Friday, March 11, 2011

ELIE n JUMBO!

salam kalian... :)

Tidur seorang diri di kolej pada malam hari memanglah satu perkara
yang DASYAT daku pernah buat!

 ngeee! :D

kalau dalam entry lepas menyatakan daku berjaya tidur seorang diri dengan selamatnya pada malam yang pertama, entry kali ini haruslah kisah sebaliknya! harap-harap kalian pahamlah bila daku katakan kisah sebaliknya, oke? mueheeheee..

duduk seorang diri di bilik kolej pada malam yang gelap dikelilingi hutan, memang tidaklah daku nak duduk membatu sahaja! harus nak pasang earphone di telinga sambil dengar lagu dan membuat sesuatu yang melekakan seperti menonton filem di lappy, semata-mata mahu hilangkan ketakutan yang bukanlah di tahap serius pada mulanya! heheheh..

sedang galek daku menonton siri Glee, tiba-tiba terdengar pula bunyi bising di luar bilik! eh? bukan daku sorang diri kat bilik? tak kan lah kawan-kawan ada yang dah balik dari trip kelas? ah sudah..pedulikan semuanya Elie! lepas da penat tengok cerita itu dan ini, mata pun mula lah rasa mengantuk!jam di laptop menunjukkan hampir 2 pagi! hajat hati rasa nak tidur saja, tapi bila tiba-tiba terdengar bunyik tingkap di bilik seperti diketuk orang, mulalah rasa tak sedap hati! aiseymen! tak kan ada orang nak ketuk tingkap bilik pulak malam-malam buta ni! haish!

kepala pikir nak pergi jenguk kat tingkap, konon-konon nak tengoklah siapa punya kerja ketuk tingkap waktu malam-malam, tapi kata orang tua-tua, "jangan berani sangat! jangan takut sangat!"..last-last, daku kuburkan saja niat suci murni di hati nak tengok siapa yang ketuk tingkap tu semua! buatnya tertengok benda lain, tak ke naya daku yang seorang diri ni?! astagha! mintak simpang!..

jadi malam kedua, daku tidur dengan nyenyaknya walaupun dalam hati pohon doa berkali-kali mintak dijauhkan perkara yang tak sepatutnya terjadi pada diri sendiri! even awal-awal lagi dah set dalam kepala otak, supaya jangan fikirkan sangat perkara-perkara yang tak baik tu semua, tapi bila bulu roma kat tangan dah naik bagai, rasanya memang akan terfikir jugak kot tentang Hantu Kak Limah tu semua walaupun tanpa sengaja! heeee...

selain surah Yassin dan Dia yang di atas menjadi peneman daku pada malam itu, JUMBO, pemberian Noddy si kekasih hati juga telah berkhidmat pada tuannya dengan menjadi peneman daku yang setia! memang tidur daku bersama JUMBO sajalah malam tu, boleh lah jugak buat hilang rasa takut!..muehehehe..dalam diam, mulalah dalam hati daku nak kata..

TAK SIA-SIA NODDY BAGI DAKU JUMBO! :)

 Elie n JUMBO! ;)

hey!

siapa sangka daku sudah berjaya melalui dua malam tersebut dengan jayanya?

walaupun mula-mula hati memang ada sedikit rasa gundah gulana!

terasa hebat juga bila berjaya menjadi seorang yang berani walaupun hanya dua malam saja!

setidak-tidaknya daku sudah boleh diletakkan dalam ketegori BERANI, 
even tidak sangat sebenarnya!

entah kenapa entry ini terasa riak pula bila berjaya mengatasi
ketakutan yang lama! :p

opsii..jangan marah ya semua?

muahahhahahaha :D

p/s: kawan-kawan kata daku banyak berfikir bila daku kata dengar bunyik ketukan di tingkap tu semua! ceh! bukan mereka yang lalui itu semua!!alahai!


20 comments:

SoLy SoLicious said...

perangai kita same la... hahaha..tahniah,akhirnye kamu berjaya..sy masih lagi xberani aww tdo sorg2

little cart00n said...

soly..
hahaha..
buat2 berani saja la sista! :)

KAMIHIDUP said...

tahniah!

Cikgu Fikri said...

tahniah..
nk bg braper markah ni?
huuhuh..
anyway, jumbo tu mesti mahal kan?

bella bellitos said...

omo, jelesnye tgk JUMBO dye..

little cart00n said...

kamihidup..
thx yaw! :)

little cart00n said...

cikgufikri..
10 marks plish!
hahha..
jjumbo tu murah je..
beli bundle..
ngeee

little cart00n said...

bella..
ala..teddy bear je.
hee

Doktor Love said...

Elie, atin pon penah kene usik camtu. pukul 3 pagi. masa tu tgah baring2 atas katil. then dgr mcm tgkap bilik diketuk. haishhh... menakotkan padahal dalam rumah ada semua housemate.

little cart00n said...

atin..
benda2 tu suka kat kita kot atin..
hee :P

gigiAriEma said...

hehe.. berani nye tido sorang kan.. nasib ade jumbo syg.. :)

little cart00n said...

gigiariema..
hahha..
berani tak beraniui,tidur je la..
jumbo kan ada?
heheh

liyanaziz said...

jumbo tu terseksa! tau x??? dengan reben x berikat, dengan luka x berjahit! haish!

hudhud said...

mmg seram babe! kalau i, tatau la apa nk buat huhuhu

cEro said...

suka part 'jangan berani sangat! jangan takut sangat!'

hehehe, elie power!!

little cart00n said...

yana..
ala..jumbo tu tak kan mengadu pada noddy pun!
dont wori babe!
hahha

little cart00n said...

hud-hud..
i buat tak tau je..
jangan kita kacau dia da r..
heheh

little cart00n said...

cero..
girl is always power!
:p

Aqila Sarah said...

seram oh serammmm . jangan berani sgt ehh ? hihi

little cart00n said...

aqila..
jangan berani dik..jangan!