Saturday, March 26, 2011

NOKSS!!

Salam kalian.. :)

Pernahkah kalian membaca sebuah zine yang berjaya mengumpulkan 
seramai 19 orang penulis muda di dalamnya?

kalau tidak.. izinkan daku memperkenalkan zine hebat yang bertajuk...

NOKSS!

 one of the writer is ME!! :)

setelah hampir 2 tahun menjadi pelajar penulisan, kami tidak pernah lagi membukukan karya-karya kami untuk pembacaan orang ramai! mungkin sebelum ini ada dalam kalangan kami yang masih belum bersedia untuk karya-karya kami dibaca oleh setiap jenis golongan, tapi kini tidak lagi! sebuah zine bertajuk NOKSS! sudah mampu dicetak dan dijual semata-mata untuk menyatakan inilah jiwa dan kehidupan kami! :)

Selain daku sebagai penulis di dalamnya, rakan-rakan yang lain turut melahirkan perasaan mereka dengan menulis coretan rasa di dalam NOKSS! malahan, mereka turut juga mempromosikan zine kami di blog dan laman sesawang yang lain..semata-mata untuk bacaan kalian yang di luar sana!dan mungkin inilah yang dipanggil KEGIGIHAN! teeeheee..:p

antara penulis-penulis! :)

di dalam NOKSS!, setiap seorang dari kami telah menulis 2 hingga 3 coretan hati, dengan pelbagai rasa dan unsur di dalamnya..dan tahukah kalian, mewujudkan NOKSS! untuk bacaan orang ramai adalah sesuatu yang sangat hebat pernah dilakukan oleh kami seramai 19 orang penulis! *senyum sampai telinga!* :D

sememangnya kami menulis di dalam NOKSS! adalah untuk hiburan semata-mata..inilah medium kami untuk melahirkan setiap rasa dalam hati kami sebagai penulis muda! tidak pernah kami terfikir untuk berbangga atau apa, tapi mungkin suatu hari nanti kami juga akan menjadi seorang penulis yang berjaya..siapa sangka bukan?

kami seronok membaca NOKSS! :D

Sekiranya ada di antara kalian mahu mengenali kami dengan lebih dekat, kalian bolehlah mendapatkan NOKSS! yang kini dijual dengan harga berikut :-

By Hand : rm 5

POS (sila tukar wang anda kepada wang pos di pejabat pos) 
 -Sem. Malaysia : rm 6
 -Sabah dan Sarawak : rm 7

atau sebarang pertanyaan, sila email ke:-

(AG)-  azizi_jiji9108@yahoo.com 
(Elie)-  adeq_ili91@yahoo.com 

segala email anda akan kami balas untuk pemberitahuan yang lebih lanjut mengenai NOKSS! :)

atau untuk mengetahui lebih info mengenai NOKSS!, kalian boleh rujuk di blog AIMI.. kerana beliau juga salah seorang penulis NOKSS! :)

 inilah AG dan AIMI! :)

kami tidak mempromosikan zine kami secara besar-besaran, tapi cukup sekadar kalian di luar sana tahu akan wujudnya zine pertama kami! jika berjaya zine yang pertama ini, mungkin akan wujudnya zine yang kedua pula.. tidak mustahil bukan? heheh : ) 

so peeps, DO SUPPORT US okay?

Thank you so much and Assalamualaikum! :)

p/s: teruja sangat bila 19 orang penulis muda bergabung untuk NOKSS! ;)

23 comments:

Gen Fujita said...

Nice. Congratulations yea, semoga terus berjaya. Kekadang terfikir gak nak mengarang, tapi rasanya macam, entah, hmm, I think I should start now. :)

little cart00n said...

gen fujita..
thx 4 ur support buddy! :)

jom merajinkan diri dengan mengarang! :)

liyanaziz said...

chik, yana punya nokss pada siapakah??? malware dah x de... check! =)

little cart00n said...

yana..
kamu punya pada saya sayang!
thx update kat elie pasal malware!
ahhaa :)

-Incek Fik- said...

Wahh! Sampai 19 penulis digarap dalam coretan NOKKS!

Hebat ni.. cepat beli sebelum terlambat kawan-kawan~

little cart00n said...

incek fik..
beli2..jangan tak beli! :)

ika puk puk said...

cm berminat je nak beli :)

thniah ek k.ellie..
good job :)

I.A. said...

weh! aku dah tak tahan dah ni! AKU NAK BACA NOKKS! XDDD

cik lola said...

good job dear !

cEro said...

taknak bg free kt yg bertuah ke???
heheheh

Doktor Love said...

Hidup 9Belas!
teruskan berkarya.
martabatkan lagi dunia penulisan!
(Dr. Love juga salah seorang penulis Nokss)

little cart00n said...

ika..
boleh email kami kalau nak beli k..
thx btw sista! :)

little cart00n said...

iki ali..
takde hal!
kita baca sama2 jom! :D

little cart00n said...

cik lola..
thank u soo much 4 the support! :D

little cart00n said...

cero..
masalahnya tak jumpa lagi siapa yg bertuah tu..
hahahha

little cart00n said...

atein..
HIDUp 9BELAS!!
teeheee :p

♥ nana i am ♥ said...

wow!congratulations to all of you :) teruskan menulis yee adik elie :)
take care and all the best to you.xoxo

little cart00n said...

sis nana..
thank u sista! :)

u take care too!
xoxo.. :)

a.g said...

kampen kah...

SHaFiQ ZaiNaL said...

menarik ni....

little cart00n said...

a.g..
takde lah..
promote je.. :)

little cart00n said...

shafiq..
jangan lupa beli! :)

si.budak.deghil said...

cik ily syg...sy mau beli nokss anda bole ke..?? *nek sibok gk* teheeee