Wednesday, March 30, 2011

CENTRAL MARKET!

Salam kalian... :)

Fuiyoo! CM dah maju lah! :D

*******************

itu reaksi pertama daku bila sampai ke CENTRAL MARKET minggu lepas! :p

rasanya da lama daku tak jejak kaki kat CM! act bukan jejak kaki sangat! lalu-lalu area situ je kot! itupun sama ada daku sesat ataupun buat-buat tak nampak yang itu rupanya CM! muahahha.. tak sangka pulak bila dah lama tak sampai CM, semuanya dah berubah! pergh! cepat gila CM membangun! :)

Tak boleh blah betul buat muka excited bila sampai CM!! :p

rasa macam tak percaya yang kat CM banyak betul benda-benda berseni ni..siap ada pameran lukisan lagi! haish! mulalah nak garu kepala sendiri dengan muka macam anak kera termakan sambal belacan! siap dalam hati dah tanya macam-macam kat diri sendiri..

Eh! CM macam ni ke?

Asal aku tak tahu pun?

Aku duduk kat KL ke kat mana ni?! :|

hahahah..tu lah jadinya bila dah lama tak sampai CM! nama je duduk KL! tapi..alahai! :p

terpegun jap dengan graviti yang superb awesome ni! :)

dah tu, tak penah tahu la pulak kat CM ada kedai yang mempamerkan lukisan-lukisan hebat di mana pengunjung hanya dibenarkan masuk selama 2 minit untuk melihat seni-seni di dalamnya! weh! 2 minit je? kau nak amek gambar sana sini dah dekat satu jam! apatah lagi nak tawaf satu kedai nak tengok lukisan tu semua bagai,.ceh! memang tak lepas la dengan 2 minit tu....

oke dah Elie..dah! 2 minit je lah! :D

kalau dah sampai CM, tak sah kalau tak rambang mata! nak-nak lagi sume barang cantik-cantik! murah ada, mahal ada..standard semuanya! tapi siapa-siapa yang kata bila dorang pergi CM, tak rasa nak beli apa-apa, memang dasar penipu besar! heee..

Pilih jangan tak pilih Elie! :D

dalam pada rambang mata tu, sempat jugaklah daku beli rantai baru! :)

beli 3 untuk RM 10, berbaloi kan? ;)

Dasar perempuan memang macam ni ke? nampak barang baru yang murah-murah, semua nak kasi rembat! daku rasa kalau lagi lama daku kat CM aritu, memang kopak poket! semua benda daku suka! kalau duit berkepuk dalam poket baju, seronoklah berbelanja! tapi nasib baik iman masih kuat! Sabar Elie..Sabar! hehehe :D

Muka masing-masing Happy bila puas cuci mata! :D

hey! tak sangka seronok rupanya cuci mata kat CM! dapat beli barang-barang murah, tengok pameran lukisan, tengok ragam orang, dan yang paling mains pastinya pergi dengan mereka yang kepala gila-gila! siapa lagi kalau bukan rakan-rakan kelas! mereka kan gila-gila! kalau tak percaya, tanya sajalah kepada ketuanya geng kepala gila..PAAN! kan Paan kan? hehhehe :p

Paan jadi bodyguard daku hari tu! *jangan marah Paan!* :)

ingat nak berjalan dengan rakan-rakan senang ke? kejap yang sorang nak pergi tengok barang ni lah..sekejap nak beli barang kat sana lah..kejap masuk kedai apek jual spek lah..kejap lagi nak cari beg baru bagai! haish! buat kepala pusing beberapa saat! tapi seronoknya bila berjalan sambil gelak ketawa dengan keletah mereka semua! comel-comel je semua! hehhehe

nak-nak lagi perangai senget 2 orang kawan ni..Si Alien dan Budak Sekolah Rendah..sumpah mereka memang sengal! siap ajak main KU CI PANG lagi kat CM! memang tak pernah dibuat orang sebelum ni bai! hahhaha :D

tengok tu si Alien dan Budak Sekolah Rendah! comel kan mereka?

owh! tanpa rakan-rakan yang lain, tak lengkap rasanya keseronokan berjalan di CM ni! yelah..kelas kami studentnya sikit saja..kalau ramai yang tak turut serta, lagi lah nampak jurangnya..kan-kan? nasib baik hari tu hampir satu kelas yang join berjalan dan bersuka ria di CM! bersatu hati jugaklah kami pada hari tersebut! :)


kalau kat CM, masa nak bergambar pun haruslah ajak rakan-rakan jugak! kan kata pergi bersama, balik bersama, buat apa-apa pun mestilah bersama-sama! istilah MACAM NI LAH KAWAN tak boleh lupa tau, even tengah berada kat CM! :)

MACAM NI LAH KAWAN! - sorang tangkap gambar, yang lain posing! then kita rotate pulak! hehehhe ;)

sebelum balik dari CM, mestilah nak ada kenangan paling manis! kan-kan?

thanks to Anak Pak Dain untuk gambar yang super duper awesome ni!! :D

Itulah jadinya bila kami turun ke CENTRAL MARKET beramai-ramai!

HAVOC YANG AMAT! :p

sebenarnya plan untuk ke CM tidaklah dirancang pada awalnya! kami hanya mencari tempat makan untuk mengalas perut yang lapar selepas menonton teater Siti Zubaidah di Panggung Bandaraya tempoh hari! dan kami hanya mengikot saja ke mana kaki kami melangkah, sampailah kami menjejakkan kaki ke CM beramai-ramai! sebab tulah kalian lihat muka-muka yang sama saja masuk dalam entry ini dan entry yang lepas! hehehe..

 Opss! sila jangan salahkan ibu yang mengandung kalau anak-anak dorang suka amek gambar kat tepi jalan macam kami berdua ni! :D

dan tak sangka jugak bila dah berjalan sakan dengan rakan-rakan kelas, lupa nak tengok bulan kat langit dah muncul ke tak! sedar-sedar, langit dah gelap dan hujan turun dengan lebatnya! maka permainan KU CI PANG lah yang menjadi hiburan kami sementara menanti hujan reda..hahhaha..

meredah hujan malam di kota Kuala Lumpur adalah satu perkara yang dasyat oke?!

dan penutup kepada keseronokan di CM berakhir apabila kami semua berpakat untuk meredah hujan lebat dari CM ke Bangunan Mahkamah untuk berteduh sementara menantikan kehadiran pakcik van dari kolej untuk bawa kami pulang ke Shah Alam! teeehee.. :p

Daku tak kira! nak jugak posing dalam basah lencun satu baju! hahhaha

and thanks again kepada semua rakan-rakan untuk hari yang menggembirakan itu! kalau tidak kerana anda semua, daku mungkin tak dapat menonton teater Siti Zubaidah, dan harus juga tak dapat pergi ke Central Market! daku tak dapat beli rantai baru juga kalau tidak kerana ajakan mereka untuk ke sana! hehehe..jadi, terima kasih ya rakan-rakan semua! :)

i heart u guys lah! ;)

hey! sorry, mungkin ada muka rakan-rakan yang tak masuk dalam blog ni, tapi tak mengapa! nanti kita berjimba-jimba lagi ya kawan-kawan?! kali lain, pasti muka kalian masuk punya! teehee :D

p/s: First time pergi CM pakai cantik-cantik! salu sakai je! hahahha

Monday, March 28, 2011

TEATER SITI ZUBAIDAH...

salam kalian.. :)

Sumpah dah lama rasanya tak tonton teater dengan kawan-kawan! ;)

Bila diberitahu daku dan rakan-rakan sekelas perlu menonton teater Siti Zubaidah yang berlangsung di Panggung Bandaraya sebagai rujukan subjek Skrip Bangsawan, memang tidaklah kami lepaskan peluang tersebut dengan sewenang-wenangnya! :)

Berbaju kuning untuk hari itu! :)

orang kata kalau jadi budak seni, memang senang nak turun naik panggung untuk tonton teater tapi kalau masing-masing sentiasa punya aktiviti sendiri pada hujung minggu, dengan jadual persembahan teater pun kami sendiri tak tahu, masakan hendak turun naik panggung beramai-ramai? tiket pun bukan senang nak dapat! ingat free-free je ke? ceh! kerat jari ayam kalau daku tau budak-budak kelas daku masuk panggung teater tak berbayar! muahhahah :p

before the theater begins! :)

sememangnya hujan lebat pada minggu lepas tak pernah melemahkan semangat masing-masing untuk pergi tonton teater beramai-ramai! yelah, kalau dah hampir satu kelas turut serta, tak kan lah ada yang nak duduk sorang-sorang kat kolej kan? haruslah semua nak bergembira dengan persembahan Teater Siti Zubaidah bersama-sama! :)

Owh! FYI..its not the GIRLS day out yaw! :D

ini adalah kali kedua daku turun menonton teater di Panggung Bandaraya dengan rakan-rakan..dulu sempat menonton teater Bangsawan Laksamana Cheng Ho lakonan Que Haidar..juga bersama rakan-rakan..tapi tidaklah hampir sekelas yang turun menonton bersama..jadi kali ni, rasa teruja tu lain macam sket! sama lah macam daku teruja bila tengok segala perhiasan di luar Panggung! teeheee :D

daku lah Princess Elie! *Muntah Hijau!!* hahhaha

perasan jap nak posing macam pelakon-pelakon kat belakang tu! ngeee :D

bila pintu panggung dibuka, masing-masing amek tempat pada seat yang disediakan..wah-wah! sejuknya dalam panggung bukan main lagi! kata orang, kalau duduk lama-lama, sejuknya macam dekat Genting Highlands! hahhaha...dan kalau dah stat teater, mana boleh snap gambar sana sini..nanti tak fokus pada jalan cerita! hey! Teater Bangsawan susah nak paham tau! hehehehe :p

ini shot yang terbaik sempat disnap! yang lain tak dapat diselamatkan! :D

tak sangka pulak lepas persembahan teater bangsawan kali ni, dapat bergambar dengan para pelakon! selalunya daku antara yang tak bertuah kalau masuk bab-bab nak bergambar dengan pelakon-pelakon ni...lainlah kawan-kawan yang lain, mereka lagi hebat berposing dengan para pelakon di luar panggung! haish! sumpah daku terasa diri ini sedikit LOSER! muahahahahha..

muka nak segan je bila berdiri sebelah orang cantik! hahha :)

Kesimpulannya, bersama rakan-rakan menonton teater Siti Zubaidah adalah suatu perkara yang menggembirakan! tak mudah nak mengumpulkan hampir satu kelas kalau ada program-program macam ni!walaupun ada yang tak dapat join kami pada hari tersebut, mungkin ada sebab yang tak dapat dielakkan.. dan daku pasti, lain kali pasti ada masa untuk kami bergembira lagi, kan kawan-kawan? :)

thanks guys 4 the memory! :)

dan yang paling indah, satu lagi memori bersama rakan-rakan tercatit di dalam kamus hidup dan blog bacin ni! mintak-mintaklah lepas ni, akan ada lebih banyak lagi memori bersama mereka sebelum berakhirnya semester 4, bulan April ni! hehehe :D

Peace and Assalamualaikum peeps! :)

p/s: dah berkali-kali ajak Noddy tengok teater, masih tak berkesempatan lagi! haish!

Sunday, March 27, 2011

SEMALAM!

salam kalian.. :)

Bagaimana dengan sambutan Earth Hour kalian semalam? :)

Pasti kalian bergelap untuk satu jam kan?

hehhehe..

bagaimana pula daku dan Noddy menyambut Earth Hour bersama?

jawapannya...

:
:
:
:
:
:

 Makan ice cream kek di PAPA RICH! ;)

yes! itulah jawapannya! 

MAKAN ICE-CREAM KEK BERSAMA! ;)

kami tidaklah menyambut EARTH HOUR sebenarnya, tapi cukup sekadar menghabiskan masa untuk beberapa ketika, setelah lama tidak bersua muka..:) kami tidak seperti kalian yang sedang berpacaran di luar sana yang sentiasa bersama dan bermesra! kesibukan tugasnya di Lumut sana tidak mengizinkan kami berdating sentiasa! :( jadi kesempatan diberi cuti untuk hujung minggu ini dihabiskan masa bersama untuk bermanja! :)

tambahan pula 26 mac merupakan genapnya perhubungan kami selama 2 tahun 6 bulan! pastinya pertemuan semalam adalah sesuatu yang manis untuk dikenang.. :) Walaupun banyak masa dihabiskan di dalam kereta, kerana sesat di jalan raya, tapi itulah yang membuatkan kami bahagia! berbual dan bergelak ketawa bersama di dalam kereta, cukup untuk kami berkata WAH! SERONOKNYA! :)

 tengok dia sedang pening kepala dengan GPS nya!hahahha

EHEM! bukan senang hendak mempertahankan perhubungan ini, nak-nak lagi jika masing-masing sentiasa berjauhan! seorang di darat, seorang lagi bakal bertugas lautan! namun persefahaman dan kepercayaan yang masih lagi menebal dalam diri masing-masing membuatkan kami masih kekal hingga hari ini..syukur! :))

 jadi itulah cara kami menyambut hari-hari istimewa bersama! :)

meski makan icre cream kek dan bertemu untuk seketika sahaja..

cukup untuk membuatkan diri masing-masing GEMBIRA! :)

tak perlu nak menunggu EARTH HOUR atau apa..

yang pasti bila bersama, BAHAGIA akan terasa! ;)

Semoga KEBAHAGIAAN semalam akan berkekalan sampai bila-bila..

kalian doakan kami berdua ya? 

Trimas dan Assalamualaikum semua! :D

p/s: kelakar tengok Noddy kelam kabut guna GPS! hehheh

Saturday, March 26, 2011

NOKSS!!

Salam kalian.. :)

Pernahkah kalian membaca sebuah zine yang berjaya mengumpulkan 
seramai 19 orang penulis muda di dalamnya?

kalau tidak.. izinkan daku memperkenalkan zine hebat yang bertajuk...

NOKSS!

 one of the writer is ME!! :)

setelah hampir 2 tahun menjadi pelajar penulisan, kami tidak pernah lagi membukukan karya-karya kami untuk pembacaan orang ramai! mungkin sebelum ini ada dalam kalangan kami yang masih belum bersedia untuk karya-karya kami dibaca oleh setiap jenis golongan, tapi kini tidak lagi! sebuah zine bertajuk NOKSS! sudah mampu dicetak dan dijual semata-mata untuk menyatakan inilah jiwa dan kehidupan kami! :)

Selain daku sebagai penulis di dalamnya, rakan-rakan yang lain turut melahirkan perasaan mereka dengan menulis coretan rasa di dalam NOKSS! malahan, mereka turut juga mempromosikan zine kami di blog dan laman sesawang yang lain..semata-mata untuk bacaan kalian yang di luar sana!dan mungkin inilah yang dipanggil KEGIGIHAN! teeeheee..:p

antara penulis-penulis! :)

di dalam NOKSS!, setiap seorang dari kami telah menulis 2 hingga 3 coretan hati, dengan pelbagai rasa dan unsur di dalamnya..dan tahukah kalian, mewujudkan NOKSS! untuk bacaan orang ramai adalah sesuatu yang sangat hebat pernah dilakukan oleh kami seramai 19 orang penulis! *senyum sampai telinga!* :D

sememangnya kami menulis di dalam NOKSS! adalah untuk hiburan semata-mata..inilah medium kami untuk melahirkan setiap rasa dalam hati kami sebagai penulis muda! tidak pernah kami terfikir untuk berbangga atau apa, tapi mungkin suatu hari nanti kami juga akan menjadi seorang penulis yang berjaya..siapa sangka bukan?

kami seronok membaca NOKSS! :D

Sekiranya ada di antara kalian mahu mengenali kami dengan lebih dekat, kalian bolehlah mendapatkan NOKSS! yang kini dijual dengan harga berikut :-

By Hand : rm 5

POS (sila tukar wang anda kepada wang pos di pejabat pos) 
 -Sem. Malaysia : rm 6
 -Sabah dan Sarawak : rm 7

atau sebarang pertanyaan, sila email ke:-

(AG)-  azizi_jiji9108@yahoo.com 
(Elie)-  adeq_ili91@yahoo.com 

segala email anda akan kami balas untuk pemberitahuan yang lebih lanjut mengenai NOKSS! :)

atau untuk mengetahui lebih info mengenai NOKSS!, kalian boleh rujuk di blog AIMI.. kerana beliau juga salah seorang penulis NOKSS! :)

 inilah AG dan AIMI! :)

kami tidak mempromosikan zine kami secara besar-besaran, tapi cukup sekadar kalian di luar sana tahu akan wujudnya zine pertama kami! jika berjaya zine yang pertama ini, mungkin akan wujudnya zine yang kedua pula.. tidak mustahil bukan? heheh : ) 

so peeps, DO SUPPORT US okay?

Thank you so much and Assalamualaikum! :)

p/s: teruja sangat bila 19 orang penulis muda bergabung untuk NOKSS! ;)

Friday, March 25, 2011

RM 1 UNTUK KOSMO!

salam kalian.. :)

Kalau beli KOSMO, memang tak pernah rugi apa-apa! :)

tahu apa sebabnya?

 TAADAA! ;D

DAKU MENANG CONTEST LAGI!! :))

masih ingat dengan entry daku memenangi hadiah dari CONTEST BRUCE LEE dulu?

Kali ini masa untuk memenangi hadiah dari CONTEST BERLESQUE pula! :)

kedua-dua contest hanya memerlukan daku menjawab soalan dan menulis slogan sahaja!

mudah bukan? :D

dan menjadi pemenang tempat kedua untuk kali kedua., 

SERONOKNYA BUKAN KEPALANG! :)

nak-nak lagi bila diberi hadiah yang sangat-sangat-sangat hebat!

 jangan jeles semua! hehehe

nak terkeluar bijik mata bila dapat 4 botol nail colour 
yang masing-masing berharga RM 59.00 sebotol!

hah! bagaimana? hebat bukan? :)

ada tak yang jeles? tehee..

Tapi tak perlulah nak jeles wahai kalian semua..sebabnya kalian juga sebenarnya boleh mendapatkan hadiah-hadiah mewah seperti daku jika kalian membeli, membaca dan menjoin kan diri dengan contest-contest yang di anjurkan oleh pihak KOSMO!  kalau tak menang tak mengapa, janji mencuba! :)

alahai..KOSMO pun rm 1 saja! tak rugi pun dengan rm 1 tu..banyak yang kalian boleh dapat dengan KOSMO! selain info mengenai dunia sekarang, dapat jugak masuk contest itu dan ini..buktinya..tengok saja apa yang daku sudah menangi sebelum dan hari ini! indah semuanya bukan? teehee :D

So peeps! tunggu apa lagi? cepat-cepatlah beli KOSMO untuk hari esok dan seterusnya!ngeee..

Owh..btw, congratulation untuk daku sendiri! n Assalamualaikum peeps! :)

p/s: daku tak suka pakai nail colour..ada sesiapa nak beli? daku jual  murah! :)

Friday, March 18, 2011

MUSIM PUTUS CINTA!

salam kalian... :)

AKU PUTUS CINTA LAH!

************

itu jawapan yang diberikan oleh seorang rakan lama!

daku hanya bertanya..

KAU NI DAH KENAPA?

dan itu saja jawapan yang daku terima..

sebelum ini seorang kenalan juga berkata mengenai perkara yang sama!

rakan sekolah juga katanya dia baru breakup dengan kekasihnya!

di blog juga ada yang sedang berperang dengan pacar-pacar mereka..

dalam hati daku bertanya..

ADAKAH SEKARANG MUSIM PUTUS CINTA?

astagha!!!

sadisnya jika daku juga mengalami perkara yang sama!

Ya Tuhan, jauhkan perhubungan ini dari dilanda badai seperti mereka..

meski diri dan buah hati tidak dekat sentiasa,

gado-gado mesra itu perkara biasa..

dan syukur, diri ini masih lagi bersama dengan dia yang di sana.. ;)

 COMOT!! :D

kalian doakan kami kekal bersama ya?

DAKU SAYANGKAN HUBUNGAN KAMI BERDUA! :-)

ngeeee..:D

mungkin juga nasib rakan-rakan tak sebaik daku dan dia..

tapi tak mengapa..

daku doakan mereka akan bahagia.. ;)

p/s: Noddy cinta pertama..harapnya cinta yang terakhir juga.. :p

Sunday, March 13, 2011

MANIS! ; )

salam kalian.. :)

Saat minum COOLBLOG adalah saat yang sangat menyeronokkan! :)

nak-nak lagi jika dapat mengunyah biji-biji bubble hitam tu!

perasaannya..

WAHH!! MENGGEMBIRAKAN! ;-)

COOLBLOG, Sour plum ice blended! Yummy! ;D

perasaan itu akan lebih manis jika dapat minum bersama Ila,sepupu Elie!

sambil minum COOLBLOG, sambil pusing-pusing Times Square!

dapatlah bergosip dan ketawa sepanjang hari!

semata-mata nak buang kebosanan yang melanda diri!

sempat juga cuci mata dan beli baju baru untuk diri sendiri!

teeheee :p

masing-masing berusaha nak buat muka comel! :D

EHEM-EHEM SEMUA!

bergembira bersama Ila, mahupun Noddy, kekasih tercinta..

kedua-duanya nyata berbeza!

tapi apa yang lebih penting..

perasaan itu manis-manis belaka! :)

macam minum COOLBLOG! :p

p/s: tergigit lidah time kunyah bubble coolblog! seronok sangat katanya! :D

Saturday, March 12, 2011

SATURDAY MORNING!

salam kalian... :)

Pagi Sabtu adalah pagi yang paling sesuai untuk beriadah! :)

Jika hari-hari di kolej kadangnya memenatkan otak dengan study sekaligus memberatkan bontot untuk turun bersenam setiap petang, maka kesempatan pulang berhujung minggu inilah daku ambil untuk bersukan bersama keluarga!weeeehaaa! :)

awal-awal pagi lagi umi dah kejut daku bangun dari tidur yang tak berapa nak lena untuk berjalan dan bersukan di Taman Tasik Perdana! kata umi.. biar badan berpeluh-peluh sikit, barulah sihat dan cergas! wah-wah-wah umi..boleh jadi menteri sukan lah kalau macam ni! hehehhe..

 GREEN DAY! : )

Kesian adik kecik daku yang sorang ni! 
pagi-pagi lagi dah kena ikot kakaknya yang cantik comot ni turun bersukan! :p

bersukan di Taman Tasik Perdana memang menyeronokkan! nak-nak lagi persekitarannya dikelilingi hutan dan flora yang berwarna warni! kalau waktu bergelar atlet sekolah dulu, rajinlah daku turun Taman Tasik Perdana, sebabnya sanggup berlari keliling tasik setiap minggu, semata-mata untuk kuatkan stamina..tapi itu dulu..Nak berlari 3 kali pusingan pun larat, kalau sekarang..jangan haraplah..HAMPEH! pffft!

 sebelum bersenam, panaskan badan dulu ya kalian semua! :)

bila dah jarang kuarkan peluh sukan ni, badan pun makin lama makin berat! demnn! -_______- sebab tu bila rasa nak bersukan semula, kena bermula secara perlahan-lahan! kalau tak, memang senang sangat badan nak flet! nasib baik lah sekarang daku dah semakin rajin turun padang main macam-macam sukan dengan budak-budak kelas kat kolej tu..heeee..

sumpah tangan boleh jadi macam Malek Noor pas main bendalah ni!

bila bersukan di Taman Tasik Perdana, memang tak sah kalau tak memuji kecantikan alam semulajadi! dapat pulak bersenam di pagi yang cerah dengan dikelilingi bunyik-bunyik unggas dan air terjun ciptaan manusia..haruslah kita terleka sebentar dengan kehebatan yang Maha Kuasa! :)

sambil joging sempat posing tau! muahhaha :D

umi memang lawak! tengah-tengah joging ni, boleh pulak stop kejap..katanya..

Eh!! cepat ambik gambar umi dengan bunga!..
UMI NAK MASUK FACEBOOK!

WHAT??!!!

hahahhahha... :D

bila da pusing satu pusingan kat tasik, nampak pulak playground! nak sambung lari, memang tak lah! wahahhaa..mulalah gatal tangan nak main semua mainan untuk kanak-kanak bawah 9 tahun! bajet nak kembali ke zaman kanak-kanak ribena la katakan..tak sedar diri tu dah mencapai usia 20 tahun! ngeh-ngeh!

tak payah nak gayut sangat lah Elie! kau memang dah dasar rendang kot! :p

Oke!daku tak main gelungsur tu! takut kena gelak dengan budak-budak kecik!

bila dah lama tak datang Taman Tasik Perdana, pelik pulak rasa! sebabnya waktu sekolah dulu macam tak rasa nak main permainan-permainan ni semua! bila dah besar panjang, dah boleh kawen semua, baru lah terasa nak panjat sana, panjat sini! ish! anak dara siapa lah tu! heee... :D

bendalah ni licin gila! sikit lagi daku hampir tergolek dog! nasib baik tali tu kuat!
kalau tak, habislah daku tertonggeng! -_____-

Rasanya dah lama daku tak main buaian! sebab tu bila jumpa buai pagi tadi, jadi macam lupa diri sekejap! siap buai diri sendiri laju-laju, dengan ketinggian tahap maksimum lagi! haish! memang tak sedar diri tau anak dara sorang ni! ye lah..kat kolej tak jumpa tau buaian-buaian ni semua!muaahahha..:p

kantoi muka cuak habis nak hayun tinggi-tinggi! hahhaa

finally! daku terhayun dengan bangganya! blueeekk!

lepas badan dah berpeluh-peluh main itu dan ini, memang perut mintak di isi lah! hahahha,.apa jadah joging ber round-round bagai, tapi terus rasa nak makan macam raja sehari!kan-kan? hahhaha..sungguh tak boleh blah kau ni Elie! :p
 kami dah penat, sekarang nak makan! :D

 eh tak-tak! bukan daku yang makan karipap 2 ketul kat sebelah tu! bukan daku!

oke fine! berpeluh sudah, makan sudah! tunggu apa lagi? balik umah lah yop!

hahahhaahhaha :D

dasar anak dara pingitan,memang tak pandai nak buat pose lain! Peace!
tak sangka, dah lama betul tak dapat beriadah di hujung minggu..nak-nak lagi dengan family tersayang! :) kalau tahu seronok macam ni, hari-hari pun daku rasa nak turun bersukan di Taman Tasik Perdana! erkk..tapi mimpi jelah kau Elie! ingat Shah Alam dengan Taman Tasik Perdana tu dekatnya macam umah makcik Kiah dengan umah kau ke? ishh!

saja daku amek banyak gambar kat gelungsur! esok lusa dah tak dapat dah! :D

Esok, nak ajak abah pergi turun padang kat tempat lain pulak! mana tahu boleh masuk gambar lain kat blog ni pulak..kan-kan? hahah..selain tu, dapat jugaklah menyahut seruan Kempen Sihat Sedunia! wah-wah..tu lah namanya, SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR! muahahahha..

Peace peeps! Assalamualaikum! :)

p/s: kat kolej dah pernah main sukan Rounders n baling selipar! seronok! :) eh chop! baling selipar tu sukan ke eh? hehehe