Wednesday, December 1, 2010

WELCOME DECEMBER!

salam kalian.. : )

WELCOME DECEMBER! : ')

bila bercakap mengenai bulan disember, daku hanya terfikir ia adalah bulan terakhir untuk setiap tahun sebelum masuknya tahun baru! jika masih berada di alam persekolahan, mungkin sekarang daku sudah bergembira kerana bercuti sekolah dan bermula aktiviti melepak di tv setiap hari untuk menonton rancangan-rancangan menarik di slot ALAM RIA DISNEY di TV3! teeheee ;p

tapi itu semua ketika di zaman persekolahan..sekarang sudah bergelar mahasiswi UiTM! owh..daku terbangga sekejap!hehhe..=) bila da masuknya zaman universiti, mungkin sedang menunggu nasib seperti warga UiTM yang lain akibat result peperiksaan yang bakal keluar mungkin dalam 2 minggu lagi!wargh! Kalau dipikirkan semula, boleh memberatkan kepala secara tidak sengaja! T__T

tapi bulan disember hanyalah disember! tiada apa yang istimewa berbanding bulan lain..sama saja kan? melainkan siaran televisyen menayangkan drama-drama menarik atau cerita semua berunsurkan komedi yang diulangtayang, di mana kebanyakannya berunsurkan SANTA CLAUS kerana bulan disember kan akan adanya Hari Krismas?huhu..jadi tentulah semua cerita yang mengenai SANTA CLAUS disiarkan di tv..dan satu movie yang wajib ditayang seperti tahun-tahun sebelumnya tentulah HOME ALONE! hehehhe ;p

dan lagi menyeronokkan, disember adalah bulan perkahwinan! oyeah! nnti bolehlah makan nasi minyak banyak-banyak! haha..untunglah pada sesiapa yang bakal berkahwin pada bulan disember! pasti meriah kenduri kalian! heee..kalau macam ni, daku pun nak kawen bulan disember lah! waaa! lambat lagi lah elie! jangan mimpi di siang hari! hee..

owh..dan satu lagi yang seronok dalam bulan disember ialah YEAR END SALE! hehehe..dan kalau adanya Y-E-S, for sure lah barang-barang yang dijual semuanya turun harga! wah! ini yang daku tak sabar ni!hahahha..selalunya hanya menunggu masa saja untuk membeli barang-barang baru, sebab daku tak beli barang-barang mahal, hanya barang-barang murah menjadi pujaan hati! tak percaya? tanya saja pada noddy dan kawan-kawan sekitar, mereka memang tahu bagaimana daku! heeee..

jadi sekarang, mungkin adalah masa yang sesuai untuk memasang angan-angan untuk membeli barang-barang baru dan menukarkan nya dari barang-barang lama yang sudah rosak dipakai sendiri!hahaha.. dan aim untuk YEAR END SALE ini ialah...

BEG TANGAN BARU! :')

Nafsu of Nafsu! T____T

jadi kalian, semoga disember ini akan menjadi bulan terbaik untuk tahun ini dan semoga disember akan menjadi pelengkap yang hebat untuk menamatkan hari-hari dalam tahun ini sebelum bermulanya tahun 2011! : )

so peace and assalamualaikum, peeps!

p/s: selamat hari jadi kepada semua yang menyambut hari jadi dan selamat pengantin baru pada sesiapa yang berkahwin di bulan disember! =)

22 comments:

Iris Asli said...

i always loveeeee december. and my birthday pun wktu bulan disember, thats the main reason! and byk kenduri kawen. makan makan makan XD

little cart00n said...

iris..
bila ur birthday? hepi birthda in advance ya.. :)

btul2..makan dan makan lagi..:D

Iris Asli said...

my bday baruuu je lepas. hiks ;)

suke handbag eyh?

Aten Z said...

oh my bday pun in disember! hehe ;p
suke disember sb musim hujan kot kat sini, sejuk sejuk mcm musim winter pulak haha xD

liyanaziz said...

dari hari tu nak beli handbag tapi x beli2.. hachoo! *sambil tepuk2 dahi*

enyheartsdiamond said...

mcm2 ada dlm bulan ney.. and paling org tak emk tau skali pasal result nak keluar dlm bulan ney.. tehee :DDD

cEro said...

bangun pagi, pastu lepak depan tV layan muvi mmg terbaEk pd bulan disember!!

koboys said...

dlu time kecik2 pon syg suke disember.but now, disember=kawad=penat=muke itam.hahahaha
tp xpe..cikit lg nk 15 jan 2011.
wish me luck k by...i need ur support..

little cart00n said...

iris..
yeke?hepi belated birthday dear! :)

suka2..tapi suka kumpul..tak suka pakai..haha

little cart00n said...

aten..
hepi birthday in advance :)

little cart00n said...

yana..
fulus tarak maa! hehe

little cart00n said...

eny..
tula..pk result je, mesti pening kepala! huuu :|

little cart00n said...

cero..
lama2 boleh membina lemak di badan!
mmg terbaik! heee

little cart00n said...

syg..
i always support u oke syg?
always! takpelah kalau hitam pun..boyfren cyg! :)

LOVE U.. <3

Ain Zulaikha said...

bulan december ni kan, mcm2 benda ada.. huhuu...

Khairy said...

i love year end sale...best woo..time tu kita nak berebut barang..macam tarik tali lak..hehe

eleh...bulan diesember bukan korang pun cuti gak kan. Kira ok la tu...aku ni cuti seminggu je...pastu dah ada kelas...sedeh..huhu

little cart00n said...

ain zulaikha..
betul2..tapi macam2 tu apa ya?
hahah

little cart00n said...

khairy..
ala..kejap je cuti kitorg..tapi atleast ada lah cuti gak kan..
baik ada dari takde..
heeee.. ;p

tieha ismail said...

elie, lawa elie...baik elie bali...hahah...jahat kan...

✿ CikCimi said...

yeah december.
mase tuk part-tyme job.
=.=

little cart00n said...

tieha..
ala..duit takde! :(

little cart00n said...

cik cimi..
gudluck utk part time job! :)