Thursday, December 16, 2010

TIGA DALAM SATU!

salam kalian.. : )

Dah lama tak menulis tentang banyak perkara dalam satu entry! 

Rindu pulak rasanya! ; )


EHEM!! nampak tak gambar di atas?!hehe..boleh baca tulisan yang ditulis di atasnya?sekarang dah paham kan perkara pertama untuk entry ini berkaitan apa!da paham kan? semua tolonglah cakap DAH! tehee =) owh..mintak-mintak janganlah ada yang buat-buat tak ingat pada kemenangan yang diceritakan dalam entry lepas! heheheh *pergh..belagak siut!* :p

awal-awal pagi semalam dah ingatkan abah untuk tolong ambikkan hadiah di pejabat penganjur! sebabnya takut abah terlupa! almaklumlah..umur semakin kertu, uban pun sedang segar nak tumbuh di kepala!hehe..dan saat sedang enak diri ini mengulam mimpi, tiba-tiba saja dapat col dari abah..

HELO..ABAH DAH AMBIK HADIAH!

wah! dengar saja perkataan hadiah, memang terus terjaga! niat nak tido semula langsung takde! dasar gadis mengada! hehehe..tgh hari berganti petang..puas menanti abah pulang dari tempat kerja, semata-mata nak tgk apa hadiah yang daku dapat sebenarnya! ceh! padahal dalam entry lepas, dah bagitau kot apa yang daku telah menangi! gedik sungguh nak ulang banyak kali! grr! :p

dan niat nak menjadi orang pertama yang merasmikan dulu untuk lihat bagaimana rupa bentuk hadiah, terbantut begitu saja disebabkan kakak dan sepupu yang menjadi bizibody tak berdaftar! sadis gila bila terpaksa menjadi orang terakhir yang dapat lihat hadiah sendiri! T__T

beg travel camel active berharga rm390, buku nota limited edition Bruce Lee,
baucer RM30 untuk Travel for All dan pas wayang percuma untuk dua orang!

ada sesiapa yang jeles tak? janganlah..janganlah! :' )

hehehe..

rasanya itu adalah hadiah yang paling manis untuk diingati bagi tahun 2010 ni berikutan ia adalah dari titik peluh sendiri! ceywah ayat nak jiwang saja! geli bulu ketiak! muahhaha :D

Oke semua! tamat untuk cerita pertama..masuk pula cerita kedua! 

masih belum ada yang bosan bukan? 

BAGUS!! : )

semester baru bakal bermula..saat ini haruslah ramai para siswa dan siswi sibuk menghabiskan sisa-sisa cuti mereka dengan pelbagai benda! daku juga sepatutnya begitu! tapi kali ini, tidak lagi! sebentar lagi perlu berangkat ke Pulau Pinang untuk menghadiri kursus sebagai pembantu mahasiswa bagi sesi orentasi pelajar-pelajar baru 2011! wah! memang hebat bila diri ini sudah bergelar SENIOR TAHUN DUA! : D

Eh! macam mana boleh pakai semat-semat ni?! selalu sakai je! :D

berkursus di Pulau Pinang mengambil masa selama seminggu..kemudian bermesra dengan pelajar-pelajar baru di orentasi juga adalah seminggu! total semua haruslah 2 minggu lamanya! kemudian bermulalah semester yang baru! wargh! nampaknya kekuatan mental dan fizikal harus berada di tahap SUPERB! cis! harus jaga makan dan pergi joging selain buat sit up tambahan 20 kali ganda seperti sebelum ini! nak badan sihat la konon-konon! T____T

owh! sepanjang 2 minggu ini, pastilah keadaan diri seperti tidak terjaga! kesibukan yang bakal melanda juga sudah terbayang di depan mata! adakah ini bermakna blog ini akan tergendala seketika?! jawapannya..

YA!! : ( 

haruslah keadaan blog ini akan terdiam sementara! jadi jika blog ini diam sahaja, paham-pahamlah kalian semua, ya? heee..tapi jangan gundah gulana! daku akan sentiasa menjadi silent reader setiap masa! dan sebelum berakhirnya tahun 2010 ini, satu entry penutup pasti akan ada sebelum tahun baru menjelma! tak kira sibuk atau apa, daku akan pastikan adanya entry tersebut! TEKAD! : )

wah semangat betul budak ni kan?! excited sebenarnya bakal jadi facii! *berlagak gila ayat!* tehee :D

dan selepas 2 minggu, pasti semuanya akan menjadi seperti sedia kala! bg adik-adik yang bakal masuk UiTM Puncak Perdana tu, jangan segan-segan panggil daku Kakak Elie! *kakak? T__T* ingat senior cantik comot ni tak makan orang bila ditegur! dia hanya akan makan askem sundae walaupun tidak dihulur! maaflah..dia tak malu sikit! eh..bukan sikit..banyak! hahaha

jadi sebelum kalian mulakan misi merindu Elie, sila-sila lah doakan perjalanan daku untuk pergi dan balik ke Pulau Pinang-Kuala Lumpur selamat dan segala kerja yang bakal dilakukan berjaya semuanya! Doakan juga agar daku berjaya menjadi seorang pembantu mahasiswa yang PERFECT ya?! Trimas Semua! : ))

oke bye! : )

EH?!
:
:
:
:
:

TUNGGU-TUNGGU!!

masih ada perkara ketiga! =D

tiada apa sebenarnya, hanya ingin beritahu tentang pas menonton wayang secara percuma dan baucer membeli sebanyak rm30 yang daku menangi tu masih ada tempat kosong! ada sesiapa yang sukarela mahu temankan daku berjalan-jalan? marilah beratur isi borang kat umah!! : )

ALAMAK!! da pukul 10 pagi? leka betul mengupdate blog sendiri! almaklumlah..esok lusa dah nak berdiam diri..jadi ambik kesempatan waktu bermaharaja lela di waktu-waktu begini! baru perasan baju-baju tak siap kemas lagi! teheee :P

oke..selamat berbloging semua! Take care dan assalamualaikum! : )

p/s: jika menulis blog, jangan lupa kan Elie ya? sebabnya daku akan merindui untuk membaca entry dari kalian-kalian semua! : (

Wednesday, December 15, 2010

SURAT MISTERI DARI BRUCE LEE!

salam kalian.. : )

Ada sesiapa pernah termimpi akan mendapat surat misteri dari seorang lagenda??

dan lagenda itu pula bukanlah dari calang-calang orang!

lagenda itu adalah BRUCE LEE! : )


tak pernah daku terfikir akan mengetuk pintu umah Dato Goggle untuk bertanya khabar mengenai Bruce Lee!nak-nak lagi beliau sudah bergelar Mendiang!huhu..dan kalau dah kata nak membaca kisah pun tidak pernah terfikir dek kepala ini, mencari gamba beliau untuk di copy pastekan di dalam blog sendiri apatah lagi!!T__T

tapi disebabkan daku ni gatal sangat nak menjoinkan diri sendiri untuk satu peraduan mengenai Bruce Lee di surat khabar, memang lah rajin tangan ni dok ketuk pintu umah Dato Goggle mintak simpati! bukak page itu, bukak page ini, semata-mata untuk tahu semua pasal Bruce Lee..akhirnya, dapat jugak simpati dari Dato Goggle! Trimas Dato Goggle! =)

tak sia-sia daku ketuk pintuk umah Dato Goggle berjam-jam lamanya!! hahaha..muka tak malu memang lah macam tu! adik-adik sila jangan tiru! T__T 

selepas seminggu, tertunggu juga bila nak umumkan pemenang..tgk pada tarikh tutup, Eh,sepatutnya keputusan da keluar! mungkin takde rezeki, putus hati la gamaknya! sob-sob! : ( ececeh! tiba-tiba terlari dari niat sebenar di mana menjoinkan diri ini dalam peraduan itu semata-mata untuk keseronokan sahaja! apasal sampai nak menitis air mata touching kalau takde rezeki menang kan? ceh! :p

tapi sedang bermalas-malsan di rumah, tiba-tiba, ada sorang posmen anta surat kat umah! tgk nama daku pada sampul surat, ditulis pakai tulisan tangan! gila pemalas dorg nak taip nama daku then print cantik-cantik! tahulah nama daku sedap sangat sampai dorg tak sampai hati nak taip bagai! teeheee : )

baca saja isi kandungan surat..memang gosok mata berkali-kali! igtkan diri..adakah ini mimpi?! cubit pipi, geleng kepala laju-laju..Memang ambik masa yang sangat lama untuk menjerit ayat..

YES! MENANG! :D

klik la gmbar untuk tumbesaran yang sihat! : )

Oke..second winner pun, nak kecoh la minah ni! hahaha..atleast menang jugak kan?! bersyukur saja dari pada tak menang apa-apa! mungkin atas berkat mengetuk pintu umah Dato Goggle untuk mencari isi maklumat semata-mata nak bina slogan yang tak sampai 50 patah perkataan tu! hahahha...

dapat jadi pemenang tempat kedua, hadiah semua nak sedap saja! satu beg travel beroda berharga rm 390, satu buku nota exclusive Bruce Lee (limited edition), satu baucer travel rm30, dan satu pas double untuk tgk wayang! oh..memang lah buat diri ini terasa macam orang kaya tak berdaftar sekejap! muahahhaha

Eh..dalam surat cakap hadiah mesti dituntut sebelum atau pada 24 haribulan! tak payah tunggu 24 haribulan lah! hari ni jugak daku suruh abah pergi collect hadiah!tak sabar betul kalau cakap pasal hadiah ni!:' )
memang mintak penampar sebab susah kan bapak kandung sendiri! kan-kan? :p

alahai, kalian janganlah cakap Tahniah untuk Elie ke apa, buat daku segan saja! jap lagi mulalah terharu sampai meleleh air mata gedik kat umah ni! teeeheee :p

owh..lepas ni kalau sapa-sapa nak masuk contest, ajak lah Elie tolong buatkan slogan! tapi kalau menang, hadia share-share la! macam tak tahu pulak adat macma ni kan?hehehe..dan kalau nk daku yang buat slogan, kalianlah ketuk pintu umah Dato Goggle oke? sebabnya Dato Goggle da confirm kenal sangat sapa daku! dah budak kecik ni asyik tercongok kat pintu umahnya tiap-tiap hari, mana tak nya dia dah kenal daku! kalaulah Dato Goggle tu boleh bercakap, mesti dia akan cakap daku ni memang muka mintak sidekick! ngeee :D

btw, rajin-rajinlah kalian bca paper KOSMO! sebab contest-contest yang dianjurkan oleh mereka mudah-mudah saja! macam daku ni, 3-4 kali masuk peraduan mereka, baru kali ni menang tempat kedua! sebab tu entry ni macam excited terlebih! jangan lah kalian marah atau jeles pulak! kalau daku menang tempat pertama, haruslah kalian jeles! ini baru tempat kedua! hehehehhe.. :' )

eh-eh..entry ni apasal macam terasa riak sekejap?!T__T

oke dah!banyak sangat cakap! bye semua! assalamualaikum! : )

p/s: tak rugi beli KOSMO tiap-tiap pagi! RM 1 je! :p

Monday, December 13, 2010

MEMERHATI DAN BERFIKIR!

salam kalian.. : )

Antara satu sikap daku yang AGAK lain dari orang lain ialah..

MEMERHATIKAN PERKARA DI SEKELILING! :D

Setiap kali tibanya cuti sem, daku akan bekerja semetara untuk menjana wang saku! dan seperti kebiasaan, sebelum ke tempat kerja, daku akan singgah di mapley untuk bersarapan pagi! eh? Elie sarapan pagi? memang bagus kan Elie ni? blueeks! =) Hoi! kalian tahu tak yang sarapan pagi itu perlu?! penting tau untuk mengambil sarapan pagi kerana ia adalah pembekal tenaga utama untuk permulaan harian kalian! kalau tak, memang senang lah kau jatuh sakit nanti! bila dah jatuh sakit, menyusahkan orang pulak!T__T..

oke dah! karang kalau daku da bebel pasal pemakanan, memang tak leh berhenti! mari sambung cerita! :p

kerja daku selalunya bermula jam 10  pagi..jadi daku memang punya masa yang sangat lama untuk melepak dan menternak lemak di mapley berhampiran untuk pekena tosai dan milo ais!eheh..dan mapley yang sentiasa menjadi port daku ialah berdekatan dengan tempat kerja...*sekarang da faham kenapa daku mudah gemuk?* teeheee ; )

Sama seperti jika berada di mana-mana, daku akan SENTIASA perhatikan keadaan di sekeliling..bermaksud memerhatikan siapa golongan yang berada di sekitar daku dan daku perasan yang pengunjung di mapley situ selalunya datang dari pelbagai peringkat umur dan berlainan bangsa! dalam hati bercakap..

Malaysia memang unik! ; )

dan pagi tadi, daku duduk di satu meja di mana bertentangan dengan sekumpulan gadis yang mungkin umurnya lebih kurang sebaya atau muda beberapa tahun dari kakya ..manakala di sebelah kanan daku pula, duduknya satu grup lelaki yang umur mereka mungkin dalam 20 hingga 30 an.. daku perhatikan saja apa yang berlaku di sekitar dan ratanya mereka bercakap dengan seronoknya..kadang terdengar pulak gelak ketawa..oke..beselah kalau jadiknya perkara-perkara macam tu kan..duduk makan kat kedai mamak, tak kan nak nangis-nagis sambil dengar lagu rock pulak?! dah sah gila! ;p

melihat saja gadis-gadis tadi bercakap dan bergelak ketawa..dan kumpulan lelaki pula lebih serius tanpa ada gelak-gelak, daku mula pikir tentang sesuatu! kenapa jadinya perkara sebegitu di sekitar kita? owh..mungkin para gadis bila berkumpul ramai-ramai, mereka akan bercakap tentang sesuatu yang menggembirakan dan menyeronokkkan? betul ke begitu? tapi bg lelaki mereka mungkin menganggap gadis akan bercakap mengenai semua barangan yang WAJIB di beli ketika datangnya YEAR END SALE! 

betul tak wahai lelaki? :P


tapi sbenarnya TIDAK! 

gadis mungkin lebih ramai yang gemar bercakap mengenai wajah hensem hero-hero di dunia seperti Brad Pitt berbanding memikirkan apa yang patut dibeli ketika tibanya Y-E-S! paling tak pun, mereka akan mengutuk si pengguna pakaian pelik terhebat dunia iaitu Ladi Gaga! mungkin sebab tu lah mereka kuat ketawa! 

BETUL TAK GADIS-GADIS? ;p

 yang mana satu mak mentua akan pilih?! ;p

bila terpandangkan para lelaki pula, daku hanya terpikirkan 2 perkara mengapa mereka lebih serius bila bercakap! ia mungkin kerana mereka bercakap mengenai kekalahan pasukan bola sepak di  English Premier League pada perlawanan malam tadi atau mereka sedang bercakap mengenai bagaimana hendak memikat wanita yang hebat di negara seperti mana David Beckham dapat memikat hati si 'seksa' Victoria Beckham yang selalunya pakai baju tak cukup kain tu! muahahhahha! : D

 Eh?pandai pulak si Posh ni tutup aurat! memang calon menantu yang 'baik'! :p

habis saja makan dan minum, daku hanya menunggu jam di tangan menunjukkan waktu mula berkerja, tapi ternyata masih lama! jadi terpaksalah menanti di mapley sambil jeling-jeling pasangan yang hangat bercinta yang duduk di sebelah meja di bahagian kiri daku! wah..comel jugak girlfrennya! tapi boyfrennya lagi comey! tapi lebih comot! teehee..opsss sori! tak-tak, daku tak pandang boyfren dan laki orang lah! heheh :p

sambil baca paper Metro di meja, curi-curi dengar jugak apa yang couple tadi borakkan! suka betul mereka bergurau senda! ternyata bahagia! : ) *kepoh jugak Elie ni kan?* hehe..dan sekali lagi, daku fikirkan, apa yang pasangan di sekitar kita borakkan bila mereka sedang bahagia? mungkin sedang berbicara mengenai kisah cinta mereka yang comel seperti kisah cinta Elie dan Noddy  Gu Junpyo dan Geum Jandi dalam cite Boys Over Flower??

tahu lah kalian nak cakap daku ni lagi comot dari Geum Jandi! T__T

kalau betul apa yang diborakkan oleh semua pasangan bahagia di sekeliling kita seperti apa yang daku fikirkan, memang diorang ni perasan comel! CEH! hahahhahah ; )

Tahu apa? ketika menulis entry ni, sebenarnya daku hanya mahu tahu tentang apa yang kalian borakkan bila melepak di mana-mana tak kira bersama siapa..ada tak sapa2 yang bercakap sama macam yang daku fikirkan? kalau ada, TAHNIAH lah ya? hahaha...

owh ya.. kadang-kdang bila memerhati sambil berfikir memang menyeronokkkan! sebabnya kita mengerah otak membuat senaman ringan!tak perlulah yoga-yoga bagai! habis duit saja! teehee =) tak percaya? kalian cubalah sendiri! kemudian mulalah timbul idea-idea tak bernas dalam kepala hotak kalian nanti! eh-eh..tak percaya lagi? entry ini lah sebagai bukti! suka-suka hati dan selamber gadak cakap lelaki dan couple-couple bahagia macam tu kan? japg ada pulak yang simbah cat merah kat umah daku ni esok pagi! *oh dem! mintak simpang!* teheee... :p

Jangan tersinggung ya semua?.Maaf di pinta jika terkasar bahasa! :D

Peace yaawww dan Assalamualaikum! : )

p/s: Memerhati dan berfikir! itulah sebenarnya sikap daku yang tak semua orang tahu tentang daku! diam-diam ya..ini rahsia! =)

Sunday, December 12, 2010

PUDING ROTI..

salam kalian.. : )

Puding roti memang lah menyelerakan!

Nak-nak lagi jika di makan sewaktu ia dalam suhu yang sejuk!

Memang lah Wallawehhhh! : D


Hujung-hujung minggu macam ni, haruslah sangat bosan jika duduk saja di rumah sambil goyang kaki!T__T hasrat di hati hendak keluar ke kota,tapi kawan-kawan semua sudah pulang ke kampung halaman, boyren pula sedang bizi di universiti untuk persiapan kawadnya, memang tak tahu lah nak keluar dengan siapa! sobs-sobs! T__T

nasib baik empunya diri ini boleh memasak! dapat jugak habiskan waktu bosannya dengan memasak puding roti di dapur! tidaklah dia hanya makan tido-makan tido saja!mwmang menternak lemaklah gamaknya! heheheh.. =)

kalian tahu macam mana nak buat puding roti yang sedap?? kalau tak tahu, mari sini daku nak ajar! cepat amek pen dan kertas, salin semua resipi dalam blog daku ini! salin betul-betul! karang kalau silap satu ayat, buatnya tak jadi puding roti kalian, jangan pulak salahkan daku yang memang hebat suam-suam kuku memasak ni! muahhahah :p

oke semua..untuk membuat puding roti, kalian hanya perlukan bahan-bahan seperti berikut! :-
-roti, 
-telur, 
-susu cair, 
-secawan air masak,
-kismis, atau kurma atau buah-buahan lain sebagai hiasan!

senang saja kan bahan-bahannya? tak yah beli mahal-mahal dan jauh-jauh nak cari bahan untuk masak puding roti..kat kedai Mak Kiah belakang umah aku berlambak jual! hehe..

da siap semua bahan-bahan, letak satu buku roti dalam loyang dan rendamkan roti tadi dengan 1 tin susu cair! hello semua...susu cair oke! bukannya susu gantung lemak berkrim!karang lain pulak jadinya! hehe..

then, tuang air panas dalam loyang yang ada roti dan susu cair tadi..make sure roti direndamkan sepenuhnya!

bila nampak roti macam da kembang, pukul 4 biji telur sampai naik buih! tuangkan buihan telur tadi atas roti dan gaulkan sehingga sebati! harus betul-betul sebati tau! kalau tak nanti berketul-ketul jadinya! huhu..

sebelum kukus roti dalam loyang, kalian taburlah apa-apa buah yang kalian suka atas roti tu..macam kismis ke, kacang ke, appricot ke, kurma ke..apa-apa lah! untuk bagi kesedapan berganda!=) kalau macam daku, daku suka kalau ada kismis, cherry merah dan hijau! sedap sampai nak tambah lagi! hehe..

 kismis! sebelum cerry di taburkan! :D

dah siap semua tu, bolehlah kukuskan roti kalian dalam masa setengah jam! Hey..sementara kalian tunggu roti dikukus, jangan pulak kalian goyang kaki sambil makan kuaci! masak secawan gula dalam kuali sampai jadi keperang-perangan..nak tahu gula kalian tu da cukup perang atau tidak, tarik gula ke udara! kalau ia macam bertali, means da oke lah tu gula kalian tu.. : )

bila da cukup perang gula kalian, campurkan dengan secawan air masak! kacau sehingga sebati sebelum ditaburkan atas roti yang da siap dikukus dalam loyang tadi! potong roti kalian dalam loyang kepada empat bahagian! itu bertujuan untuk gula diserap ke dalam puding roti kalian dengan sebati! baru la enak rasanya bila time nak makan nanti! : )

 Dah siap masak! : )

da selesai semuanya, kalian boleh la hidangkan puding roti kalian kepada keluarga mentua kalian atau boyfren sekalipun! lagi sedap kalau di makan ketika ia sedang sejuk! kelazatannya..PERRGGHH! sangat lah yummy! tak percaya? cubalah sendiri! : ))


nampak mmglah macam tak menarik, tapi kalau da makan, harus nak tambah lagi! ;p

selain dari sedap dan lazat, puding roti adalah satu sajian yang sangat-sangat menyihatkan! kan kita kukus, mana ada goreng dengan minyak atau apa-apa yang berlemak kan? heheh,,sambil makan puding roti yang sihat, dapatlah kalian menyahut seruan KEMPEN  SIHAT SEDUNIA! seronok kan-kan? :' )

jadi kalian tunggu apa lagi??

Selamat Mencuba ya?! ; )

Owh..kalau ada siapa-siapa yang nak mintak resepi lain dari Chef Elie, boleh la contact daku di nombor..014-344..tekan-tekan tak dapat! muahahahhaha ;p

Selamat berhujung minggu! Assalamualaikum! : )

p/s: daku pandai masak..ada sesiapa nak anta rombongan meminang?! ngeee!

Saturday, December 11, 2010

FROM SINGAPORE WITH LOVE!

salam kalian.. : )

Baca kisah sebelum ini di SINI! : )

*******************************

Tujuan utama untuk ke Kota Singa bukanlah untuk membazirkan wang saku! 

Sebetulnya ia adalah untuk merapatkan silaturahim bersama makcik yang tinggal di Kota Singa..: )..dan sambil itu bersiar-siar juga adalah tujuan sampingan..yelah, kalau pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Singa, haruslah mengambil peluang untuk bersiar-siar kan? bukan senang tau! heeehhehe :D

Berjalan-jalan di Kota Singa, memang terpegun sekejap! sebabnya, butik-butik hebat memang tersergam megah..sebut saja Gucci, Victoria Secret, Prada, Hard Rock Cafe atau sebagainya..senang saja kalian jumpa jika ke sana! dan bila sebut saja butik,haruslah harga pun 'HEBAT' kan?!teeeheee.. :P

Luxury Fashion- Victoria Secret! : )

Hard Rock Cafe Singapore!

Gucci! : D

Tengok pada harga-harga yang mahal, daku garu kepala! Bukan ke bila hampir waktu untuk Hari Natal, sepatutnya harga jualan di shopping kompleks jatuh? dan sebab itu jugaklah daku ke sana untuk mencari apa yang di hajati seperti yang diceritakan dalam entry ini! tak salah kan kalian? alahai, pepatah sendiri pun kata..

SAMBIL MENYELAM, MINUM AIR! :' )

ehehhee..jadi alang-alang daku da sampai ke Kota Singa, baik cari terus apa yang dihajatkan kan? memang lah tak salah...kan-kan? Lalallaalala~ :p

Masuk saja ke semua kedai, mula lah tangan tak reti nak duduk diam! pegang itu pegang ini, sampai lah berkenan satu-dua! tapi bila tgk saja tag harga! ALAMAK!!! mahal siut!! duit tak cukup kalau beli barang ni! sampai ke Singapore pun pakai duit gaji kerja dan duit raya! haish! memang kopak kalau beli! : |

pikir banyak kali..nak beli atau tak..hurmm..di Kuala Lumpur, daku boleh dapat satu beg tangan dengan harga rm20!cikai-cikai pun daku peduli apa..sama saja fungsinya! : ))  tapi di Kota Singa, harga 60 dolar bila di kali kan dengan 2, mahu tak cecah ratus ringgit malaysia?! hish! MEMBAZIR!!

jadi, sebagai seorang yang memang tak suka nak membeli barangan yang mahal-mahal, memang tak lah daku nak membazir duit beli beg hebat kat butik-butik hebat di Singapore! tgk saja harga yang mahal, daku putuskan untuk simpan saja hajat untuk mencari beg tangan baru! baik simpan duit untuk kawen dating dengan noddy! Betul tak? hahahhah.. : D

tapi bila da sampai ke Kota Singa, mestilah nak bawak balik ole-ole untuk diri sendiri jugak kan? tak dpat beg tangan baru, atleast nak jugak  merasa barangan dari Singapore! apa yang daku dapat untuk diri sendiri ialah SEHELAI BABY-T I LOVE UNIVERSAL STUDIO, BUKU NOTA DARI UNIVERSAL STUDIO dan POSKAD KOTA SINGA! semua dibeli ketika seronok bergembira di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE! : )

cukuplah untuk diri sendiri! tak perlu membazir! ececeh! : )

dan kalau dah sampai ke luar negara, ole-ole untuk orang sekeliling juga harus juga ada! disebabkan barangan yang dijual di sana agak mahal, jadi daku hanya dapat beli COKLAT dan KEY CHAIN saja untuk mereka! murah-murah pun takpa kan? yang penting ikhlas! : )

sapa nak? meh datang umah, amek sendiri! : D

owh ya! datang jauh-jauh, buah hati pengarang jantung yang berada di Malaysia, daku tak pernah lupa! walaupun jauh di mata, dalam hati tetap ada! *eh-eh..jiwang pulak!* hehe.. hadiah untuk noddy tersayang pastilah ada! tak banyak dan tak hebat pun..cukup lah sekadar untuk mengingatkan ia dari kekasih hati nya yang comot ni! wakakakkak! :p

memang daku saja kaburkan hadiahnya! nak bagi surprise untuk NODDY! 
mengada-ngadalah katakan! : p

Owh, mesti kalian tertanya-tanya mana hadiah untuk kalian semua kan? Dalam entry dulu, Elie cakap nak bagi ole-ole pada pembaca blognya..tapi takde pun? heheh..ala..kalian jangan lah gundah gulana..sebenarnya kalian dah dapat hadiah dari daku tanpa kalian sedar! Gambar-gambar yang daku ambil sepanjang daku berada di Kota Singa lah hadiah untuk kalian semua! suka tak suka tak? hehe : )

Maaflah kalau hadiah tak seberapa..mungkin perlu ke Kota Singa untuk kali kedua untuk memberi hadiah yang lebih hebat untuk mereka-mereka di sekeliling dan kalian semua!heee.. tapi kena tgk jugak pada harga jualan nya..kalau ia turun macam harga di pasar malam di Malaysia, dptlah kalian hadiah yang best dari daku! *dan-dan je kau, Elie!* muahahhaha

konlusinya, sepanjang berada di Kota Singa, selain dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga makcik di sana, daku juga dapat banyak pengalaman baru yang hebat-hebat belaka! dan satu yang ag hebat, daku  menjejakkan kaki ke Kota Singa dengan duit simpanan sendiri! itu yang paling bermakna! : )

TERIMA KASIH SINGAPURA! :' )

KENANGAN! : )

Hey, ada sesiapa yang perasan, dalam setiap gambar yang daku post ketika berada di Kota Singa, abah takde pun dalam gambar! hahaha..sebenarnya abah berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja, sebab tu tak dpt ikot daku, umi dan kakya ke Kota Singa!..heheh..owh..Oke! tahulah takde sapa yang perasan! daku bukannya blogger hebat pun! sobs-sobs! : B

so next time, haruslah nak pergi dengan satu keluarga yang lengkap dan juga kekasih hati! ada sesiapa yang nak ikot? sila sediakan dulu tambang sendiri dengan secukupnya! muahhahaha.. *gelak kejam!* :p

oh..entry berada di Kota Singa tamatlah nampaknya ya? alahai.. lepas ni daku akan kembali kepada entry lain la gamaknya! hehehe..trimas kepada semua yang sudi komen dan membaca! jangan segan singgah lagi dan komen-komen di entry yang seterusnya! OPSSS.. TER promote blog sendiri pulak! lalallala~

p/s: siapa teror, cuba teka apa daku beli untuk Noddy! : D

Friday, December 10, 2010

SONG OF THE SEA!

salam kalian.. : )

before baca entry ini, ikut dulu entry sebelum ini : )

********************************

berseronok di UNIVERSAL STUDIO, bukanlah penamat utk hari itu! : )

pulang sja dari US, daku telah berkesempatan untuk menonton satu persembahan yang dipersembahkan di tepi pantai di mana ia tak memerlukan tirai langsir atau props-props yang hebat seperti persembahan teater yang daku tonton sebelum ini! : )

menariknya musikal berjudul SONG OF THE SEA ni, ia adalah sebuah teater muzikal yang hanya menggunakan sinaran laser dan lambakan air selain percikan api untuk menjayakannya..para pelakon juga hanya menggunakan  pakaian santai sepanjang persembahan..ala..macam baju kita time nak lepak kat pantai tu..heee..yelah..buat apa pakai baju glamer-glamer, kalau pentasnya berpasir kan? wat kotor baju je..heee..

 ini lah keadaan pantai untuk persembahan malam tu.. simple kan? : )

show bermula jam 740 malam..tapi haruslah datang seawal 7 malam untuk mengambil tempat yang strategik kan? kalau tak, sure seat penuh! dan nasib baik seat daku dikira antara yang center! jadi dapatlah tgk teater dgn jelas sejelas-jelasnya! =) kalau tak datang awal, alamatnya duduk belakang-belakang lah sambil kepala terjeguk-jenguk tgk teater macam nak cari anak kecik yang hilang kat supermarket! hehehhe :p

bagi sesiapa yang pertama kali menonton SONG OF THE SEA seperti daku, pasti kalian akan terpesona dengan kehebatan laser dan keindahan panorama yang ada dalam teater ni..tak percaya? takpe-takpe..kalian cuba lah tonton sendiri teater yang live dari KOTA SINGA ni..hehe..

owh..before tu, kalau kalian nak tgk video di bawah ni, daku nasihatkan kalian tgk dengan tab yang berasingan dari tab blog daku..yelah sebab blog daku kan ada lagu I WANNA BE WITH YOU, nanti mestilah kacau kalian nak tgk video ni dengan seronoknya!hehehe..

oke-oke..da bebel banyak sangat!mari tgk video!

KITA ENJOY! 
*konon nk tiru Nora Danish dalam cite PUTERI! cehh!* .:' )


bagaimana? SUPERB kan? : )

kalau kalian datang ke Kota Singa, tapi tak singgah untuk melihat malam yang berwarna warni dengan percikan air dan pancaran laser di malam hari, pastinya rugi kerana telah melepaskan sesuatu yang serba hebat! buktinya, kalian tontonlah video di bawah! pasti kalian akan tersenyum dan berkata..FUIYOOO.. kalau takpun, mulut pasti akan kata WOW! teeheee :D


FUIYOOOO!!

tengok! daku pulak yang cakap macam tu! :p

pertama kali menonton teater di luar negara dan di tepian pantai macam ni, memang boleh tabik spring pada Kota Singa! nama saja negara kecik, tapi mampu membawa jutaan pengunjung jatuh cinta dengan keadaan di sana! salah sorangnya, daku lah tu! teehee :' )

dan persembahan malam tu tak lama pun, jadi kalian perlulah menonton dengan sepenuh perhatian..anggap je macam kalian tengah menjawab exam dalam dewan exam tu..fokus sampai kerut-kerut dahi! kan-kan? heh..

pas menonton video di atas tu, kalian boleh la berlagak  bangga sket kalau org tye pernah tgk SONG OF THE SEA tak? ala yang buat kat tepi pantai kat Pulau Sentosa tu? time tu, boleh lah kalian cakap "SUDAH" dengan bangga sambil buat hidung kembang kempis! kan-kan? alahai..takyah cakap credit to Elie atas video tu pun takpe..daku tak kisah pun! muahahhahaha *gelak kejam!* :p

sebenarnya nak melompat, tapi bila camera sampai kat tangan umi je, 
terus nampak macam anak kera yang terkinja-kinja dapat mangga busuk! : |

hey, masih ingat lagi apa yang daku AIM kan ketika mahu berkunjung di KOTA SINGA? nak tahu sama ada daku dapat capai tak apa yang diidamkan tu? heheehe..tunggulah next entry! boleh tak-boleh tak? boleh kan? mesti boleh punya..kalian semua kan baik-baik belaka..sanggup menunggu entry seterusnya dari daku..heehehhe..trimas semua! :p

See yaa..Hepi Friday everyone! Assalamualaikum.. : )

p/s: sebab apa lambat post entry ni? Pagi tadi cek result..alhamdulillah! :D

Thursday, December 9, 2010

UNIVERSAL STUDIO!

salam kalian.. : )

ini adalah sambungan dari entry INI : )

*******************

Kalau datang ke Kota Singa, haruslah ke tempat-tempat menarik seperti
Universal Studio kan? 

kalau tak, rugilah!bukannya selalu dapat pergi Singapura! :p

jadi hari ketiga, memang berjalan sakan lah daku dan keluarga di Universal Studio! oyeh! seronok takyah citelah macam mana!kalian, jangan pulak jeles..ini waktu bergembira daku!lalalalaa..hehe ; )

PERHATIAN! tuan blog ialah yg sedang angkat ketiak busuk wangi tu oke?! ;p

tahu tak yg nak masuk Universal Studio ni kena datang awal pagi? jalan pun kena cepat-cepat! kalau langkah terkedek-kedek macam siput vavi tu, alamatnya, memang tak dapat lah beli tiket!silap aribulan, memang menangis tak berlagu kalau tiket SOLD OUT! T___T .. tapi lucky daku dan keluarga sempat beratur untuk beli tiket masuk ke U.S ni.. ; )

jadi, bila dah dapat masuk ke U.S, mulalah terkinja-kinja macam anak berok dapat mangga masam! ahhaha..nak-nak lagi kalau dapat bergambar dengan maskot-maskot filem yang hebat di HOLLYWOOD! memang tak ingat dunia lah berposing bagai! teheee :p

si gebu Marilynn Monroe dan si misai kontot Charlie Chaplin! : )

eh..tunggu! nk panggil maskot ke untuk dorang ni eh? maskot salunya untuk patung kan? tapi dorang bukannya patung..dorang orang hidup! so tak tahulah sebenarnya nak bahasakan dorg ni semua apa!T__T..sebut maskot jelah eh?..bukannya dorang baca pun blog daku ni! kan-kan? muahahhaha : D

 Betty Boops tu gedik je! sexy tak leh blah! sore pun kecik!hehe

tahu tak bila dapat jumpa maskot-maskot ni, terasa seperti  berada di alam zaman kanak-kanak ribena lagi? tak sedar diri dah nak masuk 20 an! hish! nk kisah apa? bukan selalu kan anak dara yang sorang ni nak kembali menjadi kanak-kanak tadika yang suci murni..betul tak? ahhahha

tahulah kalian nk kata maskot-maskot tu yang lagi comot comey dari daku!

kadang-kadang bila dapat bergambar bersama maskot-maskot ni pun, memang lah terasa lupa diri kejap! perasaan jakun memang menjuarai carta la! yelah..bukan senang dapat masuk Universal Studio! tak dapat pergi ke U.S kat Hollywood pun, dapat kat Singapore punye US pun jadilah kan? baik dari tak dapat pergi langsung, kan-kan?!*senyum kambing jap!* kih-kih! :D

Madagascar- Popcorn car! : )

 
 YELLOW CART CO..apa benda sebenarnya tu? 
tak pernah dengar pun? T____T

Di US, macam - macam maskot ada! yang comel, yang buruk, yang cun melecun, semua ada! hampir semua maskot daku sanggup berbaris untuk bergambar bersama..tapi sampai saja pada yang HANTU, memang lari pecut 100 meter sebab takut dengan muka dan saiz badannya! ngeeee~

berdiri di sebelah pun dah ketar lutut, apatah lagi nak bergambar!
last-last CABUT LARI!! T__T

hey, tahu tak kalau nak bergambar dengan maskot panda (PO) yang mewakili cite Kunfu Panda  tu sangatlah susah! berkali-kali beratur, masih tak dapat snap gambar dengan PO! sebabnya, pengawal yang bertugas kata sekarang waktu rehat nya!kena tunggu 10 minti lepas waktu rehat, baru boleh amek gmbar balik! memang KENTUT CIRIT!! tak tahu ke kitorang ni banyak lagi tempat nak berjalan?! haish! bikin marah tahu!grr! last-last..memang menyelit lah kat orang yang ramai tu semata-mata nak amek gambar dengan MR PO! : ))

tgk! comel kot! ada sapa-sapa nak jadikan boyfren atau husband? 
pada sapa yang dapat, dah tak perlu bodyguard dah!
cukup besar kot MR PO ni! :' )

owh..sedang jalan-jalan dalam US, terdengar pulak suara-suara merdu yang menyanyikan lagu-lagu ber era 50 an! pandang kiri kanan, takde pulak! dari mana datangnya suara-suara tu? jalan ke depan lagi, tengok-tengok ada sekumpulan mamat-mamat hensem sedang berjoget sakan dengan baju belang biru-putih! abis saja terkinja-kinja, terus disuruh berbaris bagi sesiapa yang nak bergambar! dan daku..telah menjadi orang pertama untuk yang berdiri di barisan hadapan! wah!! excited gile nk amek gambar dengan orang-orang yang daku sendiri tak kenal! wahahhahhaha : p

cepat pilih yang mana satu idaman kalbu? ;p

berjalan sudah..bergembira pun sudah..makan saja belum! perut yang berkeroncong, memang tak payah cakap! masalah nak makan da terbayang kat mata! sebabnya nak cari makanan halal memang payah! T__T.. nasib baik jumpa kedai yang jual snek-snek! dapatlah beli chips yang ditabur dengan cheese yang melimpah ruah! =) bolehlah kalau nak buat alas perut kan? kalau tak, kena gastrik kat sna, sapa yang susah?heee...

PERGH!! makan ni memang tak leh lebih 3 suapan!
kalau tak, menangislah kalau lemak di badan bertambah! T__T

kalau dah datang ke tempat yang tak pernah pergi, haruslah beli souvenir untuk simpanan peribadi kan? bekas air yang dijual di US sangat cantik dan unik tahu?! sebab tu sanggup beli air gas yang sama saja rasanya dengan di Malaysia, semata-mata untuk dapatkan bekas air yang bercop UNIVERSAL STUDIO! heheheh..

daku ada dua! sapa nak satu? cepat cakap Elie cantik! muahhaha :p

nak masuk ke US, sehari memang tak kan habis nak masuk semua tempat! main roller coster da 30 minit, tangkap gambar lagi da dekat 2 jam! cari souvenier lagi sampai 3-4 jam lamanya! *erk?* hehe..kalau nak pergi, memang kena bangun pagi-pagi! kalau masuk pukul 12 tengah hari tu, memang mimpilah nak berjalan sampai habis kat US ni! dan sebab tu, mulalah terpikir nak pergi Universal Studio ni untuk kali kedua lepas ni!hahhaha.. tahu umi cakap apa?

EWAH KAU ELIE, MEMANG TAK SAYANG DUIT?! T___T

Happy day everyone! :' )

hey, pulang saja dari Universal Studio, malamnya daku sempat menontot teater yang dipersembahkan di tepi pantai, di Pulau Sentosa! mahu lihat apa yang berlaku? tunggu saja entry seterusnya dari daku! hehee :p

Assalamualaikum semua! : )

p/s: pasni nak ajak buah hati pengarang jantung berjalan di Universal Studio pulak lah! :D

Wednesday, December 8, 2010

BERMULANYA HARI DI KOTA SINGA!

salam kalian.. : )

baca saja tajuk, pasti kalian boleh agak entry ni mengenai apa kan? : D

Baik kalian yang disayangi semua..tak perlu intro banyak-banyak, mari duduk diam dan dengar daku bercerita mengenai percutian di KOTA SINGA!bagi sesiapa yang ada cikedis atau biskut lemak tu, boleh lah buat kunyah-kunyah time baca entry daku ni! lebih seronok rasanya! muahhahahah =)

EHEM! citer Bermula! 

Percutian di negara jiran tu tak perlu naik kapal terbang atau kapal selam!  keluarga daku taklah sangat kaya raya sampai nk bazirkan duit naik kapal-kapal bagai..hanya tempah tiket KTM saja untuk ke Singapura..lebih klasik bukan?! walaupun bontot naik kematu duduk dalam tren selama 9 jam lamanya!hehehh


tahu tak perjalanan yang sangat lama di dalam tren memang membosankan? tahu tak? ahh..sepanjang perjalanan, daku hanya mendengar lagu-lagu di MP3 saja selain membaca novel yang da lebih 3-4 kali khatam! bila da bosan tahap gaban, habis juga dua batang choki-choki ditelan perut! dan kerana lama sangat nk sampai, mmg tak sah kalau diri sendiri tak buat peta dunia! Tidolah gamaknya! ZzzzZzzz :p

sampai saja di Singapura, malam da lewat! jam 12 pagi baru sampai di rumah makcik! jadi hari pertama, hanya merehatkan diri saja dan sambung tido sampai esok pagi! yeesss! mmg kesedapan bila dapat tido dalam cuaca yang sejuk!hahaha..

bila masuk saja hari kedua, mula diri ni nak mengembara di negara jiran! yeah! kaki jalan memang tak kan rasa penat untuk berjalan di mana-mana saja! termasuklah di tempat yang tak pernah dikunjungi! hehehe..jadi sesiapa yang nak berjalan jauh, jangan segan-segan bawak daku! heheh ;p

Singapore macam Malaysia jugak! ada motor dan kereta di jalanan!hehe

baju nak rm10 je..TAK PAYAH pakai baju yang GLAM-GLAM! : )

satu lagi sebab pakai baju sempoi bila nak berjalan jauh,
daku boleh lompat-lompat walaupun tahu badan ni tak ringan mana!

Teehee :p

masuk ke Mustapha Centre, terasa seperti berada di dalam Maidin di Kotaraya! macam-macam ada! baik dari baju, makanan, beg, sampai lah ke stokin! semua complete! yang tak leh blah, bau-bauan pun sama macam kat Maidin! hehehe..opsss..jangan salah tafsir! daku tak racist oke? semangat Satu Malaysia masih kukuh dalam diri! : )

dan disebabkan daku sorang saja dalam family yang tak pernah sampai Singapore lagi, haruslah dibawa ke tempat-tempat bersejarah di Singapura oleh kaum keluarga yang dulunya pernah bercuti di sana TANPA adanya daku! : |

bergerak ke MERLION untuk melihat pemandangan indah dari lautan dan melihat warga kota yang lain beristirehat! satu perkara kalian perlu tahu, WAJIB lah daku mengambil gambar di setiap tempat! tahu tak yang anak dara Haji Ramli dan Hajah Faridah ni baru first time masuk Kota Singa?! memanglah rasa macam rusa masuk kandang! *eh?? betul tak peribahasa tu?* hehe

kepala Singa di belakang tu lah dipanggil MERLION.
Mermaid + Lion = MERLION! : )

Singapore River Cruise! 
tgk kapal, ttbe teringat noddy..di mana dia seorang NAVY! ;p

perhatikan kapal di atas menara tu..itulah CASINO terbesar di sana!
sapa-sapa umat Islam yang masuk situ, rasanya memang 'MATI'! : )

nak buat gaya apa pun dah tak tau! : |
abaikan gaya daku yang macam nk berzapin tu! T__T
lihat pada yang beratap besar di belakang tu! itulah ESPLANADE namanya! 
kalau di Malaysia, ia seperti ISTANA BUDAYA! ; ).

dan ini pula di dalam ESPLANADE! indah bukan? : )

Seronok dapat melihat keadaan dalam di ESPLANADE! indah! : ) kebetulan malam itu akan adanya persembahan! itulah sebab adanya kugiran-kugiran dan para artis di sana yang sibuk berlatih! sayangnya daku tak dapat menonton persembahan pada malam tu! sobs! ; (

bila sudah namanya kaki jalan, sampai larut malam berjalan pun takde hal kan? heheh..di negara orang, sama saja seperti di negara sendiri, jalan raya memang sesak! nak-nak lagi musim krismas makin tiba! tapi daku bukannya naik kereta! berjalan kaki, memang takde hal nak cilok sana sini! kat KL kan selalu buat macam tu! *owh kantoi sudah!* hahaha..

agaknya memang suka berzapin kat tepi jalan kot! T__T

musim krismas memang tak sah kalau takde lampu-lampu yang menghiasi jalan ke? heee...seronoknya berjalan di Kota Singa di malam hari adalah kerana dapat melihat betapa meriahnya jalanraya nya yang berwarna warni dan lampu-lampu yang terang berderang dinyalakan! EHEM! kat Malaysia pun ada lampu-lampu cantik, jadi daku tak lah jakun sangat bila masuk bab ni! ehhehehe..

Lampu dan pokok,sama saja macam di negara kita kan? : )

yang baju kuning tu memang suka posing macam tu kalau bergambar!

belakang tu.coklat FERERRO ROCHER oke?!

bila dah melihat panorama dan lampu-lampu di Orchard Road, memang terasa seperti di tengah-tengah Pavilion! ehheh..mewah dan indah! : ) owh. ya..berjalan dari pagi hingga ke malam memang memenatkan! nak-nak lagi bila perlu naik tren yang sangat mengelirukan pendatang luar macam daku ni! tapi kalau dah kata datang sebab nak berjalan-jalan, memang berjalanlah kau sampai ke tengah malam! hehehe ;p

bibir memang tak tahan mungil! kalian janganlah jeles! ;p

konon-konon nk buat pose seksi! tapi yang jadinya SEKSA! ; )

Bila kaki memang dah tak larat nak berjalan, baru pikir nak balik umah! memang terbaik sampai dalam pukul bape daku sendiri tak tau! balik-balik dengan muka comot, tahu nak tido je dan sambung berjalan pada esok hari! eh..budak ni tak paham erti penat lah! MEMANG! ehheh =)

selalunya daku comot...tapi kali ni kakya yang pegang title tu!: D

ehh!baru 4 hari tak berblogging, entry pun da lama tak ditaip panjang-panjang, tangan rasa kebas pulak!

macam mana nk taip next entry ni? cite tak abis lagi tau! T___T

kalian mahu baca entry daku di Universal Studio dan Pulau Sentosa tak? tunggu entry seterusnya ya?!

Hepi blogging and assalamualaikum, peeps! : )

p/s: "Wah! Bersih gila!"- first reaksi daku berada di Singapura ;p