Friday, February 25, 2011

MASA UNTUK MEREKA!

 Salam kalian.. : )

Elie..Kenapa dah lama tak update blog?!

*************************

itulah pertanyaan pertama daku terima dari seorang kenalan..

wah..ternyata ada juga yang menunggu kisah-kisah dari daku untuk dibaca ya?

tak sangka betul lah!

Terima kasih ya?

SUMPAH DAKU TERHARU! : )

teeeheee..

maaflah kalian semua! kebelakangan ini daku terlampau bizi! hendak menguruskan masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tergendala sahaja..apatah lagi hendak bermesra dengan rakan-rakan di alam maya! sadis sungguh bila lihat blog sendiri seperti ketinggalan zaman untuk seketika! dan pasti juga lah kisah-kisah menarik kalian daku turut terlewat baca! maaf ya semua! sobs! : (

tapi sebizi-bizi daku..daku masih mampu membahagiakan orang-orang disekeliling! kata orang, tak mengapa sekiranya tiada masa untuk diri sendiri...tapi..masa untuk bersama mereka di sekeliling itu lebih penting! betul tak semua? teheeee : )

dan sepanjang minggu lepas, kebizian daku lebih banyak tertumpu untuk orang sekeliling! 

buktinya..

 Perasan sebentar menjadi Princess Elie di hari jadi kakya! : )

 Memanjakan diri di Sungai Gabai bersama rakan-rakan kelas!

melepaskan rindu dengan Noddy si kekasih hati! ; )

dan paling terbaru..

Bersama HouseMate mengenyangkan perut dengan Sate di hari jadi Liyana Aziz! : )

hah! baik betul kan daku ini? bizi-bizi pun masih boleh bergembira bersama mereka yang tersayang! patutlah ramai yang sayang dan suka dengan budak bernama Elie ni! dia baik hati rupanya! mueheehee.. :p

owh ya! hampir terlupa pula untuk ceritakan suatu perkara kepada kalian semua!  

yang membuatkan daku terlampau bizi sebenarnya ialah BERKEMPEN untuk PILIHANRAYA di kolej! opss! jangan salah sangka! daku tak bertanding ya! hanya membantu calon-calon yang bertanding sahaja! niat di hati hendak mencuba untuk berpolitik seketika! tapi rasanya, lebih baik sekadar untuk suka-suka saja! tak minat lah nak berpolitik ni semua! rasanya buat penat saja! hahahha.. :D

Nah! daku juga sudah memberikan khidmat bakti kepada fakulti sendiri dengan turun mengundi calon MPP terbaru pada selasa yang lepas! tahun kedua turun mengundi mencari MPP baru, hebat rasanya menjadi pelajar universiti! teeeheee : p

Nak turun mengundi, kenalah pakai mengikut sahsiah rupa diri! : )

selepas seminggu membantu calon-calon MPP berkempen untuk Pilihanraya di UiTM Puncak Perdana, selesailah sudah minggu untuk berpolitik! penat dan puas betul bila dapat menimba perkara baru di alam politik! walaupun secara kecil-kecilan, tapi sempatlah mengenal erti sebenar mengenai kehidupan!: )

Wah! hebat juga rasanya bila dapat membahagiakan orang lain dahulu sebelum membahagiakan diri sendiri! bak kata umi, masa untuk diri sendiri, nanti-nanti pun boleh!  Hey peeps, betul lah apa yang umi kata tu..kan-kan? bahagiakan diri orang lain dulu, baru pikir diri sendiri! : )

dan selepas ini, rasanya daku sudah boleh kembali bergiat cergas di alam maya, kerana semuanya sudah selesai! paling tidak pun, daku akan bizi dengan asignment sahaja! budak malas lah katakan, memang lah suka buat kerja last minit!heheh..jadi kalian semua, nanti-nanti kanlah kisah menarik dari daku ya?ada kesempatan, banyak lah daku bercerita dalam blog busuk ni! hehhehe..

Owh kejap! sebelum daku terlupa..

esok daku akan  ke Times Square dengan keluarga tercinta! 

ada KESERONOKAN menanti katanya! 

ada sesiapa ke yang akan turut serta?

kalau ada, kita jumpa di sana ya semua? 

kalau jumpa, tegur-tegurlah daku macam kawan lama! 

eh-eh..tak sabar pulak nak berhibur rasanya!

hahahhahha..: )

Peace and Take care peeps! Assalamualaikum! : )

p/s: sedang mencari masa untuk diri sendiri pula! hehehhe

12 comments:

Amanina Sofea said...

mmg btul la lme xupdate blog..
sme la sibuk je..
rse bset bila dpt bhagiakn org..

little cart00n said...

amanina..
tao takpe..
sbok bebenor!
tapi skrg da kembali oke! :)

eRza farEeha said...

comey eh die..:)

little cart00n said...

erza..
comot mendahului la sista!
thx btw..hahah

ARJUNA.Inc said...

ok2..anda bz bjlan sakan kn?hehe..ni da update..meh2 singgah meh..=P

nub said...

wahaha. nak p gabai gak!

ceq pon dah maleh nak update.. adeh...

ghost writer said...

hensem boyfriends...

little cart00n said...

arjuna..
hahahha..
bizi berjalan dan beronggeng rokiah!
ahahhaha..
nnt bakal terjah blog kamu pula.. :)

little cart00n said...

nub..
nxt time elie g, ajak nub la.. :p

little cart00n said...

ghost writer..
nnt elie gtau boyfrien tu eh..
hee

dya adriza said...

wah.. mmg sonok membahagiakan org yg lain dari bahagiakan diri sndiri. kita yg terasa keseronokannya kan..

btw, salam perkenalan elie.. =)

little cart00n said...

dya..
betul2..bila rasa mereka seronok, kita akan seronok dgn sendirinya..:)

salam perkenalan juga sista! :)