Tuesday, April 19, 2011

KONFLIK!

salam kalian... :)

bila adanya KONFLIK, mulalah diri tak stabil!

antara diri sendiri bergelut dengan masalah itu dan ini..

semuanya sangat memeningkan kepala! ;(

dengan exam yang bakal menjelma...

family yang bakal menunaikan ibadah umrah...

perhubungan dengan kekasih yang jauh di lautan...

pergaulan dengan orang sekeliling...

kesihatan diri yang ada pasang surutnya..

dan paling mencabar adalah...

perlu berhadapan diri sendiri! : |

HEY! PENING LAH!!

kadang-kadang terasa pelik dengan kehidupan ini..

adakah normal jika ada konflik dengan kehidupan sendiri?

kata orang semuanya adalah perkara biasa!

tapi daku rasa macam tak normal je!

rasa macam Alien yang baru turun dari UFO, masuk ke Kampung Pinang Sebatang!

hihihihihihi :p

tapi sememangnya bergelut dengan KONFLIK bukan lah suatu perkara yang luar biasa! dan percaya atau tidak, KONFLIK sendiri sebenarnya mengajar akan erti dewasa kepada semua orang! dengan konflik jugak lah kita sedar akan keadaan diri dan lebih peka dengan apa yang terjadi di sekeliling! betuk tak-betul tak? :)

dan dalam keadaan diri sedang dalam keserabutan ini, daku lebih suka melayan semua perkara tanpa rasa apa-apa, walaupun kadang-kadang keadaan diri sudah seperti tonggang terbalik! muehehehhe..sebab daku percaya, walau jadi apa-apa sekalipun dalam hidup ni, perlu meredah semua yang berlaku! Dan daku bukanlah seorang yang mudah berkongsi cerita bila wujudnya keserabutan dalam diri sendiri! oh tidak! pecah pulak rahsia sendiri! =__=

sebab tu kadang-kadang orang nampak daku tak kisah dengan apa yang berlaku, tapi sebenarnya TIDAK! daku sedang melalui saat-saat yang sukar dengan diri sendiri! kata orang, selagi boleh cover, kita cover! kalau dah kantoi, pandai-pandai lah kau nanti! kan-kan? teehee.. :)

bila datangnya masalah dalam diri, selalunya daku memerlukan sesuatu yang manis! orang kata, kalau makan benda-benda yang manis macam coklat, kita akan rasa gembira! dan cuba menikmati masalah yang dihadapi seperti mana kita sedang menikmati saat-saat kita makan coklat! pastinya kalian akan berdepan dengan perasaan yang seronok walaupun diri sendiri dalam keserabutan! kalau tak percaya, nanti kalian cubalah sendiri! :)

dan sekarang..daku juga sedang menikmati KONFLIK yang melanda!

cuba untuk menikmati ia dengan penuh rasa kemanisan! ;D

seakan sama seperti perasaan daku sedang menikmati...

AIR BATU CAMPUR! ;)

time makan ABC memang menggembirakan, tapi bila habis saja ABC, mulalah dia tertonggeng-tonggeng sorang diri kat bilik! hahhaha :p

Hey Elie! Tenanglah! 

Jangan pening-pening! 

Everythings gonna be fine! :)

eh-eh? apa daku tulis ni?!!

Nah! kantoi sudah kau ada masalah, Elie!

teeeheee :p

p/s: daku tak pernah cari masalah! tapi masalah memang selalu cari daku! ceit!

22 comments:

nub said...

macam tu nak tiap2 hari la konflik.. leh makn abc selalu. harhar.

semoga baik2 belaka naa..

little cart00n said...

nub..
kalau ari2 ada konflik, ari2 nak makan abc, ari2 lah duit terbang!
kan?
ahhaha

KAMIHIDUP said...

kalau banyak masalah ni habis kaya tokey abc, :)

Mr.Thinker@Ali said...

Hahaha. mcm tu, jadi tokey ABC ler. :)

tieha ismail said...

tol tuh elie...everythngs gonna be fine...be cool yaw....

ok ABC tuh giler mengancam...kecur dah air liur ni...

adib syazwan said...

oh!my feberet(usop wilca punya dialog_...=P

Fathiah Hamim said...

Trouble is a friend kann. ;)

cEro said...

on the positive side, konflik ni laa yg buat kita matang, kan???

dayah aziz said...

konflik mmg tak lari dr manusia...cume kite kene pndai tekel nye...;)

4umyfans said...

Teman kadang-kadang tu, nak sedapkan hati... teman bayangkan aje konflik ni ibarat cornflakes.... Lepas tu, barulah teman jadi lebih tenang. : )

cik chinta said...

ooo...chinta hati mu d lautan yee...sama r..T__T

Doktor Love said...

xpe ili. telan saja konflik itu. ia sebahagian dari setiap denyut jantung kita. ~Cehhh ayat...huhu

little cart00n said...

kamihidup..
hahaha...tu lah pasal!
takpe..rezeki dia lah tu..
:p

little cart00n said...

mr.thinker ali..
kalau elie jadi tokey abc, lingkuplah kedai gamaknya..
hahha

little cart00n said...

tieha..
elie sentiasa cool mcm abc!
hehehe

little cart00n said...

adib..
my feberet too!
hehehe

little cart00n said...

fathiah hanim..
eh..itu lenka!
hahaha

little cart00n said...

dayah aziz..
sedang belajar untuk menakel nya..
heheh

little cart00n said...

ery..
konflaks?
wahahaha..kalau ada susu segar, sedap ni!
hahahha

little cart00n said...

cik cinta..
ya...buah hati seorang navy!
huhuhu

little cart00n said...

cero..
betul2..
agaknya dia nak ajar elie jadi matang dari sekarang kot..
elie kan kanak2 ribena..
hahah

little cart00n said...

atien..
sentiasa menelan..
kalau nak luah, blog ini menjadi sasarannya!
hehehe