Monday, January 31, 2011

BUNGA MAWAR MERAH!

Salam kalian.. : )

Daku sentiasa percaya akan suatu perkara!

Sehebat mana seorang manusia itu pun, 
 pasti akan ada suatu perkara yang sukar untuk 
mereka selesaikan! : )

hal ini terbukti bila ia terjadi kepada diri daku sendiri! 

wah..memang tak ada rasa segan silu untuk mengaku depan public kan?

teeeheee :p

sepanjang cuti Perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma ini, haruslah asgment pun diberikan sebagai tugasan waktu cuti! nah! terbukti lah para pensyarah memang tak bagi kami pelajar-pelajar universiti ni bercuti sakan kan? disuruhnya kami bercuti bersama asignment! tak adil betul bila tengok student-student sekolah rendah dan menengah dapat bercuti dengan gembiranya di luar sana! SUMPAH JELES! cis! :P

tugasan awal untuk semester baru ni yang semestinya memerlukan daku memerah otak sampai kehabisan idea ialah subjek Penulisan Lirik! wah-wah..kalau dengar memanglah macam best dan senang! tapi cuba kalian sendiri diberi tugasan untuk mencipta lirik yang berlainan genre dan lagu sendiri dan kemudiannya perlu dipersembahkan di hadapan orang pada akhir sem! owh tunggu! bukan 1 saja lirik dan lagu yang perlu dihasilkan! tapi EMPAT semuanya! : |

hah? bagaimana? sila-sila lah kalian bayangkannya sekarang!

huuuhuuuu ; (

jika dalam semester-semester lepas, daku diberi tugas untuk menulis skrip filem dan drama, semestinya ia memerlukan masa yang lama untuk mencari idea hebat, dan tugasan yang kini, sama saja skillnya untuk menulis lirik dan menggubah lagu! cuma bezanya ia memerlukan sesuatu yang puitis dan bait-bait ayat yang manis saja!barulah dikatakan ADA POWER! *ceh..belum apa-apa, berlagak pulak kan?!* alahai Elie-Elie! heeee :D

Pastinya daku memerlukan masa dan waktu yang cukup untuk menghasilkan sesuatu yang hebat untuk dipersembahkan nanti! dan haruslah daku mahukan hasil yang mantap dengan lirik yang indah serta gabungan muzik yang asyik!

Hey!kalau dapat menghasilkan sesuatu yang indah seperti BUNGA MAWAR MERAH, semestinya menjanjikan kepuasan pada diri sendiri! betul kan semua?

eh-eh??

BUNGA MAWAR MERAH?

Bunga Mawar Merah bukan saja indah jika sedang mekar, malah jika dalam keadaan kering juga, ia akan tampak indah walaupun sudah bertukar warna kehitam-hitaman! nak-nak lagi jika dijaga dengan sebaiknya ketika ia sedang merah memekar..wah! indah nya! : ) dan keindahan seperti inilah yang daku mahukan pada hasilnya nanti! Boleh tak? :D

 INDAH kan? : )

cuma persoalannya sekarang..

 MAMPU TAK DAKU LAHIRKAN LIRIK DAN LAGU YANG HEBAT DAN INDAH?

T_________T

tapi kata orang, angan-angan saja tidak bermakna tanpa usaha! bagus atau tidak, belakang cerita! yang penting usaha untuk melahirkan sesuatu yang hebat itu perlu! betul tak? kalian doakan lah yang terbaik untuk daku ya? bukan kah mendoakan orang lain itu dituntut dalam agama? : )

tiba-tiba terasa pening bila kena fikirkan ayat-ayat yang puitis dan manis ni! 

ni belum fikirkan asignment lain lagi! ; (

alahai! 

Mungkin lepas ni kena pergi tengok bintang dan bulan kat luar rumah!

mana tahu boleh dapat idea kan? 

teeheee! :D

p/s: sedang berusaha untuk melahirkan karya sehebat lagu-lagu Allahyarham P.Ramlee! : )

Sunday, January 30, 2011

SI MUNGIL DAN TENTERA LAUTNYA!

Salam kalian.. : )

nak menjadi kekasih kepada seorang anggota tentera laut bukan mudah!

diri ini perlu sentiasa bersedia bila kekasih hati itu perlu bertugas di mana-mana!

kalau dia perlu belayar di lautan, haruslah daku meroyan seorang diri di kota!

sobs! : (

disebabkan noddy bakal memulakan tugasnya di Lumut bermula hari ini, kami telah berusaha untuk bertemu sebelum daku memulakan misi merindukan boyfren untuk masa yang berpanjangan! ceh! geli ketiak bila dengar ayat sendiri!muahahhaa :p

Plan untuk bertemu di Shah Alam pada mulanya terpaksa dibatalkan setelah beberapa kali dirancang! semuanya disebabkan jadual kelas daku yang sangat padat pada minggu-minggu yang lepas! akhirnya, hujung minggu sajalah masa untuk bertemu! itupun di Times Square, tempat di mana kami sering menghabiskan masa berdating! alahai..boring sudah! tapi Times Square pun Times Square la labu..asal dapat melepaskan rindu!blueekkks! teeheee : )

owh! kalau nak berdating, tak payah susah-susah nak pilih baju! tak perlulah pening-pening kepala macam nak pergi kenduri kawen! heheh..pakai saja apa yang ada..sarungkan Tshirt merah di badan kecik ni, calit mekap bagi muka tak nampak macam orang baru bangun tido, sedikit lipstik di bibir, biar terserlah ke'mungilan'nya dan rambut bagi kusut-kusut sket, biar nampak SEKSA SEKSI!teeheee..

OKE! sudah siap untuk berdating bersama kekasih tersayang! :D

 dakulah SI MUNGIL berbaju MERAH! : )

dan kalau berdating, masalah utama bukanlah terletak pada kami berdua! tapi pada tempat makan! sejak dari dulu, masing-masing memang susah nak buat pilihan kalau nak pergi makan! memang mengambil masa yang lama untuk pastikan mana nak makan! alahai! last-last, makan saja PIZZA di PAPA JOHN! wah! dapat makan Western sekali sekala, memang lah kesedapan! :p

 Chicken Wing, Wedges dan Pizza! Trimas PAPA JOHN! : )

rasanya kami berdua sudah lama tak makan pizza bersama! kalau tak silap, kali terakhir adalah pada tahun 2009, ketika date ke 21 kami di Sunway Pyramid! eh..tahun 2009? sekarang da 2011! Eh..da hampir 2 tahun kot! lama betul lah kan? hehehe..

bila da kenyang, memang lah mengantuk! kalau dapat bantal dan tilam empuk, memang seronok! hehehe,.tapi date tetap date! berjalan ke Bukit Bintang untuk membeli segala keperluan dan barangan peribadi! konon-konon untuk hilangkan mengantuk sendiri!hehhe..dan memang lumrah orang baru nak mula bekerja.. haruslah semua baju dan seluar nak digantikan dengan yang baru! kata orang, baru ada semangat nak bekerja!kan sayang kan? hehehe..

bila time untuk menonton wayang tiba, harapnya dapatlah melelapkan mata untuk sementara! tapi tonton saja filem SHAOLIN, memang buat mata tak nak pejam! filem yang sangat hebat dengan aksi kungfu, dan sadis dengan kisah bunuh-bunuh, haruslah buat air mata sendiri nak mengalir tanpa di undang! cis! tak sangka pulak noddy boleh perasan yang daku ni TER menangis! heeee..

umi cakap, anak dara dia kalau pergi mana-mana, jangan balik lewat malam! memang tak manis orang pandang! dan daku memang berusaha nak jadi anak dara yang patuh! balik before nampak bulan kat langit! hehehe.. lepas wayang, terus saja ucap selamat jalan kepada kekasih tersayang, sebabnya nak jadi anak yang baik..mendengar kata umi katanya..heee..Eh! apasal bunyik macam puji diri sendiri je ni?hehheh.. :p

wah..lepas ni memang tidak lah daku nak berdating sakan dengan noddy lagi!wawawawa.. ; ( kerjaya yang baru di bina di Lumut perlu diutamakan terlebih dahulu! dan sebagai kekasih yang baik, daku haruslah sentiasa bersama memberikan sokongan yang padu kepada tentera laut itu, walaupun hanya dari belakang! Betul tak kalian semua? : )

kepada Noddy..

SELAMAT MEMULAKAN TUGAS..

SELAMAT BERKHIDMAT!

dan

SELAMAT UNTUK SEMUANYA : )

i.l.y.s.m, Sayang! ; ) 

Ya Allah Ya Tuhanku..

Kau permudahkan hidup dan urusan Amirulnaim dan rakan-rakannya di sana..
jauhkan mereka dari segala bala dan bencana..
berkatkan segala kebaikan yang mereka lakukan..
dan berikan mereka kejayaan dalam kerjaya baru mereka..
Amin.. 

wah..apasal tiba-tiba rasa macam sudah rindu!

apa kes?!!

BLUEEKS!! :p

p/s: nanti kalau rindu, daku nak pergi Lumut lah! ngeee! :D

Friday, January 21, 2011

T-SHIRT THE BEATLES!

salam kalian.. : )

Daku antara penggemar T-shirt BUNDDLE! : )

Kebanyakan baju dan seluar daku hanya berharga rm5 dan rm10 saja!

dan antara Tshirt bunddle yang menjadi kegemaran daku ialah...

 T-shirt THE BEATLES!

pakai baju The Beatles, tapi bergambar dengan bunga! alahai! ;p

walaupun hanya sekadar tshirt berharga rm10, ramai yang telah memuji baju tu! baik dari kawan-kawan, orang sekeliling dan termasuklah umi! owh lupa..umi daku sebenarnya adalah peminat setia kumpulan The Beatles suatu ketika dulu!memang patut lah dia puji bila tgk anak daranya yang sorang ni pakai baju The Beatles! teeheee :p

setiap kali tshirt tersebut di sarungkan di badan molek ini, haruslah daku teringat kisah ketika nak beli baju The Beatles tu! biasalah, kata orang, kalau benda-benda yang manis ni tak di ingati, memang tipulah kot!hahha :p

Oke-oke..tshirt tu dibeli di sebuah kedai murah di Kuala Lumpur bersama kekasih hati ketika 50 first date kami! : ) kalau masuk saja kedai murah, mulalah daku rambang mata! semua baju cantik-cantik dan murah-murah belaka! memang tak tahu nak beli baju apa! dan dah namanya perempuan, kalau beli baju, tak dicuba dulu..macam tak sah je..kan-kan?hehehe..sememangnya daku mengambil masa selama 20 minit untuk pilih yang mana satu baju yang berkenan di hati! wah..kalau beli semuanya, mahu kopak poket sendiri! hahahha..

dan terpaksalah noddy menunggu buah hatinya ini mencari baju untuk koleksi sendiri!hehehe..kata noddy..

YANG..OH YANG.. 
LAMA LAGI KE NAK PILIH BAJUNYA? :p

dalam 3-4 helai baju yang dipilih pada mulanya, hanya satu saja akhirnya daku bawak ke kaunter pembayaran! T-shirt The Beatles itu saja lah baju yang daku beli!  memanglah buat kekasih sendiri naik bengang! hahahha :D

tahu apa noddy kata bila tahu hanya satu baju saja daku pilih lepas cuba macam-macam baju?

20 MINIT UNTUK SATU BAJU? 
HISH! PEREMPUAN...PEREMPUAN!
*geleng kepala* :D

muhahahhahahhahahhaha...

dan baju tu jugak yang daku pakai ketika berada di Universal Studio Singapore dulu! memang menggamit memori betul lah tshirt The Beatles tu!hehhe..mungkin sebab tulah baju The Beatles yang menjadi kegemaran daku hingga kini, walaupun dah macam-macam baju bunddle daku beli di luar sana! hehhehe..

hey..daku memang banyak koleksi baju bunddle di rumah! 

memang untunglah siapa jadi suami daku suatu hari nanti kan?

 tak payah kuar duit yang banyak untuk daku!

hanya rm5 hingga rm10 saja!

untung-untung!

 teehee! :p

p/s: tak pernah beli baju dari butik Zara, LV atau PRADA bagai..Bunddle je mampu! :D 

Monday, January 17, 2011

SAYA TABIK LEFTENAN AMIRULNAIM! : )

salam kalian.. : )

Daku sangat TABIK pada mereka yang bergelar TENTERA! : )

Mereka bukan saja sangat BERANI MATI!

malah HEBAT dan MANTAP lagi!

semua gara-gara ingin mempertahankan MALAYSIA! ; )

 
EH-EH!!

Noddy juga seorang TENTERA! 

jadi daku perlu TABIK SPRING pada kekasih hati yang satu itu! :D

 kalian tentu paham kenapa Noddy semakin 'KELAM' kan? ;p

Bila study da abis, pangkat pun dah naik, haruslah kekasih tersayang tu sudah boleh tersenyum lebar smpai ke telinga sekalipun..sebabnya, 4 tahun menunggu untuk berkawad dan mengambil watikah di depan Agung, siapa tak bangga dengan pencapaian sendiri?! dalam hati juga haruslah bersyukur tidak terhingga! betul kan noddy sayang? heheheh : )

daku juga haruslah bangga bila kekasih sendiri berjaya menamatkan zaman perang di Universiti! bukan mudah nak sampai ke hari kemuncak semalam, bila bertahun-tahun terpaksa berperang dengan mental dan fizikal di zaman universiti!dan kini, dia bakal menempuhi zaman perkerjaan pula! wah!..kekasih daku kini sudah bergelar Tentera Laut Diraja Malaysia! HEBAT!!

 segan pula bila daku di ajak bergambar bersama bakal keluarga mertua! :p

pagi2 lagi sudah bangun pagi semata-mata nak iron baju untuk bertemu kekasih hati tu..matahari belum tercongok atas kepala, daku dah keluar umah sebabnya nak tumpang keluarga noddy untuk masuk ke KEM SUNGAI BESI! jantung memanglah berdegup kencang bila 1st time jumpa keluarga besar kekasih hati tu..tapi nasib baik ada si kecik irfan, anak buah noddy yang punya mulut yang celoteh dan tersangat lah lasaknya sampai terkejar-kejar jugaklah daku di ajak bermain bersama! dengan berbaju kurung bagai, memang berlari la semalam sebab nak kejar si kecik tu.. hahahhaha..

 dia panggil noddy PAK LANG..jadi daku?? hahahhah :p

semangat yang tinggi memang perlu ada kalau nak tengok kekasih hati bergelar tentera berkawad! dengan ketiadaan tempat duduk, memanglah best bila kena berdiri sepanjang mereka berkawad kan!tapi kata orang, berdiri tak berdiri, yang penting dapat tengok boyfren kawad! puas hati betul bila dapat tengok perbarisan yang hebat walaupun kaki penat berdiri!siap dapat rekod lagi dalam kamera oke semua?! hah kalian, mampu tak? muahhahaha..

 tak yah lah garang sangat muka tu cik abang! hahhaha :D

abis saja berkawad, kena pulak menunggu di luar dewan untuk lihat noddy menerima watikah di hadapan Agung! siap duduk depan skrin besar yang di sediakan, daku pun berpeluh-peluh kat luar tu..dengan berkipas bagai, memang lah badan berkuyup!haha..tapi sebab boyfren punya pasal, takde hal la walaupun kene berhujan sekalipun! : ) wah! agak-agak noddy terharu tak kalau baca ayat daku ni? ahhahhah..

LEFTENAN AMIRULNAIM BIN OTHMAN, TLDM

itulah yang nama yang dipanggil oleh pengerusi majlis hari semalam!seronok betul bila dapat lihat kekasih yang sorang tu naik pentas walaupun hanya melihat dengan skrin besar saja! : ) memanglah niat di hati nak record moment indah tu, tapi sebab orang ramai yang lalu lalang depan skrin..alamatnya simpan jelah niat suci murni daku tu dalam hati! sobs! : (

kebanggaan! : )

SAYANG, NAK PINJAM TOPI DAN WATIKAH TU, 
BOLEH TAK?! ; )

 Yeay! daku da dapat dulu!! Uyeyeyeye! :p

semalam, sememangnya menjadi satu hari yang sangat bermakna! bukan saja pada noddy tersayang, tapi daku juga begitu! selain dapat melihat kekasih hati itu berkawad dan menerima watikah, dapat juga daku beramah mesra dengan keluarganya yang tersayang! hebat betul rasanya bila dapat kenal family yang ceria ni! Terima kasih noddy kerana sudi memperkenalkan daku dengan keluarga kamu yang serba hebat ni! : )

hey kalian!

tak lama lagi noddy bakal memulakan tugasnya di Lumut, Perak! 

haruslah lepas ni kami nak dating pun susah kan? 

waawawawa... ; (

apa-apa pun..

TAHNIAH PADA NODDY dan RAKAN-RAKAN!

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS...

SELAMAT BERKHIDMAT..

dan

SELAMAT UNTUK SEGALA-GALANYA! : )

 i.l.y.s.m, SAYANG! 

DAKU TABIK LEFTENAN AMIRULNAIM! <3

p/s: sayang, bila nak bawak cyg naik kapal? :p

Friday, January 14, 2011

KEKASIH HARI ESOK!

Salam kalian.. : )

Daku memang lah sangat bizi dengan kehidupan seharian!

dengan kuliah di kolej, aktiviti seharian lagi, kerja itu dan ini..dan bla-bla-bla..

keadaan diri juga kadangnya hampir tak terjaga!

sebab itu jugalah blog ini terabai untuk seketika waktu!

sob-sobs! : (

tapi se bizi-bizi daku pun, kekasih yang jauh di hati,
memang tak pernah daku lupa!

bagus bukan? : )

i love u boyfren! ; )

bak kata orang..

JAUH DI MATA, DEKAT DI HATI : )

wah..TER mengada-ngada pulak rasanya!

teehee! :p

Esok Noddy akan ber kawad di hari comisionnya dan menerima watikah di hadapan Agung! dan sebagai kekasih hati yang kononnya baik hati ni, haruslah daku mengada-ngada nak tengok jugak kekasih hati tu berkawad dengan baju putih dan pedangnya di padang kawad! : )

hoi! bukan senang nak tengok boyfren sendiri naik pentas terima watikah tau! bila sudah di ajak, wajiblah daku pergi UPNM pada esok hari, walaupun terpaksa buat muka tak malu untuk tumpang family kekasih sendiri, semata-mata nak tgk askar-askar hensem berkawad pada hari esok! eh-eh! bukan-bukan! haruslah nk tgk noddy yang comot berkawad pada esok hari! heheheh.. :p

kalau tiada aral melintang esok, daku akan ke UPNM untuk kali keduanya selepas kali pertama menjejakkan kaki ke sana ketika KONVOKESYEN noddy yang lalu! dan untung lah kalian jika dapat tgk gambar-gmbar yang bakal di snap pada hari esok dan akan di postkan ke dalam entry lain nnt! hehhe..wah! mcm da terbayang-bayang pulak segala kemeriahan pada hari esok dalam kepala hotak nih! hahaha..

mintak-mintaklah tiada apa-apa masalah yang jadi pada esok hari! 

nnt dapatlah daku jumpa kekasih hati di universiti! 

alahai! tak sabar lah pulak rasa di hati!! 

eh..gedik-gedik daku ni! 

hihihihihihii :p

 ehem-ehem! ; )

hopefully segalanya berjalan baik pada hari esok! daku dan para hadirin yang lain haruslah nak bergembira saja kan?!hehe..cuma ada satu je masalah yang dari minggu lepas daku fikirkan smpai sekarang ni tak settle-settle ag!.kepala daku ni tengah serabut fikir esok nak pakai baju apa! T___T. alahai! perempuan-perempuan! nak cari baju pun susah! nasib baiklah nak cari boyfren tak susah macam nak cari baju! OPSSS! muahaahahhahaha :p

oke-oke! pada sapa2 yang boyfrennya atau kawan atau abang atau adik atau sapa-sapa yang bakal berkawad di UPNM pada esok hari, marilah kita bertemu di UPNM esok! daku akan jadi penyokong kuat kekasih hati daku yang comot tu dari jauh!hahhaa.. kalau kalian terserempak dengan daku, tegur-tegurlah ya? dont worry everyone! daku tak makan orang, jadi janganlah takut nak bertegur sapa atau cuit bahu sekalipun! hehe..nanti kalian ckplah macam ni..

EH-EH! NI ELIE YANG MOLEK TU KAN? 

pasti daku akan terus meng'iya'kan kalau kalian tegur daku macam tu!

muahahhahahhahahah : p

p/s: esok bakal jumpa keluarga noddy! berdebar-debar jantung! teehee :D

Sunday, January 9, 2011

GADIS BANDAR?

salam kalian.. : )

Daku pernah digelar GADIS BANDAR oleh suatu pihak ketika dahulunya! : p

persoalannya..

BANDAR KAH DAKU?!

jawapannya..
:
:
:
:
:
:

????????

  Teeeheee :p

kalian memanglah nampak daku ini seperti TER bandar atau sosial sikit! tapi daku bukanlah seperti yang sesetengah pihak sangkakan! berdating atau ber ronggeh rokiah di kota bersama kekasih hati atau rakan-rakan rasanya bukanlah suatu isu yang sepatutnya dibangkitkan pada gadis yang FREE HAIR seperti daku, betul bukan? jadi jika kalian tidak mengenali mereka yang free hair ini dengan sebetulnya, sila lah jangan berfikiran yang tidak elok pada daku dan mereka di luar sana dengan sesenang hati kalian saja! tak bagus oke?! : )

kalau kalian kenal daku ini dengan sebetul-betulnya, kalian pasti akan tahu adakah daku ini gadis bandar atau sebaliknya, seperti yang dikatakan oleh pihak dahulu! : ) tak percaya?? tanya saja pada mereka yang dah rapat dan kenal siapa Elie sebenarnya! mereka lebih mengenali daku dengan sedalamnya! betul tak kawan-kawan daku semua? teeeheee :D

tapi tidak perlulah nak melatah dengan gelaran GADIS BANDAR itu! sebabnya, yang tahu akan diri sendiri ialah daku! bukannya orang lain! kan-kan? dan walaupun daku ini lebih mesra dengan BANDAR, daku masih lagi tahu akan warisan nenek moyang dahulu kala! buktinya?? hehehhehe :p
:
:
:
:
:
:
:
:

TAAAAARAAAAA!! :D

Mengukur kelapa dengan berkain batik! : )

HAH! MAMPU?!!

muahahahhahahaha :p

jadi bagi menjawab persoalan di atas..jawapannya..
:
:
:
:
:

DAKU LEBIH KENAL SIAPA DAKU! : )

so peeps, 
 
DONT JUDGE BOOK BY ITS COVER! 
 
wah! ber bahasa LONDON pulak daku!

kantoi lah pulak gelaran GADIS BANDAR tu! ceh! 

teeheee :p

p/s: di gelar GADIS BANDAR sekalimanapun, nasi lauk kampung tetap menjadi faveret daku! : )

Saturday, January 8, 2011

GADGET ZAMAN INI!

salam kalian.. : )

Zaman sekarang sangat maju dengan kewujudan GADGET lah! :D


bila semester yang baru ini bermula di kolej, daku melihat ramai rakan-rakan menggunakan gadget yang baru! kalau dulu, mereka yang menggunakan henfon Nokia atau Sony Ericsson saja, kini sudah bertukar kepada  iPhone! dan terperasan jugak daku pada rakan ada yang sudah mempunyai camera DSLR..hehhe..tapi harus juga mereka yang menggunakan MP3 tidak mahu kalah! MP3 yang lama kini sudah ditukarkan kepada MP4 yang lebih hebat bunyiknya! wah..memang hebat! hampir 2 bulan bercuti semester, tak sangka mereka punya banyak wang dikumpulkan dan membeli gadget yang baru! : )

tapi satu perkara, tidak pulak daku ni jeles melihat kehebatan gadget mereka!hehehe..rasanya daku antara gadis atau anak muda yang paling lewat untuk mengupdate segala bentuk gadget yang ada pada diri! budak muda zaman sekarang yang hebat terkinja di kota KL ni mungkin sudah tahap menggunakan iPad sebagai mengganti laptop dan henfon, daku masih lagi setia dengan gadget yang lama! sadis gila kot! hahahha :D

bukan tak ingin untuk punya barangan hebat seperti rakan-rakan atau mereka di luar sana, cuma rasanya duit PTPTN yang dipinjam itu lebih baik disimpan untuk kawen dengan noddy membeli barangan yang lebih berguna pada diri atau disimpan untuk kecemasan sebagainya kan? ada juga baiknya dari membazir kepada keperluan yang tidak diperlukan..betul tak kalian semua? heeeee..

dan bagusnya bila anak dara Hj Ramli dan Hjh Faridah ni bukanlah gadis yang jenis GILA GADGET! : )) kalau tidak, dah lama semua gadget baru yang dijual di pasaran, daku rembat untuk koleksi sendiri!hahhaha..untung juga rasanya bila daku tak pula teringin nak gantikan gadget-gadget yang ada kepada segalanya yang baru..hehehe..saving la jugak duit poket ni! :P

suatu perkara daku ingin kongsikan pada kalian semua..2 gadget yang rasanya daku sememangnya tak perlukan langsung dalam kehidupan harian dan tak terfikir ingin memilikinya untuk simpanan peribadi ialah...

KAMERA DSLR dan iPHONE! : )

katakan TIDAK kepada 2 gadget di atas! :p

mahu tahu sebabnya? : )

daku bukanlah seorang yang hebat dalam mengambil gambar! hanya hebat dalam berposing saja bila di ajak bergambar! teeheee! :p jadi rasanya tidak perlulah daku teringin sangat nak beli DSLR kn? pakai camera biasa saja pun sudah cukup menjadikan gambar sendiri dalam lappy ni penuh! muahahha..

dan iPhone pula memang tak pernah masuk dalam senarai barangan yang daku impikan pun! kalau orang sekeliling sangat teringin nak beli iPhone untuk kegunaan sendiri, daku tidak pulak macam tu! jangan tanya kenapa, sebab daku sendiri tak tahu sebabnya! mungkin masih lagi tak puas bermesra dengan henfon Sony Ericsson W810i yang di beli pada tahun 2006 dengan duit raya sendiri! : )

even makin hari makin banyak gadget hebat dijual di pasaran, daku masih lagi bertahan dengan henfon Sony Ericsson W810i,selain BM Mobile S728, Mp3 Samsung dan kamera Kodak yang bese-bese saja.. : ) tak perlu nak hebat sangat kot..cukup sekadar boleh digunakan untuk call dan snap gambar keluarga tersayang, kekasih tercinta, rakan-rakan sekampus dan orang sekeliling, itu sudah memadai.. : )

segalanya dibeli dengan duit poket sendiri! : )

kata umi..selagi masih boleh digunakan, kenapa mahu membazirkan?

BERSYUKUR SAJA DENGAN APA YANG ADA!

betul tak-betul tak? : )

jadi, kalau kalian rasa segala gadget yang kalian beli itu boleh mendatangkan manfaat pada diri atau orang sekeliling, tidak perlulah ragu-ragu untuk memilikinya..tapi perlu ingat untuk berpada-pada dalam menggunakan duit dan mata harus juga celik pada penipuan dunia..Kalau tidak, masakan ramai di antara ribuan manusia yang kejarkan gadget-gadget yang hebat belaka kan?

dan satu pertanyaan..

adakah kalian juga tergolong sama dalam kalangan mereka yang di luar sana? 

jawapannya..

TEPUK DADA, TANYA HATI! : )

Teeeheee..

Peace dan Assalamualaikum semua! ; )

p/s: kadang-kadang kita taksub sangat untuk memililih segala yang hebat di dunia sampai terlupa pada perkara yang lebih penting dan sebagainya.. Astagha..

Thursday, January 6, 2011

CANTIK! : )

Salam kalian.. : )

Daku adalah antara individu yang sukakan pada sesuatu yang CANTIK! ; )

jadi setiap kali jika muka ini bermekap, harus akan keluar satu perkataan yang manis ATAU pujian dari bibir mungil ini untuk diri sendiri! 

contohnya :-

WAH..CANTIK! ;)

muahaahhahahhaha..

atau kalian nak contoh lagi?

teheeee :p
:
:
:
:
:
:
:

  Ehem-ehem!  : )

ewah-ewah..gedik pulak rasanya entry kali ni! kan-kan?

hahahhaa :D

tapi  sebenarnya bukan dalam keadaan cantik saja kita perlu memuji diri sendiri! jika dalam keadaan comot pun, harus juga kita puji diri sendiri! barulah keyakinan diri bertambah mantap! 

betul tak-betul tak?! : )

contohnya :-

ketika muka dicomotkan dalam PERLAWANAN PERANG 
sewaktu berkursus di PENANG untuk bergelar Pemimpin Mahasiswa!

 jadi untuk gambar itu, daku akan cakap..

COMOT-COMOT PUN, CANTIK JUGAK! : )

hahahhahahahahhahaha :p

Oke..motif utama entry ini sebenarnya ialah hanya ingin memberitahu antara rahsia untuk kelihatan cantik di mata orang ialah melalui keyakinan diri! walaupun kita tak cantik atau hodoh sekalipun, terapkan dalam minda dan kata saja pada diri yang KITA CANTIK! kalau kalian sendiri kata kalian cantik, maksudnya terbuktilah kalian memang cantik! kan-kan?! :D

jadi kepada kalian yang di luar sana, terutamanya para gadis yang merasakan diri kalian tidak cantik atau comot atau apa, abaikan saja pada perspektif kolot tu! jangan dilayan jika ada yang kata kalian tidak cantik atau otak kalian yang kata diri atau muka kalian tidak cantik! yang penting adalah kalian sendiri wajib yakin pada diri sendiri!bukan ke pepatah sendiri kata..

SELF CONFIDENCE IS MUST! : )

Ehem! btw, tak kira lah cantik atau comot sekalipun, daku percaya satu perkara iaitu yang penting ialah hati! jika hati kita cantik, pasti luaran akan turut cantik secara semulajadi! so, time tu tak perlulah nak ber botox atau silikon segala bagai! sebab cantik kita datangnya dari semulajadi! betul tak semua? :D

so bermula esok pagi, mulakanlah hari kalian dengan berkata...

WAH! CANTIK! ; )

boleh tak-boleh tak? 

teehee : )

btw, seperti selalu.. entry ini bukannya ingin menunjuk atau mengejek atau menghina siapa-siapa..niat di hati sekadar ingin berkongsi!tak salah kan? apa-apa pun, perbetulkan niat dahulu ya semua!heeee...

Peace! Assalamulaikum! : )

p/s: jangan taksub sangat pada kecantikan! tak bawak masuk kuboq pun! :D

Sunday, January 2, 2011

WARNA WARNI 2010!

Salam kalian! : )

hari ini 2 januari 2011 ya??

OWH TIDAK!!

sebelum terlambat, daku ingin mengucapkan..

SELAMAT TAHUN BARU 2011! ; )

**************************

hai semua! apa khabar?

selama 2 minggu menyepi, daku sangat rindu dengan dunia blog! 

SUMPAH! :D

seperti yang kalian semua sedia maklum, entry lepas akan menyatakan bahawa daku berkursus di Penang selama seminggu lamanya dan menjadi Pemimpin Mahasiswa di minggu Orentasi di kolej selepas seminggu berkempen di Penang! alhamdulillah..segalanya telah selesai dan berjalan dengan jayanya! : ))

dan maaflah kalau keadaan blog ini diam menyepi saja! hehe..sepatutnya entry ini ditulis sebelum masuknya tahun baru! tapi disebabkan kesibukan yang tak dapat dielakkan, maka terpaksalah entry ini terlewat sehari untuk tatapan kalian semua! maaf ya? : ) tapi rasanya tak mengapa bukan? lebih baik ada dari tak ada apa2 bukan? heee.. : )

baik-baik kalian semua! dengar sini daku nk cerita! hahaha..

tahun baru daku biasa saja..kalau ada dari kalangan kalian yang menyambut kehadiran tahun baru dengan bunga api dan mercun segalanya, daku tidak pula begitu! hanya berada di kolej dan menyelesaikan apa yang patut di minggu orentasi saja...sadis bukan? : ( tapi bagus jugak! rahu tak yg bukan senang nk menyambut tahun baru di tempat daku menuntut ilmu! sekali sekala..bukan selalu..kan-kan? hahha.. :D

oke..sempena tahun baru ini, daku memang tidak mempunyai apa-apa azam melainkan hanya mahu menjadikan tahu ini sebagai tahun yang lebih hebat dan berjaya dari tahu-tahun yang sebelumnya! kerana jika diikutkan, tahun 2010 adalah satu tahun yang paling berjaya dalam kamus hidup seorang gadis bernama EliE! pahit manis semuanya telah tercoret dalam tahun 2010! : )

tak percaya? mari daku rumuskan serba sedikit mengenai tahun 2010! :D

bermula dengan kisah percintaan yang ada pasang surutnya antara daku dan noddy, kami telah bercuti dan berjalan-jalan di Pulau Pangkor pada bulan februari yang lepas..Segalanya serba hebat bila dapat bersuka ria dan berjalan sakan sambil menikmati keindahan pulau dan alam ciptaan Dia di atas! : )


keseronokan yang pada mulanya dianggap suatu kehebatan dalam dunia percintaan, mula dihimpit dengan satu dugaan yang sangat mencabar sehingga suatu tahap memaksa diri ini tidak dapat menerima apa yang berlaku disekeliling! kesilapan dalam terlampau mencintai sang pencinta rupanya boleh membuatkan dua hati yang bersatu mula berpecah belah! perang dingin dalam perhubungan kami nyaris-nyaris menyebabkan diri ini memegang title single untuk selamanya!! : (

tapi alhamdulillah..segalanya kembali seperti sedia kala bila rasa cinta dan kasih sayang masih tebal wujud dalam diri pasangan yang bercinta ini! perhubungan yang telah berada di hujung tanduk, berjaya disambung semula akhirnya! syukur! : )

semester kedua pula bermula baik hingga ke akhir semester! tiada apa cacat cela yang tersemat dalam dada, cuma stress dengan asgment yang melampau saja menjadi ingatan tetap dalam kepala hotak daku! heheh..tapi kami masih lagi boleh bersuka ria! kata orang, lepaskan tensen! hahah..kalau tak, masakan daku boleh menjadi model yang berposing sexy dan ber photoshoot di atas bukit? kan? hahhhaha..

 model tak bergaji! :p

kalau dalam perhubungan, memang kebiasaannya ada pasang surut kan? selepas perhubungan yang dilanda badai antara daku dan kekasih, kami masih mampu kekal hingga ke saat ini! SYUKUR! : ) tapi daku percaya, Dia yang di atas mungkin mahu menduga kasih sayang antara kami! Ikutkan kata orang, jika dua hati masih kuat untuk bersama, tak mustahil akan tetap bertahan! buktinya, daku dan noddy telah berkongsi duit untuk berhibur di Genting Highlands sambil bergelak sakan seharian di sana! wah! hebat-hebat! : )

Princess Elie n Prince Noddy! : )

kalau da sibuk bercinta, teringin jugak nak naik pelamin! tak dapat jadi pengantin pun, jadi pengapit pun boleh la kan? hahahha.. disuruh menjadi pengapit untuk perkahwinan seorang sepupu sememang nya menjadi kenangan manis dalam diri! sebabnya tak pernah seumur hidup terfikir akan pegang kipas pengantin tu! heee..

me in purple! : )

jadual di semester 3 bermula agak padat! tapi kepenatan dengan kehidupan di kolej tidak sekali-kali menjadikan daku berat buntut untuk turun padang dan bergiat aktif dalam dunia sukan! menjadi wakil perseorangan badminton wanita dalam Sukan Antara Fakulti antara satu kenangan manis untuk diingati dalam semester 3! daku bukan saja terpaksa mengalami kecederaan dalam latihan dan ketika perlawanan, tapi juga mengalami batuk berdarah yang hampir-hampir merosakkan anak tekak! : (

  teringat zaman bergelar atlet sekolah dulu! :p

dalam keseronokan bersukan juga, kadangnya daku boleh terlupa pada orang-orang sekeliling! sadisnya bila perhubungan dengan rakan-rakan serumah mula bergolak kerana wujudnya masalah yang tidak diingini..: ( tangis dan tawa yang dikongsi bersama selama dua semester sememangnya boleh termati begitu saja jika tiadanya usaha untuk mendamaikannya, namun kerana berkat doa kesabaran dan sikap matang yang cuba dipraktikkan dalam diri, akhirnya perhubungan dengan rakan serumah masih terjaga hingga ke saat ini! alhamdulillah! : )

 HeartBeat! : )

31 ogos tahun 2010 merupakan tahun terakhir daku bergelar gadis belasan tahun! bererti, tahun 2011 ini adalah permulaan daku untuk berusia 20 an! yeay! mungkin lepas ini daku sudah tidak lagi bergelar budak hingusan! hahhaa..dan hari jadi yang bersamaan dengan hari kemerdekaan negara itu menjadi sangat manis bila mendapat sebuah teddy bear yang saiznya lebih besar dari badan daku sendiri! JUMBO, pemberian dari buah hati bernama noddy kini sentiasa menjadi teman bilik daku di rumah! : ).

 si kacak JUMBO! : )

bila masuk saja bulan ramadhan, segalanya dilalui dengan penuh rasa rendah diri dan takwa kepada DIA yang di atas! dan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, syawal yang menjelma disambut dengan cara yang bersederhana! tapi baju dan keadaan diri haruslah nk cantik-cantik saja kan?! bila lagi nk berhias sakan, kan-kan?hahha :p

 berkurung biru di pagi raya! : )

dan raya tahun lepas mungkin akan diingati sampai bila-bila kerana raya pada raya ke enam, pertama kalinya daku membawa buah hati pengarang jantung berjumpa dengan umi dan abah di rumah!alhamdulilah..segalanya berjalan lancar dan diterima baik oleh keluarga!walaupun mula-mula umi terkejut juga macam mana anak daranya yang sorang ni boleh berkasih dengan askar laut! hahaha.. ;p

 diam-diam..umi tak tahu kami bergambar dpn umah! :p

sebut saja hari raya, haruslah ada sambutan di kolej seperti sambutan raya pada tahun-tahun lepas! waktu-waktu macam ni lah diri ini nak bersolek bagai! dah kata gadis! kalau ada event, tak pakai cantik-cantik, memang tak sah lah! kan? hehehe..waktu itu lah daku berkurung putih, yang kata kawan-kawan macam nak pergi bertunang tu! hahahhaha : )

kami manis macam lolipop kan? : )

sebelum berakhirnya semester 3, harus juga nak kenangan bersama! tak perlu beraksi hebat di luar kolej seperti di semester 1 dan 2, cukup sekadar di kelas BEL sahaja! cukup menggamit memori daku dan kawan-kawan penulisan seni layar yang lain! Trimas Semua! : )

The heroes n heroins of  CT112!  :D

tahun 2010 juga harus ada sesi makan bersama keluarga! kalau tidak, rasa seperti tidak lengkap hidup!heheh.. dapat menjamah makanan jepun di Crown Plaza Mutiara semestinya membuatkan hati senang dan perut kenyang! : )

A guide to Japan! : )

kalau dah makan kenyang-kenyang,tapi tak bersenam, harus badan akan naik macam di pam-pam! itu yang wujudnya entry daku dan rakan-rakan naik bukit tu! hebat betul rasa bila kaki cecah puncak bukit! terasa macam wirawati yang sampai ke puncak gunung everest! hehe: D

inilah barisan kita~ :p

kadang-kadang, kehidupan di kampus sangat memenatkan! bila dapat ber overnite bersama teman-teman sekampus, seronok jugak! opsss! maaf, jangan salah sangka, daku tidak lah liar dan sosial seperti yang kalian fikirkan! ber overnite kerana bertujuan untuk memberikan sokongan kepada short filem seorang rakan saja, tiada salahnya bukan? : )



dalam belajar, hidup tolong menolong haruslah dipraktikkan! barulah berkat pelajaran! : ) disebabkan itu daku telah membantu rakan-rakan sekampus untuk menjadi model bagi iklan WRIGLEYS chewing gum dan video EKSPERIMENTAL! wah! comel je rasa bila tgk muka sendiri masuk camera! hahahah

Wrigleys Chewing Gum! : )


masuk saja bulan oktober, satu lagi perkara hebat terjadi! menemankan kekasih hati sewaktu convonya sememangnya satu perkara yang tidak pernah difikirkan akan terjadi! hellooo..bukan senang oke nak lihat tentera laut naik pentas dapat watikah depan Agong! hahahah...Congrats sayang! ; )

The Couple! : )

kalau hati da senang, haruslah nak menjalani Kempen Sihat Sedunia kan? hahha..barulah hidup mesra dengan keadaan yang sihat dari sebarang penyakit!! yeay! hahaha..

Duta bagi Kempen Sihat Sedunia! : )

perhubungan daku dan noddy berkembang dengan baiknya selepas detik pertemuan dihitung dan di nanti! sampai saja date ke 50 pertemuan kami, haruslah saat itu disambut dengan penuh rasa syukur dan rasa cinta yang menebal dalam diri! 50 first date, sememangnya indah belaka! : ) wah-wah..terasa gedik pulak ayat daku!muahahhaha : p

; )

bulan disember sememangnya memberikan 1001 kenangan manis dalam diri ini! terutama bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke Kota Singa! bersuka ria dan bergembira di Kota Singa sememang nya satu pengalaman baru! hebatnya terasa bila terkenangkan bahawa daku ke sana dengan menggunakan wang saku sendiri! wah! bahagia-bahagia! : )

 kenangan! : )

keindahan di bulan disember diteruskan lagi bila daku terpilih untuk berkursus di Penang untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa! bukan saja dapat berjumpa rakan-rakan baru dari Uitm Shah Alam dan Uitm Puncak Alam..malah pengalaman yang berharga sangat manis untuk dikenang! semoga persahabatan yang terjalin ini akan kekal hingga ke akhirnya..i'allah! : )

manisnya berkawan!  : )

setelah berkursus di Penang, tibalah tempoh berorentasi bersama pelajar baru di kolej! segala ilmu yang dipelajari di kursus digunakan sebaik mungkin! kesabaran yang tinggi dalam menjadi salah seorang dari bahagian Biro Makanan sememangnya diperlukan dalam menjalankan tanggungjawab dengan sempurna! alhamdulillah, segala penat lelah terbayar rasanya bila melihat pelajar-pelajar baru dan rakan-rakan setugas mendapat makan dengan sebaiknya! syukur! : )

bukti diberikan tugas sebagai Biro Makanan! : )

akhirnya 2010 menutup tirai dengan jayanya bila minggu orentasi melabuhkan tirainya dan dengan ini, daku secara rasminya sudah bergelar mantan bagi pemimpin bagi mahasiswa-mahasiswa di kolej! sedih dan rindu pastinya ada bila terkenangkan kemanisan sepanjang menjalankan tugas di kolej! : ) 

dan ini bererti, 2010 juga secara rasminya menutup tirai dengan selamatnya pada 2 hari yang lepas! : )

Jadi sekali lagi untuk kalian semua., 

SELAMAT TAHUN BARU 2011! : )

Semoga tahun 2010 yang lalu pergi membawa cerita yang lama dan semoga kedatangan 2011 ini memberikan 1001 kehebatan untuk daku, kalian dan kita semua ya! ayuh kita buka buku baru dan tinggalkan kisah yang basi dulu! ; )

pppssssttt!!

nk tahu satu perkara mengenai tahun baru daku?

hehhee..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

tadi daku pergi jumpa kekasih hati untuk melepaskan rindu! ;p

sayang : )

bila lama tak jumpa,pelik pula rasanya! 

Teheee :D

Memang suatu permulaan tahun baru yang baik kan?!

hahahhahahaha :p

p/s: Gudluck Elie untuk semester baru dan 2011!  : )