Saturday, June 25, 2011

TRANSFORMASI!

Salam kalian... :)

Hey! Dah lama betul daku tak berambut pendek! ;)

last rambut pendek waktu sekolah rendah dulu! itupun zaman tok nadong! hahaha..tiba-tiba hari ni rasa nak tukar fesyen rambut pulak! asik rambut panjang je! bosan dan jemu memang tak payah cakaplah bila hari-hari nak pergi kelas kena sikat dan ikat rambut segalanya! leceh-leceh! =__=

maka dengan itu, marilah kita ber-eksperimen dengan rambut! :)

daku pergi kedai gunting rambut, cakap kat tauke kedai...

Apek! potong rambut wa, kasi pendek terus! 
wa da rimas panjang-panjang!

teehee! :D

dan setelah beberapa jam bereksperimen dengan apek gunting rambut...

representing you guys....

TADAAA! :)

Haaa...Bagaimana? 

owh! daku tahu tak comel! tapi sometimes kita perlukan perubahan, kan? 

barulah orang kata TRANSFORMASI!

betul tak semua? teehee! :')

p/s: ini bukan fesyen rambut cendawan tau! :p

Thursday, June 23, 2011

DUA MINGGU SEBAGAI SENIOR!

Salam kalian... ;)

Tugasan pertama setelah bergelar senior tahun akhir kepada junior-junior akhirya...

SELESAI! ;)

Setelah 2 minggu memegang jawatan sebagai Biro Sukan dan Biro Fasilitator di minggu Induction Pelajar Semester 1, daku dan rakan-rakan akhirnya boleh menarik nafas lega sebentar! :D

 
Selesai bertugas sebagai biro sukan! :)

ternyata tak mudah hendak berdepan dengan ragam adik-adik ni, walaupun mempunyai kuasa sebagai senior! tapi berkat kesabaran dan pengalaman menjadi Fasi sebelum ini, daku akhirnya berjaya menyelesaikan tugasan kami sebagai senior kepada adik-adik semester satu! syukur! ;)

penat lelah selama 2 minggu akhirnya terbayar pada malam terakhir induction ini! daku dan rakan-rakan yang bertindak sebagai biro fasi pada malam itu nyata lega dan boleh tersenyum gembira sampai ke telinga dengan persembahan setiap pelajar semester satu!

hey kawan-kawan, tak sangka kita telah berjaya menjadi fasilitator yang cemerlang, kan-kan? teeheee!

 berkebaya pink pada malam itu! :)

owh lupa! untuk malam yang bertemakan POP itu, group daku telah diberi tugas untuk mempersembahkan lagu dari Super Junior!  hoi! bayangkanlah bila seorang gadis yang tak minat sangat dengan KPOP perlu mengajar anak-anak buahnya menari dan berlakon dengan lagu Super Junior! macam mana rupanya bentuk persembahan itu kan? hahaha

 
Bizi menjadi mak andam kepada our juniors ni! tengoklah rupa masing-masing nanti ya? teehee!

diberi tugas untuk membawakan konsep KPOP dan lagu dari kumpulan Super Junior, daku dan rakan mengambil konsep yang agak lain dari biasa! tak mahukan konsep cinta dan tangkap leleh bagai, kami beralih kepada konsep yang agak humor! tak mahu klise katanya! heehhee..

ehem! kalau kalian bijak bestari, cube-cube lah teka konsep apa kami bawakan malam itu! teehee!

mempersembahkan....

Zombie Kpop! :D

hah! unik bukan? hahaha...tak sangka daku dan rakan-rakan boleh menjadi mak andam yang berjaya pada malam itu! nak mekupkan muka setiap seorang junior menjadi zombie, bukan senang seperti yang disangkakan! memang memerlukan kesabaran yang tinggi! hahhaa.. nasib baik ada bantuan Mysara Ramlan! thank you soo much ya, Mizz Mye! :)

kalian pernah tak tengok kumpulan zombie yang muka putih macam cik Ponti, dan berjersi bola? hahhaa

ingatkan group kami saja yang menjadi zombie, tapi ada jugak group yang menjadi zombie! haih! nasib baik mereka membawakan persembahan dari American Pop, Michael Jackson katanya! :)

ternyata mereka hebat kerana mampu mekup putih macam ni, dan berjoget macam Michael Jackson! ;)

dan group daku, setelah penat berlatih seriap malam dan petang, semata-mata hendak memberikan yang terbaik untuk malam persembahan, nak-nak lagi dengan setiap seorang ada ragam yang tersendiri, akhirnya berjaya jugak menjadi kumpulan yang paling diingati ramai! credit to rakan fasi daku, Sam dan anak-anak buah dari group daku sendiri! kalian memang Mantop!! ;))

Trimas untuk kerjasama kalian ya, junior-junior dari group 10! :)

haih! dan selama 2 minggu perlu berdepan dengan junior-junior tahun satu, sedikit sebanyak mendekatkan daku dan rakan-rakan yang lain dengan adik-adik kami! ternyata selama 2 minggu perlu menghadap ragam mereka yang bermacam ragam, sangat menyeronokkan dan memenatkan! mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang daku bergelar Biro sukan dan Biro Fasi di Minggu Induction kali ini ya?

hey juniors! terjerit, terpekik terlolong dan maki hamun itu bukankah perkara biasa dalam menjadi senior? hahhaha..dan jangan risau adik-adik, lepas ni dah takde dah sesi regging bersama kalian semua! teehee! :P

Kak Elie yang katanya garang tapi manis dan comel lote! teehee! :')

akhir kata dari daku sendiri...

Selamat tinggal Minggu Induction 2011! :)

p/s: next tugasan sebagai senior tahun akhir, kekalkan prestasi untuk menjadi contoh yang baik kepada junior! teehee!

Thursday, June 16, 2011

BLOG ELIE FIBRESZ!

Salam kalian... ;)

Hai...Ini Elie! Dia Minah Senget! 

tapi dia baik hati dan comel!

Teeehee! :D

kan dah cakap dia senget! tengoklah! berdiri amek gambar pun tak betul! heheh

Kalau nak tahu, beliau lah tuan blog kepada blog Elie Fibresz yang kalian sedang baca ni! ;) 

Blog ini sudah berusia 2 tahun 4 hari tau! ia baru menyambut hari jadinya yang ke 2 tahun pada 12 Jun yang lepas! Disebabkan tuan blog ini sedang berada dalam keadaan yang kusut dan busy yang teramat, maka entry yang sepatutnya dipostkan beberapa hari yang lepas terpaksa ditangguhkan! tapi nasib baik tuan blog yang comot ini mempunyai kawan-kawan yang baik hati sehingga sanggup meminjamkan brodband kepada beliau untuk beliau mengupdate blog busuk ini! kalau tak, tak mustahil blog ini akan ada sarang labah-labah tarantula nanti! teehee! ;p

sepanjang beliau menulis dan mencorotkan isi hati beliau di dalam blog Elie Fibresz ini, banyak yang beliau pelajari tentang kehidupan! beliau gembira bila ada rakan-rakan alam mayanya berkata mereka seronok membaca blog beliau yang tak se-gah mana ini! katanya...

"BLOG TAK CANTIK TAKPE, JANJI ISI MAHU CANTIK DAN CUN MELECUN!"

kan-kan?! ;)

dikesempatan ini, tuan blog ini sangat berharap agar pembaca-pembaca blog beliau akan sentiasa berpuas hati dengan segala kisah beliau, baik mengenai peribadi atau sekeliling beliau, kerana apa yang dicurahkan itu adalah segala-galanya yang berlaku dalam kehidupan beliau! dia tidak pernah bermuka-muka atau menjadi hipokrit dalam kehidupannya yang warna-warni ini! dan begitu juga diharapkan untuk para pembaca blognya ini.. :)

jadi dengan ini...

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG MEMBACA BLOG ELIE FIBRESZ SELAMA INI! JASA KALIAN AKAN DAKU KENANG! ;)

akhir kata...

SELAMAT 2 TAHUN BLOG ELIE FIBRESZ! ;)

p/s: Elie Fibresz...ada lagi ke yang tak pandai sebut? teheee! :p

Friday, June 10, 2011

ENTRY PERPISAHAN...

Salam kalian... :)

Lagi beberapa hari, daku bakal bergelar Single Sementara! :(

ini gara-gara Noddy yang bakal berkhidmat di Sandakan Sabah dan belayar sehingga ke tahun hadapan!

dan sebelum berjauhan untuk tempoh yang lama, daku telah menghadiahkan sesuatu untuk beliau sebagai kenangan kami berdua. ketika pertemuan yang terbaru selepas pertemuan manis kami di Seremban tempoh hari! ;)

 kalau kalian bijak bestari, sila-sila lah teka ini apa :P

hadiah ini diberikan sewaktu Noddy menghantar daku ke kolej pada hari kelmarin! dan hari tersebut merupakan pertemuan kami yang terakhir,sebelum berangkatnya beliau ke Sandakan minggu ini! ;( 

Sekeping kad buatan sendiri dan gambar berdua untuk memori bersama! :)

just a simple and suwiiit Gudluck card from me to him! ;)

dan selepas ini, kami bakal berjauhan sehinggalah tahun hadapan dan daku, akan menghitung hari sambil menangis tersedu sedan menantikan kepulangan sang wira yang berkhidmat di lautan untuk negara!

sebelum berpisah, Noddy juga telah menghadiahkan sesuatu kepada daku sebagai balasan dari kad dan gambar yang daku berikan kepada beliau! teehee! ;p

hadiah dari kekasih hati! ;)

Noddy: Sorry by! sayang takde benda nak bagi kat by! by simpanlah gelas ni k?

wah! tak sangka sungguh Noddy akan memberikan daku segelas gelas Coca Cola, dari Mc Donald ini! dan sebenarnya gelas tersebut adalah satu dari 6 koleksi gelas mc Donald yang beliau kumpul selama ini! ;)

Terima Kasih banyak-banyak ya Sayang! ;)

Elie: by, lepas ni sayang dah jauh, dah takde orang lah nak suruh cyg g klinik kalau sakit-sakit! dah takde orang la nak teman cyg jalan-jalan! ;(

Noddy: ala..suruh kawan-kawan by gantikan sayang untuk kejap ni k? sayang g sampai bulan 2 tahun depan je k?

Elie: hurmmm ;(

Noddy: Im gonna miss you, by! ;((

***********

dan akhir kata dari daku...

IM GONNA MISS YOU TOO SAYANG!!!

Selamat Bertugas dan Selamat pulang ya, Noddy!

Daku tunggu kamu di sini,oke?! ;)

p/s: Terima kasih kepada Farhan Ramli atas tajuk entry! teehee!

Monday, June 6, 2011

143... I LOVE YOU!

Salam kalian... :)

Kalau dapat berjalan-jalan bersama kekasih tersayang, pastinya sangat menyeronokkan!

betul tak semua? :)

bertitik tolak dari entry yang lepas, daku telah ke Seremban untuk bertemu dengan Noddy bagi mengisi hari yang keseorangan di rumah. Ini juga adalah peluang daku untuk menghabiskan waktu bersama Noddy sebelum beliau berangkat ke Sandakan, Sabah untuk bertugas di lautan selama berbulan lamanya!

Elie: Sayang, esok cyg g Seremban eh?

Noddy: Haa okey...sayang amek by kat KTM Seremban k?

Elie: okey bubu! :)

Owh..Ini adalah PERTAMA KALI daku berdating dengan Noddy di Seremban! yelah, sesekali nak jugak turun Negeri Sembilan, negeri kelahiran kekasih hati tu..selalu dating kat KL je, sampai tak tau dah nak pergi mana! tukar angin pulaklah kata orang! hahhaha

Sayang..kalau tengah drive tak boleh camwhore tau! biar cayang je posing sana dan sini! hehehe.. :p

Noddy: By, dah tengok cite PIRATES?

Elie: belom. asal? sayang nak tengok wayang ke?

Noddy: JOM lah! lepas tu baru kita jalan-jalan k?

Dari hari tu lagi Noddy nak tengok cite Pirates, tapi disebabkan semua panggung wayang di KL penuh dan kehabisan tiket, maka kami cubalah di Seremban pulak. dan ingatkan pergi mall kat Seremban, dapatlah tengok Pirates of The Carribean, rupanya sama saja macam di KL..SOLD OUT!! ;(

disebabkan filem XMEN FIRST CLASS sudah ditayangkan, kami pun terus saja beratur di kaunter tiket untuk menonton filem tersebut pada jam 1.40 petang! wah! tak sangka filem XMEN FIRST CLASS yang terbaru ini sangat MANTAP! memang tak rugi kami tonton filem tersebut, walaupun kami berdua terlena sekejap di dalam wayang! hahahha :p

Selepas wayang, tibalah masa untuk makan-makan di Port Dickson pula! yeay! daku sudah dibawa Noddy untuk ke gerai cendol dan rojak yang sedap di sana! walaupun hanya gerai di tepi jalan, ternyata ABC, cendol dan rojak yang dihidangkan sangat sedap dan seronok untuk dimakan, ditambah lagi dengan adanya angin dari laut dan kekasih yang tersayang di sebelah! :)

Rojak ayam..Air Batu Campur dan Cendol Jagung! :)

bila perut dah kenyang, masa untuk bersuka ria pula tiba! sebelum turun ke Seremban tempoh hari, daku awal-awal lagi sudah memberitahu Noddy yang daku ingin bermain pantai di Port Dickson! dan memanglah seronok dan rasa nak melompat macam anak tarzan bila Noddy kata..JOM! PERGI PANTAI! yeay-yeay!! :))

muka yang ceria memang macam mintak penumbuk! seronok sangat katanya dapat main pantai! hahaha

Noddy: By, jom main layang-layang, nak tak?

Eh, Noddy ni comel-comel je kan? nak main layang-layang pulak! hahhaha

Disebabkan kami tak tahu berapa harga layang-layang yang dijual di situ, maka niat untuk bermain layang-layang dibatalkan saja..jadi kami hanya bermain pasir di pantai dan bergambar sebagai kenangan bersama! :)

Noddy kata.."Eish! jeles gila tengok budak-budak tu main layang-layang! Sayang nak jugak!" heee

Maaflah! angin yang kuat memang buat rambut daku tak nak duduk diam! heee

tidak-tidak! kami bukan 2 orang budak gila yang terlepas dari zoo! heee

Owh! terlupa satu perkara! sebelum kami ke pantai, kebetulan ada pasar malam yang berdekatan! jadi kami telah membeli makanan malam kami untuk dimakan bersama! dah lama tak pergi pasar malam berdua dengan Noddy! last pergi bersama sewaktu 50 first date dulu! heee

di pasar malam, sempat jugaklah kami beli makanan seperti fishball yang dicucuk dengan lidi, kuih muih, putu piring, rangka ayam dan air kelapa! memang seronok dapat makan bersama sambil melihat matahari terbenam di tepi pantai! hey! sangat romantik tahu?! ;))

makan memang banyak! tahulah kami berdua dah tembam!! ;p

Bila turun sahaja matahari senja, kami bergerak pulang, memandangkan daku juga perlu pulang ke Kuala Lumpur semula. dan itulah antara yang kami lakukan untuk kenangan bersama sebelum selepas ini bakal berjauhan selama tempoh yang lama! lepas ni, tak boleh nak dating sakan dah macam selalu..hurmm..sabar jelah Elie oit!! ;(

dan walaupun sehari sahaja dapat meluangkan masa bersama, namun ternyata segala-galanya indah untuk disimpan dalam memori dan kenangan kami berdua!

Betul tak sayang? :)

Kenangan! <3

143..I LOVE YOU, NODDY! :)

p/s: lepas ni kalau nak lepak Port Dickson lagi, kena tunggu Noddy balik dari belayar! heeee

Sunday, June 5, 2011

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI...

Salam kalian... :)

Daku mendapat sebuah mesej dari kekasih hati, Noddy...

Noddy : By, syg dapat kapal kat Sandakan, Sabah :(

Elie: Alaaaa... ;(

Noddy: Lepas ni susah nak jumpa by da! ;(

Elie: hurmmmmm ;((

******************

Semenjak bergelar Leftenan tempoh hari, daku sudah sedia maklum bahawa kekasih hati itu akan semakin busy berikutan tugasnya sebagai seorang tentera laut itu sentiasa berubah-ubah dan memerlukan daku mempunyai kesabaran yang tinggi kerana bakal ditinggalkan seorang diri di darat sekiranya beliau perlu belayar di lautan!

dan kini, Noddy akan ditugaskan di Sabah pula untuk beberapa bulan lamanya yang kami sendiri tidak pasti tempoh kami bakal berjauhan! mungkin tahun hadapan baru pulang ke Lumut semula dan bertemu daku yang setia menunggu ini! ;(

maka dengan ini, daku bakal keseorangan lagilah nampaknya! T_____T

Mulai minggu hadapan, gadis ini akan kehilangan teman ketawanya, teman cintanya dan teman segala-galanya setelah kekasihnya ini bakal belayar di lautan! sobs-sobs! ;(

Ehem! Jika ditanya mengenai perasaan, owh..semuanya bercampur baur! Hati memanglah tak rela! namun, sebagai seorang kekasih yang berusaha untuk memahami tugas kekasihnya ini, daku awal-awal lagi sudah bersedia dengan segala kemungkinan akan berjauhan untuk tempoh yang lama..dan untuk menjadi kekasih yang memahami, haruslah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Noddy! ;)

dan daku percaya akan suatu perkara...

WALAU KAMI JAUH DI MATA,
NAMUN SENTIASA DEKAT DI HATI! ;)

betul tak sayang?

teehee! :p

p/s: Elie, bila Noddy dah ke Sabah, jangan nangis-nangis ya?-*penulis sedang bermonolog dengan diri sendiri!* ngeee

Saturday, June 4, 2011

INI SESI BALAS DENDAM!

Salam kalian... :)

Sebelum apa-apa...

APA KHABAR SEMUA?! :)

RINDU DAKU TAK?

teehee! :p

Setelah 2 minggu daku berdiam diri dari alam maya ini, haruslah entry kali ini nak tulis panjang-panjang sikit! kata orang, time-time macam ni la sesuai untuk MEMBALAS DENDAM! jadi kalian-kalian semua yang disayangi ini, janganlah pulak bosan baca entry panjang lebar ni ya? boleh tak semua? 

mestilah boleh...kalian kan baik-baik belaka! kan-kan? muahahha! :D

Ehem! kalau ikut entry lepas, daku telah berkampung di Segamat selama seminggunya untuk menjalani Kursus Kepimpinan dan kemudiannya berada di kolej Puncak Perdana untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa kepada pelajar-pelajar baru bagi sesi orentasi mereka! wah..sumpah segala-galanya sangat menyeronokkan! :)

bermula di Segamat, segala aktiviti sangat memenatkan! betul-betul memenatkan! ini disebabkan setiap kawasan di Uitm Segamat kebanyakannya berbukit dan bertangga! jarak ke setiap tempat aktiviti juga sangat jauh dan memakan masa yang lama untuk sampai ke setiap tempat aktiviti! kalau nak pergi surau untuk bersolat, haruslah bangun sebelum subuh untuk sampai ke surau. kalau tak, memang tertinggal nak solat berjemaah! teehee! :)

tapi di Segamat, aktivitinya sangat padat dengan ceramah dan taklimat sahaja! tidak seperti di Pulau Pinang dahulu, lebih banyak aktiviti lasak! namun, semua aktivitinya memanglah ENJOY! walaupun dalam taklimat, lebih 3 kali juga daku terlelap dan membuat peta dunia! hahhaha! ;)

disebabkan di Segamat daku tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengambil gambar dan berposing sakan dalam setiap aktiviti yang dilakukan, maka, marilah daku terus bercerita mengenai minggu orentasi di kolej pula! tidaklah nanti memenatkan jari kalian untuk membaca sakan entry kali ini..kan-kan? hehehe..

Selepas seminggu berkursus di Segamat, daku dipilih untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa untuk sesi Mei pula! alhamdulillah! dan kali ini, masih lagi diberi jawatan yang sama seperti semester lepas, iaitu Biro Makanan yang baik hati dan comel lote! hahhaa

 awal-awal pagi sudah bersiap seperti pramugari yang tak jadi! bersanggul dan beruniform lengkap sebagai Pemimpin Mahasiswa yang kiut miut! owh maap..itu bukan uniform PLKN ya? :)

menjadi biro makanan pada semester baru ini memang sangat mencabar minda dan fizikal sebagai seorang gadis! masakan tidak, daku seorang sahaja yang diletakkan sebagai Biro Makanan di Kolej Puncak Perdana, di mana pelajar baru yang berdaftar melebihi angka ratusan! namun, sebagai Peminpin yang baik, tugas yang berat haruslah dipikul dengan penuh tanggungjawab dan amanah! tak gitu semua? :)

 Wan dan Ika..mereka berdua 'killer' dalam Minggu Orentasi kali ini! :D

dan tak mudah sebenarnya hendak menjadi Pemimpin yang cemerlang...nak-nak lagi bila perlu berhadapan dengan ragam adik-adik baru yang macam-macam hal..tapi kata orang, semuanya harus dilaksanakan dengan penuh keseronokan! tak kisahlah kalau perlu bersuka ria dan berceloteh dihadapan pelajar baru sekalipun, yang penting Enjoy itu perlu! dan inilah yang dikatakan bekerja dalam keseronokan! :)

 
 menjadi fasilitator kepada pelajar baru tiada masalah rasanya memandangkan bibir mungils ini memang banyak cakap! hehehhe :p

 siapa kata tak boleh bersuka ria dan bercanda mesra ketika sedang menjalankan tugas?

dan selama seminggu menjadi Biro Makanan di Puncak Perdana, gelaran Kak Elie sememangnya sudah sebati dengan  keadaan diri ini! jumpa sahaja junior-junior baru di kolej, akan terdengarlah teguran-teguran comel seperti:-

KAK ELIE DAH MAKAN?

KAK ELIE SIHAT?

HAI-HAI KAK ELIE!

dan paling tak boleh blah...

KAK ELIE..KAMI LAPAR! ROTI ADA?

alalalalla...comel-comel je mereka ni kan? teeheee!

pelajar-pelajar baru kali ini comel-comel macam kami berdua tau! hehhe..owh lupa..ini Umie..merangkap biro multimedia dan seranta! yang mengambil gambar sana sini, itulah tugas beliau! heheh..

 Dan harus juga bila kesibukan selama 2 minggu lepas, keadaan diri sendiri sudah tidak terjaga! makan minum memanglah cukup, tapi kalau otak mati..haruslah keadaan diri juga turut mati! kepenatan yang tidak terhingga memang membuatkan suara daku hilang dalam masa 2 minggu tersebut dan demam yang ada pasang surutnya! wah! dugaan dugaan! T____T

PENGSAN! hahahaha

tapi secara jujurnya..2 kali menjadi Pemimpin Mahasiswa, semuanya indah belaka! perkenalan bersama rakan-rakan setugas sememangnya manis untuk dikenang! perpisahan dengan mereka yang bercuti selama berbulan lamanya, seakan susah untuk dilepaskan, berikutan kenangan-kenangan bersama! persahabatan yang terjalin bersama rakan-rakan baru juga tidak mungkin akan dilupakan begitu saja! dan apa yang pasti...Minggu Destini Siswa sesi Mei 2011, akan menjadi Memori! :)

dan yang lebih pasti...Elie sudah menjalankan tugasnya sebagai seorang Pemimpin yang berjaya!

TERIMA KASIH SEMUA! ;)
dakulah Pipi Boolat, merangkap gadis yang berjaya! :)

owh...sebelum terlupa, semester baru telah bermula..daku juga seudah bergelar senior tahun akhir! yeehaa! ;) tak sabarnya nak menamatkan semester akhir ini! harapnya segalanya lancar dan dipermudahkan urusan oleh DIA yang di atas! semoga semester akhir ini akan mencatat satu lagi memori indah seperti mana yang telah berlaku dalam semester-semester yang lepas!

dan apa yang lebih bermakna, result final exam untuk semester lepas, alhamdulillah! meningkat dengan jayanya! syukur! :)

jadi kalian..doakan daku berjaya untuk semester akhir ini ya?

Terima Kasih tidak terhingga dan Assalamualaikum! kita jumpa dalam entry seterusnya! :)

p/s: Semester baru bermula baik, tapi penat masih berbaki! heeee