Monday, January 31, 2011

BUNGA MAWAR MERAH!

Salam kalian.. : )

Daku sentiasa percaya akan suatu perkara!

Sehebat mana seorang manusia itu pun, 
 pasti akan ada suatu perkara yang sukar untuk 
mereka selesaikan! : )

hal ini terbukti bila ia terjadi kepada diri daku sendiri! 

wah..memang tak ada rasa segan silu untuk mengaku depan public kan?

teeeheee :p

sepanjang cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma ini, haruslah asgment pun diberikan sebagai tugasan waktu cuti! nah! terbukti lah para pensyarah memang tak bagi kami pelajar-pelajar universiti ni bercuti sakan kan? disuruhnya kami bercuti bersama asignment! tak adil betul bila tengok student-student sekolah rendah dan menengah dapat bercuti dengan gembiranya di luar sana! SUMPAH JELES! cis! :P

tugasan awal untuk semester baru ni yang semestinya memerlukan daku memerah otak sampai kehabisan idea ialah subjek Penulisan Lirik! wah-wah..kalau dengar memanglah macam best dan senang! tapi cuba kalian sendiri diberi tugasan untuk mencipta lirik yang berlainan genre dan lagu sendiri dan kemudiannya perlu dipersembahkan di hadapan orang pada akhir sem! owh tunggu! bukan 1 saja lirik dan lagu yang perlu dihasilkan! tapi EMPAT semuanya! : |

hah? bagaimana? sila-sila lah kalian bayangkannya sekarang!

huuuhuuuu ; (

jika dalam semester-semester lepas, daku diberi tugas untuk menulis skrip filem dan drama, semestinya ia memerlukan masa yang lama untuk mencari idea hebat, dan tugasan yang kini, sama saja skillnya untuk menulis lirik dan menggubah lagu! cuma bezanya ia memerlukan sesuatu yang puitis dan bait-bait ayat yang manis saja!barulah dikatakan ADA POWER! *ceh..belum apa-apa, berlagak pulak kan?!* alahai Elie-Elie! heeee :D

Pastinya daku memerlukan masa dan waktu yang cukup untuk menghasilkan sesuatu yang hebat untuk dipersembahkan nanti! dan haruslah daku mahukan hasil yang mantap dengan lirik yang indah serta gabungan muzik yang asyik!

Hey!kalau dapat menghasilkan sesuatu yang indah seperti BUNGA MAWAR MERAH, semestinya menjanjikan kepuasan pada diri sendiri! betul kan semua?

eh-eh??

BUNGA MAWAR MERAH?

Bunga Mawar Merah bukan saja indah jika sedang mekar, malah jika dalam keadaan kering juga, ia akan tampak indah walaupun sudah bertukar warna kehitam-hitaman! nak-nak lagi jika dijaga dengan sebaiknya ketika ia sedang merah memekar..wah! indah nya! : ) dan keindahan seperti inilah yang daku mahukan pada hasilnya nanti! Boleh tak? :D

 INDAH kan? : )

cuma persoalannya sekarang..

 MAMPU TAK DAKU LAHIRKAN LIRIK DAN LAGU YANG HEBAT DAN INDAH?

T_________T

tapi kata orang, angan-angan saja tidak bermakna tanpa usaha! bagus atau tidak, belakang cerita! yang penting usaha untuk melahirkan sesuatu yang hebat itu perlu! betul tak? kalian doakan lah yang terbaik untuk daku ya? bukan kah mendoakan orang lain itu dituntut dalam agama? : )

tiba-tiba terasa pening bila kena fikirkan ayat-ayat yang puitis dan manis ni! 

ni belum fikirkan asignment lain lagi! ; (

alahai! 

Mungkin lepas ni kena pergi tengok bintang dan bulan kat luar rumah!

mana tahu boleh dapat idea kan? 

teeheee! :D

p/s: sedang berusaha untuk melahirkan karya sehebat lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee! : )

15 comments:

nurul ain said...

wah ! mesti letih kan nak memikirkan yang terbaik.huhu.actually,budak skolah mngh mcm sye nie pon bnyk gak h/w.setinggi gunung everest tuh hah.haha.cikgu memang tiada belas kasihan..semoga nnt dapat idea yang mencurah2

little cart00n said...

nurul ain..
hahaha..
letih mmg letih..tapi once da dapat, memang lega n puas! :)

thx n gudluck for ur study too sista! :)

Hanz Lee said...

ellie kan rajin. xde hal lah nak siapkan. hehe

little cart00n said...

paan..
kau perli aku ke bai?
hahha

alia shahira said...

hahahaha ellie! happy holiday ngan keje2 tue! hehehe :)

eiela said...

cari idea untuk lirik ekh, mesti best nanti. gud luck, selamat berkarya. huhu

little cart00n said...

alia shahira..
takde holidaynya sayang!
heeee

little cart00n said...

eiela..
thank you sista! :)

tomatokering :) said...

hoho ! cayok2 elie ! mesti boleh nye ! hehe
ceq pon bnyak eseymen . T__T

aliefcmoi said...

waaaa...best nye dapat buat lirik lagu..mesti awk pandai main byk alat music kan?? kalau awk tak ada idea nak tulis lagu,,dtg la tgok2 blog saye..tak payah baca pun tak ape.tgok je..mane taw,,idea mncurah2..huhu..kalau baek hati tu,,follow la..thanx sis..^___^
http://aliefcmoi.blogspot.com/

little cart00n said...

tomato..
kita sme2 chaiyok la tomato!
heee..

little cart00n said...

aliefcmoi..
boleh la kalau nk suh petik2 gitar skett, ketuk2 gendang ke apa..
hahhaha.
takde hal la bro!
nnt elie terjah blog u oke?
thx follow! :)

♥ nana i am ♥ said...

adik ellie~ go girl go..u can do it!insyaallah boley settle before naik sem punye :) wahhh!ini memang kategori orang hebat hebat adik ellie ni.boley cipta lagu sendiri..ewahhhh~ nak try nyanyi ur song buley?keh keh keh.good luck sis <3

little cart00n said...

sis nana..
hebat la sangat kak oi!
hahaha..
i'allah..ada rezeki, elie bg sis nyanyi ya? kalau tak sedap tu, paham2 la ya?
hahahaha

btw, tq sista! :)

Anonymous said...

buy valium overnight delivery usual dosage valium - pill identifier with pictures valium