Wednesday, March 30, 2011

CENTRAL MARKET!

Salam kalian... :)

Fuiyoo! CM dah maju lah! :D

*******************

itu reaksi pertama daku bila sampai ke CENTRAL MARKET minggu lepas! :p

rasanya da lama daku tak jejak kaki kat CM! act bukan jejak kaki sangat! lalu-lalu area situ je kot! itupun sama ada daku sesat ataupun buat-buat tak nampak yang itu rupanya CM! muahahha.. tak sangka pulak bila dah lama tak sampai CM, semuanya dah berubah! pergh! cepat gila CM membangun! :)

Tak boleh blah betul buat muka excited bila sampai CM!! :p

rasa macam tak percaya yang kat CM banyak betul benda-benda berseni ni..siap ada pameran lukisan lagi! haish! mulalah nak garu kepala sendiri dengan muka macam anak kera termakan sambal belacan! siap dalam hati dah tanya macam-macam kat diri sendiri..

Eh! CM macam ni ke?

Asal aku tak tahu pun?

Aku duduk kat KL ke kat mana ni?! :|

hahahah..tu lah jadinya bila dah lama tak sampai CM! nama je duduk KL! tapi..alahai! :p

terpegun jap dengan graviti yang superb awesome ni! :)

dah tu, tak penah tahu la pulak kat CM ada kedai yang mempamerkan lukisan-lukisan hebat di mana pengunjung hanya dibenarkan masuk selama 2 minit untuk melihat seni-seni di dalamnya! weh! 2 minit je? kau nak amek gambar sana sini dah dekat satu jam! apatah lagi nak tawaf satu kedai nak tengok lukisan tu semua bagai,.ceh! memang tak lepas la dengan 2 minit tu....

oke dah Elie..dah! 2 minit je lah! :D

kalau dah sampai CM, tak sah kalau tak rambang mata! nak-nak lagi sume barang cantik-cantik! murah ada, mahal ada..standard semuanya! tapi siapa-siapa yang kata bila dorang pergi CM, tak rasa nak beli apa-apa, memang dasar penipu besar! heee..

Pilih jangan tak pilih Elie! :D

dalam pada rambang mata tu, sempat jugaklah daku beli rantai baru! :)

beli 3 untuk RM 10, berbaloi kan? ;)

Dasar perempuan memang macam ni ke? nampak barang baru yang murah-murah, semua nak kasi rembat! daku rasa kalau lagi lama daku kat CM aritu, memang kopak poket! semua benda daku suka! kalau duit berkepuk dalam poket baju, seronoklah berbelanja! tapi nasib baik iman masih kuat! Sabar Elie..Sabar! hehehe :D

Muka masing-masing Happy bila puas cuci mata! :D

hey! tak sangka seronok rupanya cuci mata kat CM! dapat beli barang-barang murah, tengok pameran lukisan, tengok ragam orang, dan yang paling mains pastinya pergi dengan mereka yang kepala gila-gila! siapa lagi kalau bukan rakan-rakan kelas! mereka kan gila-gila! kalau tak percaya, tanya sajalah kepada ketuanya geng kepala gila..PAAN! kan Paan kan? hehhehe :p

Paan jadi bodyguard daku hari tu! *jangan marah Paan!* :)

ingat nak berjalan dengan rakan-rakan senang ke? kejap yang sorang nak pergi tengok barang ni lah..sekejap nak beli barang kat sana lah..kejap masuk kedai apek jual spek lah..kejap lagi nak cari beg baru bagai! haish! buat kepala pusing beberapa saat! tapi seronoknya bila berjalan sambil gelak ketawa dengan keletah mereka semua! comel-comel je semua! hehhehe

nak-nak lagi perangai senget 2 orang kawan ni..Si Alien dan Budak Sekolah Rendah..sumpah mereka memang sengal! siap ajak main KU CI PANG lagi kat CM! memang tak pernah dibuat orang sebelum ni bai! hahhaha :D

tengok tu si Alien dan Budak Sekolah Rendah! comel kan mereka?

owh! tanpa rakan-rakan yang lain, tak lengkap rasanya keseronokan berjalan di CM ni! yelah..kelas kami studentnya sikit saja..kalau ramai yang tak turut serta, lagi lah nampak jurangnya..kan-kan? nasib baik hari tu hampir satu kelas yang join berjalan dan bersuka ria di CM! bersatu hati jugaklah kami pada hari tersebut! :)


kalau kat CM, masa nak bergambar pun haruslah ajak rakan-rakan jugak! kan kata pergi bersama, balik bersama, buat apa-apa pun mestilah bersama-sama! istilah MACAM NI LAH KAWAN tak boleh lupa tau, even tengah berada kat CM! :)

MACAM NI LAH KAWAN! - sorang tangkap gambar, yang lain posing! then kita rotate pulak! hehehhe ;)

sebelum balik dari CM, mestilah nak ada kenangan paling manis! kan-kan?

thanks to Anak Pak Dain untuk gambar yang super duper awesome ni!! :D

Itulah jadinya bila kami turun ke CENTRAL MARKET beramai-ramai!

HAVOC YANG AMAT! :p

sebenarnya plan untuk ke CM tidaklah dirancang pada awalnya! kami hanya mencari tempat makan untuk mengalas perut yang lapar selepas menonton teater Siti Zubaidah di Panggung Bandaraya tempoh hari! dan kami hanya mengikot saja ke mana kaki kami melangkah, sampailah kami menjejakkan kaki ke CM beramai-ramai! sebab tulah kalian lihat muka-muka yang sama saja masuk dalam entry ini dan entry yang lepas! hehehe..

 Opss! sila jangan salahkan ibu yang mengandung kalau anak-anak dorang suka amek gambar kat tepi jalan macam kami berdua ni! :D

dan tak sangka jugak bila dah berjalan sakan dengan rakan-rakan kelas, lupa nak tengok bulan kat langit dah muncul ke tak! sedar-sedar, langit dah gelap dan hujan turun dengan lebatnya! maka permainan KU CI PANG lah yang menjadi hiburan kami sementara menanti hujan reda..hahhaha..

meredah hujan malam di kota Kuala Lumpur adalah satu perkara yang dasyat oke?!

dan penutup kepada keseronokan di CM berakhir apabila kami semua berpakat untuk meredah hujan lebat dari CM ke Bangunan Mahkamah untuk berteduh sementara menantikan kehadiran pakcik van dari kolej untuk bawa kami pulang ke Shah Alam! teeehee.. :p

Daku tak kira! nak jugak posing dalam basah lencun satu baju! hahhaha

and thanks again kepada semua rakan-rakan untuk hari yang menggembirakan itu! kalau tidak kerana anda semua, daku mungkin tak dapat menonton teater Siti Zubaidah, dan harus juga tak dapat pergi ke Central Market! daku tak dapat beli rantai baru juga kalau tidak kerana ajakan mereka untuk ke sana! hehehe..jadi, terima kasih ya rakan-rakan semua! :)

i heart u guys lah! ;)

hey! sorry, mungkin ada muka rakan-rakan yang tak masuk dalam blog ni, tapi tak mengapa! nanti kita berjimba-jimba lagi ya kawan-kawan?! kali lain, pasti muka kalian masuk punya! teehee :D

p/s: First time pergi CM pakai cantik-cantik! salu sakai je! hahahha

32 comments:

SoLy SoLicious said...

amboii..jalan2 sakan...

echaRierie said...

waa..bestnya jln2 ngn kwn2..
tiba2 rndu lak ngn kwn2..haha
=D

little cart00n said...

soly..
memang sakan habis! :p

little cart00n said...

echa..
bukan senang nak jalan ramai2 ni..
hhaha

L.e.e.z.a said...

uit! masuk x toilet kat CM 2?? canntiiikk woooooo~ pintu die cm umah kg lame2;p terkagum kejap ;p hehe~

nurulfaridah said...

da mcm2 ade kt CM ekk..
lme x g..hehe

Mie Kickdefella said...

wow!! bez kuar ngn kwn2. leh kick tension dri kepale kter..! huhu

Ujang9897 said...

bestnya meronggeng..=)

I.A. said...

wah.
terus letak nama aku 'Kerinting'! :P

Mr Strider said...

hahah..CM..tempat yang banyak memori aku waktu muda..hehehe..sekarang nie kalo setiap kali lalu mesti igt zaman sekolah..hehehe..tmpat evergreeen tu..hehehe :)

Regards,
-Strider-

Raji berkata said...

hohoho aah pernah terlalu sekali arituh
siap ad yg wau besar tuh..
pergh mmg wow ah sebab dh lme xgi stu
dlu xde paper sgt pun ;D
graffiti tu ktner?
kalau kt CM yg longkang besa tu pun ad graffiti lawa2 gak
hahaha xD

cEro said...

cEro pon lame tak pergi CM..
dr zaman ramai org baskin tepi jalan tu, tp tak silap skang dh tak boleh kan???

bile ntah nk pegi plak..
*sigh

Encik Psychopath said...

bertaun tak pg cm. last pg zaman skola teknik kot.

skrg modern sket. bgus la.

little cart00n said...

leeza..
tak masuk la pulak!
aiseymen!!
nxt time nk masuk, siap amek gmbar lagik!
hahahha

little cart00n said...

nurulfaridah..
tulah..macam jakun kejap!
hahha

little cart00n said...

mie kickdiefella..
tau takpe..
no tense2 dgn kawan2.. ;)

little cart00n said...

ujang..
sumpah best!
jom lah beronggeng rokiah! :p

little cart00n said...

iki..
pasni top lah kau!
haha

little cart00n said...

mr strider..
memori skolah?
haik? skrg umo da bpe?
hhahaha

little cart00n said...

raji..
tahu takpe..
byk betul graviti kat cm..
hebatt betul siapa yg boleh lukis graviti kat longkang2 tu semua!
celah ceruk pun mybe ada gak kot..
heee

little cart00n said...

cero..
skrg tak boleh kot...
dah maju katanya...

ala..cm tak jauh kot..
boleh pergi bila2.. ;p

little cart00n said...

encik psychopath..
malaysia da maju..
cm pun haruslah maju! :D

eRza farEeha said...

wahh..da maju??ni nk g sne ni..ehhe

♥ nana i am ♥ said...

last pegi CM pon akak dah tak ingat elie T__T makin hebat!

nora said...

sakan korang ek
assignment dah siap lum ni???
i like potong mood appy korang tu, huahuahuahua (gelak jahat ala22 drama melayu )

ENTRY HOT : Nak Merajuk

Mr Strider said...

skunk da tua da..da 27..hehe..time sekolah dulu..CM, BB ngan KLCC jer yang fames..skunk da ade macam2..hehe...

Regards,
-Strider-

Aimi Amira said...

aku suka gila gambar last.

gambar yang kau kata super duper awesome tu pun memang lawaa.

little cart00n said...

erza..
sangat maju!!
jom p sama2!
haha

little cart00n said...

kak nana..
memang hebat cm sekarang..
sebab tu macam jakun jap time elie g aritu..
hahha

little cart00n said...

mr strider..
hahhaa..
sekarang semua ceruk kl pun da femes gila kot!
byk sangat bgunan da maju! :)

little cart00n said...

nora..
ofcos la tak siap ag..
tapi kalau bab jalan2 ni, assginment mmg tak sentuh lah..
hahhaha

little cart00n said...

aimi..
semua berkat tangan kawan2 yg amik gmbar!
credit untuk mereka lah!
haha