Saturday, April 30, 2011

MALANG TIDAK BERBAU!

salam kalian.. :)

sebelum baca entry ini, baca dulu entry lepas! :D

*************
dalam perjalanan pulang ke kolej, masing-masing hanya berdiam diri! mungkin fobia dengan apa yang terjadi pada peristiwa lepas! tiba-tiba...kereta yang dipandu laju oleh Paan pada mulanya mulai perlahan dan semakin perlahan, sebelum enjin mati dengan sendirinya! kereta di belakang kami pula sudah mula membunyikan hon mereka! argh! stress betul dengan bunyik-bunyik hon ni! : |

HEY! SABAR BOLEH TAK?!! GRR!!

Bila melihat enjin kereta tidak boleh dihidupkan, masing-masing dah mula serabut! akal seperti mati untuk berfikir dan otak makin kusut! hati kecil daku dah berdetik...

APA PULAK DUGAAN KAMI KALI INI?! :(

Dalam masa lebih kurang 5 minit Paan cuba menghidupkan kembali enjin keretanya, tiba-tiba Shah menjerit...

PAAN!! KERETA BERASAP, PAAN! 
KERETA BERASAP!!

dengar saja Shah kata kereta berasap, apa lagi?! kami pun kelam kabutlah keluar dari kereta! panik jangan cakaplah! kalah nampak polis kejar perompak! huhuu..waktu tu jangan cakaplah kalau dengupan jantung daku lajunya macam mana! memang pikir MATI je time tu! =__='

disebabkan enjin kereta tidak boleh dihidupkan, kami buntu!

MACAM MANA NAK BALIK KOLEJ NI?!!

akhirnya..Yana mengambil keputusan untuk pergi mencari air di sekitar kawasan perumahan di situ ditemani oleh Shah dan daku sendiri! manakala Paan dan Ery pula cuba menghidupkan kembali enjin kereta! 

hendak mencari air di sekitar kawasan perumahan orang bukannya mudah! nak-nak lagi kawasan perumahan tersebut merupakan kawasan elit dan dikawal ketat oleh Pak Guard! maka, kami mengambil jalan mudah untuk meredah sahaja semak samun untuk melepasi pagar dan longkang yang dalamnya melebihi 5 kaki!

kalian bayangkan bagaimana daku dan Yana yang berbaju kurung pada hari itu cuba untuk memanjat pagar untuk melepasi longkang besar?! memanglah tak manis dipandang orang! tapi disebabkan darurat, maka kami panjat saja pagar tersebut! syukur, ketiga-tiga kami dapat melepasi pagar dan longkang tersebut dengan mudah! :) 

ku sangkakan panas hingga ke petang, 
rupanya hujan di tengah hari!

tidak kami sangka, ketika kami sedang memanjat pagar untuk melepasi longkang besar itu, rupanya kami juga telah TER-masuk ke dalam kawasan KERENGGA!! habis badan daku, Yana dan Shah digigit kerengga-kerengga liar di semak tersebut! memang terlompat-lompat lah kami di tepi jalan kerana tidak tahan dengan gigitan kerengga! situasi kami tak ubah seperti anak monyet yang termakan sambal belacan! teehee.. :D

namun, usaha untuk mencari air untuk menghidupkan kembali enjin kereta Paan masih belum berakhir! 

kami bertiga berjalan kaki ke rumah-rumah yang berhampiran untuk mencari air walaupun keadaan diri masih tergaru-garu akibat dari serangan kerengga! berkat dari usaha kami bertiga, akhirnya kami berjaya mendapatkan air dari seorang lelaki yang sudi memberikan sebotol air ditambah lagi dengan bantuan pak guard yang juga memberikan bantuan yang sama kepada kami! *Terima Kasih ya, pakcik berdua!* :)

ketika kami gembira atas bantuan yang dihulurkan, tiba-tiba kami kembali dihimpit dugaan! :(

kali ini lebih menyedihkan apabila Yana, terjatuh ke dalam longkang besar ketika hendak melepasi pagar dan semak yang dipenuhi kerengga! bukan sekali beliau tergelincir ke dalam longkang, tapi 2 kali! :( melihatkan seorang rakan yang berada dalam keadaan susah, masakan daku tidak sedih?! ditambah pula dengan Shah yang tiba-tiba mengalirkan air mata kerana tidak tahan dengan dugaan kami yang bertimpa-timpa! ahh! emosi sudah menguasai diri kami berdua!  
*come on Shah, tak GENTLE  lah nangis-nangis, kan?* :)

 Yana sebelum ditimpa kecelakaan dan Shah sebelum mengalirkan air mata jantan! 

atas bantuan Ery, Yana berjaya naik semula ke tebing walaupun sakit menimpa dirinya! dan lebih malang lagi, kerengga sudah merayap masuk ke dalam baju yang dipakai Yana dek kerana terjatuh ke dalam longkang tersebut! sudahlah terjatuh dan terluka..malah digigit kerengga pula! kesian Yana! :(

setelah tangki air kereta diisi air, kami masih menantikan respon yang baik dari kereta tersebut, namun hampa! keadaannya tetap sama! atas kerjasama Paan, Ery dan Shah sebagai tenaga lelaki yang ada, mereka bertiga menolak kereta yang jaraknya hampir 1 kilometer..dan daku, sebagai tenaga wanita yang masih boleh bertahan bersama Yana, hanya mampu memberikan semangat saja! YA, agak tidak adil di situ..tapi better than nothing kan? atleast kami berusaha juga bersama mereka.. :)

jam di tangan sudah melepasi angka 8 malam..kami mula runsing dek kerana kereta masih tidak dapat dihidupkan! Curfew hour kami bermula jam 11! dengan keadaan kereta yang tidak baik itu, tidak mustahil kami akan terlewat masuk ke dalam kolej!

sementara menantikan kereta kami yang tersadai di tepi jalan, kami berlima hanya mampu merenung dan bercakap kosong sahaja di bahu jalan! masing-masing memikirkan akan perkara yang menimpa pada hari tersebut! haish! =__=

Ery cuba membaiki kereta Paan..namun hampa! :(

setelah lama menunggu, mujur ada 3 orang abang yang berniaga di kedai yang berdekatan datang membantu kami berlima! mereka cuba menghidupkan enjin kereta kami dan baiki apa yang patut.. mungkin Dia yang di atas mendengar doa kami semua, akhirnya kereta Paan berjaya dihidupkan juga! syukur! :)

"AKU TAKUT NAK BAWAK KERETA NI!"

itu kata Paan setelah enjin kereta sudah kembali normal!

haruslah beliau takut untuk memandu kereta ke kolej semula setelah apa yang terjadi! namun, kawan tidak akan sesekali meninggalkan kawan-kawannya kan? Daku, Yana, Shah dan Ery berjaya memberikan semangat kepada Paan untuk memandu keretanya pulang ke kolej, walaupun dalam hati kami sendiri berserah kepada yang Maha Kuasa!

sebelum memulakan perjalanan, kami berlima berdoa agar perjalanan kami selamat sampai dan tiada lagi dugaan yang menimpa! alhamdulillah..segalanya berjalan lancar, walaupun sepanjang perjalanan pulang ke kolej, kami tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada diri masing-masing! :)

jam 9 malam, kami berlima selamat juga sampai ke kolej! Syukur yang tidak terhingga kami lahirkan kepada-NYA walaupun pelbagai dugaan yang menimpa kami pada hari itu! dan walaupun kami berlima diduga dengan macam-macam perkara dalam satu hari, tapi kami berjaya melaluinya dengan semangat setia rakan! malah, peristiwa itu juga telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami berlima! itu yang lebih bermakna! :)

kamilah 5 sekawan yang hebat dan mantap tu! teehee :)

sesungguhnya 25 APRIL 2011 adalah suatu hari yang MANIS untuk dikenang!

TERIMA KASIH RAKAN-RAKAN! ;)

-tamat-

p/s: pertama kali daku mengalami pengalaman manis macam ni! :))

Friday, April 29, 2011

25 APRIL 2011...

salam kalian... :)

25 APRIL 2011...

satu tarikh yang daku tak mungkin akan lupa sampai bila-bila!

masih ingat pada entry lepas?

perasaan gundah gulana yang daku risaukan itu sememangnya menjadi kenyataan!

sebaik selesai sahaja exam ETR, daku dan rakan-rakan telah ditimpa dugaan yang berpanjangan! betullah kata orang tua, jangan suka sangat, nanti menangis! dan itulah yang terjadi kepada kami! mungkin ianya terjadi  kerana terlalu gembira kerana sudah selesai azab paper yang memeningkan kepala kami! :(

Selesai exam ETR pada hari tersebut, bertemankan Paan, Ery, Shah, dan Yana, kami telah ke Hospital KPJ di Shah Alam untuk menziarahi kakak Shah yang sakit. perjalanan ke hospital sangat lancar walaupun enjin kereta Paan yang dipandu oleh Ery, mati sebanyak 2 kali! teehee :)
setelah menziarahi kakak Shah di hospital, kami berhasrat untuk singgah sebentar di rumah Yana, namun niat itu terpaksa dibatalkan kerana di situlah segala dugaan bermula!

ketika kereta kami masih berada di dalam perkarangan hospital, enjin kereta Paan mati untuk kali ketiganya! kali ini agak malang sedikit bila enjin kereta mati ketika sedang berada melalui bumper jalan! ini menyebabkan kereta kami yang mati enjin berundur ke belakang! melihatkan sahaja ada kereta yang bakal menjadi mangsa berlanggar dengan kereta kami, daku, Yana dan Shah menjerit kuat kepada Ery!

BREK! BREK! BREK!

mungkin disebabkan terlampau panik, Ery tidak sempat menekan brek kereta lalu melanggar kereta yang berada di belakang kereta kami! dan DUMMM!! malang juga kami kerana kereta yang kami langgar itu adalah kereta BMW!

dalam hati daku dah tawakal dan berkata..

ALAMAK! BMW! MATILAH! MATILAH!!

dalam penuh rasa takut dan cuak, kami memohon maaf kepada empunya kereta BMW tersebut..dan syukur kerana kereta BMW itu tak mengalami satu pun kerosakan! tapi nasib kami agak malang bila empunya kereta itu mengambil no plat kereta Paan dan no fon Ery! dan apa yang lebih teruk lagi adalah keadaan kereta Paan yang pecah cermin lampunya dan bumper kereta remuk teruk! :(

inilah keadaan kereta Paan! SADIS! :(

Yang merasa bersalah tentulah Ery kerana beliau yang memandu kereta Paan dan melayang jugalah rm130 Ery untuk membaiki bumper kereta Paan tu! tapi kerana semangat setia kawan, kami tidak membenarkan Ery menanggung rasa bersalah itu sendiri! rm130 itu kami kongsi bersama 4 orang agar dapat menggantikan bumper baru untuk kereta Paan! :)

sementara menunggu kereta Paan siap dibaiki, kami berehat dan menenangkan kepala yang kusut di KFC! di KFC, kami keluarkan rm7 setiap seorang untuk berkongsi membeli mini bucket combo KFC! walaupun hanya dapat makan seketul ayam setiap seorang, tapi sememangnya itu adalah perkara manis yang boleh dikongsikan bersama! 

malah, kami sempat juga mengimbau segala perkara yang terjadi sepanjang perkenalan kami sebagai sahabat! ternyata seronok bergelak ketawa bersama rakan-rakan sekelas walaupun hanya 5 orang sahaja di situ! terasa hilang sekejap masalah yang melanda! betul tak kawan-kawan? teehee :)

inilah yang dikatakan MANIS! :)

Selepas hampir sejam menunggu, akhirnya kereta Paan siap dibaiki! dan hasilnya...

TAADAAA!! :D

Eh! Nampak macam kereta barulah Paan! :p

Jujur, masing-masing gembira dengan keadaan kereta Paan itu kerana tidaklah nanti Paan mati akal bila ibu bapanya bertanya apa yang terjadi pada kereta tu! kan Paan, kan? teehee :p

Sebelum jam menunjukkan angka 7 malam, baik kami bergerak pulang ke kolej dahulu! lagipun, masing-masing takut hendak berjalan ke sana dan ke mari kerana takut pisang berbuah dua kali! sudahlah kami tinggal satu paper untuk exam kami, takut juga jika apa-apa yang tidak enak terjadi kepada kami! jadi lebih baik pulang saja ke kolej! betul tak semua? :)

dalam perjalanan pulang, masing-masing diam sahaja di dalam kereta!

tiba-tiba...

bersambung....

Sunday, April 24, 2011

SEMANGAT YANG TERBANG!

salam kalian... :)

setiap kali hendak membuat sesuatu, daku akan menelefon umi dan abah untuk meminta berkat!

tidak kira dalam membuat apa jua kerja...malah sebelum hendak menjawab kertas exam di dewan peperiksaan sekalipun..itu yang daku fikirkan dahulu! minta restu dan semangat dari kedua ibu bapa sebelum perkara yang tidak diingini berlaku..itu yang paling penting dan sudah menjadi kebiasaan daku sejak azali! :)

lagipun, kata orang..berkat dan restu dari ibu dan ayah sangat dituntut sebelum melakukan sesuatu! betul tak? betul tak? bila mendapat restu dari kedua ibu bapa, i'allah segala urusan akan dipermudahkan oleh-NYA..insyaAllah..:)

tapi disebabkan umi dan abah sudah terbang ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadat Umrah, daku seperti tiada semangat yang kukuh untuk menjawab kertas exam pada esok hari! mungkin disebabkan tak dapat nak mesej umi dan abah sebelum menjawab exam seperti mana daku lakukan pada sebelum-sebelum ini atau mungkin juga disebabkan ke-tidak-sukaan daku pada subjek esok?! tah! confius! =__='

ditambah lagi dengan perasan yang gundah gulana sejak akhir-akhir ni! sejak dari minggu lepas, seperti ada sesuatu yang tak enak sedang difikirkan dalam kepala otak daku! hati cuba tipu dengan kata TIDAK!..tapi kepala otak asyik fikirkan benda yang tak sepatutnya saja! haih! pening kepala! ;(

ini bukan kali pertama daku berjauhan dengan keluarga..tapi mungkin disebabkan kesibukan dengan minggu exam, daku lebih banyak berfikir mengenai keluarga..Semoga apa yang bermain dalam kepala otak dan hati ini hanyalah mainan perasaan sahaja dan mintak-mintak dijauhkan apa jua perkara yang tidak diingini berlaku pada kedua ibu bapa yang jauh dari mata...mahupun kami sekeluarga..serta orang-orang sekeliling..

semoga selamat pergi dan pulang ke Malaysia ya, Umi dan Abah! :)

Ehem! even tak dapat nak mesej umi dan abah sebelum exam esok hari, daku tahu doa mereka pasti akan sentiasa ada bersama daku walau di mana-mana saja..sebab umi selalu kata..umi dan abah jauh kat mana sekalipun, mereka sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anaknya.. :)

dan macam mana pun, exam tetap exam! kan-kan? :D . Semoga daku dapat menjawab soalan exam dengan tenang pada esok hari dan berjaya dalam exam-exam akan datang, even semangat untuk hari esok sudah terbang dibawa ke tanah suci Mekah!

Ya Allah Ya tuhan ku..
Kau selamatkan kedua ibu bapa ku di Tanah Suci Mu..permudahkan segala urusan mereka di sana dan berkatkan ibadah mereka kepada Mu..Kau tenangkanlah hatiku untuk peperiksaan esok hari..
Kau permudahkan urusanku untuk hari-hari yang mendatang...dan kau selamatkanlah hidup umatMu sekalian alam..Jauhkanlah kami dari segala keluh kesah dan dugaan dari Mu, Ya Allah..
Amin..

So, Elie! Goodluck for your exam..and people, Heppy Sunday..Assalamualaikum! :)

p/s: sebelum berangkat ke Mekah, umi kata jaga diri...abah pulak pesan jangan lupa siram pokok bunga dan start enjin kereta! teehee :D

Saturday, April 23, 2011

EXPERIMENTAL HAWA!

Salam kalian... :)

Siapa cakap waktu exam tak boleh nak blogging?

Eh, exam tetap exam, Blogging tetap Blogging!

kan-kan? 

teeehee :D

Semalam first paper bukan main susah! =__=' . masuk saja dewan exam, dah kena marah sebab masuk lambat, walaupun salah pengawas peperiksaan tak panggil kami sekelas masuk dewan exam! tak pasal-pasal daku dan kawan-kawan pulak yang kena maki! grrr! memang rasa nak bagi pelempang laju-laju  pada pengawas yang tak panggil kami masuk dewan tu! tapi disebabkan kejap lagi dah nak jawab exam, sabar jelah dalam hati! pfffttt!!

dapat saja kertas exam, bukak-bukak tengok soalan dah mengarut! daku tengok kanan, tengok kiri..kawan-kawan sume dah pening kepala! ada yang bersila atas kerusi, ada yang siap tidor lagi! sumpah daku amek masa yang sangattttttt lama nak pikir apa yang patut daku tulis untuk 8 esei! dah la hati tengah panasss, dapat pulak soalan macam s**t! memang lah WTF! argh! *sejak bila pandai tulis carutan berbisa ni pun daku tak tahulah!* ehehhe :p

balik rumah, lepas geram layan movie! tiba-tiba hati rasa nak tengok semula video-video yang ada muka sendiri...kata orang, sibok meng'interfreme'kan diri sendiri! hahaha...memang puas hati dapat tatap muka sendiri yang cun melecun comot ni dalam laptop! :D 

dan dalam banyak-banyak video, ada satu video yang daku memang dah lama nak post dalam blog, sebab dulu daku pernah post dalam satu entry mengenai video ni, tapi waktu tu daku tak dapat pelepasan lagi dari directornya, so tak bolehlah nak post sesuka hati.. tapi sekarang, tidak lagi! daku sudah diberi greenlight untuk share kan video ini bersama kalian semua! Yeay!!suka tak? suka tak? :)

jadi jomlah layan sekejap video HAWA

dan cuba lah untuk spot daku di dalamnya! :D

Eh! jangan lupa pause dulu lagu Belaian Jiwa di belah atas blog daku ni! 

teehee :)


SO HOW?? 

kalian jumpa tak daku? jumpa tak? jumpa tak? ala..yang pakai kasut hijau tu, takkan tak nampak kot?!! ngeee :D memang video ni agak pening lalat sikit, sebab ia punya maksud tersendiri..tapi kalau ada antara kalian yang tak paham apa itu experimental, sila-sila merajinkan diri untuk rujuk pada entry Semakin Berwarna Warni! nanti kalian boleh lah pahamkan sendiri! teehee :)

btw, video ini dirakamkan untuk subjek Experimental bagi student skrin pada semester lepas! daku telah dipilih menjadi talent kepada seorang rakan, ASYIKIN MOHAMAD, untuk menghasilkan video ini.. dan setelah bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk video ini, maka lahirlah video experimental bertajuk HAWA ini!

kenapa diberikan tajuk HAWA

kalau kalian perasan, semua talent di dalam video ini adalah gadis-gadis yang comel lote, molek dan cun melecun lagi! muahahha..mungkin sebab tulah diletakkan tajuk HAWA! *i guess?* hehehe..

dikesempatan ini, nak jugak daku berterima kasih kepada ASYIKIN MOHAMAD kerana kesudian beliau untuk ambil daku sebagai talentnya! kalau kalian nak tahu, sejak dari azali semester dua, Asyikin memang rajin ambil daku menjadi talentnya! tak tahulah pulak kenapa! tapi sumpah seronok bekerjasama dengan beliau sebabnya beliau sangat-sangat-sangat kreatif dan artistik! :)) *Ekin! kau tahu tak aku tengah buat entry pasal kau ni?!* muehehhe

 
Representing u guys...*drum sound please*.. Asyikin Mohamad! :)

dan terima kasih juga kerana mempercayai daku sebagai talent anda, ya Ekin! Ehem-ehem! lain kali..jangan segan ambil daku lagi sebagai talent anda!oke-oke? hehe..*muka tak malu memang macam ni, peduli apa daku!* muehehehe :)

eh lupa! video experimental Hawa juga telah tercalon untuk kategori Anugerah Video Experimental Terbaik di Malam KaryaONE tempoh hari! =) dan walaupun tak menang, tapi cukup untuk daku tumpang berbangga dengan pencalonan yang diterimanya.. Tahniah ya Ekin! :) 

wah-wah-wah, seronoknya daku update blog haih! exam tak abis lagi tau Elie! heee..Eh!tak tahulah kenapa bila cakap pasal exam je, rasa nak tercabut kepala otak! wahahhaha! =__=

oke bye! Assalamualaikum! :)

p/s: dulu, waktu first time daku tengok filem experimental, rasa nak muntah! tak paham satu hape! :p

Thursday, April 21, 2011

E UNTUK EXAM!

salam kalian... :)

SEKOLAH RENDAH...

darjah 3 = PTS

darjah enam = UPSR

SEKOLAH MENENGAH...

form 3 = PMR

form 5 = SPM

ZAMAN UNIVERSITI...

semester 1 = Exam!

semester 2 = Exam!

semester 3 = Exam!

semester 4 = ???

*************

dari dulu sampai sekarang..memang EXAM tak kan lari dari hidup!

dan sampai mati pun, masih lagi kita akan menghadapi EXAM!

betul tak-betul tak? ; )

disebabkan exam yang bakal bermula pada esok hari...

GOODLUCK SEMUA! ;)

Tak payah nak bahagia sangatlah muka tu! kau tak start exam lagi tau Elie! ;D

oke bye, nak pergi study!!

EH! KEJAP-KEJAP!

umi cakap, kalau nak exam kena amek berkat tau!

jadi apa yang perlu dilakukan???

:
:
:
:

MINTAK MAAF LAH!

Kata nak dapat anugerah dekan sem ni, kan-kan?

teehee ;D

MINTAK MAAF KAWAN-KAWAN SEMUA!

SEGALA SALAH SILAP, HARAP DIMAAFI!

KITA ZERO-ZERO YA?

Peace! :)

p/s: Elie kata dia tak tahu nak baca apa untuk paper esok! teehee :D

Tuesday, April 19, 2011

KONFLIK!

salam kalian... :)

bila adanya KONFLIK, mulalah diri tak stabil!

antara diri sendiri bergelut dengan masalah itu dan ini..

semuanya sangat memeningkan kepala! ;(

dengan exam yang bakal menjelma...

family yang bakal menunaikan ibadah umrah...

perhubungan dengan kekasih yang jauh di lautan...

pergaulan dengan orang sekeliling...

kesihatan diri yang ada pasang surutnya..

dan paling mencabar adalah...

perlu berhadapan diri sendiri! : |

HEY! PENING LAH!!

kadang-kadang terasa pelik dengan kehidupan ini..

adakah normal jika ada konflik dengan kehidupan sendiri?

kata orang semuanya adalah perkara biasa!

tapi daku rasa macam tak normal je!

rasa macam Alien yang baru turun dari UFO, masuk ke Kampung Pinang Sebatang!

hihihihihihi :p

tapi sememangnya bergelut dengan KONFLIK bukan lah suatu perkara yang luar biasa! dan percaya atau tidak, KONFLIK sendiri sebenarnya mengajar akan erti dewasa kepada semua orang! dengan konflik jugak lah kita sedar akan keadaan diri dan lebih peka dengan apa yang terjadi di sekeliling! betuk tak-betul tak? :)

dan dalam keadaan diri sedang dalam keserabutan ini, daku lebih suka melayan semua perkara tanpa rasa apa-apa, walaupun kadang-kadang keadaan diri sudah seperti tonggang terbalik! muehehehhe..sebab daku percaya, walau jadi apa-apa sekalipun dalam hidup ni, perlu meredah semua yang berlaku! Dan daku bukanlah seorang yang mudah berkongsi cerita bila wujudnya keserabutan dalam diri sendiri! oh tidak! pecah pulak rahsia sendiri! =__=

sebab tu kadang-kadang orang nampak daku tak kisah dengan apa yang berlaku, tapi sebenarnya TIDAK! daku sedang melalui saat-saat yang sukar dengan diri sendiri! kata orang, selagi boleh cover, kita cover! kalau dah kantoi, pandai-pandai lah kau nanti! kan-kan? teehee.. :)

bila datangnya masalah dalam diri, selalunya daku memerlukan sesuatu yang manis! orang kata, kalau makan benda-benda yang manis macam coklat, kita akan rasa gembira! dan cuba menikmati masalah yang dihadapi seperti mana kita sedang menikmati saat-saat kita makan coklat! pastinya kalian akan berdepan dengan perasaan yang seronok walaupun diri sendiri dalam keserabutan! kalau tak percaya, nanti kalian cubalah sendiri! :)

dan sekarang..daku juga sedang menikmati KONFLIK yang melanda!

cuba untuk menikmati ia dengan penuh rasa kemanisan! ;D

seakan sama seperti perasaan daku sedang menikmati...

AIR BATU CAMPUR! ;)

time makan ABC memang menggembirakan, tapi bila habis saja ABC, mulalah dia tertonggeng-tonggeng sorang diri kat bilik! hahhaha :p

Hey Elie! Tenanglah! 

Jangan pening-pening! 

Everythings gonna be fine! :)

eh-eh? apa daku tulis ni?!!

Nah! kantoi sudah kau ada masalah, Elie!

teeeheee :p

p/s: daku tak pernah cari masalah! tapi masalah memang selalu cari daku! ceit!

Sunday, April 17, 2011

MALAM KARYAONE!

Salam kalian... :)

Malam KaryaONE memang suatu malam yang hebat! :)

 Si cantik manis! *MUNTAH PINK!* :D

selama 2 tahun daku bergelar pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (TEKA), rasanya tahun ini lah baru betul-betul dapat  meraikan KEGEMILANGANNYA! :) kalau sebelum ini gemilangnya TEKA hanya dapat di lihat oleh sesetengah pihak saja, tapi mungkin dengan cara adanya MALAM KARYAONE ini, dapat membuka mata pihak yang lain akan wujudnya fakulti yang hebat ini! siapa tahu bukan? :)

 Hai! kami student TEKA! :)

selama seminggu berkampung di induk untuk mempromosikan Minggu KaryaONE, setiap karya-karya dari para pelajar TEKA dipertontonkan pada umum, semata-mata mahu memartabatkan bakat-bakat hebat kepada mereka yang ada.. siapa tak bangga? dan pastilah malam penganugerahan ditunggu-tunggu oleh sesetengah dari TEKA! termasuklah daku!:D.. nak bagi support pada rakan-rakan yang tercalon pada malam tu lah katakan.. heee :)

dan kalau dah kata namanya Malam KaryaONE, haruslah nak pakai cantik-cantik! bukan senang nak ada malam-malam yang indah dan special macam tu...bila ada time-time macam ni lah baru perasan nak jadi cantik dan meletops! kan salu pergi kelas pakai sakai-sakai je..memanglah tak cun langsung! teeehee..

rambut memang jadi masalah utama setiap kali nak jadi CANTIK! : |

dan harus juga malam tu, muka yang comot mahu dicalitkan sedikit mekap biar tak nampak macam baru bangun tido, bibir yang mungil di tambah kalernya, so nak bagi terserlah lagi ke mungilan nya..dan mata harus conteng sikit dengan eyeliner..konon-konon nak kaver mata yang sembab sebab tak cukup tidor..
*psst! stay up buat assignment lah katakan!* hahaha..

ala..tak payahlah cakap..CANTIKNYA ELIE! malulah daku :D

malam-malam macam ni jugak lah baru dapat tengok rakan-rakan yang tak suka mekup, calit mekup kat muka..bagi yang sebelum ni tak pernah nak pakai blaus dan wegdes bagai, malam tu jugak lah hari nak tengok mereka di makeoverkan! memang kami terasa cantik sekejap! Terima kasih atas bantuan Mysara Ramlan atas mekap yang dicalitkan atas wajah molek kami! heheheh.. :)

bukan senang nak tengok Nazmiah Mansur pakai mekup! 
sekali kena mekup..FUH! macam Lisa Surihani tak jadi siut!! muahahhahha

dan kalau dah mekup, baju pun cantik, rugilah kalau tak posing sakan!

betul tak kawan-kawan?  hihihi :p

Ye! Kami tahu...kami AWESOME!! :)

bunga-bunga di atas sudah ada kumbangnya! ;)

Oppss! Sori! walaupun dah dimakeover sekalipun, masih lagi tak boleh nak hilangkan identiti sebenar kami! hahhaha ;P

yes! itu lah MUNGILS! ;)

bersiap selama 2 jam lamanya, haruslah semua orang pun excited nak pergi! tak sabar nak melihat siapa yang menang dan kalah tu bukan perkara utama, tapi nak melihat GEMILANGNYA malam karyaOne itu lah topik hangat yang sepatutnya dihebohkan pada hari kejadian! :)

 Jangan salahkan kami kalau masing-masing muka excited TERAMAT! :p

Sejak dari awal, daku sedia maklum takde kategori yang dipertandingkan untuk student penulisan macam daku..agak frust sampai tertonggeng-tonggeng jugak sebenarnya... tapi still takde hal rasanya kalau daku datang sebagai penonton dan penyorak untuk rakan-rakan kan? nak-nak pulak rakan-rakan seperjuangan ada yang terima anugerah atas karya yang mereka hasilkan! siapa tak bangga kan? Tahniah kepada Mysara Ramlan dan kawan-kawan yang menang! :)

 yang hujung sekali itulah Mysara Ramlan..pemenang malam tu merangkap jurumekap daku dan kawan-kawan yang lain! Congrats Mysara! :)

dan untung juga kami pada malam tu, sebabnya bukan sahaja dapat pakai cantik-cantik...dapat beraksi depan kamera bagai superstar, tapi dapat juga lihat artis-artis yang hadir memeriahkan malam penganugerahan untuk TEKA! wah-wah-wah..terasa hidung kami kembang kempis bila Naib Canselor kata kami fakulti yang hebat! dan Erra Fazira kata kami ni bakal pelapis industri hiburan  tanah air! muehehhehe..

adakah kami yang bakal menaikkan nama industri tanah air? :)

dan even daku tak tercalon apa-apa untuk Malam Karya ONE,,jauh sekali nak menang anugerah, tapi menjadi salah seorang student TEKA sememangnya suatu KEBANGGAAN yang perlu ada dalam diri! dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang pernah mengambil daku sebagai talent mereka untuk tugasan yang diberikan.. tak sangka ada yang mempercayai bakat daku, walaupun tak berbakat mana! hehehe..
mungkin nxt time ada pulak nama daku tercalon dalam Malam KaryaONE, siapa tahu kan? hahahha...

ceit! sudah-sudahlah wahai Elie! mimpi saja di siang hari! kui-kui-kui  =__=

 siapa kata dengan blaus ungu berharga rm 4, mini cardigan rm 20, seluar putih pinjam dan wedges rm30,daku tak boleh bergaya di MALAM KARYAONE? ;)

dan thanks jugak kepada Nadzmiah Mansur dan Asyikin Mohamad atas gambar-gambar yang diambil pada malam itu! ternyata banyak jugak gambar daku, walaupun daku tak terlibat apa-apa dalam subjek dan kelas korang! hahhaha.. haruslah jasa kalian dikenang! :)

 THE GEORGEOUS! :')

btw, CONGRATS kepada semua yang terlibat pada malam tu! 

TEKA tetap di hati! ;)

p/s: baju-baju malam tu first time daku pakai lepas setahun lebih beli di bunddle! :p

Sunday, April 10, 2011

MUZIKAL KAMPUNG BARU!

Salam kalian.. :)

Dah nak hujung-hujung semester ni, memang tak sah kalau tak BUSY! : |

tengok saja keadaan blog daku, dah tunggang langgang dah!

haish! :(

dan kalau penat-penat buat assignment, harus juga rasa stress!

jadi untuk menghilangkan stress yang ada, apa kata kalian semua ikot daku menonton teater! 

nak-tak? nak tak? 

teeeheee :D

kalau dulu daku tonton teater SITI ZUBAIDAH, kali ni masa untuk MUZIKAL KAMPUNG BARU pula! :) 

 rm 10 satu kepala :)

memang lah seronok kalau dapat tengok teater, nak-nak lagi teater kali ni lakonan rakan-rakan sekelas dan rakan-rakan sefakulti! dan sememangnya daku hadir di Auditorium DBKL bukan setakat nak menonton dan bergembira saja, malah memberikan sokongan padu kepada para pelakon! wah-wah..cepatlah kalian kata "BAIKNYA ELIE, BAGI SOKONGAN KAT KAWAN-KAWAN LAGI!" hahhahha.. :D

 sebenarnya nak tunjuk muka-muka pelakon kat banner tu, tapi tah kenapa rasanya pipi boolat tu yang lagi menyerlah! hahhaaha :p

sebenarnya awal-awal lagi dah ajak Noddy pergi teater Kampung Baru ni, tapi paham-paham lah bila kekasih hati tu busy sentiasa di Lumut! jadi pergi bergembira bersama rakan-rakan di kolej ke Auditorium! nasib baik bus ke Auditorium disediakan, kalau tak, melepaslah kami nak menonton kawan-kawan menonjolkan aksi di pentas teater! heheheh..

Macam ni lah KAWAN!-sentiasa menyokong rakan-rakan yang lain! :D

bila masuk panggung, etika panggung mestilah dipatuhi! apa-apa arahan yang dilarang, janganlah cuba-cuba nak bantah! contohnya, kalau dorg suruh silent mode, silent sajalah..jangan pulak tiba-tiba berangan nak pasang ringtone henfon sekuat alam..silap hari bulan, teater ke mana..kau pun ke mana! hahaha..lagipun, rakyat Malaysia semua pun baik-baik, jadi kenalah dengar cakap pihak yang lebih berkuasa..kan-kan? :)

Big Applause untuk mereka berdua yang beraksi di pentas teater semalam! AG dan Shah! 
U guys were GREAT yesterday! :)

kadang-kadang bila adanya teater macam ni, boleh juga merapatkan hubungan baik sesama rakan-rakan yang ada..wah-wah..kata orang, selain kita berhibur, kita beramah mesra! tak ke berbaloi bila adanya hari-hari yang tertentu, kita dapat bergaul mesra dengan mereka-mereka yang kita sayang? walaupun sekeping duit merah terbang dari poket sendiri semata-mata nak menonton teater, tapi tak perlulah difikirkan sangat tentang wang saku, sebabnya jika orang sekeliling gembira, kita juga turut gembira! itulah yang lebih bermakna sebenarnya... betul tak semua? :)

kami gembira..kalian jangan lah jeles pula! :)

eh-eh..seronok pulak tonton teater beramai-ramai! kalau macam ni lah seronoknya, nanti daku nak pergi tonton teater lagilah!  hey kawan-kawan, kalau ada masa, jangan lupa ajak daku lagi ya? teeheee..

ehem-ehem! ada sesiapa yang nak ikot daku tak? sila-silalah sediakan wang saku secukupnya! :D

p/s: bangga bila tengok rakan-rakan berjaya beraksi atas pentas teater! :)

Saturday, April 2, 2011

MEREKA DAN NOKSS!

Salam kalian.. :)

Satu hari, daku terima satu call dari seorang teman lama, Kay..

Kay: ELIE..NOKSS! APA CITE? TAK DE UPDATE APA-APA KAT BLOG PUN?

Elie: Aku busy! Nanti aku free, aku update eh?

Kay: OWH! OKAY! KAU JANGAN LUPA AKU DAH TEMPAH SATU!

Elie: Okay! TQ SUPPORT KITORANG! :)

*********

  wah! tak sangka ada juga yang mahu daku update mengenai NOKSS!

ingatkan ada yang tak layan perkara-perkara sebegini!

Teehee... :p

EHEM-EHEM-EHEM!!

Adakah kalian masih ingat entry mengenai NOKSS!?

tahukah kalian akan sesuatu?

NOKSS! kini telah diedarkan kepada semua yang telah membuat tempahan!

yeeehaaa! ;)

NOKSS! di datangkan dalam 3 warna! ;D

Alhamdulillah! Segalanya masih lagi berjalan dengan baik! :) jualan NOKSS! juga nampaknya mendapat sambutan yang agak MASYUK! walaupun tak sehebat jualan Nasi Lemak Antarabangsa yang dijual di Kampung Baru, tapi syukur! sehingga hari ini juga masih lagi yang membuat tempahan untuk mendapatkan NOKSS! Sokongan yang kami terima dari rakan-rakan yang lain juga tak putus-putus sejak wujudnya zine pertama ini! :)

 masing-masing sudah punya tempahan sendiri! yeayy! :)

isu di dalam NOKSS! juga semakin menjadi bualan mereka yang membeli dan membaca nampaknya! bagi yang sudah mendapatkannya di kolej, ada saja yang bercakap mengenai karya-karya 19 orang penulis muda! wah-wah! tak sangka kuat juga impak karya dari penulis-penulis seperti kami ni ya? teehee *blushing sampai telinga!* hahhaha

 jangan lepaskan karya hebat penulis-penulis muda di dalam NOKSS! :)

Hey! tidakkah kalian juga teringin untuk membaca dan memiliki NOKSS! seperti mereka semua? mereka sudah boleh membaca NOKSS! dengan gembira dan riangnya.. Kalian bila lagi? heheh.. bagi sesiapa yang tergerak hati untuk memiliki NOKSS!, jangan risau kerana kaunter tempahan masih lagi dibuka dan takkan di tutup punya! heheheh :p

kalian bolehlah menempah NOKSS! dengan cara yang berikut :-

By Hand : rm 4

POS (sila tukar wang anda kepada wang pos di pejabat pos) 
 -Sem. Malaysia : rm 5
 -Sabah dan Sarawak : rm 6

atau sebarang pertanyaan, sila email ke:-

(AG)-  azizi_jiji9108@yahoo.com 
(Elie)-  adeq_ili91@yahoo.com

Owh ya! sebelum terlupa, daku punya satu berita baik! NOKSS kini sudah diturunkan harganya! jika di dalam entry lepas daku katakan NOKSS! berharga rm 5, tapi kini tidak lagi! Dari rm 5, menjadi rm 4!!

jadi kalian tunggu apa lagi?? cepat-cepat dapatkan NOKSS! :D

sememangnya kami tidak menjanjikan apa-apa di dalam NOKSS!, tapi kami pasti kalian juga akan gembira membacanya sepeti mana kami semua teruja setelah wujudnya zine NOKSS! ini.. hehehhe

KAMI SENTIASA MENANTIKAN TEMPAHAN ANDA! ;)

Akhir kata, terima kasih tidak terhingga kepada kalian yang menyokong kami semua! :)

Heppy Weekend everyone and Assalamualaikum! ;)

p/s: malu betul bila tahu ada org suka baca karya daku!*muntah hijau!*heheh