Sunday, April 10, 2011

MUZIKAL KAMPUNG BARU!

Salam kalian.. :)

Dah nak hujung-hujung semester ni, memang tak sah kalau tak BUSY! : |

tengok saja keadaan blog daku, dah tunggang langgang dah!

haish! :(

dan kalau penat-penat buat assignment, harus juga rasa stress!

jadi untuk menghilangkan stress yang ada, apa kata kalian semua ikot daku menonton teater! 

nak-tak? nak tak? 

teeeheee :D

kalau dulu daku tonton teater SITI ZUBAIDAH, kali ni masa untuk MUZIKAL KAMPUNG BARU pula! :) 

 rm 10 satu kepala :)

memang lah seronok kalau dapat tengok teater, nak-nak lagi teater kali ni lakonan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan sefakulti! dan sememangnya daku hadir di Auditorium DBKL bukan setakat nak menonton dan bergembira saja, malah memberikan sokongan padu kepada para pelakon! wah-wah..cepatlah kalian kata "BAIKNYA ELIE, BAGI SOKONGAN KAT KAWAN-KAWAN LAGI!" hahhahha.. :D

 sebenarnya nak tunjuk muka-muka pelakon kat banner tu, tapi tah kenapa rasanya pipi boolat tu yang lagi menyerlah! hahhaaha :p

sebenarnya awal-awal lagi dah ajak Noddy pergi teater Kampung Baru ni, tapi paham-paham lah bila kekasih hati tu busy sentiasa di Lumut! jadi pergi bergembira bersama rakan-rakan di kolej ke Auditorium! nasib baik bus ke Auditorium disediakan, kalau tak, melepaslah kami nak menonton kawan-kawan menonjolkan aksi di pentas teater! heheheh..

Macam ni lah KAWAN!-sentiasa menyokong rakan-rakan yang lain! :D

bila masuk panggung, etika panggung mestilah dipatuhi! apa-apa arahan yang dilarang, janganlah cuba-cuba nak bantah! contohnya, kalau dorg suruh silent mode, silent sajalah..jangan pulak tiba-tiba berangan nak pasang ringtone henfon sekuat alam..silap hari bulan, teater ke mana..kau pun ke mana! hahaha..lagipun, rakyat Malaysia semua pun baik-baik, jadi kenalah dengar cakap pihak yang lebih berkuasa..kan-kan? :)

Big Applause untuk mereka berdua yang beraksi di pentas teater semalam! AG dan Shah! 
U guys were GREAT yesterday! :)

kadang-kadang bila adanya teater macam ni, boleh juga merapatkan hubungan baik sesama rakan-rakan yang ada..wah-wah..kata orang, selain kita berhibur, kita beramah mesra! tak ke berbaloi bila adanya hari-hari yang tertentu, kita dapat bergaul mesra dengan mereka-mereka yang kita sayang? walaupun sekeping duit merah terbang dari poket sendiri semata-mata nak menonton teater, tapi tak perlulah difikirkan sangat tentang wang saku, sebabnya jika orang sekeliling gembira, kita juga turut gembira! itulah yang lebih bermakna sebenarnya... betul tak semua? :)

kami gembira..kalian jangan lah jeles pula! :)

eh-eh..seronok pulak tonton teater beramai-ramai! kalau macam ni lah seronoknya, nanti daku nak pergi tonton teater lagilah!  hey kawan-kawan, kalau ada masa, jangan lupa ajak daku lagi ya? teeheee..

ehem-ehem! ada sesiapa yang nak ikot daku tak? sila-silalah sediakan wang saku secukupnya! :D

p/s: bangga bila tengok rakan-rakan berjaya beraksi atas pentas teater! :)

18 comments:

LindaRahim said...

pipi boolat x menunjukkan stress..hihi...x pena tgk teater...

little cart00n said...

lindarahim..
eh..pipi tu salah satu punca stress tau!
ahhaha

Azlan Hasan said...

wah..aku yang duk kg baru pun xpegi tgk teater nie lg..hehehe..btw mesti best tgk teater kan??aku da lama x gi tgk teater..hahaha

Regards,
-Strider-

MiSzy DiaN said...

kenapa kakak ni makin comel sudaaa?? hehehehe.. ternak kecomelan kaa??

saya bukan tomato said...

wahhhh~ teringin tgk teater.. jomm bwk ceq.. :'(

4umyfans said...

teman tengok malam semalam. tayangan hari terakhir.

little cart00n said...

dian..
owh..tu semua sebab stress dgn asgment yg byk..then makan macam2 benda untuk menghilangkan stress!hahah :D

little cart00n said...

azlan..
kalau orang kampung baru, baik pergi tgk! layan abis citenya.. :)

little cart00n said...

ery..
teman tgk hari sebelumnya! :)

little cart00n said...

tomato..
jom nanti elie bawak tomato!
nak tak?tapi duit sendiri2.. :p
hahha

cEro said...

best best best...
nak tgk gak...

little cart00n said...

CERO..
kena tgu next teater ya?
hahha

Khuzrin Kamarudin said...

macam best je...

CGG said...

syoknye:)

Azizi Dain said...

hahhaha..thax ILI sebab sudi dtg tegok Ag berlakon even x hebat mana pon.syg korg semua!!!

little cart00n said...

khuzrin..'
mmg best la! :)

little cart00n said...

cgg..
jom pergi! :D

little cart00n said...

ag..
macam tulah kawan!
ag..kau hebat la! :)