Saturday, March 12, 2011

SATURDAY MORNING!

salam kalian... :)

Pagi Sabtu adalah pagi yang paling sesuai untuk beriadah! :)

Jika hari-hari di kolej kadangnya memenatkan otak dengan study sekaligus memberatkan bontot untuk turun bersenam setiap petang, maka kesempatan pulang berhujung minggu inilah daku ambil untuk bersukan bersama keluarga!weeeehaaa! :)

awal-awal pagi lagi umi dah kejut daku bangun dari tidur yang tak berapa nak lena untuk berjalan dan bersukan di Taman Tasik Perdana! kata umi.. biar badan berpeluh-peluh sikit, barulah sihat dan cergas! wah-wah-wah umi..boleh jadi menteri sukan lah kalau macam ni! hehehhe..

 GREEN DAY! : )

Kesian adik kecik daku yang sorang ni! 
pagi-pagi lagi dah kena ikot kakaknya yang cantik comot ni turun bersukan! :p

bersukan di Taman Tasik Perdana memang menyeronokkan! nak-nak lagi persekitarannya dikelilingi hutan dan flora yang berwarna warni! kalau waktu bergelar atlet sekolah dulu, rajinlah daku turun Taman Tasik Perdana, sebabnya sanggup berlari keliling tasik setiap minggu, semata-mata untuk kuatkan stamina..tapi itu dulu..Nak berlari 3 kali pusingan pun larat, kalau sekarang..jangan haraplah..HAMPEH! pffft!

 sebelum bersenam, panaskan badan dulu ya kalian semua! :)

bila dah jarang kuarkan peluh sukan ni, badan pun makin lama makin berat! demnn! -_______- sebab tu bila rasa nak bersukan semula, kena bermula secara perlahan-lahan! kalau tak, memang senang sangat badan nak flet! nasib baik lah sekarang daku dah semakin rajin turun padang main macam-macam sukan dengan budak-budak kelas kat kolej tu..heeee..

sumpah tangan boleh jadi macam Malek Noor pas main bendalah ni!

bila bersukan di Taman Tasik Perdana, memang tak sah kalau tak memuji kecantikan alam semulajadi! dapat pulak bersenam di pagi yang cerah dengan dikelilingi bunyik-bunyik unggas dan air terjun ciptaan manusia..haruslah kita terleka sebentar dengan kehebatan yang Maha Kuasa! :)

sambil joging sempat posing tau! muahhaha :D

umi memang lawak! tengah-tengah joging ni, boleh pulak stop kejap..katanya..

Eh!! cepat ambik gambar umi dengan bunga!..
UMI NAK MASUK FACEBOOK!

WHAT??!!!

hahahhahha... :D

bila da pusing satu pusingan kat tasik, nampak pulak playground! nak sambung lari, memang tak lah! wahahhaa..mulalah gatal tangan nak main semua mainan untuk kanak-kanak bawah 9 tahun! bajet nak kembali ke zaman kanak-kanak ribena la katakan..tak sedar diri tu dah mencapai usia 20 tahun! ngeh-ngeh!

tak payah nak gayut sangat lah Elie! kau memang dah dasar rendang kot! :p

Oke!daku tak main gelungsur tu! takut kena gelak dengan budak-budak kecik!

bila dah lama tak datang Taman Tasik Perdana, pelik pulak rasa! sebabnya waktu sekolah dulu macam tak rasa nak main permainan-permainan ni semua! bila dah besar panjang, dah boleh kawen semua, baru lah terasa nak panjat sana, panjat sini! ish! anak dara siapa lah tu! heee... :D

bendalah ni licin gila! sikit lagi daku hampir tergolek dog! nasib baik tali tu kuat!
kalau tak, habislah daku tertonggeng! -_____-

Rasanya dah lama daku tak main buaian! sebab tu bila jumpa buai pagi tadi, jadi macam lupa diri sekejap! siap buai diri sendiri laju-laju, dengan ketinggian tahap maksimum lagi! haish! memang tak sedar diri tau anak dara sorang ni! ye lah..kat kolej tak jumpa tau buaian-buaian ni semua!muaahahha..:p

kantoi muka cuak habis nak hayun tinggi-tinggi! hahhaa

finally! daku terhayun dengan bangganya! blueeekk!

lepas badan dah berpeluh-peluh main itu dan ini, memang perut mintak di isi lah! hahahha,.apa jadah joging ber round-round bagai, tapi terus rasa nak makan macam raja sehari!kan-kan? hahhaha..sungguh tak boleh blah kau ni Elie! :p
 kami dah penat, sekarang nak makan! :D

 eh tak-tak! bukan daku yang makan karipap 2 ketul kat sebelah tu! bukan daku!

oke fine! berpeluh sudah, makan sudah! tunggu apa lagi? balik umah lah yop!

hahahhaahhaha :D

dasar anak dara pingitan,memang tak pandai nak buat pose lain! Peace!
tak sangka, dah lama betul tak dapat beriadah di hujung minggu..nak-nak lagi dengan family tersayang! :) kalau tahu seronok macam ni, hari-hari pun daku rasa nak turun bersukan di Taman Tasik Perdana! erkk..tapi mimpi jelah kau Elie! ingat Shah Alam dengan Taman Tasik Perdana tu dekatnya macam umah makcik Kiah dengan umah kau ke? ishh!

saja daku amek banyak gambar kat gelungsur! esok lusa dah tak dapat dah! :D

Esok, nak ajak abah pergi turun padang kat tempat lain pulak! mana tahu boleh masuk gambar lain kat blog ni pulak..kan-kan? hahah..selain tu, dapat jugaklah menyahut seruan Kempen Sihat Sedunia! wah-wah..tu lah namanya, SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR! muahahahha..

Peace peeps! Assalamualaikum! :)

p/s: kat kolej dah pernah main sukan Rounders n baling selipar! seronok! :) eh chop! baling selipar tu sukan ke eh? hehehe

28 comments:

SoLy SoLicious said...

amboi bagusnye pi senam.. :))

meaw said...

alaaaaa,tak joging tu.......mesti byk action je :P

♥sophie♥ said...

wah bestnye ;DD hehe
but btol2 senam ke x nie sys ?? hee
pose sane sini auww <3 haha ;)

areteacar said...

CNTIKNYA GMBR :D

little cart00n said...

soli..
mehlah join elie senam! :)

little cart00n said...

meaw..
senam dulu baru beraksi!
hahahah :)

little cart00n said...

sophie..
ofcos la senam!
then baru kita berposing dpn camera! hahaha

little cart00n said...

ateacar..
thx yaw! :)

liyanaziz said...

kak ya x ikut ke?? kenapa nouha x pakai sports attire? suruh dia jogging sekali.. ahaahahahhahaa..

KUREKURE COMEL said...

amboi...seronoknye bersukan...


mina?bersukan dlm rumah je...kihkihkih...


ni pun dah rasa berat badan...huwaaa...



sporting umi tuan blog ek....hihihi..comel je...

Mr.NS said...

ni bejogging ke bephotoshoot hehe

little cart00n said...

yana..
kakya keje la sayang!
aah tu tak joging macam kakak dia ni..
main kat playground je..
heee

little cart00n said...

kure-kure..
hahah..
umi mmg sporting..
tapi sporting umi tu ada sempadan kot..
hehehe

little cart00n said...

mr ns..
dua-dua sekali daku balun!
:p

KAMIHIDUP said...

terigt kt kawan KAMI, ajak pg jog, tp bukan jog, byk ambik gmba je, haaa. :)

hudhud said...

amboi, g jogging ke g berposing ni ? hehehehe :P

nub said...

amboi gigih btoi na. haha

yua said...

ala comeynyer main pmainan tu. mcm budak2.. hehe =)

Iris Asli said...

same here dear! dah kurang dah fitness, dua bulan tinggalkan aktiviti riadah sbb asyik busy n takdpt cari mas yg sesuai. skrg ni baru nak terkedek2 start balik haha :)

comelnye kamuuu

little cart00n said...

kamihidup..
hahha..kawan kami tu geng elie la kot! byk amek gmbar..:P
hahahhaha

little cart00n said...

hudhud..
i joging sambil2 posing sana sini la..
hahahha

little cart00n said...

nub..
nampak tak gigihnya tu?
heheh

little cart00n said...

yua..
comot la yua.. :D

little cart00n said...

iris..
elie pun skrg ni baru nak bergiat cergas balik..
hahha..
btw, thx yaw sista! :)

♥sophie♥ said...

wah bagus2,,sambil menyelam minum air ye kak :)

little cart00n said...

Sophie..
sambil menyelam, kita cari ikan!
hehehe

Aisya J said...

suka tempat ni! Selalu pegi jugaaa :D

little cart00n said...

aisya..
jom nanti kita g sama2.. :)