Wednesday, May 11, 2011

KALAU HIDUP MACAM PETERPAN...

Salam kalian... :)

Kalau hidup ni macam cerita PETER PAN kan best! ;)


 Kalau jadi macam Peter Pan, boleh terbang-terbang! boleh kawan dengan macam-macam hidupan! seronok kot! kalau masuk hutan, confirm semua hidupan dalam hutan tu paham apa yang kita cakap! sebab Peter Pan pun kan mesra dengan sebahagian dari hutan? :)

paling best, kalau hidup ni macam Peter Pan, tak payah nak pening-pening kepala fikirkan masalah! terbang saja sana sini cari keseronokan hidup, for sure masalah tak lekat dalam kepala hotak Peter Pan ni! woish! best betul jadi Peter Pan kan?! hehehe...paling tak pun kalau ada masalah, kena pikirkan tentang Kapten Hook yang sebelah tangan bersabit tu je! yang lain tak payah pedulik katanya! muehehhe :D

 Daku rasa kalau Kapten Hook ni rambut lurus, dah boleh jadi model iklan shampoo kot..tapi kalau masuk tang muka, kena maniskan lagi ya, Kapten Hook! barulah disukai ramai! teehee! :)

eh, lupa lah pulak! Peter Pan pun ada masalah cinta dengan Wendy lah! tapi masalah cinta Peter Pan tak sehebat masalah cinta manusia zaman kini kan? zaman sekarang, siap ada kes tikam-tikam lagi kalau cinta tak dibalas! menakutkan betul! huhuhu.. kalau Peter Pan, dia just kena ingat benda-benda yang seronok je dalam hidup dia, macam perkenalan dia dengan Wendy...barulah dia boleh terbang tinggi-tinggi!

 Cinta fantasi mereka memang buat manusia zaman ini jeles!! cis! 

wah! bestnya kalau hidup macam Peter Pan! ;)

tapi-tapi-tapi...

sebenarnya kalau jadi Peter Pan pun, kita hidup hanya dalam fantasi saja! realitinya?? tidak seindah macam dalam filem! kan-kan? kalau Peter Pan pun ada masalah dengan kehidupannya, kita yang di alam realiti ni, apatah lagi! yang penting, berhadapan saja dengan realiti sendiri, baru lah boleh menyelesaikan segalanya! 

betul tak semua? :D

 
Alamak!! rasanya daku dah jatuh cinta kat Jeremy Sumpter lah! ;)

Ehem! boleh tak nak jadikan Peter Pan sebagai scandal daku?

tapi Noddy tetap nombor 1!

haik! macam mana pulak tu?

teehee! :D
p/s: first time tengok cerita fantasi Peterpan ni, daku termenangis! tak tahulah kenapa! kih-kih! :p

12 comments:

KAMIHIDUP said...

termenangis eh? macam mana termenangis tu? heee. :)

Ryzal said...

suke giler ngan cite ni!! :D

Arief Arf said...

best jugak jadi peter pan.
boleh dapat luna maya.

ha ha ha

Aimi Amira said...

peterpan adalah antara movie yang aku tak pernah tengok sampai habis

little cart00n said...

KAMI..
termenangis tu tiba-tiba je air mata kua..takde ribut, takde petir..
ahhaha

little cart00n said...

rizal..
kita serupa! :)

little cart00n said...

arief...
eh..bukan peterpan tu!
luna maya? owh men!
dia bukan taste i la..
huhu

little cart00n said...

aimi..
aku rasa kau patut tgk peter pan sampai habis!
tak rugi kot! :)

CikSyazwaniAziz said...

jangan2..jangan jatuh cinta dgn peterpan sbb peterpan ni wani punya.hihi. dah lama jatuh cinta sebenarnya :D

little cart00n said...

wani..
ala! kita kongsi nak?
hahah

ila said...

harry potter r best dik..keke..

little cart00n said...

ila..
harry potter magik je banyak! peter pan terbang-terbang! lagi hebat!
hahah