Saya curik kat rumah P Ramlee, puan!  Sebab tu complete semuanya!  then kalau lecturer still taknak percaya, sebab cukup info pasal P Ramlee, daku nak cakap.. "Kenapa? Puan/Prof nak softcopy gambar P Ramlee leteww!" teehee! :p

masuk galeri P Ramlee ni, memang terasa macam VVIP betullah! bukan saja masuk secara percuma, malah makan tengah hari turut disediakan! lagi buat semua terkejut beruk, dapat pulak goodies bag yang berisi macam-macam dalamnya, seperti topi, t-shirt, buku aturcara dan segalanya mengenai P Ramlee dari FINAS! walawehh! mantap-mantap! ;)


muka girang dapat goodies bag memang mintak sidekick dan smackdown! mana pernah dapat barang-barang free yang best macam ni! sebab tu siap amek 2 bungkus goddies bag sekali! opss! :D

waktu makan memang semua orang tunggu-tunggu! bila dijemput untuk makan tengah hari, memang semua senang hati, sebabnya perut da mula memainkan lagu Paramore versi Orkestra! nak-nak pulak ayam goreng dan ikan bakar dah terhidang atas meja. tak masuk lagi sambal udang dan sayur campur! perh! memang kesedapan tak hingat! dan tengah-tengah hari buta, dapat makan cendol sebagai desert memanglah rasa heaven gila! siap tambah 2 kali lagi! kan dah kata makan free..so??

tengoklah muka setiap sorang dari kami! perut semua dah meronta-ronta mintak ayam goreng! ayam goreng! sambal udang! sambal udang! teehee!

sambil makan, sambil dengar program khas yang diadakan sempena memperingati Allahyarham P Ramlee! sempat jugaklah jumpa dan lambai-lambai tangan kat artis veteran tanah air! tak sangka mereka masih lagi Mantap, Tegang dan Bergaya! yang vogue, memang tak hingat! phew! kalah body Mas Idayu! :')

tu dia Elie, sang jakun! bila orang buat wacana kat depan, kau buat apa kat belakang, Elie? kau buat hal sendiri! ngeee :')

Ehem! bila perut dah kenyang, tunggu apa lagi? Ca Alif Bot la! CABOT!! hehehe.. Terima kasih tak terhingga kepada FINAS atas segala keseronokan tempoh hari! ada rezeki, jangan lupa undang kami lagi!

teehee!

eh! bahan asignment pun dah cukup, so Yana, jom buat asignment sekarang!! ;)

Liyana Aziz adalah scandal daku sejak dari semester satu dulu! buat asignment memang sentiasa berdua! tapi beliau dah 2 kali dapat dekan, daku tak dapat-dapat lagi! sobs! T_T

owh! sebelum terlupa, Terima kasih tidak terhingga kepada lecturer, Encik Wiramanja atas duit minyak dan sewa keta kami seramai 9belas orang ke FINAS! ternyata kami sangat bertuah! betul tak rakan-rakan? Sudahlah masuk galeri pun secara percuma, makan minum dan duit tambang ke galeri juga PERCUMA! hui! kau cakap dengan aku sekarang, mana nak dapat free-free ni segala? takde kan? jadi sila jangan jeles wahai kalian semua! ;p

sekali lagi, Terima Kasih Encik Wiramanja dan FINAS! tak lupa pada rakan-rakan sekelas jugak! kalau tiada mereka, daku juga takkan ke FINAS tempoh hari! terima kasih ya semua! jasa kalian akan dikenang! :')

Seronoknya! ;)

p/s: bahan bukti dah banyak, tapi Elie cakap dia blur nak buat tugasan macam mana! T_T

Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday - #1

Salam kalian... ;)


p/s: orang lain da buat Wordless Wednesday untuk yang ke 100 kali da Elie, kau baru nak stat hari ni? pffft! Eh-eh, kata Wordless Wednesday, apasal ada ayat-tak-berapa-nak-panjang pulak ni? alahai Elie! ;p

Sunday, July 3, 2011

Ini Cerita Belog!

Salam kalian... :)

Daku menjadi blogger sejak 2 tahun yang lalu! ;)

Ya! baru 2 tahun, cukup mentah kata orang! dalam usia 2 tahun bergelar blogger, daku melihat blog seperti kehidupan sendiri! apa yang tertulis di blog ini, itulah yang terjadi pada keadaan diri! bergembira bersama kekasih hati, bersuka ria bersama rakan-rakan, berkongsi rasa dengan keluarga tercinta dan suka duka kehidupan sebagai seorang gadis yang sederhana, semuanya sudah tercoret di blog busuk ni! ;)

Kalian tak percaya? bukak semula entry daku yang lepas! hampir 90 peratus apa yang daku lalui di alam realiti, dikongsikan bersama kalian yang bergelar rakan di alam maya! eh-eh..kan kata orang, sharing is caring! betul bukan? :)

menulis di blog, sama seperti menulis semula kejadian dan tragedi yang terjadi pada diri sendiri! tragedi? amboi! bahasa apakah itu? hehehe..menjadi blogger selepas SPM pada 3 tahun lepas, daku boleh katakan matangnya daku adalah datangnya dari pembacaan dari blog-blog yang lain! kita ini, yang katanya digelar blogger, berkongsi cerita, luahan perasaan dan pencoret yang banyak mengarut di blog sendiri, pastinya banyak yang kita belajar kan? nak-nak lagi mengenai KEHIDUPAN! betul?

alahai! sila-sila lah admit kalian semua..teeheee! :p

Ada yang kata blog sebagai medium utama untuk meluahkan rasa! Memang betul! kalau tak percaya, masakan ada blogger yang maki hamun dan caci maki dalam entry mereka, kan? eh! daku juga mungkin pernah tergolong sama dalam kelompok itu, [dahulu kalanya]! tapi itu dulu, sekarang da tobat rasanya! Manusia berubah, ya kan? hahhahaha!

dan menulis di dalam blog, daku rasa seperti cermin kepada diri sendiri! orang kata, melalui penulisan, orang boleh kenal diri kita individu yang macam mana! betul lah kot agaknya kata orang.. yelah, yang membaca dan melihat itu adalah orang lain, jadi yang layak menilai kita ini bagaimana adalah orang sekeliling, bukan diri sendiri, WALAUPUN dasarnya hanya kita tahu siapa kita dan segalanya tentang kita sendiri! ;)

bercakap mengenai blog, daku melihat ia bagaikan hiburan sendiri, di mana seperti kehidupan yang kosong, yang memerlukan sebuah ukiran atau contengan untuk mencorakkannya! blog bukan sekadar omongan kosong yang bila dicoretkan, ia kelihatan lemah dan pudar! sedangkan kehidupan kita ini sebenarnya serba serbi indah!

kalian bayangkan saja lukisan yang hitam putih dan tiada warna, bagaimana ia kelihatan? adakah akan menjadi seindah lukisan yang berwarna-warni? rasanya TIDAK bukan? tapi kalian punya mata untuk melihat, punya akal untuk berfikir dan punya hati untuk mentafsir...jadi kalian nilaikan ia sendiri! ;)

Cantik bukan? :)

jika ditanya pandangan daku sendiri, blog adalah seperti lukisan di atas! dan kehidupan juga seperti lukisan di atas! pastinya ia tidak indah bila punya satu warna saja, tapi ia jadi sangat-sangat menarik bila ada warna lain yang dicontengkan di atasnya..setuju?

Ya! Sekali lagi, itulah namanya kehidupan! ;)

walaupun orang kata hitam putih sudah sangat cantik, tapi jika ianya berwarna warni, ia akan jadi lebih menarik! seharusnya kehidupan kita menjadi seperti lukisan di atas! :D

Hey! bila bercakap mengenai kehidupan, daku baru 20 tahun mengenal erti hidup. menulis blog pun baru setahun jagung, follower pun tak sampai 5 angka, siapalah daku untuk bercakap lebih mengenai kehidupan dan sebagainya, kan? tapi apa yang pasti, selama 20 tahun hidup, kehidupanlah yang mengajar daku sehingga mampu bercakap di blog sendiri mengenai erti hidup! :)

owh..setelah 2 tahun, syukur untuk follower yang telah mencecah angka empat! terima kasih yang tidak terhingga kepada semua follower dan kalian yang sudi membaca blog Elie Fibresz ini! daku tahu ia tak sehebat mana, tapi kehidupan adalah kehidupan! kita tidak perlu berpura-pura dalam hidup! apa yang kalian baca, itulah kehidupan daku.. tiada penipuan, dan tiada lakonan..semuanya realiti kehidupan!

dan menulis entry ini, bukan tujuan untuk berbangga-bangga, sebaliknya hanya untuk suka-suka sahaja! mengharapkan semua yang pembaca akan gembira! dan sememangnya...

Itulah blog Elie Fibresz! :)

p/s: da lama tak tulis panjang-panjang, pelik pulak rasanya! teehee! :p

Saturday, July 2, 2011

Loading Zone...

Salam kalian... :)

Awal tahun lepas...

Atan : Elie, aku sakit!

Elie : Sakit? Kau sakit apa tan?

Atan : Aku ada LEUKEMIA!

Elie : Hah? Sejak bila? 

Atan : Sejak aku Form 1 lagi!

Elie : Kenapa kau tak pernah bagitau aku? 

Atan : Aku tak nak simpati dari orang! nanti semua orang tak bagi aku buat kerja! suruh aku duduk diam je! kau ingat muka aku ni boleh duduk diam ke, Lie?

Elie: Hurm... kau da peringkat yang ke berapa?

Atan : Tah! aku tak amek tau pun! 

*******************

Baru-baru ini...

Atan : Elie, aku baru keluar hospital.

Elie : Eh? takde orang cakap aku kau masuk hospital pun? 

Atan : Hari tu aku sakit sangat, sampai aku pengsan lepas bawak motor. Nasib baik sempat sampai rumah. Kalau tak...

Elie : Atan!! kau ni!! Doktor kata apa?

Atan : Dah makin teruk... Aku tinggal berapa tahun je lagi, Lie...

Elie :  ATAN! ;(

***********************

Berikut merupakan perbualan penulis bersama dengan seorang teman lamanya bernama Atan (bukan-nama-sebenar). Penulis dan Atan adalah rakan yang sangat-sangat rapat dari dahulu hingga sekarang. Bahkan, penulis dan Atan sudah seperti adik-beradik! ;)

Lantas, bila diberitahu akan penyakit Atan, apa agaknya yang berada dalam kepala otak sang penulis?

Sedih?

Sayu?

Blur?

atau

Simpati?

Entahlah! Dia sendiri buntu dengan perkara ini!! ;(

namun, apa yang pasti...  

penulis kini sedang berada di LOADING ZONE! ;(


p/s: Semoga Atan dipanjangkan usianya! ;(

Friday, July 1, 2011

Elie dan Dora!

Salam kalian... ;)

Hai! Ini Elie, tuan belog Elie Fibresz ni! ;)


 dan yang di bawah ini pula Dora, karakter kartun yang comel! ;)


 Elie dan Dora adalah dua individu yang langsung tiada hubung kait! malah Elie tidak pernah menonton kartun Dora The Explorer ini! namiun apa yang menyebabkan mereka kelihatan sama ialah di bahagian rambut! ;)

owh! patutlah Leman Gendut dan Mail Boyot kata Elie macam Dora! 

teehee! :D

dan selepas Elie berambut baru sejak minggu lepas, banyak pula gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan di kolejnya, seperti HELMET, MANGKUK MAGGI, OPERA CINA dan WIG! ceh! =__=

tapi walaupun banyak gelaran yang mereka berikan, Elie masih lagi Elie!

ala...yang hot dan mengancam tu!! ;D

hahhaha...sila-silalah kalian muntah hijau sebaldi! 

teeheee! :p

p/s: Dora comel! maksudnya Leman dan Mail nak kata daku comel lah kan? kan? :p