Monday, December 13, 2010

MEMERHATI DAN BERFIKIR!

salam kalian.. : )

Antara satu sikap daku yang AGAK lain dari orang lain ialah..

MEMERHATIKAN PERKARA DI SEKELILING! :D

Setiap kali tibanya cuti sem, daku akan bekerja semetara untuk menjana wang saku! dan seperti kebiasaan, sebelum ke tempat kerja, daku akan singgah di mapley untuk bersarapan pagi! eh? Elie sarapan pagi? memang bagus kan Elie ni? blueeks! =) Hoi! kalian tahu tak yang sarapan pagi itu perlu?! penting tau untuk mengambil sarapan pagi kerana ia adalah pembekal tenaga utama untuk permulaan harian kalian! kalau tak, memang senang lah kau jatuh sakit nanti! bila dah jatuh sakit, menyusahkan orang pulak!T__T..

oke dah! karang kalau daku da bebel pasal pemakanan, memang tak leh berhenti! mari sambung cerita! :p

kerja daku selalunya bermula jam 10  pagi..jadi daku memang punya masa yang sangat lama untuk melepak dan menternak lemak di mapley berhampiran untuk pekena tosai dan milo ais!eheh..dan mapley yang sentiasa menjadi port daku ialah berdekatan dengan tempat kerja...*sekarang da faham kenapa daku mudah gemuk?* teeheee ; )

Sama seperti jika berada di mana-mana, daku akan SENTIASA perhatikan keadaan di sekeliling..bermaksud memerhatikan siapa golongan yang berada di sekitar daku dan daku perasan yang pengunjung di mapley situ selalunya datang dari pelbagai peringkat umur dan berlainan bangsa! dalam hati bercakap..

Malaysia memang unik! ; )

dan pagi tadi, daku duduk di satu meja di mana bertentangan dengan sekumpulan gadis yang mungkin umurnya lebih kurang sebaya atau muda beberapa tahun dari kakya ..manakala di sebelah kanan daku pula, duduknya satu grup lelaki yang umur mereka mungkin dalam 20 hingga 30 an.. daku perhatikan saja apa yang berlaku di sekitar dan ratanya mereka bercakap dengan seronoknya..kadang terdengar pulak gelak ketawa..oke..beselah kalau jadiknya perkara-perkara macam tu kan..duduk makan kat kedai mamak, tak kan nak nangis-nagis sambil dengar lagu rock pulak?! dah sah gila! ;p

melihat saja gadis-gadis tadi bercakap dan bergelak ketawa..dan kumpulan lelaki pula lebih serius tanpa ada gelak-gelak, daku mula pikir tentang sesuatu! kenapa jadinya perkara sebegitu di sekitar kita? owh..mungkin para gadis bila berkumpul ramai-ramai, mereka akan bercakap tentang sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkkan? betul ke begitu? tapi bg lelaki mereka mungkin menganggap gadis akan bercakap mengenai semua barangan yang WAJIB di beli ketika datangnya YEAR END SALE! 

betul tak wahai lelaki? :P


tapi sbenarnya TIDAK! 

gadis mungkin lebih ramai yang gemar bercakap mengenai wajah hensem hero-hero di dunia seperti Brad Pitt berbanding memikirkan apa yang patut dibeli ketika tibanya Y-E-S! paling tak pun, mereka akan mengutuk si pengguna pakaian pelik terhebat dunia iaitu Ladi Gaga! mungkin sebab tu lah mereka kuat ketawa! 

BETUL TAK GADIS-GADIS? ;p

 yang mana satu mak mentua akan pilih?! ;p

bila terpandangkan para lelaki pula, daku hanya terpikirkan 2 perkara mengapa mereka lebih serius bila bercakap! ia mungkin kerana mereka bercakap mengenai kekalahan pasukan bola sepak di  English Premier League pada perlawanan malam tadi atau mereka sedang bercakap mengenai bagaimana hendak memikat wanita yang hebat di negara seperti mana David Beckham dapat memikat hati si 'seksa' Victoria Beckham yang selalunya pakai baju tak cukup kain tu! muahahhahha! : D

 Eh?pandai pulak si Posh ni tutup aurat! memang calon menantu yang 'baik'! :p

habis saja makan dan minum, daku hanya menunggu jam di tangan menunjukkan waktu mula berkerja, tapi ternyata masih lama! jadi terpaksalah menanti di mapley sambil jeling-jeling pasangan yang hangat bercinta yang duduk di sebelah meja di bahagian kiri daku! wah..comel jugak girlfrennya! tapi boyfrennya lagi comey! tapi lebih comot! teehee..opsss sori! tak-tak, daku tak pandang boyfren dan laki orang lah! heheh :p

sambil baca paper Metro di meja, curi-curi dengar jugak apa yang couple tadi borakkan! suka betul mereka bergurau senda! ternyata bahagia! : ) *kepoh jugak Elie ni kan?* hehe..dan sekali lagi, daku fikirkan, apa yang pasangan di sekitar kita borakkan bila mereka sedang bahagia? mungkin sedang berbicara mengenai kisah cinta mereka yang comel seperti kisah cinta Elie dan Noddy  Gu Junpyo dan Geum Jandi dalam cite Boys Over Flower??

tahu lah kalian nak cakap daku ni lagi comot dari Geum Jandi! T__T

kalau betul apa yang diborakkan oleh semua pasangan bahagia di sekeliling kita seperti apa yang daku fikirkan, memang diorang ni perasan comel! CEH! hahahhahah ; )

Tahu apa? ketika menulis entry ni, sebenarnya daku hanya mahu tahu tentang apa yang kalian borakkan bila melepak di mana-mana tak kira bersama siapa..ada tak sapa2 yang bercakap sama macam yang daku fikirkan? kalau ada, TAHNIAH lah ya? hahaha...

owh ya.. kadang-kdang bila memerhati sambil berfikir memang menyeronokkkan! sebabnya kita mengerah otak membuat senaman ringan!tak perlulah yoga-yoga bagai! habis duit saja! teehee =) tak percaya? kalian cubalah sendiri! kemudian mulalah timbul idea-idea tak bernas dalam kepala hotak kalian nanti! eh-eh..tak percaya lagi? entry ini lah sebagai bukti! suka-suka hati dan selamber gadak cakap lelaki dan couple-couple bahagia macam tu kan? japg ada pulak yang simbah cat merah kat umah daku ni esok pagi! *oh dem! mintak simpang!* teheee... :p

Jangan tersinggung ya semua?.Maaf di pinta jika terkasar bahasa! :D

Peace yaawww dan Assalamualaikum! : )

p/s: Memerhati dan berfikir! itulah sebenarnya sikap daku yang tak semua orang tahu tentang daku! diam-diam ya..ini rahsia! =)

24 comments:

4umyfans said...

memang betul.
sangat seronok bila dapat memerhati perilaku orang sambil berfikir sejenak.
tu pun hobi teman sebenarnya...

little cart00n said...

ery..
oh..kita sama la sebenarnya ya?
boleh geng ya komander!:)

gadiest ❤ said...

hahahaha..cam seronok!!nk join la pasni..

Zara Affendi said...

sy pon.! hehe ^_^

little cart00n said...

gadiest..
jom2..:p

little cart00n said...

zara..
kita mmg smelah sista! :p

Afiefah Safieni said...

sambil makan sambil tengok gelagat manusia..best2 =)

nora said...

kite same lah (nak geng gak =p)

cEro said...

aku pon...
tu yg kdg2 terasa pelik dgn perangai manusia...
tp aku berpegang kpd satu prinsip, 'everything happens for reason'

alienelliz said...

sesekali kita lihat sekeliling, banyak sebenarnya kita tak tahu..hehe..dari penglihatan blh juga kita belajar sesuatu yg baru or cari kekasih baru..haha =P

THANKS FOR YOUR COMMENT DI BLOG ALIENELLIZ..=)

enyheartsdiamond said...

eny selalu makan berseorangan.. tp kalau pergi mapley malam2, tengok bola dan shisha2.. topik yg dibualkan aalah topik mengenai kehidupan.. ttg ex boyfren ke, girlfren kepada best fren ke etc etc etc :)

little cart00n said...

afiefah..
best2..silap ari bulan, makan tercekik pun tak perasan..
hahah

little cart00n said...

nora..
jom geng nagn elie~:P

little cart00n said...

cero..
prinsip sama macam kawan bilik kat puncak! ;p

little cart00n said...

alienaliz..
haik? niat lain nmpak?
hahaha

little cart00n said...

eny..
lepak sorang2 sonok juga dari berdua! :)

mijieywardie said...

haha.. sama la kita. memerhati, berfikir dan mula buat kesimpulan karut..

♥ nana i am ♥ said...

brad pit dihati ;D

little cart00n said...

mijiewardie..
hahaha..
kesimpulan karut tu lah yg best! :)

little cart00n said...

nana..
bgtau boyfren akak! ;p

ePL a.ka. ePY said...

saya sgt setuju!!!

little cart00n said...

ePL..
wah! ada supporters! :)

miyoshu212 said...

betol ke posh 2 ttp aurat mcm 2..??

little cart00n said...

miyoshu..
takde maknenya!
dia nk g jumpa mak mertua, kena lah pakai macam tu! wahahahh