Wednesday, May 11, 2011

BICARA SIFU!

Salam kalian... :)

Hey! Pernah pergi tak BICARA SIFU yang diadakan di Galeri Petronas, KLCC?

Daku dan rakan-rakan dah pergi tau!

Sumpah seronok! :)

Hai, nama saya Elie Cantik! *muntah hijau!* :D

Semua gara-gara selepas terbaca mengenai pameran seni ini di akhbar KOSMO tempoh hari! teehee! :)

 siapa yang tak baca KOSMO minggu ini, rugilah kalian! :p

ternyata berbaloi ke galeri tersebut kerana bukan sahaja kalian boleh melihat keunikan seni oleh seniman-seniman yang ada dalam negara kita, bahkan, dari negara luar juga ada! fuh! memang terpegun sekejap dengan kehebatan hasil tangan mereka yang berseni ni lah! :)

kalau kalian sendiri menyaksikan galeri seni ini, pastinya kalian juga akan kagum seketika dengan seni-seni yang dihasilkan dan dipamerkan! paling tak pun, pasti akan ada kata-kata manis dalam hati kalian sendiri, seperti :-

WOW! HEBATNYA!

atau...

PERGH! GILER LAH!

atau...

FUIYOO!!!

tapi kalau nak jahat sikit, mesti akan ada ayat berbunyik...

Argh! Jelesnya aku! apasal ada orang yang hebat giler ni?!

hahahhahaha :D

 inilah Shah dan Maria yang bersama daku ke galeri BICARA SIFU itu!

cuma satu yang tak seronoknya mengenai galeri ini, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalamnya! di mana-mana ada diletakkan kamera litar tutup! ceit! macam lah kami ni nak curi keluar lukisan dan seni-seni tu, kan-kan?

Kalau takde gambar, macam mana nak masuk dalam blog ni?! : |

disebabkan itu, kami hanya dapat bergambar kenangan di luar galeri sahaja! ;(

Daku pun tak paham kalau bergambar dengan Maria je, mesti posing macam ni! haahhaa

tapi mana puas bergambar di luar galeri saja! pasti nak jugak bergambar di dalam galeri seni, WALAUPUN tak boleh! barulah boleh uplod kat mana-mana laman sesawang popular sambil tunjuk muka bangga pada kawan-kawan dan cakap...

AKU ADA GAMBAR KAT DALAM GALERI BICARA SIFU! KAU ADA?

muahahhaaha *gelak kejam!* :D

Diam-diam tau! ini gambar yang kami berjaya tangkap secara curi-curi di dalam galeri tersebut! kalau sapa-sapa bagitahu pengawal keselamatan galeri KLCC, mesti kena cirit birit lepas ni! hehehe :)

dan kalau kalian ada perasaan jahat nak bergambar sekalipun, pandai-pandailah kalian sorok kamera kalian dalam beg tangan atau poket baju! jangan lah bagi kantoi dek orang lain atau CCTV! macam yang kami buat untuk tangkap gambar secara rahsia dalam galeri tu! teeheee :p 

Ehem! bagi sesiapa yang masih belum melihat pameran seni Bicara Sifu ini, kalian bolehlah menghadirkan diri ke Galeri Petronas yang bertempat di KLCC! Pameran ini akan diadakan sehingga 19 Mei..dan jangan lupa bawak satu kampung ke pameran ini kerana masuk adalah PERCUMA! :)

Akhir kata...Majulah Seni Untuk Dunia! 

Teeeheee! :) 

p/s: hati daku cakap.."teringin jugak karya sendiri ada dalam pameran tu"- inilah yang dikatakan Elie sedang bermimpi di siang hari! hahaha :D

26 comments:

Ain Zulaikha said...

wah tak lama je lagi nak gi lah nanti insyaAllah if ada masa

MiSzy DiaN said...

hye kaka comel..
wow~ blog daa bertukar rupa laa.. heehehe.. cntik..
cpat jak loading :)

Elie Lily said...

dian..
hahah..
ramai kata da bosan dgn layout baru..hso, i've change it! heheh

Elie Lily said...

aim zulaikha..
pergilah seronok tau! :)

Marya Hana . said...

semangat betol korang ni.. haha..

eh sejak bile si aisyah bertukar nama jadi "maria"? pelik je macam.. :D

Elie Lily said...

kak yaya..
memang semangat tao!

aisyah tu memang kitorg da panggil dia as maria sejak dari semester 1 la kak yaya oi..nama glamer katanya! teehee! :)

Hanz Lee said...

yelah ta ajak pun aku kan. takut tercabar lah tu klu ak wat entry pasal nie. hahaha

Elie Lily said...

paan..
weh..ni da lebeh la ni!
sapa yg tak ajak kau?
shah da contact ko, takde jawapan katanya.,tau2 kau kat atas moto..pe cite bai?
hahhaha

Mas Nur Shahirra Saleh said...

wahhh . happy giler nmpk ! heee

Elie Lily said...

mas..
ofcos heppy!
dgn kawan2 kan? :)

Scya Lollita said...

woot woot , tringin nak pegii !

Elie Lily said...

syiera..
pergila! seronok tahu! :)

Aimi Amira said...

sempena apa ni weh.

Elie Lily said...

aimi..
minggu kesenia kot! tah..kitorg main masuk je..tapi sumpah best! :)

fadh leyanie said...

wah sempat lagi nak pegi ni..19 mei tarikh luput..terjah2

Elie Lily said...

Fadh leyanie..
sempat2!
jangan lupa pergi tau! :)

syAzAnA said...

hai. xde lagi ekh entry u?

maybe nie ade solution.

http://syazberry.blogspot.com/2011/05/tutorial-mengembalikan-balik-entry-yang.html

Ain Zulaikha said...

nice2x :)

Elie Lily said...

syazana..
belum!
tapi elie da terjah blog u..
thx btw sista! :)

Elie Lily said...

ain zulaika..
tenkiu!! :)

muhamad ezham said...

tak ajak
tak ajak
tak ajak

4umyfans said...

gi mana tu? teman sangat berminat pada alam seni ya. kalau ada info berkaitan benda seni, bagitau ya.

Elie Lily said...

ejam..
kau kat mana time tu?
ahhaha

Elie Lily said...

ery..
nxt time kita pakat ramai2 berjimba2 di pameran seni ya?
:)

4umyfans said...

okay, cool.

Elie Lily said...

ery..
nnt kita ramai2 set naaa!