Saturday, April 23, 2011

EXPERIMENTAL HAWA!

Salam kalian... :)

Siapa cakap waktu exam tak boleh nak blogging?

Eh, exam tetap exam, Blogging tetap Blogging!

kan-kan? 

teeehee :D

Semalam first paper bukan main susah! =__=' . masuk saja dewan exam, dah kena marah sebab masuk lambat, walaupun salah pengawas peperiksaan tak panggil kami sekelas masuk dewan exam! tak pasal-pasal daku dan kawan-kawan pulak yang kena maki! grrr! memang rasa nak bagi pelempang laju-laju  pada pengawas yang tak panggil kami masuk dewan tu! tapi disebabkan kejap lagi dah nak jawab exam, sabar jelah dalam hati! pfffttt!!

dapat saja kertas exam, bukak-bukak tengok soalan dah mengarut! daku tengok kanan, tengok kiri..kawan-kawan sume dah pening kepala! ada yang bersila atas kerusi, ada yang siap tidor lagi! sumpah daku amek masa yang sangattttttt lama nak pikir apa yang patut daku tulis untuk 8 esei! dah la hati tengah panasss, dapat pulak soalan macam s**t! memang lah WTF! argh! *sejak bila pandai tulis carutan berbisa ni pun daku tak tahulah!* ehehhe :p

balik rumah, lepas geram layan movie! tiba-tiba hati rasa nak tengok semula video-video yang ada muka sendiri...kata orang, sibok meng'interfreme'kan diri sendiri! hahaha...memang puas hati dapat tatap muka sendiri yang cun melecun comot ni dalam laptop! :D 

dan dalam banyak-banyak video, ada satu video yang daku memang dah lama nak post dalam blog, sebab dulu daku pernah post dalam satu entry mengenai video ni, tapi waktu tu daku tak dapat pelepasan lagi dari directornya, so tak bolehlah nak post sesuka hati.. tapi sekarang, tidak lagi! daku sudah diberi greenlight untuk share kan video ini bersama kalian semua! Yeay!!suka tak? suka tak? :)

jadi jomlah layan sekejap video HAWA

dan cuba lah untuk spot daku di dalamnya! :D

Eh! jangan lupa pause dulu lagu Belaian Jiwa di belah atas blog daku ni! 

teehee :)


SO HOW?? 

kalian jumpa tak daku? jumpa tak? jumpa tak? ala..yang pakai kasut hijau tu, takkan tak nampak kot?!! ngeee :D memang video ni agak pening lalat sikit, sebab ia punya maksud tersendiri..tapi kalau ada antara kalian yang tak paham apa itu experimental, sila-sila merajinkan diri untuk rujuk pada entry Semakin Berwarna Warni! nanti kalian boleh lah pahamkan sendiri! teehee :)

btw, video ini dirakamkan untuk subjek Experimental bagi student skrin pada semester lepas! daku telah dipilih menjadi talent kepada seorang rakan, ASYIKIN MOHAMAD, untuk menghasilkan video ini.. dan setelah bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk video ini, maka lahirlah video experimental bertajuk HAWA ini!

kenapa diberikan tajuk HAWA

kalau kalian perasan, semua talent di dalam video ini adalah gadis-gadis yang comel lote, molek dan cun melecun lagi! muahahha..mungkin sebab tulah diletakkan tajuk HAWA! *i guess?* hehehe..

dikesempatan ini, nak jugak daku berterima kasih kepada ASYIKIN MOHAMAD kerana kesudian beliau untuk ambil daku sebagai talentnya! kalau kalian nak tahu, sejak dari azali semester dua, Asyikin memang rajin ambil daku menjadi talentnya! tak tahulah pulak kenapa! tapi sumpah seronok bekerjasama dengan beliau sebabnya beliau sangat-sangat-sangat kreatif dan artistik! :)) *Ekin! kau tahu tak aku tengah buat entry pasal kau ni?!* muehehhe

 
Representing u guys...*drum sound please*.. Asyikin Mohamad! :)

dan terima kasih juga kerana mempercayai daku sebagai talent anda, ya Ekin! Ehem-ehem! lain kali..jangan segan ambil daku lagi sebagai talent anda!oke-oke? hehe..*muka tak malu memang macam ni, peduli apa daku!* muehehehe :)

eh lupa! video experimental Hawa juga telah tercalon untuk kategori Anugerah Video Experimental Terbaik di Malam KaryaONE tempoh hari! =) dan walaupun tak menang, tapi cukup untuk daku tumpang berbangga dengan pencalonan yang diterimanya.. Tahniah ya Ekin! :) 

wah-wah-wah, seronoknya daku update blog haih! exam tak abis lagi tau Elie! heee..Eh!tak tahulah kenapa bila cakap pasal exam je, rasa nak tercabut kepala otak! wahahhaha! =__=

oke bye! Assalamualaikum! :)

p/s: dulu, waktu first time daku tengok filem experimental, rasa nak muntah! tak paham satu hape! :p

14 comments:

KAMIHIDUP said...

blogging tetap blogging, haaa, best ayat ni. :)

little cart00n said...

kami hidup..
betul kan?
blogging tetap blogging! :)

Marya Hana . said...

malam tu si mysara menang kan utk experimental..? :)

ape2 pon pelajar teka memang hebakkkkk. haha

little cart00n said...

kak yaya..
yup2..mysara menang! yeay!
pelajar teka memang hebakss!
eh..kita pun teka lah!
hahha

Amoi said...

Good Luck!

Best tahu tak ada exam untuk 3 bulan ni

sila jeles sekarang

=_________________=

kehkehkeh

ezny said...

exam jugak ke??
gud luck k... =)

little cart00n said...

amoi..
ahhh...jeles sgt2!!
takpe, elie abis exam, cuti lama..
lallalallal..
hahah

little cart00n said...

ezny..
yup2..
kita sama2 gudluck k.. :)

Hanz Lee said...

exam prof said ritu pun tercalon dlm eksperiMENTAL gak. haha

little cart00n said...

paan..
tu dalam kategori lain paan! :p

lost kitty said...

ewah2, nak kena cubit ni. pergi belajar cepat!
kekeke

little cart00n said...

lost kitty..
ala..janganlah cubit..
elie update curik2 ni!
heheh

chekgu azam aziz said...

yeahhh bloging tetap bloging!!! hahaha

little cart00n said...

chekgu azam aziz..
yeah cikgu! yeah! :P