Sunday, May 8, 2011

UMMI DAKU CAKAP...

Salam kalian... :)

Umi daku cakap...

Sebelum tidur, jangan lupa baca doa dan ayat kursi, barulah tidur sempurna!

Ya! daku memang buat apa yang umi suruh tu setiap kali sebelum tidur! walaupun  kadang-kadang daku selalu mimpi yang dasyat-dasyat sampai berpeluh ketiak satu badan dan terasa nak terkencing malam! hehehe

Umi daku cakap...

Anak dara mesti pandai masak! kalau tak, nanti takde orang nak pinang!

Ya! daku mula belajar memasak sejak lepas SPM. time tu takde benda nak buat kat umah, rajinlah daku tolong nenek daku kat umah masak itu dan ini..lama-lama, daku pun pandai la masak..

kalau tak percaya, boleh tengok entry ini..dan juga ini..owh..dan jangan lupa klik pada entry ini juga! muahahahhaa.. :) cuma daku tak boleh lawan si chef wan je lagi! mungkin satu hari nanti.. siapa tahu, kan-kan? teehee.. :D

umi daku selalu cakap...

Kalau keluar rumah, balik sebelum nampak bulan kat langit!

Balik sebelum nampak bulan?? haik? apa tu?? Mula-mula daku tak paham..bila dah lama-lama, baru daku paham! maksud nampak bulan tu, MALAM lah! hehehe.. alamak, kalau masuk bab keluar umah ni, daku susah sikit nak ikot! kalau beronggeng, memang tak ingat umah dah! kalau umi kata balik sebelum kol 6, daku balik kol 7 malam! kadang-kadang kat kolej, selalu jugak diajak OVERNITE! memang over lah kalau daku dah overnite tu! hehehe

tapi selalu nya daku jarang nak keluar dari pagi, sampai umah dah tengah malam! kena tengok jugak keluar dengan siapa dan tengok keadaan! hehehe.. nak- nak lagi kalau keluar dengan Noddy! huiii! lupa diri jugak kadang-kadang! tapi anak yang baik sentiasa mendengar kata, daku balik jugak lah sebelum nampak bulan! takut jugak kalau umi tak bagi keluar dah lepas ni! hehehehh :D

umi daku cakap...

Solat jangan pernah tinggal..kalau tak, macam mana nak berkat semua kerja?!

okey! bab ni memang daku daku ikot! walaupun kadang-kadang setan-setan gondol selalu berleluasa kat kepala hotak dan diri ni, tapi daku selalu paksa diri ni supaya tak sekali-kali lupa pada agama sendiri! tapi jujur lah, manusia mana pernah perfect! sometimes daku pun terlepas jugak bab-bab solat ni.. :( *semoga Allah ampunkan dosa-dosa daku yang lepas!* amin...

umi selalu jugak pesan...

kalau dah bergaul dengan orang sekitar, berkawan, dan kemudian bercinta, jangan sesekali lupa pada agama, ibu bapa dan keluarga!

Ya! daku memang tak pernah lupa pada keluarga, dan agama even daku ni sengal ayam sikit, tapi agama dan keluarga tetap no 1! so Umi, jangan risau sangat pada anak dara mu yang sorang ni ya? heheh :)

umi daku cakap..

Kalau waktu makan, jangan lupa tinggalkan sikit untuk orang belakang!

Ofcos! ni daku tak pernah bantah! sebabnya, kita makan bukan sampai kenyang..berhenti saja bila rasa perut dah nak keras..kan-kan? dan dari dulu sampai sekarang pun, daku memang pantang kalau tengok orang makan bagai lupa diri. last-last tak larat nak berjalan! itu takpe lagi, tapi kalau dah sampai lupa orang belakang yang tak makan lagi tu,apa kes bai?! macamlah kau tak pernah jumpa makanan sepanjang hidup! haish! pantang-pantang!

umi cakap...

Jangan tidur sebelah petang! tak baik! 
nanti boleh jadi gila!

Umi..Oh umi..kalau penat-penat balik dari kelas, adik tak boleh larang mata dan badan ni nak berehat tau!  hehehe..kadang-kadang selalu jugak daku tahan diri dari tertidur waktu petang, sebab kalau dah tidur petang, malam haruslah daku tak tidur! dan selalunya berjaya, tapi kalau dah penat sampai badan rasa macam layu tu, alamatnya memang tertewaslah dengan godaan setan gondol! teeheee :D

umi selalu jugak cakap macam ni...

kalau belanja, jangan sampai lupa diri! 
jimat sikit untuk diri dan keluarga sendiri!

aha! bab ni memang daku suka! sebabnya daku memang bukan jenis yang banyak berbelanja! duit yang lebih, akan masuk dalam tabung lolipop daku! dan kalau keluar umah dan nak berbelanja sakan, duit yang daku habiskan tak lebih dari rm20! yelah, baju-baju daku suma rm5 til rm10! manalah nak habis sampai beratus-ratus dan beriban-riban tu! kalau tak percaya, tengok saja pada baju the beatles dan baju yang daku pakai waktu malam karyaone dulu..memang comey-comey je harganya! heheh..

cuma kalau daku rasa nak belanja lebih sikit, memang duit dalam poket akan kureng sikit dari hari ke hari..tapi still dalam konteks berjimat cermat ya tuan-tuan dan puan-puan! heheh..untung betul sapa jadi suami daku nanti kan? kan? kan? hehhehe

umi daku kata...

Adik kecik lagi, tak tahu apa-apa!

ops! adakah itu merujuk kepada daku?! YA! sememangnya daku! cis! umi kata daku kecik lagi? alahai! itulah satu masalah umi...selalu fikir dan anggap daku ni kecik lagi, macam daku tak boleh buat macam-macam kerja yang orang dah besar boleh buat! kadang-kadang stress jugak sebab umi larang itu dan ini, walaupun daku tahu, larangan umi tu memang bawak kebaikan untuk anak daranya yang sorang ni! heheh..tapi Umi..jangan lupa ya, yang adik dah 20 tahun tau! kih-kih! :p

Ehem! Umi dah banyak berkorban untuk daku dan keluarga! walaupun daku kadang-kadang tak setuju dengan apa yang umi cakap, tapi daku masih lagi ingat akan segala pesanan umi! dan sememangnya daku sentiasa letakkan umi dan abah sebagai pendorong kuat dalam setiap apa yang daku lakukan!

Terima kasih kerana melahirkan daku dan mendidik daku menjadi insan yang berguna, umi! Semoga segala pengorbanan yang umi lakukan untuk daku dan keluarga akan dibalas baik oleh Allah swt..i'allah.. :)

Umi sememangnya menjadi ROLE MODEL kepada daku! :)

SELAMAT HARI IBU, UMI! <3

 Terima kasih kerana menjadi ibu yang HEBAT, umi! i love you so much!<3

kepada anak-anak diluar sana, jangan lupa ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu anda!

dan ingatlah kalian bahawa...

SEJAHAT-JAHAT DAN SEBURUK-BURUK IBU ANDA, BELIAU MASIH IBU YANG MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN ANDA!

So, Selamat Hari Ibu kepada Semua yang bergelar ibu!

Kalian yang bergelar ibu sememangnya HEBAT-HEBAT belaka! :)

P/S: daku nak jadi ibu yang HEBAT macam umi lah satu hari nanti! teehee

24 comments:

ALI said...

say happy mother's day to ur umi, syg! :D
btw, kalau belanja, jangan sampai lupa diri!
jimat sikit untuk diri dan keluarga sendiri!
hahaha this is soooo true. elie yang sangat marah kalau kawan2 dia suka membazir. thanks to her umi :D hehe
and fyi, abang irfan krim salam dkt elie tau :D

cikmudatoxin said...

mak elie pon gojesh mcm mak saye laa . ehehe

little cart00n said...

ALI..
hahha..
sifat tu semua ihsan dari umi tau!hahha

wah! abg irfan? kem salam semula pada dia ya! rindu dak2 tuition dulu! :(

little cart00n said...

cikmudatoxin..
ofcos! our mom kan always gojes! :)

SoLy SoLicious said...

selamat hari ibu....
sweetnye .. heee

bella luna said...

ibu2 kiter ni byk pengalaman semua naihat dia ade sebab.. weeee

little cart00n said...

soly..
selamat hari ibu juga pada mak soly ya? :)

little cart00n said...

bella..
betul2..sebab tu anak-anak dia kena ikut cakap ibu..kan-kan? :)

Eifa Zuhaira said...

happy mother's day to your umi. n to my mama too!!! =)

little cart00n said...

eifa..
heppy mothers day to ur mama jugak ya!jangan lupa belanja beliau makan!
hehehe

Doktor Love said...

Selamat hari ibu tu semua wanita yang bergelar ibu, akan bergelar ibu dan bakal menjadi ibu. hehe

syAzAnA said...

wahh. bnyak tul pesanan umi anda. eheh. xpe3. sume itu penting!

A retarded kitty said...

saya sayang ibu saya!

Hanz Lee said...

selamat ari ibu ili. jaga anak tu elok2. haha
wah! da baru. mesti rasa tercabar nie. haahaha

Liyana Aziz said...

umi, happy mother's day... lupa nak kirim doa hari tu.. kikikikikiki

little cart00n said...

atien..
selamat hari ibu kepada ibu atien juga ya.. :)

little cart00n said...

syazana..
yup2..umi cakap semua nya ada benarnya..:)

little cart00n said...

kitty..
saya juga sayang umi saya! :D

little cart00n said...

paan..
takde maknenya nk tercabar!
aku inspektor kot..
hahhaha

little cart00n said...

yana..
elie da gtao umi soh kirim doa untuk yana n dak2 kelas..dont worry sista! :)

hepi mothers day untuk mama yana jugak ya.. :D

cEro said...

terbaEk elie..
siapa tak sayang ibu sendiri...
kekasih boleh sayang, tp ibu, kasih sayangnya tiada galang ganti..

little cart00n said...

cero..
betul2..sayangilah ibu cero ya!
:)

♥ nana i am ♥ said...

happy mother's day umi elie :)

little cart00n said...

kak nana..
happy mothers day jugak, mak kak nana! :)