Sunday, February 6, 2011

KASUT HUBUNGAN!

salam kalian.. : )

Sejak dari dulu hingga sekarang, daku sering saja berperang dalam setiap perhubungan! : |

owh chup! 

 sebelum apa-apa..

entry ini bukanlah mengenai Noddy yang jauh di mata..

walhal ia adalah entry terbuka! 

jangan salah tafsir ya semua? : )

bila bercakap mengenai PERHUBUNGAN, sememangnya ia bukanlah tertumpu kepada kekasih hati saja..malahan keluarga, rakan-rakan mahupun orang sekeliling juga adalah suatu perhubungan! ya kan?

daku sentiasa percaya, untuk menjalinkan suatu perhubungan memanglah mudah..tapi untuk menjaganya adakah semudah yang disangkakan? What? ada ke yang kata MUDAH? cis! sungguh bedebah siapa yang kata MUDAH tu! tak ku sangka daku takde penyokong rupanya! Teehee :p

dalam perhubungan, selalunya daku akan sentiasa berfikiran terbuka! nak-nak lagi jika sedang dilanda badai! memanglah mula-mula angin taufan akan tak keruan! tapi bila difikirkan, jika  tiadanya badai dalam sebuah perhubungan, haruslah perhubungan akan jadi hitam putih saja kan? maka dengan itu, tiadalah warna warni dalam perhubungan dan kehidupan! wah! sungguh bosan kalau macam tu rupa dalam perhubungan! ya tak? : )

Daku selalunya ingatkan dalam kepala otak dan sematkan dalam hati akan suatu perkara, di mana perhubungan itu ibarat kasut! ia perlu diikat dengan kemas talinya supaya tidak menyusahkan sang pemakainya! takdelah nanti orang yang memakai kasut tu terpeleot atau tersadung sana sini kalau talinya dah di ikat kemas-kemas..kan? tapi jangan pulak lupa untuk belajar dahulu bagaimana untuk mengikat tali kasut tu..tersilap cara untuk mengikatnya, mudah saja ia terbuka..woish!bahaya-bahaya! : )


dan perhubungan juga sebegitu rupa! kalau perasaan itu tidak diikat seperti tali kasut, tak mustahil akan ada masalah dalam perhubungan! sebab tu selalunya kalau berkawan dan berkasih dengan seseorang, seharusnya kita belajar dulu macam mana nak ikat tali persahabatan dan kasih sayang tu.. macam tali kasut juga, nak mengikatnya bukan mudah pada permulaannya..tapi bila da tau macam mana nak ikat dengan ketat, kita dah boleh berlari sambil terjoget-joget dengan kasut bertali tu kan? hehehhe.. :D

wah..bahagia betul kalau tali kasut tu tak tercabut atau terbuka tatkala kita sedang bergembira dalam perhubungan kan? : ) tapi mustahil kot! setiap perkara yang gembira, pasti akan ada sedihnya! dan DIA yang di atas sangat adil! kadang-kadang DIA berikan kita kegembiraan, kemudiaan DIA datangkan kita dengan dugaan..tapi kata orang,  kalau adanya dugaan, ertinya DIA sedang menguji kita! dan daku memang percaya kepada perkara yang satu itu! ; )

Ehem-ehem! sebenarnya entry ini diwujudkan bukanlah kerana daku sedang bermasalah dalam perhubungan sekarang ini..cuma melihatkan apa yang pernah terjadi dalam proses berkawan dan bersahabat dengan orang sekitar, di mana sering saja wujud ketidaksefahaman dalam berhubungan..tah di mana silapnya dalam mencari teman..tapi itulah yang dikatakan REALITI dalam berhubungan, kan? sekali sekala pasti ada pasang surutnya..betul tak kalian semua? : )

Wah-wah-wah daku ini...

leka betul daku mengupdate entry!

tak sedar baju-baju tak kemas lagi

sudah lah esok nak balik kolej pagi-pagi!

memang tak lah daku tidor lewat malam ni!

alahai! esok lusa sure-sure dah mula bizi..

i'allah kita jumpa lagi di lain entry..

kalian semua jangan lupa jaga diri!

salam sayang dari Elie! : )

p/s: sentiasa mahu menjaga setiap perhubungan walaupun diri sendiri tak terjaga! heee

11 comments:

tomatokering :) said...

mesti kasut tu wangi and cuci hari2 tau . tamo busuk2 . :P

Yuyu Johanna said...

thanx rite dear...subah hubungan seperti kasut.kalau di ikat kemas dan di jaga rapi,insyaAllah ikatan takkan terurai..
kalau nak lebih terbaek,jgn lupe kapur kasut sekolah.hehe

CGG said...

betul tu..
sebut bab hubungan..universal

Imran nyambek said...

hati2 ye.

ARJUNA.Inc said...

hehe..sbnarny eprhbngan 2 kalo kita think positif x kn jdi la msalah..cntoh kalo gado..c epkir lek..npe kna gado?n kalo ade sbb gado pn..npe x kalo damai..kn da slsai..x de skit hti..maafkn slap antra stu sma len..ye x?huhu

little cart00n said...

yuyu..
sjak elie masuk zaman u,da lama tak sentuh kasut skolah..
hahhaha

little cart00n said...

cgg..
huubungan universal?
wah! bnda baru ni! :)

little cart00n said...

imran..
always bro! :)

little cart00n said...

arjuna..
betul2..
segala bnda akan ada jalan penyelesaian kan.. :)

nub said...

kratif..dalam makna tu an..kasut dan perhubungan...hehe

little cart00n said...

nub..
kasut dan hubungan perkara yg berlainan..tapi berkait..
kot?
hahahha