Friday, April 29, 2011

25 APRIL 2011...

salam kalian... :)

25 APRIL 2011...

satu tarikh yang daku tak mungkin akan lupa sampai bila-bila!

masih ingat pada entry lepas?

perasaan gundah gulana yang daku risaukan itu sememangnya menjadi kenyataan!

sebaik selesai sahaja exam ETR, daku dan rakan-rakan telah ditimpa dugaan yang berpanjangan! betullah kata orang tua, jangan suka sangat, nanti menangis! dan itulah yang terjadi kepada kami! mungkin ianya terjadi  kerana terlalu gembira kerana sudah selesai azab paper yang memeningkan kepala kami! :(

Selesai exam ETR pada hari tersebut, bertemankan Paan, Ery, Shah, dan Yana, kami telah ke Hospital KPJ di Shah Alam untuk menziarahi kakak Shah yang sakit. perjalanan ke hospital sangat lancar walaupun enjin kereta Paan yang dipandu oleh Ery, mati sebanyak 2 kali! teehee :)
setelah menziarahi kakak Shah di hospital, kami berhasrat untuk singgah sebentar di rumah Yana, namun niat itu terpaksa dibatalkan kerana di situlah segala dugaan bermula!

ketika kereta kami masih berada di dalam perkarangan hospital, enjin kereta Paan mati untuk kali ketiganya! kali ini agak malang sedikit bila enjin kereta mati ketika sedang berada melalui bumper jalan! ini menyebabkan kereta kami yang mati enjin berundur ke belakang! melihatkan sahaja ada kereta yang bakal menjadi mangsa berlanggar dengan kereta kami, daku, Yana dan Shah menjerit kuat kepada Ery!

BREK! BREK! BREK!

mungkin disebabkan terlampau panik, Ery tidak sempat menekan brek kereta lalu melanggar kereta yang berada di belakang kereta kami! dan DUMMM!! malang juga kami kerana kereta yang kami langgar itu adalah kereta BMW!

dalam hati daku dah tawakal dan berkata..

ALAMAK! BMW! MATILAH! MATILAH!!

dalam penuh rasa takut dan cuak, kami memohon maaf kepada empunya kereta BMW tersebut..dan syukur kerana kereta BMW itu tak mengalami satu pun kerosakan! tapi nasib kami agak malang bila empunya kereta itu mengambil no plat kereta Paan dan no fon Ery! dan apa yang lebih teruk lagi adalah keadaan kereta Paan yang pecah cermin lampunya dan bumper kereta remuk teruk! :(

inilah keadaan kereta Paan! SADIS! :(

Yang merasa bersalah tentulah Ery kerana beliau yang memandu kereta Paan dan melayang jugalah rm130 Ery untuk membaiki bumper kereta Paan tu! tapi kerana semangat setia kawan, kami tidak membenarkan Ery menanggung rasa bersalah itu sendiri! rm130 itu kami kongsi bersama 4 orang agar dapat menggantikan bumper baru untuk kereta Paan! :)

sementara menunggu kereta Paan siap dibaiki, kami berehat dan menenangkan kepala yang kusut di KFC! di KFC, kami keluarkan rm7 setiap seorang untuk berkongsi membeli mini bucket combo KFC! walaupun hanya dapat makan seketul ayam setiap seorang, tapi sememangnya itu adalah perkara manis yang boleh dikongsikan bersama! 

malah, kami sempat juga mengimbau segala perkara yang terjadi sepanjang perkenalan kami sebagai sahabat! ternyata seronok bergelak ketawa bersama rakan-rakan sekelas walaupun hanya 5 orang sahaja di situ! terasa hilang sekejap masalah yang melanda! betul tak kawan-kawan? teehee :)

inilah yang dikatakan MANIS! :)

Selepas hampir sejam menunggu, akhirnya kereta Paan siap dibaiki! dan hasilnya...

TAADAAA!! :D

Eh! Nampak macam kereta barulah Paan! :p

Jujur, masing-masing gembira dengan keadaan kereta Paan itu kerana tidaklah nanti Paan mati akal bila ibu bapanya bertanya apa yang terjadi pada kereta tu! kan Paan, kan? teehee :p

Sebelum jam menunjukkan angka 7 malam, baik kami bergerak pulang ke kolej dahulu! lagipun, masing-masing takut hendak berjalan ke sana dan ke mari kerana takut pisang berbuah dua kali! sudahlah kami tinggal satu paper untuk exam kami, takut juga jika apa-apa yang tidak enak terjadi kepada kami! jadi lebih baik pulang saja ke kolej! betul tak semua? :)

dalam perjalanan pulang, masing-masing diam sahaja di dalam kereta!

tiba-tiba...

bersambung....

18 comments:

KAMIHIDUP said...

wah, baguslah kongsi, takdelah azab nak tanggung sorang. :)

♥ nana i am ♥ said...

hamboihhh manis nye adik sorang ni berbaju kurung =) selalu pakai baju kurung bia nampak manis selalu ehh.hihi.

* next time, be extra careful ye dik.

little cart00n said...

kamihidup..
tahu takpe..
macam tu lah kawan!
heheh

little cart00n said...

kak nana..
hahaa..
time tu baru balik exam la kak! sebab tulah pakai baju kurung..kalau tak..suar seteng je..
heee

oke..thx ya sista! :)

Hansyirah Takezur said...

huish..
mesti cuak gler time tu. dhla bmw..
tak leh bayang la..
err...

papepon, bgus smngt tu.. keep it up! :D

little cart00n said...

hansyirah..
tao takpe..
cuak abis kot!
hhehe..

kata kawan kn? :)

Liyana Aziz said...

i rasa berdebar lagi... hahahahahahah...

little cart00n said...

yana..
i lagi la..bergegar kepala!
haha

cik fara @ fanadz said...

lorr.kesiannya.bagusla ade semangat setiakawan camni.:)

NUR AIN AZMAN said...

huhu. malang sememang nya tidak berbau kan. btw, syukur u n kengkawan semua selamat. more careful next time :)

P/s : sudah follow i? if belom, dont forget follow me ok ;)

Anis Zafirah said...

bagusnya sis dan kawan2, kalau x, sian kawan sis tu, anis suka lah =)

little cart00n said...

cik fara..
kawan takkan tinggal kawan..kan-kan? :)

little cart00n said...

aim azman..
tulah..malam tidak berbau!
thx btw.. :)

da lama folow u la beb! :P

little cart00n said...

anis..
itulah semangat kawan-kawan namanya! :)

nub said...

tudiaaa..lekang abeh ooo

little cart00n said...

nub..
tau takpe..
lekang betul tu!

4umyfans said...

teman sangat cuak masa tu sehingga kini. agak trauma jugak ler dibuatnya. tapi satu ayat je teman nak cakap dekat kamu semua...

TERIMA KASIH ATAS PERSAHABATAN KAMU SEMUA HINGGA SANGGUP SUSAH SAMA SUSAH, SENANG SAMA SENANG!

INFINITI TERIMA KASIH SEKALI LAGI.

little cart00n said...

ery..
bnda da lepas..jgn takut2 lagi ya..

owh..sama2..dan terima kasih juga kepada kamu semua! inilah kawan namanya! :)