Saturday, January 8, 2011

GADGET ZAMAN INI!

salam kalian.. : )

Zaman sekarang sangat maju dengan kewujudan GADGET lah! :D


bila semester yang baru ini bermula di kolej, daku melihat ramai rakan-rakan menggunakan gadget yang baru! kalau dulu, mereka yang menggunakan henfon Nokia atau Sony Ericsson saja, kini sudah bertukar kepada  iPhone! dan terperasan jugak daku pada rakan ada yang sudah mempunyai camera DSLR..hehhe..tapi harus juga mereka yang menggunakan MP3 tidak mahu kalah! MP3 yang lama kini sudah ditukarkan kepada MP4 yang lebih hebat bunyiknya! wah..memang hebat! hampir 2 bulan bercuti semester, tak sangka mereka punya banyak wang dikumpulkan dan membeli gadget yang baru! : )

tapi satu perkara, tidak pulak daku ni jeles melihat kehebatan gadget mereka!hehehe..rasanya daku antara gadis atau anak muda yang paling lewat untuk mengupdate segala bentuk gadget yang ada pada diri! budak muda zaman sekarang yang hebat terkinja di kota KL ni mungkin sudah tahap menggunakan iPad sebagai mengganti laptop dan henfon, daku masih lagi setia dengan gadget yang lama! sadis gila kot! hahahha :D

bukan tak ingin untuk punya barangan hebat seperti rakan-rakan atau mereka di luar sana, cuma rasanya duit PTPTN yang dipinjam itu lebih baik disimpan untuk kawen dengan noddy membeli barangan yang lebih berguna pada diri atau disimpan untuk kecemasan sebagainya kan? ada juga baiknya dari membazir kepada keperluan yang tidak diperlukan..betul tak kalian semua? heeeee..

dan bagusnya bila anak dara Hj Ramli dan Hjh Faridah ni bukanlah gadis yang jenis GILA GADGET! : )) kalau tidak, dah lama semua gadget baru yang dijual di pasaran, daku rembat untuk koleksi sendiri!hahhaha..untung juga rasanya bila daku tak pula teringin nak gantikan gadget-gadget yang ada kepada segalanya yang baru..hehehe..saving la jugak duit poket ni! :P

suatu perkara daku ingin kongsikan pada kalian semua..2 gadget yang rasanya daku sememangnya tak perlukan langsung dalam kehidupan harian dan tak terfikir ingin memilikinya untuk simpanan peribadi ialah...

KAMERA DSLR dan iPHONE! : )

katakan TIDAK kepada 2 gadget di atas! :p

mahu tahu sebabnya? : )

daku bukanlah seorang yang hebat dalam mengambil gambar! hanya hebat dalam berposing saja bila di ajak bergambar! teeheee! :p jadi rasanya tidak perlulah daku teringin sangat nak beli DSLR kn? pakai camera biasa saja pun sudah cukup menjadikan gambar sendiri dalam lappy ni penuh! muahahha..

dan iPhone pula memang tak pernah masuk dalam senarai barangan yang daku impikan pun! kalau orang sekeliling sangat teringin nak beli iPhone untuk kegunaan sendiri, daku tidak pulak macam tu! jangan tanya kenapa, sebab daku sendiri tak tahu sebabnya! mungkin masih lagi tak puas bermesra dengan henfon Sony Ericsson W810i yang di beli pada tahun 2006 dengan duit raya sendiri! : )

even makin hari makin banyak gadget hebat dijual di pasaran, daku masih lagi bertahan dengan henfon Sony Ericsson W810i,selain BM Mobile S728, Mp3 Samsung dan kamera Kodak yang bese-bese saja.. : ) tak perlu nak hebat sangat kot..cukup sekadar boleh digunakan untuk call dan snap gambar keluarga tersayang, kekasih tercinta, rakan-rakan sekampus dan orang sekeliling, itu sudah memadai.. : )

segalanya dibeli dengan duit poket sendiri! : )

kata umi..selagi masih boleh digunakan, kenapa mahu membazirkan?

BERSYUKUR SAJA DENGAN APA YANG ADA!

betul tak-betul tak? : )

jadi, kalau kalian rasa segala gadget yang kalian beli itu boleh mendatangkan manfaat pada diri atau orang sekeliling, tidak perlulah ragu-ragu untuk memilikinya..tapi perlu ingat untuk berpada-pada dalam menggunakan duit dan mata harus juga celik pada penipuan dunia..Kalau tidak, masakan ramai di antara ribuan manusia yang kejarkan gadget-gadget yang hebat belaka kan?

dan satu pertanyaan..

adakah kalian juga tergolong sama dalam kalangan mereka yang di luar sana? 

jawapannya..

TEPUK DADA, TANYA HATI! : )

Teeeheee..

Peace dan Assalamualaikum semua! ; )

p/s: kadang-kadang kita taksub sangat untuk memililih segala yang hebat di dunia sampai terlupa pada perkara yang lebih penting dan sebagainya.. Astagha..

22 comments:

titirara said...

btul tu btul .

little cart00n said...

titirara..
ada penyokong ni!
hehehe

za petrelli said...

teringin ah nak 2 gadget d ats

little cart00n said...

za petrelli..
tak pernah elie mimpi pun nk beli bndalah tu..:)

Hanz Lee said...

xyah beli kamera dslr tue...pinjam je kat ag....ak suka ayat 'daku bukan seorang yang hebat mengambil gambar tp hebat dalam berposing' haha

little cart00n said...

paan..
ak takut nk pinjam kamera ag..baru lagi kot..heheh

mmg ye kan aku teror posing?hahah

aMyErInAiMiE said...

Btol2 tkar bile perlu je! Yeay~

little cart00n said...

kak erin..
betul! sokong 100%! :)

liyanaziz said...

it's been a week kte bincangkan pasal ni kan magnet?? *dslr tu* kikikiki.. u are my savior because of the pink lappy! huwaaaaaaaa! tapi kan,, lappy yana ni dia dah mula sikit2 kelam.. takut la pulak.. =(

siti faridah harun (nama penuh tu) said...

gadget ku cikai cikai je,, haha!

Azizi Dain said...

sentap sekejap...

AG beli ngan duit keje k.hahaa..bukan duit PT

Phat Lee said...

oklah tu...daripada gua ade ipod je.heheh :P

koboys said...

tp ade budak tu ade Ipad la by..hahaha.katekan tidak pada DSLR, Lumix LX3 da cukup.haha. :P
miss u la..bile mau date?

za petrelli said...

hehhehe

little cart00n said...

yana..
sila abaikan apa yg bermain di fikiran anda ttg lappy pink tu oke? :p

little cart00n said...

siti faridah..
kita serupa..lalala~ :p

little cart00n said...

ag..
jgn sentap!plish!
aku tak maksud kau yg beli dslr dgn wang pt oke?
peace ag! :)

little cart00n said...

phat lee..
ipod lagi hebat dari 3 gadget leamu macam i punya oke?!
hahaha

little cart00n said...

syg..
ala..lumix pun mahal!
tak mampu nk belinya!heee..

mis u lebeh la bubu!
tgu syg cuti, kita beronggeng rokiah ya?
xoxo :))

little cart00n said...

za petrelli..
muahhahahhaha :p

koboys said...

heeee..tp nk gak iPhone by..jeles2..huhuh

little cart00n said...

syg..
ala..mahal la..
baik simpan duit, g holiday..:(