Sunday, April 24, 2011

SEMANGAT YANG TERBANG!

salam kalian... :)

setiap kali hendak membuat sesuatu, daku akan menelefon umi dan abah untuk meminta berkat!

tidak kira dalam membuat apa jua kerja...malah sebelum hendak menjawab kertas exam di dewan peperiksaan sekalipun..itu yang daku fikirkan dahulu! minta restu dan semangat dari kedua ibu bapa sebelum perkara yang tidak diingini berlaku..itu yang paling penting dan sudah menjadi kebiasaan daku sejak azali! :)

lagipun, kata orang..berkat dan restu dari ibu dan ayah sangat dituntut sebelum melakukan sesuatu! betul tak? betul tak? bila mendapat restu dari kedua ibu bapa, i'allah segala urusan akan dipermudahkan oleh-NYA..insyaAllah..:)

tapi disebabkan umi dan abah sudah terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah, daku seperti tiada semangat yang kukuh untuk menjawab kertas exam pada esok hari! mungkin disebabkan tak dapat nak mesej umi dan abah sebelum menjawab exam seperti mana daku lakukan pada sebelum-sebelum ini atau mungkin juga disebabkan ke-tidak-sukaan daku pada subjek esok?! tah! confius! =__='

ditambah lagi dengan perasan yang gundah gulana sejak akhir-akhir ni! sejak dari minggu lepas, seperti ada sesuatu yang tak enak sedang difikirkan dalam kepala otak daku! hati cuba tipu dengan kata TIDAK!..tapi kepala otak asyik fikirkan benda yang tak sepatutnya saja! haih! pening kepala! ;(

ini bukan kali pertama daku berjauhan dengan keluarga..tapi mungkin disebabkan kesibukan dengan minggu exam, daku lebih banyak berfikir mengenai keluarga..Semoga apa yang bermain dalam kepala otak dan hati ini hanyalah mainan perasaan sahaja dan mintak-mintak dijauhkan apa jua perkara yang tidak diingini berlaku pada kedua ibu bapa yang jauh dari mata...mahupun kami sekeluarga..serta orang-orang sekeliling..

semoga selamat pergi dan pulang ke Malaysia ya, Umi dan Abah! :)

Ehem! even tak dapat nak mesej umi dan abah sebelum exam esok hari, daku tahu doa mereka pasti akan sentiasa ada bersama daku walau di mana-mana saja..sebab umi selalu kata..umi dan abah jauh kat mana sekalipun, mereka sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anaknya.. :)

dan macam mana pun, exam tetap exam! kan-kan? :D . Semoga daku dapat menjawab soalan exam dengan tenang pada esok hari dan berjaya dalam exam-exam akan datang, even semangat untuk hari esok sudah terbang dibawa ke tanah suci Mekah!

Ya Allah Ya tuhan ku..
Kau selamatkan kedua ibu bapa ku di Tanah Suci Mu..permudahkan segala urusan mereka di sana dan berkatkan ibadah mereka kepada Mu..Kau tenangkanlah hatiku untuk peperiksaan esok hari..
Kau permudahkan urusanku untuk hari-hari yang mendatang...dan kau selamatkanlah hidup umatMu sekalian alam..Jauhkanlah kami dari segala keluh kesah dan dugaan dari Mu, Ya Allah..
Amin..

So, Elie! Goodluck for your exam..and people, Heppy Sunday..Assalamualaikum! :)

p/s: sebelum berangkat ke Mekah, umi kata jaga diri...abah pulak pesan jangan lupa siram pokok bunga dan start enjin kereta! teehee :D

26 comments:

KAMIHIDUP said...

semoga semua selamat. :)

little cart00n said...

kamihidup..
i'allah..
doakanlah yer :)

Marya Hana . said...

hope ayah and umi ellie selamat sampai ke tanah suci, and balik pon dengan selamat.. :)

akak teringin nak buat umrah..
wuu..

btw, gudluck 4 ur final exam..

Amanina Sofea said...

smoga mereka selamat disna...
& gudluck for exam..

Doktor Love said...

doa ibubapa sentiasa buat anak2nya.
jgan risau ilie.
mereka akan selamat pergi dan pulang.
mudah-mudahan...
gud luck for exam esok.

Juaini Juliet Jamaludin said...

InsyaAllah, mak ayah kau mesti selamat dekat sana Ili. :) Nanti kirim salam dekat diaorang yea.

cEro said...

iringi mereka dengan doa..
minta mereka temani elie dengan doa juga..
(dah mcam ayat ustaz amirul dh gaya cEro..)

Anis Zafirah said...

Be strong sis! Semoga semua selamat :)

Amoi said...

be strong :D


p/s: ai dah updated blog. [Genius Invention] Roti bakar bercorak comel lepas guna pembakar roti ini.

apik pehe said...

xper..selamat menjalani ibadat kat sana yer..kim salam kat diorang..

wahhh..gambate untuk exam..apik pon tgh exam ni

Yua said...

ya parents is evything to us kan.. saya da hampir 2 bln x balek umah.. sedey =)

Encik Psychopath said...

BEST OF LUCK

KAMIHIDUP said...

jemputan khas untuk anda dari KAMI. jom join teka-teki. :)

http://www.kamihidup.com/2011/04/teka-teki-rm10.html

little cart00n said...

kak yaya..
i'allah..
thx kak yaya!
gudluck to u too! :)

little cart00n said...

amanina sofea..
tq sista! :)

little cart00n said...

atein..
harapnya begitulah..
thx 4 the pray! :)

little cart00n said...

ju..
i'allah..
nnt aku kim salam pada dorg..
rindu kau!!!

little cart00n said...

cero..
pasni panggil bro ustaz cero..
:P

little cart00n said...

aniz zafirah..
i'allah..:)

little cart00n said...

amoi..
elie kuat! :p

little cart00n said...

apik..
selamat utk segala2nya ya apik! ;)

little cart00n said...

yua..
pastikan nnt kamu pulang ke rumah juga ya! :)

little cart00n said...

encik psychopath..
tenkiu!! :)

little cart00n said...

kami hidup..
bakal ke blog anda! :)

4umyfans said...

moga mereka dimudahkan segala apa halangannya. elie, jangan lupa siram pokok bunga.... yeayy!

little cart00n said...

ery..
mohon begitulah hendaknya! :)
hahaha..sekarang musim hujan..tak siram pun takpe kot..da siram dengan air hujan katanya! hehhe