Wednesday, December 8, 2010

BERMULANYA HARI DI KOTA SINGA!

salam kalian.. : )

baca saja tajuk, pasti kalian boleh agak entry ni mengenai apa kan? : D

Baik kalian yang disayangi semua..tak perlu intro banyak-banyak, mari duduk diam dan dengar daku bercerita mengenai percutian di KOTA SINGA!bagi sesiapa yang ada cikedis atau biskut lemak tu, boleh lah buat kunyah-kunyah time baca entry daku ni! lebih seronok rasanya! muahhahahah =)

EHEM! citer Bermula! 

Percutian di negara jiran tu tak perlu naik kapal terbang atau kapal selam!  keluarga daku taklah sangat kaya raya sampai nk bazirkan duit naik kapal-kapal bagai..hanya tempah tiket KTM saja untuk ke Singapura..lebih klasik bukan?! walaupun bontot naik kematu duduk dalam tren selama 9 jam lamanya!hehehh


tahu tak perjalanan yang sangat lama di dalam tren memang membosankan? tahu tak? ahh..sepanjang perjalanan, daku hanya mendengar lagu-lagu di MP3 saja selain membaca novel yang da lebih 3-4 kali khatam! bila da bosan tahap gaban, habis juga dua batang choki-choki ditelan perut! dan kerana lama sangat nk sampai, mmg tak sah kalau diri sendiri tak buat peta dunia! Tidolah gamaknya! ZzzzZzzz :p

sampai saja di Singapura, malam da lewat! jam 12 pagi baru sampai di rumah makcik! jadi hari pertama, hanya merehatkan diri saja dan sambung tido sampai esok pagi! yeesss! mmg kesedapan bila dapat tido dalam cuaca yang sejuk!hahaha..

bila masuk saja hari kedua, mula diri ni nak mengembara di negara jiran! yeah! kaki jalan memang tak kan rasa penat untuk berjalan di mana-mana saja! termasuklah di tempat yang tak pernah dikunjungi! hehehe..jadi sesiapa yang nak berjalan jauh, jangan segan-segan bawak daku! heheh ;p

Singapore macam Malaysia jugak! ada motor dan kereta di jalanan!hehe

baju nak rm10 je..TAK PAYAH pakai baju yang GLAM-GLAM! : )

satu lagi sebab pakai baju sempoi bila nak berjalan jauh,
daku boleh lompat-lompat walaupun tahu badan ni tak ringan mana!

Teehee :p

masuk ke Mustapha Centre, terasa seperti berada di dalam Maidin di Kotaraya! macam-macam ada! baik dari baju, makanan, beg, sampai lah ke stokin! semua complete! yang tak leh blah, bau-bauan pun sama macam kat Maidin! hehehe..opsss..jangan salah tafsir! daku tak racist oke? semangat Satu Malaysia masih kukuh dalam diri! : )

dan disebabkan daku sorang saja dalam family yang tak pernah sampai Singapore lagi, haruslah dibawa ke tempat-tempat bersejarah di Singapura oleh kaum keluarga yang dulunya pernah bercuti di sana TANPA adanya daku! : |

bergerak ke MERLION untuk melihat pemandangan indah dari lautan dan melihat warga kota yang lain beristirehat! satu perkara kalian perlu tahu, WAJIB lah daku mengambil gambar di setiap tempat! tahu tak yang anak dara Haji Ramli dan Hajah Faridah ni baru first time masuk Kota Singa?! memanglah rasa macam rusa masuk kandang! *eh?? betul tak peribahasa tu?* hehe

kepala Singa di belakang tu lah dipanggil MERLION.
Mermaid + Lion = MERLION! : )

Singapore River Cruise! 
tgk kapal, ttbe teringat noddy..di mana dia seorang NAVY! ;p

perhatikan kapal di atas menara tu..itulah CASINO terbesar di sana!
sapa-sapa umat Islam yang masuk situ, rasanya memang 'MATI'! : )

nak buat gaya apa pun dah tak tau! : |
abaikan gaya daku yang macam nk berzapin tu! T__T
lihat pada yang beratap besar di belakang tu! itulah ESPLANADE namanya! 
kalau di Malaysia, ia seperti ISTANA BUDAYA! ; ).

dan ini pula di dalam ESPLANADE! indah bukan? : )

Seronok dapat melihat keadaan dalam di ESPLANADE! indah! : ) kebetulan malam itu akan adanya persembahan! itulah sebab adanya kugiran-kugiran dan para artis di sana yang sibuk berlatih! sayangnya daku tak dapat menonton persembahan pada malam tu! sobs! ; (

bila sudah namanya kaki jalan, sampai larut malam berjalan pun takde hal kan? heheh..di negara orang, sama saja seperti di negara sendiri, jalan raya memang sesak! nak-nak lagi musim krismas makin tiba! tapi daku bukannya naik kereta! berjalan kaki, memang takde hal nak cilok sana sini! kat KL kan selalu buat macam tu! *owh kantoi sudah!* hahaha..

agaknya memang suka berzapin kat tepi jalan kot! T__T

musim krismas memang tak sah kalau takde lampu-lampu yang menghiasi jalan ke? heee...seronoknya berjalan di Kota Singa di malam hari adalah kerana dapat melihat betapa meriahnya jalanraya nya yang berwarna warni dan lampu-lampu yang terang berderang dinyalakan! EHEM! kat Malaysia pun ada lampu-lampu cantik, jadi daku tak lah jakun sangat bila masuk bab ni! ehhehehe..

Lampu dan pokok,sama saja macam di negara kita kan? : )

yang baju kuning tu memang suka posing macam tu kalau bergambar!

belakang tu.coklat FERERRO ROCHER oke?!

bila dah melihat panorama dan lampu-lampu di Orchard Road, memang terasa seperti di tengah-tengah Pavilion! ehheh..mewah dan indah! : ) owh. ya..berjalan dari pagi hingga ke malam memang memenatkan! nak-nak lagi bila perlu naik tren yang sangat mengelirukan pendatang luar macam daku ni! tapi kalau dah kata datang sebab nak berjalan-jalan, memang berjalanlah kau sampai ke tengah malam! hehehe ;p

bibir memang tak tahan mungil! kalian janganlah jeles! ;p

konon-konon nk buat pose seksi! tapi yang jadinya SEKSA! ; )

Bila kaki memang dah tak larat nak berjalan, baru pikir nak balik umah! memang terbaik sampai dalam pukul bape daku sendiri tak tau! balik-balik dengan muka comot, tahu nak tido je dan sambung berjalan pada esok hari! eh..budak ni tak paham erti penat lah! MEMANG! ehheh =)

selalunya daku comot...tapi kali ni kakya yang pegang title tu!: D

ehh!baru 4 hari tak berblogging, entry pun da lama tak ditaip panjang-panjang, tangan rasa kebas pulak!

macam mana nk taip next entry ni? cite tak abis lagi tau! T___T

kalian mahu baca entry daku di Universal Studio dan Pulau Sentosa tak? tunggu entry seterusnya ya?!

Hepi blogging and assalamualaikum, peeps! : )

p/s: "Wah! Bersih gila!"- first reaksi daku berada di Singapura ;p

34 comments:

liyanaziz said...

gayat! sudah bukak kah cylon dengan human???

little cart00n said...

yana..
cylon? apakah gerangannya itu?

liyanaziz said...

roller coaster la dekat US.. hari tu x dapat naik.. hoit!! beli kan apa x utk yana?? hari tu de pesan murtabak! nak g ampang ni, nak amek =p

little cart00n said...

yana..
roller coster yg giant tu tak bukak ag..next yer baru bukak..elie dpt naik yg kalaer merah tu je..hahah.

ole2 murtabak tak dptlah nk bawak balik makcik oit! tapi ada lah cikit oleh2 utk makcik tersayang ni..heee..

tomatokering :) said...

wahh! besh nye! bile nak bawak tomato pulak??ngeh3~

Marya Hana . said...

AIYOOO.. bestnya!!

little cart00n said...

tomato..
jom la..tapi elie tukang bawakkan je..tambang semua sendiri mau ingtlah oke?haha

little cart00n said...

kak yaya..
best2..ajaklah cik abg pergi.. :)

eiela said...

bestnya pergi jalan-jalan..

Latest Entri :
Blog Baru (2010) Pilihan
Insurans Paling Murah Di Malaysia : RM1 Sebulan

little cart00n said...

eiela..
best lagi berjalan di malaysia..hahha

WunnyNiwaa said...

wah bestnya pergi singapore ! tak pergi uni studio ke?

little cart00n said...

wunny..
pergi univesal studio..tapi tunggu nxn entry, baru elie cite kan k :)

Rebelle Me said...

i duduk johor 3 tahun pun tak pernah terniat nak pergi singapore..
entah apa jadah sampai pemalas sangat..

nak buat passport lagi double malas..
hehehe

little cart00n said...

rebelle..
hehe..duk melaysia lagi best la..
singapore nk jalan2 sje boleh la..
:)

Iris Asli said...

babe, u penari zapin ke ape ni? ekekek.. :P

best kan tengok tempat orang. cant wait for ur next entry! ;)

koboys said...

heeee..bestnye..jom jalan2 sane.hehe..ajak umi, abah, kakya, n nouha skali.hehehe

:P

little cart00n said...

iris..
hahahha..xla..
i tak pnh mimpi nk jadi penari zapin pun..joget pun macam kayu!hahha

tunggu nxt entry i oke darl! :)

little cart00n said...

syg..
nnt plan btol2 dulu, kita g oke?

nouha tak yah la ajak! sibok je gemok tu!grrr ;p

misz FaTiN said...

da lama xp kota singa 2..
mst da byk yg berubahkn..

little cart00n said...

misz fatin..
elie tak pernah pergi, so tak tau apa yg berubah, apa yg kekal.haha

Liquid said...

fuisyo... besh nye. incek liquid pon mau p jgk lah ehehehe

woot-woot said...

krohh kronn zapin tepi jalan..orang gile kah ? erk xD

Amirrah Zawani said...

i x pernah pun pg singapore..
teringin gknk pg..
oh merlion tu mermaid n lion..
:o)

little cart00n said...

liquid..
pergila..best!boleh ajak orang tersayang! :)

little cart00n said...

woow-woot..
eh..bukan selalu boleh berzapin kat negara orang..kan? xD

little cart00n said...

amirah zawani..
yup2..mermaid + lion is equals to MERLION! :)

Un Phat Lee said...

perrh seronoknya

little cart00n said...

un phat lee..
seronok lagi di Malaysia! :)

! Nurida Ardy said...

i dream it...~_^* dear, u r so lucky...!

Ain Zulaikha said...

cantik jugak ya kota singa.. huhu mesti mahal pergi sana T__T tak dapek ler nak gi sana..

little cart00n said...

nurida..
rezeki elie kot.. :)

little cart00n said...

ain zulikha..
mahal tu ikot transport apa kita naik la..tapi skrg takde sale ag..so brg mahal gaklah..huhu

Aimi Razman said...

tk penah pegi singapore ;( very nice place !

little cart00n said...

aimi..
kumpul duit, kita g sme..jom! :)