Saturday, June 4, 2011

INI SESI BALAS DENDAM!

Salam kalian... :)

Sebelum apa-apa...

APA KHABAR SEMUA?! :)

RINDU DAKU TAK?

teehee! :p

Setelah 2 minggu daku berdiam diri dari alam maya ini, haruslah entry kali ini nak tulis panjang-panjang sikit! kata orang, time-time macam ni la sesuai untuk MEMBALAS DENDAM! jadi kalian-kalian semua yang disayangi ini, janganlah pulak bosan baca entry panjang lebar ni ya? boleh tak semua? 

mestilah boleh...kalian kan baik-baik belaka! kan-kan? muahahha! :D

Ehem! kalau ikut entry lepas, daku telah berkampung di Segamat selama seminggunya untuk menjalani Kursus Kepimpinan dan kemudiannya berada di kolej Puncak Perdana untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa kepada pelajar-pelajar baru bagi sesi orentasi mereka! wah..sumpah segala-galanya sangat menyeronokkan! :)

bermula di Segamat, segala aktiviti sangat memenatkan! betul-betul memenatkan! ini disebabkan setiap kawasan di Uitm Segamat kebanyakannya berbukit dan bertangga! jarak ke setiap tempat aktiviti juga sangat jauh dan memakan masa yang lama untuk sampai ke setiap tempat aktiviti! kalau nak pergi surau untuk bersolat, haruslah bangun sebelum subuh untuk sampai ke surau. kalau tak, memang tertinggal nak solat berjemaah! teehee! :)

tapi di Segamat, aktivitinya sangat padat dengan ceramah dan taklimat sahaja! tidak seperti di Pulau Pinang dahulu, lebih banyak aktiviti lasak! namun, semua aktivitinya memanglah ENJOY! walaupun dalam taklimat, lebih 3 kali juga daku terlelap dan membuat peta dunia! hahhaha! ;)

disebabkan di Segamat daku tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengambil gambar dan berposing sakan dalam setiap aktiviti yang dilakukan, maka, marilah daku terus bercerita mengenai minggu orentasi di kolej pula! tidaklah nanti memenatkan jari kalian untuk membaca sakan entry kali ini..kan-kan? hehehe..

Selepas seminggu berkursus di Segamat, daku dipilih untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa untuk sesi Mei pula! alhamdulillah! dan kali ini, masih lagi diberi jawatan yang sama seperti semester lepas, iaitu Biro Makanan yang baik hati dan comel lote! hahhaa

 awal-awal pagi sudah bersiap seperti pramugari yang tak jadi! bersanggul dan beruniform lengkap sebagai Pemimpin Mahasiswa yang kiut miut! owh maap..itu bukan uniform PLKN ya? :)

menjadi biro makanan pada semester baru ini memang sangat mencabar minda dan fizikal sebagai seorang gadis! masakan tidak, daku seorang sahaja yang diletakkan sebagai Biro Makanan di Kolej Puncak Perdana, di mana pelajar baru yang berdaftar melebihi angka ratusan! namun, sebagai Peminpin yang baik, tugas yang berat haruslah dipikul dengan penuh tanggungjawab dan amanah! tak gitu semua? :)

 Wan dan Ika..mereka berdua 'killer' dalam Minggu Orentasi kali ini! :D

dan tak mudah sebenarnya hendak menjadi Pemimpin yang cemerlang...nak-nak lagi bila perlu berhadapan dengan ragam adik-adik baru yang macam-macam hal..tapi kata orang, semuanya harus dilaksanakan dengan penuh keseronokan! tak kisahlah kalau perlu bersuka ria dan berceloteh dihadapan pelajar baru sekalipun, yang penting Enjoy itu perlu! dan inilah yang dikatakan bekerja dalam keseronokan! :)

 
 menjadi fasilitator kepada pelajar baru tiada masalah rasanya memandangkan bibir mungils ini memang banyak cakap! hehehhe :p

 siapa kata tak boleh bersuka ria dan bercanda mesra ketika sedang menjalankan tugas?

dan selama seminggu menjadi Biro Makanan di Puncak Perdana, gelaran Kak Elie sememangnya sudah sebati dengan  keadaan diri ini! jumpa sahaja junior-junior baru di kolej, akan terdengarlah teguran-teguran comel seperti:-

KAK ELIE DAH MAKAN?

KAK ELIE SIHAT?

HAI-HAI KAK ELIE!

dan paling tak boleh blah...

KAK ELIE..KAMI LAPAR! ROTI ADA?

alalalalla...comel-comel je mereka ni kan? teeheee!

pelajar-pelajar baru kali ini comel-comel macam kami berdua tau! hehhe..owh lupa..ini Umie..merangkap biro multimedia dan seranta! yang mengambil gambar sana sini, itulah tugas beliau! heheh..

 Dan harus juga bila kesibukan selama 2 minggu lepas, keadaan diri sendiri sudah tidak terjaga! makan minum memanglah cukup, tapi kalau otak mati..haruslah keadaan diri juga turut mati! kepenatan yang tidak terhingga memang membuatkan suara daku hilang dalam masa 2 minggu tersebut dan demam yang ada pasang surutnya! wah! dugaan dugaan! T____T

PENGSAN! hahahaha

tapi secara jujurnya..2 kali menjadi Pemimpin Mahasiswa, semuanya indah belaka! perkenalan bersama rakan-rakan setugas sememangnya manis untuk dikenang! perpisahan dengan mereka yang bercuti selama berbulan lamanya, seakan susah untuk dilepaskan, berikutan kenangan-kenangan bersama! persahabatan yang terjalin bersama rakan-rakan baru juga tidak mungkin akan dilupakan begitu saja! dan apa yang pasti...Minggu Destini Siswa sesi Mei 2011, akan menjadi Memori! :)

dan yang lebih pasti...Elie sudah menjalankan tugasnya sebagai seorang Pemimpin yang berjaya!

TERIMA KASIH SEMUA! ;)
dakulah Pipi Boolat, merangkap gadis yang berjaya! :)

owh...sebelum terlupa, semester baru telah bermula..daku juga seudah bergelar senior tahun akhir! yeehaa! ;) tak sabarnya nak menamatkan semester akhir ini! harapnya segalanya lancar dan dipermudahkan urusan oleh DIA yang di atas! semoga semester akhir ini akan mencatat satu lagi memori indah seperti mana yang telah berlaku dalam semester-semester yang lepas!

dan apa yang lebih bermakna, result final exam untuk semester lepas, alhamdulillah! meningkat dengan jayanya! syukur! :)

jadi kalian..doakan daku berjaya untuk semester akhir ini ya?

Terima Kasih tidak terhingga dan Assalamualaikum! kita jumpa dalam entry seterusnya! :)

p/s: Semester baru bermula baik, tapi penat masih berbaki! heeee

16 comments:

Hanz Lee said...

nak roti coklat...asek strawberi ngan grape je. boring arr...haha

Elie Lily said...

paan..
kau nak roti kering tak?
aku ada berlambak tau!
hahha

syAzAnA said...

fuyoo. mesti penat gila kann kak elie? kehkehkeh.

yeahh. kak elie dh nak abes sem! ehhe. gooood luckkk!

Elie Lily said...

syazana..
oenat tak hingat la dik non! tapi enjoy!btw, thx sista! ;)

aeda said...

wah seronoknya dia..walaupun penat ttp seronok..do the best ya for u last sem..gud luck..

Elie Lily said...

aeda..
yes sista! im gonna work kard for my final year! tenkiu for ur pray! :)

Telaga Putih said...

akak pm... hehehe rindu plak da lama xjd pm ni.. huk9

btw, mntk tlg kwn2 utk like page ni buley? bg y da thnx sgt2.. kalo blm, help me plzzz http://fnndoubleooomph.com.my/home.php?fnnid=100000023988617

Amanina Sofea said...

bestnya elie jd fasi..
bnykkan rehat ok..gudluck utk sem trakhir :)

cikida said...

kak...nak kepci ade ? ngeee...=p

meaw said...

fuyamakkkkkkk dia! tahniah tau...kalau kita tatau la boleh mimpin ke idak,kekekkeke :D

Elie Lily said...

telaga putih..
owh.. ex pm la ni eh?
no problem..nnt elie pakat ramai2 like ur page tu ya? :)

Elie Lily said...

amnina sofea..
tulah..nk qada' tido balik ni..
hahha..
btw, tenkiu ya nina.. :)

Elie Lily said...

cikida..
kepci?
duit ada tak?
no money no talk ya sista!
hahha ;p

Elie Lily said...

meaw..
ala..u lagi hebat la kot memimpin ni..elie pimpin budak2 boleh la..
teehee :p

SoLy SoLicious said...

waahhh...jadi fesi... best2

Elie Lily said...

soly..
best2..
nnt ada rezeki, nk join ag! :p