Sunday, January 30, 2011

SI MUNGIL DAN TENTERA LAUTNYA!

Salam kalian.. : )

nak menjadi kekasih kepada seorang anggota tentera laut bukan mudah!

diri ini perlu sentiasa bersedia bila kekasih hati itu perlu bertugas di mana-mana!

kalau dia perlu belayar di lautan, haruslah daku meroyan seorang diri di kota!

sobs! : (

disebabkan noddy bakal memulakan tugasnya di Lumut bermula hari ini, kami telah berusaha untuk bertemu sebelum daku memulakan misi merindukan boyfren untuk masa yang berpanjangan! ceh! geli ketiak bila dengar ayat sendiri!muahahhaa :p

Plan untuk bertemu di Shah Alam pada mulanya terpaksa dibatalkan setelah beberapa kali dirancang! semuanya disebabkan jadual kelas daku yang sangat padat pada minggu-minggu yang lepas! akhirnya, hujung minggu sajalah masa untuk bertemu! itupun di Times Square, tempat di mana kami sering menghabiskan masa berdating! alahai..boring sudah! tapi Times Square pun Times Square la labu..asal dapat melepaskan rindu!blueekkks! teeheee : )

owh! kalau nak berdating, tak payah susah-susah nak pilih baju! tak perlulah pening-pening kepala macam nak pergi kenduri kawen! heheh..pakai saja apa yang ada..sarungkan Tshirt merah di badan kecik ni, calit mekap bagi muka tak nampak macam orang baru bangun tido, sedikit lipstik di bibir, biar terserlah ke'mungilan'nya dan rambut bagi kusut-kusut sket, biar nampak SEKSA SEKSI!teeheee..

OKE! sudah siap untuk berdating bersama kekasih tersayang! :D

 dakulah SI MUNGIL berbaju MERAH! : )

dan kalau berdating, masalah utama bukanlah terletak pada kami berdua! tapi pada tempat makan! sejak dari dulu, masing-masing memang susah nak buat pilihan kalau nak pergi makan! memang mengambil masa yang lama untuk pastikan mana nak makan! alahai! last-last, makan saja PIZZA di PAPA JOHN! wah! dapat makan Western sekali sekala, memang lah kesedapan! :p

 Chicken Wing, Wedges dan Pizza! Trimas PAPA JOHN! : )

rasanya kami berdua sudah lama tak makan pizza bersama! kalau tak silap, kali terakhir adalah pada tahun 2009, ketika date ke 21 kami di Sunway Pyramid! eh..tahun 2009? sekarang da 2011! Eh..da hampir 2 tahun kot! lama betul lah kan? hehehe..

bila da kenyang, memang lah mengantuk! kalau dapat bantal dan tilam empuk, memang seronok! hehehe,.tapi date tetap date! berjalan ke Bukit Bintang untuk membeli segala keperluan dan barangan peribadi! konon-konon untuk hilangkan mengantuk sendiri!hehhe..dan memang lumrah orang baru nak mula bekerja.. haruslah semua baju dan seluar nak digantikan dengan yang baru! kata orang, baru ada semangat nak bekerja!kan sayang kan? hehehe..

bila time untuk menonton wayang tiba, harapnya dapatlah melelapkan mata untuk sementara! tapi tonton saja filem SHAOLIN, memang buat mata tak nak pejam! filem yang sangat hebat dengan aksi kungfu, dan sadis dengan kisah bunuh-bunuh, haruslah buat air mata sendiri nak mengalir tanpa di undang! cis! tak sangka pulak noddy boleh perasan yang daku ni TER menangis! heeee..

umi cakap, anak dara dia kalau pergi mana-mana, jangan balik lewat malam! memang tak manis orang pandang! dan daku memang berusaha nak jadi anak dara yang patuh! balik before nampak bulan kat langit! hehehe.. lepas wayang, terus saja ucap selamat jalan kepada kekasih tersayang, sebabnya nak jadi anak yang baik..mendengar kata umi katanya..heee..Eh! apasal bunyik macam puji diri sendiri je ni?hehheh.. :p

wah..lepas ni memang tidak lah daku nak berdating sakan dengan noddy lagi!wawawawa.. ; ( kerjaya yang baru di bina di Lumut perlu diutamakan terlebih dahulu! dan sebagai kekasih yang baik, daku haruslah sentiasa bersama memberikan sokongan yang padu kepada tentera laut itu, walaupun hanya dari belakang! Betul tak kalian semua? : )

kepada Noddy..

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS..

SELAMAT BERKHIDMAT!

dan

SELAMAT UNTUK SEMUANYA : )

i.l.y.s.m, Sayang! ; ) 

Ya Allah Ya Tuhanku..

Kau permudahkan hidup dan urusan Amirulnaim dan rakan-rakannya di sana..
jauhkan mereka dari segala bala dan bencana..
berkatkan segala kebaikan yang mereka lakukan..
dan berikan mereka kejayaan dalam kerjaya baru mereka..
Amin.. 

wah..apasal tiba-tiba rasa macam sudah rindu!

apa kes?!!

BLUEEKS!! :p

p/s: nanti kalau rindu, daku nak pergi Lumut lah! ngeee! :D

20 comments:

Amanina Sofea said...

bestnye awk..
bkn snang nk jd awek tntera..
so lucky btw korg sweet.. :P

little cart00n said...

amanina..
memang tak senang..
kena sentiasa paham..
btw, thx ya sista! :)

Marya Hana . said...

ellie, kak yaya suke lagi pi TS. sbb mst rambang mata tgk baju2 .. cair~~


suke rambot mengerbang tu.. !

little cart00n said...

kak yaya..
elie suka jugak g TS..
tapi kalau selalu sgt pergi pun, mau tak boring kan?
heee..

thx sista!hot tak gmbar tu?
hahah

Juaini Juliet Jamaludin said...

untuk ada orang sayang. jaga dia elok elok ili. aku doakan kebahagiaan kauorang. pastikan kad jemputan kahwin nak bagi dekat aku tu nama amirulnaim ni tau! insyaAllah :)

little cart00n said...

juaini..
i'allah..
kau doakan aku selalu tau babe!
aku pun always doakan utk kau ngn bf..
kita kawen sama2 yok! :D

nub said...

merah makngah bedah! wahhahaha

F.I.C.K.R.Y said...

Mak aii.. meleleh air liyor satu besen gara² mengusha pizza papa john yang seksi tu.

Cis!

Godaan donia jer Fikk. Harap tuan blog lepas ni dengan sopannya tidak menyiarkan lagik gambar² makanan yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.

Sekian.

little cart00n said...

nub..
jeles la tu!
hahahah

little cart00n said...

fickry..
hahah..
sori babe..lepas ni lagi byk elie post gmbar makanan utk kesejahteraan umum!boleh tak?
hahhaha

teddyuna said...

;) elie keje per elie? bestnye.. una lmbt agi bru keje.. ;)

little cart00n said...

yuna..
elie study lagi la una..
noddy je da keje..heee

lurun nauzzi namzar said...

sori... nk komen kt shoutbox sebenarnyer tapi xleh...

sbb xnmpak kotak utk msg.. just kotak utk name n url jer yg saya nmpak...

xper la.. saya komen kt sini yer... :))

little cart00n said...

lurun..
laa..yeke?
takpe2..thx turunkan coment ya!
nnt i terjah u pulak! :)

aliefcmoi said...

mcm baca novel je aku rasa..huhu..elie,,semoga ellie kekal sampai ke jinjang pelamin..elie,jgn lupa jenguk blog saye..follow taw.hehe..thanx sis...^___^

little cart00n said...

aliefcmoi..
novel cintun?!
hahahha..
thx doakan ya alie..
nnt elie follow ur blog,
dont wori bro!
:)

mira the monster said...

bestnye dpt jmpe...kte xdpt lagi jumpe si dia..huhuhu..cne edit gmbr byk2 cmtu eh..cantek la

little cart00n said...

mira..
alolo..ciannya..
elie pasni da ssh nk jmpe noddy da.. tu yg kne jumpe skrg.. :(

edit gmbr tu kat photovisi..
try la mira..
msti cantik.. :)

siti azlina said...

hye sis :)
sweet couple .. :)
da bape lame..??
nasib kite ni lebih kureng je.. :'(
terpaksa sbr dgn dugaan ni..

little cart00n said...

siti zalina..
da dot 2 tahun setenagh da..
:)
ala..u chill je sista!
kejap je kot 5 6 bulan tu..
heee