Sunday, January 2, 2011

WARNA WARNI 2010!

Salam kalian! : )

hari ini 2 januari 2011 ya??

OWH TIDAK!!

sebelum terlambat, daku ingin mengucapkan..

SELAMAT TAHUN BARU 2011! ; )

**************************

hai semua! apa khabar?

selama 2 minggu menyepi, daku sangat rindu dengan dunia blog! 

SUMPAH! :D

seperti yang kalian semua sedia maklum, entry lepas akan menyatakan bahawa daku berkursus di Penang selama seminggu lamanya dan menjadi Pemimpin Mahasiswa di minggu Orentasi di kolej selepas seminggu berkempen di Penang! alhamdulillah..segalanya telah selesai dan berjalan dengan jayanya! : ))

dan maaflah kalau keadaan blog ini diam menyepi saja! hehe..sepatutnya entry ini ditulis sebelum masuknya tahun baru! tapi disebabkan kesibukan yang tak dapat dielakkan, maka terpaksalah entry ini terlewat sehari untuk tatapan kalian semua! maaf ya? : ) tapi rasanya tak mengapa bukan? lebih baik ada dari tak ada apa2 bukan? heee.. : )

baik-baik kalian semua! dengar sini daku nk cerita! hahaha..

tahun baru daku biasa saja..kalau ada dari kalangan kalian yang menyambut kehadiran tahun baru dengan bunga api dan mercun segalanya, daku tidak pula begitu! hanya berada di kolej dan menyelesaikan apa yang patut di minggu orentasi saja...sadis bukan? : ( tapi bagus jugak! rahu tak yg bukan senang nk menyambut tahun baru di tempat daku menuntut ilmu! sekali sekala..bukan selalu..kan-kan? hahha.. :D

oke..sempena tahun baru ini, daku memang tidak mempunyai apa-apa azam melainkan hanya mahu menjadikan tahu ini sebagai tahun yang lebih hebat dan berjaya dari tahu-tahun yang sebelumnya! kerana jika diikutkan, tahun 2010 adalah satu tahun yang paling berjaya dalam kamus hidup seorang gadis bernama EliE! pahit manis semuanya telah tercoret dalam tahun 2010! : )

tak percaya? mari daku rumuskan serba sedikit mengenai tahun 2010! :D

bermula dengan kisah percintaan yang ada pasang surutnya antara daku dan noddy, kami telah bercuti dan berjalan-jalan di Pulau Pangkor pada bulan februari yang lepas..Segalanya serba hebat bila dapat bersuka ria dan berjalan sakan sambil menikmati keindahan pulau dan alam ciptaan Dia di atas! : )


keseronokan yang pada mulanya dianggap suatu kehebatan dalam dunia percintaan, mula dihimpit dengan satu dugaan yang sangat mencabar sehingga suatu tahap memaksa diri ini tidak dapat menerima apa yang berlaku disekeliling! kesilapan dalam terlampau mencintai sang pencinta rupanya boleh membuatkan dua hati yang bersatu mula berpecah belah! perang dingin dalam perhubungan kami nyaris-nyaris menyebabkan diri ini memegang title single untuk selamanya!! : (

tapi alhamdulillah..segalanya kembali seperti sedia kala bila rasa cinta dan kasih sayang masih tebal wujud dalam diri pasangan yang bercinta ini! perhubungan yang telah berada di hujung tanduk, berjaya disambung semula akhirnya! syukur! : )

semester kedua pula bermula baik hingga ke akhir semester! tiada apa cacat cela yang tersemat dalam dada, cuma stress dengan asgment yang melampau saja menjadi ingatan tetap dalam kepala hotak daku! heheh..tapi kami masih lagi boleh bersuka ria! kata orang, lepaskan tensen! hahah..kalau tak, masakan daku boleh menjadi model yang berposing sexy dan ber photoshoot di atas bukit? kan? hahhhaha..

 model tak bergaji! :p

kalau dalam perhubungan, memang kebiasaannya ada pasang surut kan? selepas perhubungan yang dilanda badai antara daku dan kekasih, kami masih mampu kekal hingga ke saat ini! SYUKUR! : ) tapi daku percaya, Dia yang di atas mungkin mahu menduga kasih sayang antara kami! Ikutkan kata orang, jika dua hati masih kuat untuk bersama, tak mustahil akan tetap bertahan! buktinya, daku dan noddy telah berkongsi duit untuk berhibur di Genting Highlands sambil bergelak sakan seharian di sana! wah! hebat-hebat! : )

Princess Elie n Prince Noddy! : )

kalau da sibuk bercinta, teringin jugak nak naik pelamin! tak dapat jadi pengantin pun, jadi pengapit pun boleh la kan? hahahha.. disuruh menjadi pengapit untuk perkahwinan seorang sepupu sememang nya menjadi kenangan manis dalam diri! sebabnya tak pernah seumur hidup terfikir akan pegang kipas pengantin tu! heee..

me in purple! : )

jadual di semester 3 bermula agak padat! tapi kepenatan dengan kehidupan di kolej tidak sekali-kali menjadikan daku berat buntut untuk turun padang dan bergiat aktif dalam dunia sukan! menjadi wakil perseorangan badminton wanita dalam Sukan Antara Fakulti antara satu kenangan manis untuk diingati dalam semester 3! daku bukan saja terpaksa mengalami kecederaan dalam latihan dan ketika perlawanan, tapi juga mengalami batuk berdarah yang hampir-hampir merosakkan anak tekak! : (

  teringat zaman bergelar atlet sekolah dulu! :p

dalam keseronokan bersukan juga, kadangnya daku boleh terlupa pada orang-orang sekeliling! sadisnya bila perhubungan dengan rakan-rakan serumah mula bergolak kerana wujudnya masalah yang tidak diingini..: ( tangis dan tawa yang dikongsi bersama selama dua semester sememangnya boleh termati begitu saja jika tiadanya usaha untuk mendamaikannya, namun kerana berkat doa kesabaran dan sikap matang yang cuba dipraktikkan dalam diri, akhirnya perhubungan dengan rakan serumah masih terjaga hingga ke saat ini! alhamdulillah! : )

 HeartBeat! : )

31 ogos tahun 2010 merupakan tahun terakhir daku bergelar gadis belasan tahun! bererti, tahun 2011 ini adalah permulaan daku untuk berusia 20 an! yeay! mungkin lepas ini daku sudah tidak lagi bergelar budak hingusan! hahhaa..dan hari jadi yang bersamaan dengan hari kemerdekaan negara itu menjadi sangat manis bila mendapat sebuah teddy bear yang saiznya lebih besar dari badan daku sendiri! JUMBO, pemberian dari buah hati bernama noddy kini sentiasa menjadi teman bilik daku di rumah! : ).

 si kacak JUMBO! : )

bila masuk saja bulan ramadhan, segalanya dilalui dengan penuh rasa rendah diri dan takwa kepada DIA yang di atas! dan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, syawal yang menjelma disambut dengan cara yang bersederhana! tapi baju dan keadaan diri haruslah nk cantik-cantik saja kan?! bila lagi nk berhias sakan, kan-kan?hahha :p

 berkurung biru di pagi raya! : )

dan raya tahun lepas mungkin akan diingati sampai bila-bila kerana raya pada raya ke enam, pertama kalinya daku membawa buah hati pengarang jantung berjumpa dengan umi dan abah di rumah!alhamdulilah..segalanya berjalan lancar dan diterima baik oleh keluarga!walaupun mula-mula umi terkejut juga macam mana anak daranya yang sorang ni boleh berkasih dengan askar laut! hahaha.. ;p

 diam-diam..umi tak tahu kami bergambar dpn umah! :p

sebut saja hari raya, haruslah ada sambutan di kolej seperti sambutan raya pada tahun-tahun lepas! waktu-waktu macam ni lah diri ini nak bersolek bagai! dah kata gadis! kalau ada event, tak pakai cantik-cantik, memang tak sah lah! kan? hehehe..waktu itu lah daku berkurung putih, yang kata kawan-kawan macam nak pergi bertunang tu! hahahhaha : )

kami manis macam lolipop kan? : )

sebelum berakhirnya semester 3, harus juga nak kenangan bersama! tak perlu beraksi hebat di luar kolej seperti di semester 1 dan 2, cukup sekadar di kelas BEL sahaja! cukup menggamit memori daku dan kawan-kawan penulisan seni layar yang lain! Trimas Semua! : )

The heroes n heroins of  CT112!  :D

tahun 2010 juga harus ada sesi makan bersama keluarga! kalau tidak, rasa seperti tidak lengkap hidup!heheh.. dapat menjamah makanan jepun di Crown Plaza Mutiara semestinya membuatkan hati senang dan perut kenyang! : )

A guide to Japan! : )

kalau dah makan kenyang-kenyang,tapi tak bersenam, harus badan akan naik macam di pam-pam! itu yang wujudnya entry daku dan rakan-rakan naik bukit tu! hebat betul rasa bila kaki cecah puncak bukit! terasa macam wirawati yang sampai ke puncak gunung everest! hehe: D

inilah barisan kita~ :p

kadang-kadang, kehidupan di kampus sangat memenatkan! bila dapat ber overnite bersama teman-teman sekampus, seronok jugak! opsss! maaf, jangan salah sangka, daku tidak lah liar dan sosial seperti yang kalian fikirkan! ber overnite kerana bertujuan untuk memberikan sokongan kepada short filem seorang rakan saja, tiada salahnya bukan? : )



dalam belajar, hidup tolong menolong haruslah dipraktikkan! barulah berkat pelajaran! : ) disebabkan itu daku telah membantu rakan-rakan sekampus untuk menjadi model bagi iklan WRIGLEYS chewing gum dan video EKSPERIMENTAL! wah! comel je rasa bila tgk muka sendiri masuk camera! hahahah

Wrigleys Chewing Gum! : )


masuk saja bulan oktober, satu lagi perkara hebat terjadi! menemankan kekasih hati sewaktu convonya sememangnya satu perkara yang tidak pernah difikirkan akan terjadi! hellooo..bukan senang oke nak lihat tentera laut naik pentas dapat watikah depan Agong! hahahah...Congrats sayang! ; )

The Couple! : )

kalau hati da senang, haruslah nak menjalani Kempen Sihat Sedunia kan? hahha..barulah hidup mesra dengan keadaan yang sihat dari sebarang penyakit!! yeay! hahaha..

Duta bagi Kempen Sihat Sedunia! : )

perhubungan daku dan noddy berkembang dengan baiknya selepas detik pertemuan dihitung dan di nanti! sampai saja date ke 50 pertemuan kami, haruslah saat itu disambut dengan penuh rasa syukur dan rasa cinta yang menebal dalam diri! 50 first date, sememangnya indah belaka! : ) wah-wah..terasa gedik pulak ayat daku!muahahhaha : p

; )

bulan disember sememangnya memberikan 1001 kenangan manis dalam diri ini! terutama bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Kota Singa! bersuka ria dan bergembira di Kota Singa sememang nya satu pengalaman baru! hebatnya terasa bila terkenangkan bahawa daku ke sana dengan menggunakan wang saku sendiri! wah! bahagia-bahagia! : )

 kenangan! : )

keindahan di bulan disember diteruskan lagi bila daku terpilih untuk berkursus di Penang untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa! bukan saja dapat berjumpa rakan-rakan baru dari Uitm Shah Alam dan Uitm Puncak Alam..malah pengalaman yang berharga sangat manis untuk dikenang! semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal hingga ke akhirnya..i'allah! : )

manisnya berkawan!  : )

setelah berkursus di Penang, tibalah tempoh berorentasi bersama pelajar baru di kolej! segala ilmu yang dipelajari di kursus digunakan sebaik mungkin! kesabaran yang tinggi dalam menjadi salah seorang dari bahagian Biro Makanan sememangnya diperlukan dalam menjalankan tanggungjawab dengan sempurna! alhamdulillah, segala penat lelah terbayar rasanya bila melihat pelajar-pelajar baru dan rakan-rakan setugas mendapat makan dengan sebaiknya! syukur! : )

bukti diberikan tugas sebagai Biro Makanan! : )

akhirnya 2010 menutup tirai dengan jayanya bila minggu orentasi melabuhkan tirainya dan dengan ini, daku secara rasminya sudah bergelar mantan bagi pemimpin bagi mahasiswa-mahasiswa di kolej! sedih dan rindu pastinya ada bila terkenangkan kemanisan sepanjang menjalankan tugas di kolej! : ) 

dan ini bererti, 2010 juga secara rasminya menutup tirai dengan selamatnya pada 2 hari yang lepas! : )

Jadi sekali lagi untuk kalian semua., 

SELAMAT TAHUN BARU 2011! : )

Semoga tahun 2010 yang lalu pergi membawa cerita yang lama dan semoga kedatangan 2011 ini memberikan 1001 kehebatan untuk daku, kalian dan kita semua ya! ayuh kita buka buku baru dan tinggalkan kisah yang basi dulu! ; )

pppssssttt!!

nk tahu satu perkara mengenai tahun baru daku?

hehhee..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

tadi daku pergi jumpa kekasih hati untuk melepaskan rindu! ;p

sayang : )

bila lama tak jumpa,pelik pula rasanya! 

Teheee :D

Memang suatu permulaan tahun baru yang baik kan?!

hahahhahahaha :p

p/s: Gudluck Elie untuk semester baru dan 2011!  : )

24 comments:

areteacar said...

elie, happy new year! nape cakap terlampau mencintai sang pencipta boleh mnjadikan dua hati berpecah? tak faham.

tieha ismail said...

whoaa....clap clap clap ! hope dis year lebih bahagea bersama yg tersayang...huhuuuhh

little cart00n said...

areteacar..
kalau terlalu mencintai, boleh terleka diri.. :)

little cart00n said...

tieha..
wahahha..clap-clap~ :)

aMyErInAiMiE said...

maknenye dah setaun lebih la akak follow blog elie ni rasenye.hehe.elie, pg td akak terigt kt elie..tau x nape?cube baca entry akak ni smpi habis tau..http://eringilegambar.blogspot.com/2011/01/adik-keluar-paper-harini.html

4umyfans said...

all the best for this new great year. 2011.

teman harap, kamu lebih bersemangat dan berkeyakinan dalam menempuh kehidupan di kampus. yeayy!

katakan yeayy! pada yeayy!

Syida Shukor said...

elieee sayangg , selamat tahun baru . may you'll be blessed ! :)

♥ nana i am ♥ said...

wowwww~ super duper entry yang panjang! ^_^
btw, happy new year .hohohoho

Juaini Juliet Jamaludin said...

nice babe! :D

liyanaziz said...

penuh warna warni! dan sekarang *semasa menaip* anda sedang tidur!! hahhahaha... bangun2! keseorangan ni di luar!

peah @ peps said...

wahh byknyer ativity elie..anyway..Happy New Year and Good Luck utk 2011 ye...

New Entry: Water Chalet, Avillion, Port Dickson

pilotHans said...

happy new year 2011 ^_^

Halia Kentang @ Annpaan said...

cantik la, gambo yg first tue:)

little cart00n said...

kak erin..
hahha..trimas la sebab da setahun follow blog elie.. :)
btw, da femes da adik akak tu..
heee

little cart00n said...

ery..
teman jugak harap kome lebih bersemangat utk tahun ni.
pastikan tiada repeat utk nxt sem!
yeay! :D

little cart00n said...

syida sayang..
hepi new year juga sayang! n may all ur wish come true ya :)

little cart00n said...

nana..
memang panjang!
lepas rindu lah katakan..
hahhaha..
hepi new year too sista! :)

little cart00n said...

juaini..
thx babe!
rindu ko! :)

little cart00n said...

yana..
colourful is better than black n white! :)

little cart00n said...

peah..
hahaha..mmg byk!
tahun ni nk berkali ganda byknya! :D

little cart00n said...

pilothans..
hepi new year too bro! :D

little cart00n said...

halia kentang..
noddy edit! :D

aMyErInAiMiE said...

huhu. tula. die xmintak pun. tp xdela best mane jd femes ni.huhu.ade jatuh bgn die.yg penting...name ELIE gk yg kuar paper..bukan ELIA.hehe

little cart00n said...

kak erin..
hahaha..
semua bnda akan ada pro n con kan kak..heheh..
ala..nama je salah..org ttp sama..bukan elie pun..hahaha