Sunday, May 15, 2011

MR BLOGSPOT...

salam kalian... ;)

Wahai Mr Blogspot...

disebabkan Mr Blogspot telah membuat perangai pada hari Khamis yang lepas, yang menyebabkan semua blogger termasuklah tuan kepada blog Elie Fibresz ini tidak dapat men'sign in' kan diri ke dalam blogspot, kemudian membuat entry baru, serta membalas komen-komen..maka ini telah membuatkan tuan kepada blog ini bersedih hati! malahan, maka blog Elie Fibresz ini juga telah menjadi kelam kabut dan menyerabutkan, disebabkan perlakuan nakal Mr Blogspot itu! 

bukan saja blog ini telah kehilangan entrynya yang terbaru, malah terpaksa me-REPOST kembali latest entrynya kerana setelah bersusah payah tuan blog ini meng'edit' gambarnya untuk dipostkan bersama entrynya yang panjang lebar, tiba-tiba sahaja entrynya itu hilang sebegitu sahaja! cis! puas dia mencari mana pergi entrynya yang sudah mendapat komen-komen yang memberangsangkan dari rakan-rakannya, tetapi akhirnya dia sendiri yang HAMPA! :(

maka dengan ini, tuan blog ini telah mengambil keputusan untuk merajuk dan menghilangkan diri sebentar dari alam maya ini! beliau akan membawa dirinya ke SEGAMAT selama 2 minggu ini! diharapkan pemergiannya ke SEGAMAT pada hari ini akan memberikan kesan yang positif dari pihak blogspot, kerana dia mengharapkan sekembalinya beliau ke arena bloging ini akan melihat keadaan Mr Blogspot akan kembali kepada keadaan asalnya, iaitu NORMAL! boleh tak Mr Blogspot?! :)

beliau juga berharap agar rakan-rakannya yang lain, yang sedang giat menulis entry di Mr Blogspot ini akan mendoakan keadaan dan kesihatannya sepanjang beliau berada di SEGAMAT nanti, serta dapat memberikan sokongan yang padu kepada beliau agar khidmatnya yang jauh di sana akan sentiasa  dipermudahkan olehNYA! i'allah! :)

silalah tatap gambar tuan blog ini sepuas-puas hati kalian! lepas ni, kalian kena tunggu lagi 2 minggu baru boleh lihat wajah comot ini kembali beraksi! teehee! :D

akhir kata dari daku, selaku tuan punya blog,..

Daku SAYANG Mr Blogspot! 

daku taknak Mr Blogspot Sakit-sakit! 

SILA KEMBALI KEPADA KEADAAN ASAL! 

dan SEGAMAT, tunggu daku ya?

sekian, terima kasih! :D

P/s: Selamat berjuang, Elie Lily! :D

Saturday, May 14, 2011

MASA UNTUK MEKUP! (REPOST)

Salam kalian... :)

Daku bukanlah seorang gadis yang hebat dalam menggunakan mekup di atas muka sendiri!


kalau keluar rumah pun, cukup hanya sekadar eyeliner, bedak muka dan liptik sahaja untuk penghias muka! kalau rasa nak cun-melecun sikit, calitlah eyeshadow di mata! itu pun dengan earth colour sahaja! :)
tapi jarang sekali nak mekup tebal-tebal bila ke sana sini..kalau nak ke kedai Mak Kiah belakang rumah tu, tidaklah daku nak conteng mekup sana sini kat muka ni hoi! buat bazir je mekup rm 10 tu! teehee!



disebabkan cuti sem ini adalah sekejap sahaja, jadi masa yang terluang digunakan untuk berehat saja di rumah! dan bosan-bosan, daku bukak Youtube, mula godek tajuk itu dan ini untuk peneman waktu sunyi! garu-garu kepala, takde idea nak tengok video apa.. tiba-tiba, terpandang beg mekup atas meja, terus daku taip MEKUP di kotak 'Search' kat Youtube!



kot-kotlah boleh belajar mekap dari satu-dua video kat Youtube ni, then mana tahu pasni daku boleh mekup muka sendiri sampai cun-melecun macam Rozita Che Wan ke..terus tentera laut kat Lumut tu hantar rombongan masuk pinang daku esok hari...mana lah tahu kan?! muehehehe. :D



dan tiba-tiba, terjumpalah satu video mengenai mekup, di mana memang sesuai untuk mereka yang amatur macam daku ni untuk belajar mengenai asas mekup! kalau tak percaya, kalian saksikanlah video tersebut dengan mata kalian sendiri! :)




bagaimana? hebat kan? :)


setelah beberapa kali menonton video tersebut, daku telah mula berconteng-contengan muka sendiri dengan menggunakan mekup yang sedia ada! dan hasilnya...


:
:
:
:
:
:


TAADAAA! ;)


Daku cuba menggunakan warna-warna yang biasa saja seperti putih, kuning dan biru..tapi tak sangka betul rupanya mudah saja nak mekup dan menjadi cantik! ingatkan ambil masa berjam-jam lamanya! rupanya tak sampai sejam pun! sambil mekup muka sendiri, sambil-sambil ym dengan buah hati, Noddy!


Elie : Sayang! cyg tengah main mekup-mekup!


Noddy : Eh, by mekuplah macam Hantu Kak Limah! Barulah cantik!



Haish! Jahat betullah Noddy ni kan?! :D


Lepas ni, boleh lah bukak Youtube lagi, dan belajar pasal mekup! untung-untung boleh try lekat bulu mata palsu pulak kat mata lepas ni, nak kalahkan Lady Gaga katanya! hahahaha


rambut kasi ikat serabut sikit..touchup apa yang patut..and im ready!


Sayang! Jom pergi DATING!


teehee! ;)


p/s: mekup daku hanya berharga rm10 je! berjimat cermat itu amalan mulia, kan? :)

Wednesday, May 11, 2011

BICARA SIFU!

Salam kalian... :)

Hey! Pernah pergi tak BICARA SIFU yang diadakan di Galeri Petronas, KLCC?

Daku dan rakan-rakan dah pergi tau!

Sumpah seronok! :)

Hai, nama saya Elie Cantik! *muntah hijau!* :D

Semua gara-gara selepas terbaca mengenai pameran seni ini di akhbar KOSMO tempoh hari! teehee! :)

 siapa yang tak baca KOSMO minggu ini, rugilah kalian! :p

ternyata berbaloi ke galeri tersebut kerana bukan sahaja kalian boleh melihat keunikan seni oleh seniman-seniman yang ada dalam negara kita, bahkan, dari negara luar juga ada! fuh! memang terpegun sekejap dengan kehebatan hasil tangan mereka yang berseni ni lah! :)

kalau kalian sendiri menyaksikan galeri seni ini, pastinya kalian juga akan kagum seketika dengan seni-seni yang dihasilkan dan dipamerkan! paling tak pun, pasti akan ada kata-kata manis dalam hati kalian sendiri, seperti :-

WOW! HEBATNYA!

atau...

PERGH! GILER LAH!

atau...

FUIYOO!!!

tapi kalau nak jahat sikit, mesti akan ada ayat berbunyik...

Argh! Jelesnya aku! apasal ada orang yang hebat giler ni?!

hahahhahaha :D

 inilah Shah dan Maria yang bersama daku ke galeri BICARA SIFU itu!

cuma satu yang tak seronoknya mengenai galeri ini, kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalamnya! di mana-mana ada diletakkan kamera litar tutup! ceit! macam lah kami ni nak curi keluar lukisan dan seni-seni tu, kan-kan?

Kalau takde gambar, macam mana nak masuk dalam blog ni?! : |

disebabkan itu, kami hanya dapat bergambar kenangan di luar galeri sahaja! ;(

Daku pun tak paham kalau bergambar dengan Maria je, mesti posing macam ni! haahhaa

tapi mana puas bergambar di luar galeri saja! pasti nak jugak bergambar di dalam galeri seni, WALAUPUN tak boleh! barulah boleh uplod kat mana-mana laman sesawang popular sambil tunjuk muka bangga pada kawan-kawan dan cakap...

AKU ADA GAMBAR KAT DALAM GALERI BICARA SIFU! KAU ADA?

muahahhaaha *gelak kejam!* :D

Diam-diam tau! ini gambar yang kami berjaya tangkap secara curi-curi di dalam galeri tersebut! kalau sapa-sapa bagitahu pengawal keselamatan galeri KLCC, mesti kena cirit birit lepas ni! hehehe :)

dan kalau kalian ada perasaan jahat nak bergambar sekalipun, pandai-pandailah kalian sorok kamera kalian dalam beg tangan atau poket baju! jangan lah bagi kantoi dek orang lain atau CCTV! macam yang kami buat untuk tangkap gambar secara rahsia dalam galeri tu! teeheee :p 

Ehem! bagi sesiapa yang masih belum melihat pameran seni Bicara Sifu ini, kalian bolehlah menghadirkan diri ke Galeri Petronas yang bertempat di KLCC! Pameran ini akan diadakan sehingga 19 Mei..dan jangan lupa bawak satu kampung ke pameran ini kerana masuk adalah PERCUMA! :)

Akhir kata...Majulah Seni Untuk Dunia! 

Teeeheee! :) 

p/s: hati daku cakap.."teringin jugak karya sendiri ada dalam pameran tu"- inilah yang dikatakan Elie sedang bermimpi di siang hari! hahaha :D

KALAU HIDUP MACAM PETERPAN...

Salam kalian... :)

Kalau hidup ni macam cerita PETER PAN kan best! ;)


 Kalau jadi macam Peter Pan, boleh terbang-terbang! boleh kawan dengan macam-macam hidupan! seronok kot! kalau masuk hutan, confirm semua hidupan dalam hutan tu paham apa yang kita cakap! sebab Peter Pan pun kan mesra dengan sebahagian dari hutan? :)

paling best, kalau hidup ni macam Peter Pan, tak payah nak pening-pening kepala fikirkan masalah! terbang saja sana sini cari keseronokan hidup, for sure masalah tak lekat dalam kepala hotak Peter Pan ni! woish! best betul jadi Peter Pan kan?! hehehe...paling tak pun kalau ada masalah, kena pikirkan tentang Kapten Hook yang sebelah tangan bersabit tu je! yang lain tak payah pedulik katanya! muehehhe :D

 Daku rasa kalau Kapten Hook ni rambut lurus, dah boleh jadi model iklan shampoo kot..tapi kalau masuk tang muka, kena maniskan lagi ya, Kapten Hook! barulah disukai ramai! teehee! :)

eh, lupa lah pulak! Peter Pan pun ada masalah cinta dengan Wendy lah! tapi masalah cinta Peter Pan tak sehebat masalah cinta manusia zaman kini kan? zaman sekarang, siap ada kes tikam-tikam lagi kalau cinta tak dibalas! menakutkan betul! huhuhu.. kalau Peter Pan, dia just kena ingat benda-benda yang seronok je dalam hidup dia, macam perkenalan dia dengan Wendy...barulah dia boleh terbang tinggi-tinggi!

 Cinta fantasi mereka memang buat manusia zaman ini jeles!! cis! 

wah! bestnya kalau hidup macam Peter Pan! ;)

tapi-tapi-tapi...

sebenarnya kalau jadi Peter Pan pun, kita hidup hanya dalam fantasi saja! realitinya?? tidak seindah macam dalam filem! kan-kan? kalau Peter Pan pun ada masalah dengan kehidupannya, kita yang di alam realiti ni, apatah lagi! yang penting, berhadapan saja dengan realiti sendiri, baru lah boleh menyelesaikan segalanya! 

betul tak semua? :D

 
Alamak!! rasanya daku dah jatuh cinta kat Jeremy Sumpter lah! ;)

Ehem! boleh tak nak jadikan Peter Pan sebagai scandal daku?

tapi Noddy tetap nombor 1!

haik! macam mana pulak tu?

teehee! :D
p/s: first time tengok cerita fantasi Peterpan ni, daku termenangis! tak tahulah kenapa! kih-kih! :p

Tuesday, May 10, 2011

SEGAMAT!

salam kalian... :)

Suatu hari, daku telah mendapat sebuah panggilan telefon..

Hello..Boleh saya bercakap dengan cik Elie Fazrin?

(Elie) : Ye..saya Elie.. Siapa tu?

Okay cik Elie..saya membuat panggilan dari pejabat HEP, nak beritahu yang cik Elie telah terpilih untuk menyertai Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa, sesi Mei (KPMDS)..cik Elie diminta untuk hadir ke bla...bla...bla...pada bla...bla..dan bla...bla...dan  Terima kasih..

(Elie) : owh?! Terima Kasih! :)

*************************

Wah! kali kedua berjaya menempatkan diri untuk ke KPMDS, haruslah daku bersyukur! :) bukannya mudah untuk terpilih menjadi Pemimpin kepada pelajar-pelajar baru yang bakal masuk ke Universiti pada semester baru nanti! nak-nak lagi bila diberitahu ramai yang memohon untuk menjadi Pemimpin untuk semester baru nanti! tapi inilah yang dikatakan rezeki...Alhamdulillah! :)

kalau semester yang lepas, kami berkursus di Uitm Pulau Pinang, kali ini kemungkinan akan di adakan di Uitm Segamat pula!:)

Wah! Tentu seronok berkampung di Segamat selama seminggu! :D

tak sabar jugak bila teringatkan aktiviti-aktiviti menarik yang pernah dilakukan pada KPMDS yang lalu seperti :-

Perlawanan PERANG atau WAR GAMES antara kumpulan, sehingga terpaksa menconteng muka sendiri dengan cat berwarna!

walaupun kami terpaksa dicomotkan, tapi kami tahu kami COMEL! :D

selain itu, ada juga EXPLORACE yang diadakan di sekitar Pulau Pinang, di mana kami terpaksa menyelesaikan setiap tugasan di setiap checkpoint, bermula pada jam 8 pagi, dan berakhir pada jam 10 malam!

Taman Kota Lama...nak pergi ke taman ni, kami terpaksa meredah laut dan menaiki FERI! :)

dan aktiviti sepanjang EXPLORACE itu pastilah tak akan dilupakan! nak-nak lagi bila daku terpaksa memarut buah kelapa untuk mendapatkan santannya, tapi dengan memakai kain batik! pergh! tak sangka betul nak guna pengukur kelapa tu perlu duduk sopan santun! mueheee! :D

Amacam?! boleh jadi Perempuan Melayu Terakhir tak?! teehee!

HEY! pastinya aktiviti pada KPMDS pada kali ini akan lebih mencabar! agak-agak, apa pulak aktiviti yang akan kami lalui pula ya? harap-harap takdelah aktiviti yang boleh membunuh mental kami semua! heheheh :D

KPMDS akan bermula pada hari ahad minggu hadapan! jadi daku masih mempunyai masa yang cukup untuk bergiat cergas sebelum bermulanya KPMDS nanti! mestilah, nak menjadi Pemimpin yang bagus bukannya mudah! perlu punya ilmu yang cukup dan badan pun perlulah cergas dan kuat! barulah boleh jadi Pemimpin yang serba disegani! kan-kan? ;)

jadi kalian doakan lah daku berjaya di Kursus nanti ya? mana tahu, ada rezeki daku, berjaya pula menempatkan diri dalam kelompok Pemimpin kepada siswa dan siswi yang bakal menyertai Uitm nanti, macam semester lepas! kan-kan? muahahhaha

Menjadi BIRO MAKANAN pada semester lepas! hehehe

owh..rakan-rakan daku yang lain masih lagi menunggu panggilan untuk KPMDS kali ini! daku harapkan mereka semua berjaya terpilih untuk ke KPMDS di Segamat ini! kalau tak, takdelah teman daku nak bergelak ketawa sambil berilmu di kursus tersebut! 

Semoga Selamat ya rakan-rakan semua! :) dan Uitm Segamat, tunggu daku dan rakan-rakan ya!!

teeheee :D

p/s: dah lama tak pergi Johor! Segamat apatah lagi! heheh

Sunday, May 8, 2011

UMMI DAKU CAKAP...

Salam kalian... :)

Umi daku cakap...

Sebelum tidur, jangan lupa baca doa dan ayat kursi, barulah tidur sempurna!

Ya! daku memang buat apa yang umi suruh tu setiap kali sebelum tidur! walaupun  kadang-kadang daku selalu mimpi yang dasyat-dasyat sampai berpeluh ketiak satu badan dan terasa nak terkencing malam! hehehe

Umi daku cakap...

Anak dara mesti pandai masak! kalau tak, nanti takde orang nak pinang!

Ya! daku mula belajar memasak sejak lepas SPM. time tu takde benda nak buat kat umah, rajinlah daku tolong nenek daku kat umah masak itu dan ini..lama-lama, daku pun pandai la masak..

kalau tak percaya, boleh tengok entry ini..dan juga ini..owh..dan jangan lupa klik pada entry ini juga! muahahahhaa.. :) cuma daku tak boleh lawan si chef wan je lagi! mungkin satu hari nanti.. siapa tahu, kan-kan? teehee.. :D

umi daku selalu cakap...

Kalau keluar rumah, balik sebelum nampak bulan kat langit!

Balik sebelum nampak bulan?? haik? apa tu?? Mula-mula daku tak paham..bila dah lama-lama, baru daku paham! maksud nampak bulan tu, MALAM lah! hehehe.. alamak, kalau masuk bab keluar umah ni, daku susah sikit nak ikot! kalau beronggeng, memang tak ingat umah dah! kalau umi kata balik sebelum kol 6, daku balik kol 7 malam! kadang-kadang kat kolej, selalu jugak diajak OVERNITE! memang over lah kalau daku dah overnite tu! hehehe

tapi selalu nya daku jarang nak keluar dari pagi, sampai umah dah tengah malam! kena tengok jugak keluar dengan siapa dan tengok keadaan! hehehe.. nak- nak lagi kalau keluar dengan Noddy! huiii! lupa diri jugak kadang-kadang! tapi anak yang baik sentiasa mendengar kata, daku balik jugak lah sebelum nampak bulan! takut jugak kalau umi tak bagi keluar dah lepas ni! hehehehh :D

umi daku cakap...

Solat jangan pernah tinggal..kalau tak, macam mana nak berkat semua kerja?!

okey! bab ni memang daku daku ikot! walaupun kadang-kadang setan-setan gondol selalu berleluasa kat kepala hotak dan diri ni, tapi daku selalu paksa diri ni supaya tak sekali-kali lupa pada agama sendiri! tapi jujur lah, manusia mana pernah perfect! sometimes daku pun terlepas jugak bab-bab solat ni.. :( *semoga Allah ampunkan dosa-dosa daku yang lepas!* amin...

umi selalu jugak pesan...

kalau dah bergaul dengan orang sekitar, berkawan, dan kemudian bercinta, jangan sesekali lupa pada agama, ibu bapa dan keluarga!

Ya! daku memang tak pernah lupa pada keluarga, dan agama even daku ni sengal ayam sikit, tapi agama dan keluarga tetap no 1! so Umi, jangan risau sangat pada anak dara mu yang sorang ni ya? heheh :)

umi daku cakap..

Kalau waktu makan, jangan lupa tinggalkan sikit untuk orang belakang!

Ofcos! ni daku tak pernah bantah! sebabnya, kita makan bukan sampai kenyang..berhenti saja bila rasa perut dah nak keras..kan-kan? dan dari dulu sampai sekarang pun, daku memang pantang kalau tengok orang makan bagai lupa diri. last-last tak larat nak berjalan! itu takpe lagi, tapi kalau dah sampai lupa orang belakang yang tak makan lagi tu,apa kes bai?! macamlah kau tak pernah jumpa makanan sepanjang hidup! haish! pantang-pantang!

umi cakap...

Jangan tidur sebelah petang! tak baik! 
nanti boleh jadi gila!

Umi..Oh umi..kalau penat-penat balik dari kelas, adik tak boleh larang mata dan badan ni nak berehat tau!  hehehe..kadang-kadang selalu jugak daku tahan diri dari tertidur waktu petang, sebab kalau dah tidur petang, malam haruslah daku tak tidur! dan selalunya berjaya, tapi kalau dah penat sampai badan rasa macam layu tu, alamatnya memang tertewaslah dengan godaan setan gondol! teeheee :D

umi selalu jugak cakap macam ni...

kalau belanja, jangan sampai lupa diri! 
jimat sikit untuk diri dan keluarga sendiri!

aha! bab ni memang daku suka! sebabnya daku memang bukan jenis yang banyak berbelanja! duit yang lebih, akan masuk dalam tabung lolipop daku! dan kalau keluar umah dan nak berbelanja sakan, duit yang daku habiskan tak lebih dari rm20! yelah, baju-baju daku suma rm5 til rm10! manalah nak habis sampai beratus-ratus dan beriban-riban tu! kalau tak percaya, tengok saja pada baju the beatles dan baju yang daku pakai waktu malam karyaone dulu..memang comey-comey je harganya! heheh..

cuma kalau daku rasa nak belanja lebih sikit, memang duit dalam poket akan kureng sikit dari hari ke hari..tapi still dalam konteks berjimat cermat ya tuan-tuan dan puan-puan! heheh..untung betul sapa jadi suami daku nanti kan? kan? kan? hehhehe

umi daku kata...

Adik kecik lagi, tak tahu apa-apa!

ops! adakah itu merujuk kepada daku?! YA! sememangnya daku! cis! umi kata daku kecik lagi? alahai! itulah satu masalah umi...selalu fikir dan anggap daku ni kecik lagi, macam daku tak boleh buat macam-macam kerja yang orang dah besar boleh buat! kadang-kadang stress jugak sebab umi larang itu dan ini, walaupun daku tahu, larangan umi tu memang bawak kebaikan untuk anak daranya yang sorang ni! heheh..tapi Umi..jangan lupa ya, yang adik dah 20 tahun tau! kih-kih! :p

Ehem! Umi dah banyak berkorban untuk daku dan keluarga! walaupun daku kadang-kadang tak setuju dengan apa yang umi cakap, tapi daku masih lagi ingat akan segala pesanan umi! dan sememangnya daku sentiasa letakkan umi dan abah sebagai pendorong kuat dalam setiap apa yang daku lakukan!

Terima kasih kerana melahirkan daku dan mendidik daku menjadi insan yang berguna, umi! Semoga segala pengorbanan yang umi lakukan untuk daku dan keluarga akan dibalas baik oleh Allah swt..i'allah.. :)

Umi sememangnya menjadi ROLE MODEL kepada daku! :)

SELAMAT HARI IBU, UMI! <3

 Terima kasih kerana menjadi ibu yang HEBAT, umi! i love you so much!<3

kepada anak-anak diluar sana, jangan lupa ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu anda!

dan ingatlah kalian bahawa...

SEJAHAT-JAHAT DAN SEBURUK-BURUK IBU ANDA, BELIAU MASIH IBU YANG MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN ANDA!

So, Selamat Hari Ibu kepada Semua yang bergelar ibu!

Kalian yang bergelar ibu sememangnya HEBAT-HEBAT belaka! :)

P/S: daku nak jadi ibu yang HEBAT macam umi lah satu hari nanti! teehee

Sunday, May 1, 2011

BERAKHIRNYA SEMESTER 4!

Salam kalian... :)

Akhirnya, semester 4 berakhir dengan jayanya!

Yeehaaa! =)

maka dengan itu...

SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN! ;)

Terima kasih atas segala kenangan di semester 4 ini!

Kewujudan NOKKS!

Perkelahan di Sungai Gabai...


Menonton persembahan Teater Siti Zubaidah...

Berjimba-jimba di CENTRAL MARKET..

berhibur di Malam KaryaOne...

ternyata segalanya sangat manis untuk dikenang! :)

dan yang paling manis untuk semester 4 ini tentulah Kemalangan yang lepas!

nak-nak lagi kenangan digigit Kerengga!

teehee.. :D 

TERIMA KASIH YA SEMUA!

Classmate! hey, make sure next sem kita jumpa muka yang sama lagi ya?! :)

owh! dan tak lupa juga kepada mereka yang sentiasa bersama tak kira susah dan senang!

tak lain tak bukan tentulah...

HOUSEMATE! :)

sem depan jangan lupa sambut birthday Elie tau!!heheh

Kawa-kawan...kita jumpa next semester ya?

EH! NEXT SEM KITA DAH FINAL YEAR LAH!

Teeeheee :D

p/s: cuti kali ni tak lama..jadi nak buat apa ya? heheh