Sunday, February 27, 2011

PIPI BOOLAT!

Salam kalian... : )

Bagi sesiapa yang kenal siapa Elie, pasti tahu bagaimana keadaan pipinya! 

kan-kan? :-p

daku punya pipi yang sangat BOOLAT tahu?

Boolat atau kata jahatnya ialah...

TEMBAM!!! :-)

nampak tak telor di pipi daku? :p

semenjak daku gunting rambut minggu lalu, ramai pulak yang tegor keadaan pipi daku!

banyak tau cakap-cakap comel yang berbunyik seperti:-
  
1) Elie..pipi dah makin chubby lah!

2) Elie...bahagia betul nampak? pipi dah makin naik kot! 
mesti Noddy bagi penuh kasih sayang kan?

3) Elie dah ada double chin lah!

Elie..bla-bla-bla

******************************

wah-wah-wah..comel kan kata-kata mereka? :)

Noddy sendiri juga kata daku semakin cun melecun  Tembam!

CISS! apa lagi nak buat?

Sedang bahagia kata orang! ;-)

teeeheeee.. :-p

tapi kalian semua ni tahu tak tentang suatu rahsia daku?

Pipi daku sememangnya BOOLAT sejak dari zaman kanak-kanak ribena!!

waktu 2 tahun, muka comot dengan pipi yang BOOLAT!

OMAIGOD!!

betul kah itu daku?

Sumpah COMOT!!!

muhahhahahhhahhaha :-D

kalau dah waktu kecik-kecik memang dasar tembam, rasanya pipi yang sedia tembam ini memang tak boleh dipisahkan dengan daku lah! tapi tak menjadi masalah pun bila daku ada pipi yang boolat! sebabnya...ramai saja yang sukakan daku dengan pipi sebegini!..COMEL kata mereka! uyeyeyyeye! *sila-sila lah muntah hijau!* mueehhehee :p

jadi daku andaikan pipi tembam ini adalah aset semulajadi 
yang patut disimpan sampai bila-bila! 

tiada apa yang perlu dirisaukan jika pipi ini naik atau apa..

sebaliknya bersyukur saja dengan apa yang ada! :)

kan-kan kalian semua?

teeheee :-) 

p/s: kalau daku kurus, pipi boolat still maintain! apa cite? :p

Saturday, February 26, 2011

BERJAYA FOUNDER'S DAY!

 Salam kalian... : )

Ada sesiapa yang pergi Times Square tak hari ni? : )

kalau ada, kalian terperasan daku tak di sana?

wah-wah..perasan sungguh kau Elie! macam lah popular sangat kan?

hehehehhe :-)

Si Pipi BOOLAT! :p

dapat berbelanja dengan menggunakan vaucher yang umi dapat dari bosnya, haruslah perlu digunakan dengan sehabis baik! bukan mudah tau nak berbelanja dengan vaucher percuma di hari yang penuh keriangan untuk kumpulan BERJAYA ni! nak-nak lagi hari ni pertama kali ke Times Square bersama keluarga tersayang! selalunya dengan kekasih hati dan rakan-rakan je..heee..dan bila sekali sekala dapat berbelanja secara percuma bersama keluarga, memanglah suatu perasaan hebat dirasakan! : )

Program charity yang dilakukan kumpulan BERJAYA ini sememangnya menyeronokkan! walaupun terpaksa berhempas pulas merempuh diri di celah-celah orang ramai, tapi dapat lah melihat segala macam ragam dalam manusia yang datang! heee..

Ehem! dapat jugaklah cuci mata pada mamat-mamat comot hensem yang sebok lelong barangan jualan mereka! time tu memang tak ingat lah peluh-peluh dah meleleh kat badan dan mekup kat muka pun dah cair! muahhahaha..:D

 Kalau charity, tak sah kalau takde Si Hidong Merah ni, kan? : )

niat di hati nak cuci mata je, tapi vaucher yang umi dapat memang tinggi nilainya..maka terpaksalah merempuh celahan orang ramai untuk membeli apa saja yang diinginkan.. tapi tahu tak bagaimana seksanya nak melepaskan diri kalau dah stuck kat tengah-tengah warga kota yang datang? Arghhh! stressnya bila tak dapat nak belok kanan dan kiri untuk blah dari situ! asyik-asyik tersangkut di tengah jalan! nak jaga beg lagi, takut kena seluk la apa..hish! next time kalau nak datang, malas dah nak bawak beg segala bagai! jalan berlenggang kangkung lagi senang! kan-kan? :p

 dapat lepaskan diri dari celahan orang ramai, duduk terus dalam TS! 
Sumpat tak sanggup nak merempuh orang ramai lagi! heeeee :p

kalau kata program charity, haruslah semua barang yang dijual mahal-mahal belaka! tapi peduli apa, bukan daku beli dengan duit sendiri..semuanya vaucher percuma! jadi? haruslah digunakan untuk membeli apa yang mengenyangkan! hehehe...nasib baik banyak makanan di jual di sana! Yabedabedu!! Dapat makan segala yang sedap-sedap pastinya! hehehe : )

Dan haruslah perut yang berkeroncong dapatlah di isi dengan beberapa cawan air slurpee, segelas air dari STARBUCK, Apple Pai, Cheese Cruissont, Popcorn, donat KRISPY CREME dan 2 cucuk Skewed! owh..lupa pulak..abah ada beli nasi beriani juga untuk santapan satu keluarga! ehehehehe...banyak betul beli makanan kan? VAUCHER PERCUMA katanya! teheeee :D

 Apple Pai, Starbuck, Slurpeee! : )

Sebenarnya banyak yang boleh di beli di sana..tapi disebabkan tak larat nak memenatkan diri berjalan di celahan orang ramai, memang tak lah umi nak stay lama-lama kat sana! paham-paham lah kan, emak-emak dah meningkat usia macam umi, tak lah hebat berjalan macam anak dara nya yang sorang ni..hehhe..dan konon-konon nak masuk lucky draw la bagai pada petangnya.. CEH! itu semua kata-kata dusta dari umi semata-mata! hahhaha.. kata umi,  

tak laratlah nak jalan panas-panas macam ni! 
korang nak stay, stay lah..umi nak balik!  

ARGHHHHH!!!!! UMMIIIIIII!!!!

 daku baru terpikir nak menang kete MAZDA sebijik untuk lucky draw petang ni!

Teeeheee :-)

tak dapat menang kete MAZDA, bergambar pun boleh la labuuuu~

btw,  

THANKS to Umi sebab vaucher yang bernilai ratusan ringgit tadi!

kalau takde vaucher percuma tadi, takdenya daku turun Times Square hari ni!

harus saja duduk umah, mesej dengan si Noddy! 

tapi nasib baik dia di Lumut, daku di sini..

Dapatlah jugak mengupdate entry! : )

Umi..oh Umi..

kalau dapat vaucher lagi, jangan lupa bawak daku turun TS lagi!

Terima kasih Umi!!

hehehe :-p

p/s: tadi sempat tgk fashion show, jeles tgk Elaine Daily! Cantik sangat! ;D

Friday, February 25, 2011

MASA UNTUK MEREKA!

 Salam kalian.. : )

Elie..Kenapa dah lama tak update blog?!

*************************

itulah pertanyaan pertama daku terima dari seorang kenalan..

wah..ternyata ada juga yang menunggu kisah-kisah dari daku untuk dibaca ya?

tak sangka betul lah!

Terima kasih ya?

SUMPAH DAKU TERHARU! : )

teeeheee..

maaflah kalian semua! kebelakangan ini daku terlampau bizi! hendak menguruskan masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tergendala sahaja..apatah lagi hendak bermesra dengan rakan-rakan di alam maya! sadis sungguh bila lihat blog sendiri seperti ketinggalan zaman untuk seketika! dan pasti juga lah kisah-kisah menarik kalian daku turut terlewat baca! maaf ya semua! sobs! : (

tapi sebizi-bizi daku..daku masih mampu membahagiakan orang-orang disekeliling! kata orang, tak mengapa sekiranya tiada masa untuk diri sendiri...tapi..masa untuk bersama mereka di sekeliling itu lebih penting! betul tak semua? teheeee : )

dan sepanjang minggu lepas, kebizian daku lebih banyak tertumpu untuk orang sekeliling! 

buktinya..

 Perasan sebentar menjadi Princess Elie di hari jadi kakya! : )

 Memanjakan diri di Sungai Gabai bersama rakan-rakan kelas!

melepaskan rindu dengan Noddy si kekasih hati! ; )

dan paling terbaru..

Bersama HouseMate mengenyangkan perut dengan Sate di hari jadi Liyana Aziz! : )

hah! baik betul kan daku ini? bizi-bizi pun masih boleh bergembira bersama mereka yang tersayang! patutlah ramai yang sayang dan suka dengan budak bernama Elie ni! dia baik hati rupanya! mueheehee.. :p

owh ya! hampir terlupa pula untuk ceritakan suatu perkara kepada kalian semua!  

yang membuatkan daku terlampau bizi sebenarnya ialah BERKEMPEN untuk PILIHANRAYA di kolej! opss! jangan salah sangka! daku tak bertanding ya! hanya membantu calon-calon yang bertanding sahaja! niat di hati hendak mencuba untuk berpolitik seketika! tapi rasanya, lebih baik sekadar untuk suka-suka saja! tak minat lah nak berpolitik ni semua! rasanya buat penat saja! hahahha.. :D

Nah! daku juga sudah memberikan khidmat bakti kepada fakulti sendiri dengan turun mengundi calon MPP terbaru pada selasa yang lepas! tahun kedua turun mengundi mencari MPP baru, hebat rasanya menjadi pelajar universiti! teeeheee : p

Nak turun mengundi, kenalah pakai mengikut sahsiah rupa diri! : )

selepas seminggu membantu calon-calon MPP berkempen untuk Pilihanraya di UiTM Puncak Perdana, selesailah sudah minggu untuk berpolitik! penat dan puas betul bila dapat menimba perkara baru di alam politik! walaupun secara kecil-kecilan, tapi sempatlah mengenal erti sebenar mengenai kehidupan!: )

Wah! hebat juga rasanya bila dapat membahagiakan orang lain dahulu sebelum membahagiakan diri sendiri! bak kata umi, masa untuk diri sendiri, nanti-nanti pun boleh!  Hey peeps, betul lah apa yang umi kata tu..kan-kan? bahagiakan diri orang lain dulu, baru pikir diri sendiri! : )

dan selepas ini, rasanya daku sudah boleh kembali bergiat cergas di alam maya, kerana semuanya sudah selesai! paling tidak pun, daku akan bizi dengan asignment sahaja! budak malas lah katakan, memang lah suka buat kerja last minit!heheh..jadi kalian semua, nanti-nanti kanlah kisah menarik dari daku ya?ada kesempatan, banyak lah daku bercerita dalam blog busuk ni! hehhehe..

Owh kejap! sebelum daku terlupa..

esok daku akan  ke Times Square dengan keluarga tercinta! 

ada KESERONOKAN menanti katanya! 

ada sesiapa ke yang akan turut serta?

kalau ada, kita jumpa di sana ya semua? 

kalau jumpa, tegur-tegurlah daku macam kawan lama! 

eh-eh..tak sabar pulak nak berhibur rasanya!

hahahhahha..: )

Peace and Take care peeps! Assalamualaikum! : )

p/s: sedang mencari masa untuk diri sendiri pula! hehehhe

Saturday, February 12, 2011

SELAMAT TINGGAL SANGGUL BUNGA!

Salam kalian.. : )

Rambut daku selalu saja disanggulkan dan disepitkan dengan sepit bunga! : )

tak kira lah berbaju kurung, kebaya atau kemeja sekalipun..
pasti rambut ini akan bersanggulkan bunga!

Manis betul lah bila pakai sesuatu yang berunsurkan flora di kepala! ;-)

 bersanggul bunga ketika Hari Bersejarah Noddy! :-)

tapi kini rambut daku dah tak boleh bersanggul bunga lagi! ;-(

tahu kenapa??

sila-sila kan lihat gambar di bawah ini! ;p

 Treatment Rambut! :p

Daku dah tiada lagi rambut yang panjang mengurai!

sudah dipotong panjangnya! :-)

semua kerana kata-kata dari seorang kawan yang berbunyi...

Elie..pergi potong rambut kau! serabai da aku tengok!

Owh?! Dia kata aku SERABAI??Demnnn!!!

Bila tengok rambut panjang kat depan cermin, bajet tak nak mengaku diri sendiri serabai..

tapi lama-lama terpaksa mengaku jugak! alahai! ;p

maka dengan itu, haruslah dipotong dan buang segala keserabaian itu!

nak rambut yang molek katanya!

teeheee ;-p

sempat juga buat TREATMENT untuk merawat kembali rambut lama ;-)

dan hasilnya???
:
:
:
:
:
:
:

TARAAAA!!

Tell me which one better? : )

Amacam? Ada OKE? 

Teeheee :p

Tapi bila  rambut da pendek, maksudnya tak boleh lah nak bersanggul lagi! ;-(

jadi kata kan saja selamat tinggal kepada sanggul bunga...

dan selamat datang rambut baru! ;-)

hehehheheh..

p/s:  tadi dah beli cekak baru sebagai pengganti sepit sanggul bunga! ;p

Sunday, February 6, 2011

KASUT HUBUNGAN!

salam kalian.. : )

Sejak dari dulu hingga sekarang, daku sering saja berperang dalam setiap perhubungan! : |

owh chup! 

 sebelum apa-apa..

entry ini bukanlah mengenai Noddy yang jauh di mata..

walhal ia adalah entry terbuka! 

jangan salah tafsir ya semua? : )

bila bercakap mengenai PERHUBUNGAN, sememangnya ia bukanlah tertumpu kepada kekasih hati saja..malahan keluarga, rakan-rakan mahupun orang sekeliling juga adalah suatu perhubungan! ya kan?

daku sentiasa percaya, untuk menjalinkan suatu perhubungan memanglah mudah..tapi untuk menjaganya adakah semudah yang disangkakan? What? ada ke yang kata MUDAH? cis! sungguh bedebah siapa yang kata MUDAH tu! tak ku sangka daku takde penyokong rupanya! Teehee :p

dalam perhubungan, selalunya daku akan sentiasa berfikiran terbuka! nak-nak lagi jika sedang dilanda badai! memanglah mula-mula angin taufan akan tak keruan! tapi bila difikirkan, jika  tiadanya badai dalam sebuah perhubungan, haruslah perhubungan akan jadi hitam putih saja kan? maka dengan itu, tiadalah warna warni dalam perhubungan dan kehidupan! wah! sungguh bosan kalau macam tu rupa dalam perhubungan! ya tak? : )

Daku selalunya ingatkan dalam kepala otak dan sematkan dalam hati akan suatu perkara, di mana perhubungan itu ibarat kasut! ia perlu diikat dengan kemas talinya supaya tidak menyusahkan sang pemakainya! takdelah nanti orang yang memakai kasut tu terpeleot atau tersadung sana sini kalau talinya dah di ikat kemas-kemas..kan? tapi jangan pulak lupa untuk belajar dahulu bagaimana untuk mengikat tali kasut tu..tersilap cara untuk mengikatnya, mudah saja ia terbuka..woish!bahaya-bahaya! : )


dan perhubungan juga sebegitu rupa! kalau perasaan itu tidak diikat seperti tali kasut, tak mustahil akan ada masalah dalam perhubungan! sebab tu selalunya kalau berkawan dan berkasih dengan seseorang, seharusnya kita belajar dulu macam mana nak ikat tali persahabatan dan kasih sayang tu.. macam tali kasut juga, nak mengikatnya bukan mudah pada permulaannya..tapi bila da tau macam mana nak ikat dengan ketat, kita dah boleh berlari sambil terjoget-joget dengan kasut bertali tu kan? hehehhe.. :D

wah..bahagia betul kalau tali kasut tu tak tercabut atau terbuka tatkala kita sedang bergembira dalam perhubungan kan? : ) tapi mustahil kot! setiap perkara yang gembira, pasti akan ada sedihnya! dan DIA yang di atas sangat adil! kadang-kadang DIA berikan kita kegembiraan, kemudiaan DIA datangkan kita dengan dugaan..tapi kata orang,  kalau adanya dugaan, ertinya DIA sedang menguji kita! dan daku memang percaya kepada perkara yang satu itu! ; )

Ehem-ehem! sebenarnya entry ini diwujudkan bukanlah kerana daku sedang bermasalah dalam perhubungan sekarang ini..cuma melihatkan apa yang pernah terjadi dalam proses berkawan dan bersahabat dengan orang sekitar, di mana sering saja wujud ketidaksefahaman dalam berhubungan..tah di mana silapnya dalam mencari teman..tapi itulah yang dikatakan REALITI dalam berhubungan, kan? sekali sekala pasti ada pasang surutnya..betul tak kalian semua? : )

Wah-wah-wah daku ini...

leka betul daku mengupdate entry!

tak sedar baju-baju tak kemas lagi

sudah lah esok nak balik kolej pagi-pagi!

memang tak lah daku tidor lewat malam ni!

alahai! esok lusa sure-sure dah mula bizi..

i'allah kita jumpa lagi di lain entry..

kalian semua jangan lupa jaga diri!

salam sayang dari Elie! : )

p/s: sentiasa mahu menjaga setiap perhubungan walaupun diri sendiri tak terjaga! heee

Saturday, February 5, 2011

1000 PATAH PERKATAAN!

salam kalian.. : )

nak buat asignment untuk 1000 patah perkataan bukanlah sukar seperti yang disangkakan!

tapi bayangkan kalau kerja yang senang, harus dilakukan ketika kesihatan terganggu! 

adakah kerja yang perlu dilakukan itu akan menjadi?

haish!!
 
2-3 hari before, badan memang da rasa lain macam, tapi buat bodoh je..konon-konon bajet tak kan jadi pape! budak-budak, memang macam tu! bajet telan ubat batuk untuk 2-3 ari lepas boleh lah elakkan sakit tekak berpanjangan! sekali hari ni, suara da serak, air hidung da meleleh, paham lah daku! tu tandanya nak DEMAM! ; (

kalau demam, keje CONFIRM tak jalan! nak buat apa pun rasa tak selesa! air mata senang je nak keluar walaupun takde pape yang sedih melanda! Emosi juga harus saja rasa tak tenteram! haish! : ( asignment banyak lagi tak siap ni! esok lusa da nak abis cuti! mati lah kalau asyik saja layan demam ni!

Wahai Elie yang molek sekali, tolong jangan mengada-ngada untuk kali ini! :-B

Hey! kata orang, kalau nak berjaya, kena banyak berusaha!

Demam-demam pun, asignment jangan lupa siapkan! harus juga sentuh sikit-sikit walaupun mata kejap-kejap banyak kali jeling kat blog! heheheh..:p

Dulu, arwah atuk daku salu pesan..budak baik tak boleh malas! jadi sekarang memang terbuktilah yang budak baik, sebab demam-demam pun dapat siapkan kerja kat umah!kan-kan? :D tapi tak sangka pulak amek masa sehari untuk siapkan asgment esei 1000 patah perkataan! kalau orang lain sangat hebat sampai boleh buat dalam masa sejam je..daku lagi hebat kot! sehari lamanya! hahaha..

hoi! nak pikir tajuk apa nak buat da 3-4 jam.. susun ayat lagi dah nak dekat 5-6 jam..kalian tambah la sendiri bape jam da daku amek tu! tak kira lagi waktu menguap, tertido..jeling-jeling kat tv ngan blog..itu da confirm-confirm dekat setengah hari! sebab tulah makan masa sehari nak siapkan kerja yang senang macam makan kuaci! budak pemalas daku ni! jangan pelik ya? :p

AWAS! adik-adik di rumah, sila jangan tiru sikap daku ni!

kalau tak, memang cari nahas dengan diri sendiri!

teeeheeee :p


dan nasib baik jugak takde budak ketot kat umah hari ni..kalau tak, haruslah 3-4 hari jugak daku nak siapkan semua kerja ni! ngeeee..

Owh ya! sebelum daku mengundur diri..

hampir terlupa suatu benda ni!

semua ubat daku tak makan-makan lagi!

patutlah umi kat umah ni bising dari tadi!

"Kau ni Elie, blog dari pagi! ubat dah makan belum ni?!"

haha..itu lah kata umi!

teeeheee : )

p/s: air hidung meleleh dari tadi..tido malam ni sure tak leh mimpi! bersin tak henti-henti! cis!

Friday, February 4, 2011

VIDEO WRIGLEYS CHEWING GUM!

Salam kalian.. : )

Hidup kalau tak saling bantu menbantu, memang tak bagus kan? : )

semalam daku godek lappy, tengok gambar-gambar waktu semester satu hingga sekarang..konon-konon nak mengimbau kenangan la katanya! hehehe..baru perasan rupanya banyak folder gambar yang daku simpan semenjak jadi budak universiti ni! wah! tak sangka gila kot! ingatkan baru sekeping dua..oke fine! memang sah daku tipu!hehehe..

oit! daku tengok gambar-gambar lama, muka licin lagi..jerawat pun rasa macam susah nak jumpa! memang terasa lah diri ni betul-betul dah jadi anak dara! cis! muehehehhehe : )

bila da buka segala folder, terjumpa pulak video-video lama yang mana daku menjadi talent kepada rakan-rakan seperjuangan di universiti dalam menyiapkan tugasan mereka! wah indah betul pengalaman-pengalaman bersama mereka semua!: ) ceh ayat daku bajet macam da blah dari universiti kan? perasan betul da nak abis study! T__________T

dan bila tengok balik video-video yang menjadi talent kepada rakan-rakan, harus juga daku nak berkongsi dengan kalian semua kan? bukan lah niat ingin tunjuk hebat kerana muka sendiri pernah dijadikan talent utama, tapi sebaliknya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang telah sudi mengambil daku sebagai rakan kerja mereka walaupun berada dalam kelas yang tidak sama! sumpah daku terharu gila! : ) Terima kasih ya rakan-rakan semua! jasa kalian di kenang! : )

owh! tunggu apa lagi hendaknya? marilah cuci mata kalian sebentar dengan menonton video Wrigleys Chewing Gum versi pelajar skrin,dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik! sambil-sambil tu, cuba-cuba lah kalian spot daku yang comel comot dalam video tu! heeeee :p

opss kejap!! 

jangan pulak lupa pause lagu Titanic yang mendayu-dayu dalam blog daku ni! 

teeeheee :p

Enjoy the video peeps! : )



PERHATIAN!

atas arahan pengarah:-

Kalian dilarang re upload video ini di mana-mana ya! : )

walaupun hero iklan ni tak sehensem Fahrin Ahmad dalam iklan Granier, daku tetap terasa comel bila tengok muka sendiri masuk kamera! ceh! perasan-perasan! teeehee :D

owh..sebelum terlupa! sebenarnya ini video yang telah di shoot kan pada daku semester 3, akhir tahun lepas, dan daku baru mendapat pelepasan dari pihak pengarah untuk menguplodkan di blog tersayang! sebelum ni  punyalah takut nak uplod sesuka hati..sekarang da dapat green light, suka lah daku berkongsi dengan kalian semua! Terima Kasih ya tuan pengarah! Sayang kamu lebih Nadia! : ))

dan sekali lagi ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan-rakan yang telah bertungkus lumus menyiapkan video tersebut baik dari proses permulaan hingga akhirnya! : )

The Talent, The Crew, The Team! : )

Ehem kalian semua!

ingat ya..

niat daku hanya ingin berkongsi saja..

bukan lah ingin berbangga-bangga..

tujuan utama adalah untuk bergembira!

jadi tak salah kan kalau masing-masing ingin ketawa?

even sempat juga daku merasa glamer bila muka masuk kamera!

walaupun hanya sementara! ;p

jadi kalian janganlah jeles ya?

esok lusa mungkin peluang kalian pula!

oke..bye-bye semua! ; ) 

p/s: waktu rekod video ni, daku kurus saja kan?! sekarang?! alahai! -____-

Thursday, February 3, 2011

MERAH ITU TUAH!

salam kalian.. : )


sebelum apa-apa..

 ada tak di antara kalian yang berbangsa cina?

owh ADA?!

SELAMAT TAHUN BARU CINA!  : )

seperti biasa, kalau tibanya tahun baru cina, daku memang tak boleh tido lena! sebabnya, anak jiran sebelah umah memang CONFIRM memekak dengan mercun bom nya yang dorang main dari malam sampai awal pagi! cis! rasanya dorang memang nak lawan daku yang main mercun bawang time raya dulu ni! hehehhehe :p

owh..lupa nak bagitau! area rumah daku sebahagiannya dimonopoli oleh bangsa cina..majoriti adalah melayu dan selebihnya adalah india! sebab tu kalau tahun baru cina menjelma, memang senang nak tengok rumah-rumah yang berwarna merah kat area umah daku ni! kiri kanan rata-ratanya merah! kata orang, kalau nak cari rumah LEE CHONG WEI, kena ada alamat yang betul-betul detail! kalau tak, CONFIRM tak jumpa rumah yang mana! hehhe :p

dan daku perasan jiran-jiran daku ada yang menggantung tanglung dan angpau di sekitar rumah! harus juga semuanya kaler merah! sebab kata mereka, MERAH ITU TUAH! jadi janganlah pulak kalian garu kepala kalau tengok anak cina sebelah umah kalian tu pakai cheongsam kaler merah untuk 2-3 hari ni! tu tandanya mereka mahukan TUAH lah tu! teeeheee : )

 daku pun nak TUAH! :D

dan selalunya kalau cuti raya cina, memang lah daku tak keluar mana! nak-nak lagi boyfren sedang jauh di mata..*ececeh*.. kawan-kawan semua di kampung halaman masing-masing..jadi aktiviti hari ini hanyalah bergumbira di rumah sambil layan movie di lappy dan menternak lemak segalanya! teeeheee : )

oke bye semua! 

eh! lupa! cuti-cuti macam ni, kalau daku tak masak memang tak sah! kalau sebelum ni buat hidangan untuk makan petang, kali ni pergi ke tengah hari pulak oke? tadi masak MIXED PASTA untuk santapan keluarga tersayang! memang kembang lubang hidung bila umi puji sedap! ; )

air tangan Elie yang manis! ;p

wah! kalian jangan pulak jeles! memang sah lah anak dara yang sorang ni hebat memasak! jadi? ada sesiapa yang nak masuk pinang tak? sila-silalah isi borang dulu! muhahahha :p

oke bye! assalamualaikum! : )

p/s: apek sebelah rumah ada anak lelaki hensem! tapi sekolah rendah lagi! tak jadilah nak mengorat! heee ;p

Wednesday, February 2, 2011

EMOTIONS!

salam kalian.. : )

Dalam apa jua keadaan, EMOSI adalah kepala kepada segala-galanya! 

betul tak kalian semua? : )

bertitik tolak dari entry BUNGA MAWAR MERAH, daku telah berusaha untuk menulis lirik dan membuat lagu sendiri dengan seupaya mungkin! walaupun tahu, lirik daku tak sepuitis lirik dari penulis lirik Allahyarham Loloq, dan lagu daku tak seindah komposer Adnan Abu Hassan, tapi bolehlah berbangga kerana ia dari idea dan usaha daku sendiri!yelah, pertama kali menggubah lagu sendiri untuk subjek Penulisan Lirik, mana mungkin daku tak tersenyum kambing sendirian! teeeheee : )

owh! bercakap mengenai pertama kali membuat lirik dan menggubah lagu sendiri, haruslah emosi sedikit terganggu bila segala bnda serba tak menjadi dan tak kena! masuk key ini tak betul, masuk key itu tak betul! cis! sedikit sebanyak mood ni memang mintak sidekick dari diri sendiri! nasib baik lah tahap kesabaran masih menggunung tinggi! hehehhe :p

hey, tau tak bila nak membuat lagu juga harus punya emosi yang betul? tahu tak?! mendapat 4 tugasan mencipta lirik dan lagu yang berbeza genre, emosi lah menjadi kekuatan dan penentu kejayaan! kalau buat lagu sedih yang tangkap leleh, takkan emosi nak girang gembira pulak kan? dan kalau dengar lagu yang comel-comel macam lagu Senyum dari Najwa featuring Malique, takkan lah nak menangis sampai tersedu sedan dan bahu terhinjut-hinjut kan?! sah-sah orang kata kita ni gila sewel!kan-kan? heeeee..

dan bila terlampau banyak nak kena fikir, dengan lagu dan lirik yang tak siap-siap ag..mana nak masukkan emosi yang sepatutnya pun tak tahu lah! puas telinga ni dengar macam-macam lagu dari penyanyi-penyanyi hebat secara berulang kali, konon-kononnya nak buat rujukan, tapi hampeh! rasa macam tahi telinga pun nak cair, adalah! mencari ilham untuk lirik dan lagu sendiri, tak dapat-dapat! yang dapat hanyalah 'KE FEDUP AN' semata-mata! ceh! grrr! T_________T

tapi kata orang kalau diri da mula stress, emosi boleh kembali stabil jika bersama dengan kanak-kanak! hah! buat lah macam-macam perkara sekalipun bersama budak-budak, pasti emosi yang sedikit mereng akan kembali kepada keadaan asal! tak percaya? lihat saja gambar daku di bawah! : )

This is what we called EMOTION and EXPRESSION! : )

bagaimana semua? sudah percaya? : ) 

kalau masih lagi tak percaya, boleh cuba buat macam-macam gaya dan cara dengan budak-budak di rumah! kalau takde adik kecik di rumah, pinjam saja anak jiran sebelah! hehehe..

daku ini kalau da jumpa budak-budak, haruslah sebegitu rupa! jangan pelik ya semua! hehehe : ) Emosi yang tunggang terbalik pada awalnya, terus dibentuk semula bila dapat bermimik muka bersama adik kecik tersayang! wah-wah! nampak tak betapa comelnya daku dalam gambar tu? opsss! puji diri sendiri secara sukarela, memang menjadi kebiasaan daku! jangan marah ya semua! muaahahhahahha :D

hoooi-hoooi!!

sibuknya daku menulis entry baru!

sampai terlupa nak siapkan asignment lirik dan lagu!

baru siap satu lagu dah nak diam membatu! 

adakah ingat kalau duduk saja boleh maju?!

jangan harap orang lain akan amek tahu kalau diri sendiri tak mahu bantu!

memanglah loya kalau hari-hari fikirkan lagu!

tapi apa boleh buat, memang ini tugas nombor satu!

kalian semua, doakan lah yang terbaik untuk daku!  

huhuhuhuhuhu.. : (

p/s: Lagu Tahun Baru Cina, emosinya perlu macam mana? ada sesiapa yang tahu? :p

Tuesday, February 1, 2011

MIXED PIE!

Salam kalian.. : )

Kalau tiba saja hari cuti, perkara yang wajib dilakukan di rumah adalah...

MEMASAK! : )

waktu-waktu bercuti macam ni lah waktu yang sesuai untuk daku kembangkan bakat memasak di rumah! : )
lagipun, umi kata anak dara kalau tak pandai masak, nanti takde orang nak pinang! woish! mintak simpang kalau takde orang nak pinang weh! daku nak kawen dengan anak raja! eh! silap-silap! daku nak kawen dengan kekasih yang bergelar Tentera Laut Diraja Malaysia! :D

wah-wah..gatal sungguh anak dara sekor ni kan? tak sedar pulak yang daku ni belajar pun tak abis lagi! teeheee :p

disebabkan cuti kali ni daku keseorangan tanpa bertemankan kekasih hati yang sedang bertugas di Lumut, jadi daku kemalasan untuk keluar rumah dan beronggeng rokiah di bandar! kalau bersuka ria di luar pun, buat terbang duit saja! cis! lebih baik duduk di rumah, buat Mixed Pie untuk minum petang! lebih berguna rasanya! takde lah daku berjoli sakan di ibu kota, kan-kan kalian? hehehe :p

owh ya..kalau bab-bab masak, sering saja umi suruh daku buat kan hidangan untuk minum petang! umi tahu anak daranya yang sorang ni hebat kot! heheh..kalau dulu daku selalu buat PUDING ROTI untuk santapan keluarga, kali ni bertukar angin kepada MIXED PIE! wah! hebatlah anak dara Haji Ramli dan Hajah Faridah ni memasak! eh..terpuji diri sendiri pulak! :D

hey kalian! tahu tak bagaimana nak masak mixed pie yang sedap?

 MIXED PIE! : )

kalau tak tahu, marilah daku ajarkan! 

pasti kalian akan gigit jari kalau tak cuba di rumah!

teeeeheee :p

bahan asas yang diperlukan hanyalah campuran sayuran seperti kacang peas, carrot, jagung, minyak masak, dan isi ayam! kalau tak suka ayam, gantikanlah dengan isi daging. bagi sesiapa yang sukakan cendawan, boleh lah masukkan sekali dalam kuali tu.. lebih sedap rasanya.. : )

oke..First! kalian perlu tumiskan bahan-bahan tadi dengan selamatnya! tumis sehingga masak segala sayur mayur dalam kuali dan isi-isi ayam tadi..kalau boleh, jangan gunakan garam! sebabnya isi ayam boleh mengeluarkan rasa masin yang asli! tak percaya? cuba sendiri! : )

 can u see the MUSHROOM?! yummy! : )

bila da masak bahan-bahan tadi, biarkan seketika. sambil tu, kalian perlukan loyang atau bekas untuk buat pastri pie..jadi apa yang kalian perlukan hanyalah lapik pastri-pastri di dalam loyang dan sapukan sedikit butter! jangan sapu lebih-lebih! nanti berlemak! kalian pasti tak nak gemuk kan? :p

dah lapik pastri dalam loyang, isikan bahan-bahan yang dah di tumis tadi ke atas pastri..kemudian lapik lagi pastri di atas bahan tersebut sehingga menjadi tiga lapisan! jangan lupa sapukan butter setiap kali pastri dilapikkan! : )

setakat ni, paham tak semua?

kalau tak paham, lihat saja pada gambar di bawah! : )

 step satu-dua dan tiga!

owh lupa! pastri pie yang daku gunakan tadi bole dibeli di pasaraya saja! belilah jenama apa-apa saja, janji FILLO PASTRY! dan tak perlulah kalian susah kan diri untuk menggelek pastri di dapur kan?! buat sakit pinggang saja! zaman sekarang kan dah maju! semua pun ada dijual di pasaraya! hehehhe

 yang penting ia Cholestrol Free! : )

bila da siap semuanya, bolehlah masukkan dalam microwave! bakar pie selama 20 minit!

waktu 20 minit menunggu tu, kalian boleh lah bergayut telefon dengan buah hati sekejap! takpun, update entry baru ke..hehe..tapi jangan lama-lama! 20 minit saja tao! kalau hangit pie kalian di dapur, jangan pulak nanti salah kan daku! heee :p

lepas 20 minit, bolehlah kalian keluarkan dari microwave, dan kalian akan lihat warna kulit pastri kalian berubah kepada coklat ke emas-emasan! wah! sebenarnya itu tanda da masaklah pie kalian tu! hehhe

 Golden Brown!

dah tu, boleh lah hidangkan untuk santapan keluarga! lebih sedap jika di makan ketika sedang panas! ajaklah jiran sebelah umah rasa sekali pie dari air tangan kalian tu! kalau rasa nak panggil satu kampung pun boleh jugak, tapi kalau tak cukup, pandai-pandailah kalian menjawabnya! muahahhahahaha :p

 dijamin SEDAP! : )

Ehem! kalau ada yang nak pikat hati mak mertua, boleh lah bagi dorang rasa sekali! mana tahu, silap hari bulan, mak mertua pun terus jadikan kalian menantu tersayang! ngeeee! :D

Hah kalian semua ni..tunggu apa lagi? 

takkan tak reti-reti? 

kan daku dah bagi resepi!

jadi, cubalah di rumah sendiri!

takkan pulak nak cuba di rumah Elie?

wah-wah! berpantun pulak daku ini!

SORRY-SORRY!

daku ni memang macam ni!

suka melalut sampai lupa diri!

teeeheee : )

p/s: Umi bising daku masak,sikit-sikit nak amik gambar! alahai umi! :D