Tuesday, May 10, 2011

SEGAMAT!

salam kalian... :)

Suatu hari, daku telah mendapat sebuah panggilan telefon..

Hello..Boleh saya bercakap dengan cik Elie Fazrin?

(Elie) : Ye..saya Elie.. Siapa tu?

Okay cik Elie..saya membuat panggilan dari pejabat HEP, nak beritahu yang cik Elie telah terpilih untuk menyertai Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa, sesi Mei (KPMDS)..cik Elie diminta untuk hadir ke bla...bla...bla...pada bla...bla..dan bla...bla...dan  Terima kasih..

(Elie) : owh?! Terima Kasih! :)

*************************

Wah! kali kedua berjaya menempatkan diri untuk ke KPMDS, haruslah daku bersyukur! :) bukannya mudah untuk terpilih menjadi Pemimpin kepada pelajar-pelajar baru yang bakal masuk ke Universiti pada semester baru nanti! nak-nak lagi bila diberitahu ramai yang memohon untuk menjadi Pemimpin untuk semester baru nanti! tapi inilah yang dikatakan rezeki...Alhamdulillah! :)

kalau semester yang lepas, kami berkursus di Uitm Pulau Pinang, kali ini kemungkinan akan di adakan di Uitm Segamat pula!:)

Wah! Tentu seronok berkampung di Segamat selama seminggu! :D

tak sabar jugak bila teringatkan aktiviti-aktiviti menarik yang pernah dilakukan pada KPMDS yang lalu seperti :-

Perlawanan PERANG atau WAR GAMES antara kumpulan, sehingga terpaksa menconteng muka sendiri dengan cat berwarna!

walaupun kami terpaksa dicomotkan, tapi kami tahu kami COMEL! :D

selain itu, ada juga EXPLORACE yang diadakan di sekitar Pulau Pinang, di mana kami terpaksa menyelesaikan setiap tugasan di setiap checkpoint, bermula pada jam 8 pagi, dan berakhir pada jam 10 malam!

Taman Kota Lama...nak pergi ke taman ni, kami terpaksa meredah laut dan menaiki FERI! :)

dan aktiviti sepanjang EXPLORACE itu pastilah tak akan dilupakan! nak-nak lagi bila daku terpaksa memarut buah kelapa untuk mendapatkan santannya, tapi dengan memakai kain batik! pergh! tak sangka betul nak guna pengukur kelapa tu perlu duduk sopan santun! mueheee! :D

Amacam?! boleh jadi Perempuan Melayu Terakhir tak?! teehee!

HEY! pastinya aktiviti pada KPMDS pada kali ini akan lebih mencabar! agak-agak, apa pulak aktiviti yang akan kami lalui pula ya? harap-harap takdelah aktiviti yang boleh membunuh mental kami semua! heheheh :D

KPMDS akan bermula pada hari ahad minggu hadapan! jadi daku masih mempunyai masa yang cukup untuk bergiat cergas sebelum bermulanya KPMDS nanti! mestilah, nak menjadi Pemimpin yang bagus bukannya mudah! perlu punya ilmu yang cukup dan badan pun perlulah cergas dan kuat! barulah boleh jadi Pemimpin yang serba disegani! kan-kan? ;)

jadi kalian doakan lah daku berjaya di Kursus nanti ya? mana tahu, ada rezeki daku, berjaya pula menempatkan diri dalam kelompok Pemimpin kepada siswa dan siswi yang bakal menyertai Uitm nanti, macam semester lepas! kan-kan? muahahhaha

Menjadi BIRO MAKANAN pada semester lepas! hehehe

owh..rakan-rakan daku yang lain masih lagi menunggu panggilan untuk KPMDS kali ini! daku harapkan mereka semua berjaya terpilih untuk ke KPMDS di Segamat ini! kalau tak, takdelah teman daku nak bergelak ketawa sambil berilmu di kursus tersebut! 

Semoga Selamat ya rakan-rakan semua! :) dan Uitm Segamat, tunggu daku dan rakan-rakan ya!!

teeheee :D

p/s: dah lama tak pergi Johor! Segamat apatah lagi! heheh

22 comments:

Liyana Aziz said...

babai makcik! hekhekhek... take care... tapi t mesti payah nak call... hukhukhukhuk... babai lagi... babai... dan babai lagi... =(

♥ nana i am ♥ said...

kalau jadi biro makanan, badan kene naik sikit laaa adik elie.hehehe :D

little cart00n said...

yana..
hey! belum nak blah lagi lah!!
tunggu u ikot, baru seronok!
i doakan u dapat col oke! kalau tak, sorang2 la i nnt! :(

little cart00n said...

kak nana..
ala..badan tak boleh nak naik da ni kak..macam mana?
hehehe..tapi still makanan jalan tau!
heee

KAMIHIDUP said...

bagus juga benda camni, KAMI baru tahu. :)

little cart00n said...

KAMI..
kursus macam ni, kira sebagai latihan awal untuk ketahanan mental dan fizikal kepada bakal pemimpin universitilah. :)

Momok Nadim said...

PM ke???pembantu mesra??hihihks..

little cart00n said...

momok nadim..
hahah..PM is for Pembantu Mahasiswa lah..Pembantu mesra tu macam menakutkan je bunyiknya!
hahha

Syida Shukor said...

bestnyaaa. kat UPM panggil Pembantu Universiti(PU). tahun ni tak taw dapat ke tak sebab UPM macam tak buat pape je.

Elie jangan jadi garang taw :P

little cart00n said...

syida..
owh..kat Uitm panggil PM.. :)

eh..elie garang-garang manje je..hehhe

MissyNursy ♥ said...

isshh..dpt call jgk dr HEP tp sayang la!! aida xdpt join kali ni sbb clash ngan praktikal!! nk jage student asasi jgakkk....

little cart00n said...

missynursy..
ala..takpe..xnt time aida punye turn pulak k? gudluck btw untuk ur practikal ya, sista? :)

nub said...

main war game syok! baling jangan x baling. haha

alongizhamhadi said...

nasib baik kuko nyoQ dok besimpoh...kalo mai dok megankang smbil kuko nyoQ...x dpt cheQ nk bayangkan..hahahahaaa...

little cart00n said...

nub..
baling itu wajib!! :D

little cart00n said...

alongizhamhadi..
takdenya nak kukoq mengangkang! kita bukan nak buat santan kangkang!hhaahha

Aimi Amira said...

tahniah
&
good luck

little cart00n said...

aimi..
thanx a lot! ;)

Juaini Juliet Jamaludin said...

Member aku belajar dkt uitm segamat. :)

little cart00n said...

ju..
nanti aku terjah kolej dia ya?
hahha

dayah aziz said...

pmp ke elie?

Elie Lily said...

kak dayah..
yup2..pm la tu kak dayah!;)