Saturday, November 27, 2010

'A' UNTUK ABAH!

salam kalian.. : )

ABAH!

seorang ayah yang penyayang selain mudah mesra dengan anak-anaknya..kata-katanya selalu menyenangkan hati!..kadangnya mudah saja buat orang sekeliling ketawa dengan lawaknya yang tak jadi!hehehe..pemurah dengan kata-kata dan nasihat, terutama untuk daku, anak daranya yang nakal dan kepoh ni..hahah..

ABAH!

seorang yang tidak cepat melenting bila sesuatu terjadi! garangnya punya tempat untuk diltangani! tidak seperti umi..lebih banyak membuka mulut bila terjadinya perkara yang tidak diingini..tapi masih terkawal bila bercakap dengan suami sendiri! : )

ABAH!

bila diminta wang perbelanjaan hari-hari, dia mudah saja memberi..katanya simpanlah untuk peribadi! tapi agak kedekut untuk memberi bila diminta untuk beli barangan jika hanya untuk kepentingan sendiri! : |

ABAH!

sekarang sikapnya tidak seperti hari-hari sebelum ini! dia lebih banyak berdiam diri! mungkin runsing dengan keadaan opah yang sedang berada di hospital kerana penyakit yang dihidapi! kata doktor, kencing manis opah semakin menjadi-jadi! mungkin disebabkan itu abah lebih banyak menyepi! : (

ABAH!

hari-harinya kini, hanya berulang-alik ke hospital menziarahi opah yang sedang diubati! pulang ke rumah, senyuman masih diberi, walau runsing bertapa di dalam hati! jika dia sendiri, abah tertidur tanpa disedari..penat barangkali! pernah juga sekali dua terdengar abah mengeluh sendiri! : (

ABAH!

kesihatannya juga tidak menentu kini! penyakit gout yang dihidapinya seperti datang dan pergi! tapi mungkin tidak mahu menyusahkan keluarga dan anaknya sendiri, jadi dia lebih banyak berdiam diri! mujur umi sangat memahami! dipujuknya abah agar makan ubat yang doktor beri..semua untuk menjamin kesihatan di kemudian hari!

ABAH!

walaupun mulut anakmu ini tidak berbicara, tapi matanya sentiasa memandang hiba! sedih dia melihat abahnya seperti merana! ingin saja dipeluk abahnya dan dikucup mesra, namun dia tahu ini bukan masanya! kadang-kadang tidur malamnya juga terjaga bila terfikirkan tentang abahnya yang tercinta! : (

ABAH!

Walaupun pelbagai dugaan sedang berlaku, ketahuilah kamu bahawa daku sebagai anggotamu sentiasa berada di sebelahmu! Anak-anak dan isterimu akan bersama kamu menongkah hari-hari baru! Kami tidak mungkin akan pernah tinggalkan kamu walau masa cepat berlalu! kerana hanya DIA yang tahu bagaimana cintanya kami kepadamu! : (

anak-anak abah! : )


ABAH telah menjadi seorang bapa yang cukup HEBAT,

jadi...

'A' UNTUK ABAH!

p/s: daku TERMENANGIS ketika menulis entry ni! ; (

40 comments:

enyheartsdiamond said...

Our daddy, our king :')

CGG said...

love my daddy

little cart00n said...

eny..
yeah..our daddy, our king! :)

little cart00n said...

CGG..
i love my abah too :)

CGG said...

hehehe hi ellie..
comel tul blog kamu:)

Khairy said...

peh...sweetnya ayat. Kalau abah hang baca, mesti mencurah-curah air mata..huhu

fauzibest5 said...

nice entri.nanti sy buatkan video untuk kamoo ^^

little cart00n said...

CGG..
blog ni comot la..macam tuannya..hahha

little cart00n said...

khairy..
kalau dia baca..elie buat muka selamba je..hahaha

little cart00n said...

fauzi..
eh..susah2 ja..
btw..thx :)

zazaw said...

ilovemyabah :))

chuu said...

A utk ayah bole gak kowt.,h0h0~

little cart00n said...

zazaw..
kita sma la..
heheh

little cart00n said...

chuu..
ayah ngn abah, dua-dua bapak kan?
hahha

Liyanaziz said...

opah sakit apa makcik??? xpela,, semoga opah sihat.. kesian abah.. kim salam semua ok..

little cart00n said...

yana..
opah ada kencing manis.. :(
nnt i kem salam..

Leez LoOr ;p said...

my daddy my superHERO ;p btwy, cute lah yg kecik 2;p hihi~

little cart00n said...

leez..
sme goes to me..
btw, yg kecik tu adik bongsu tiba2..
hahhaha

Leez LoOr ;p said...

cute lah die;p fuuyoOo poOsing 2 yg xtahan;p

little cart00n said...

leez..
hahah..dia mmg teror posing!
suka nk tiru kakak2 dia pose time amek gmbr! :)

cEro said...

arghh!! serius touching...
elie, abah elie ada gout?
jgn bg dia mkan seafood tau..
seafood byk uric acid...bahaya!

little cart00n said...

cero..
ye cero..abah ada gout..
n kitorg mmg tak pernah bg abah sentuh seafood ni suma..
so dont wori :)

koboys said...

syg ur abah n my abah jugak. :)

little cart00n said...

syg..
thank u soo much!
sayang u lebeh la! :)

yusra -.-'' said...

hey ! u noe wat ! yus ade entry pasal abah tape tak publish pun lagi.. hahaahhhahahahahahhah..

Pinky Pixie said...

betul2. abah lebih byk mendiamkan diri dari mak. hehe. mak mngkin bnyk mbebel. tp biase la, laki mngkin jenis xkesah sikit. tp dlm diam2 je tu. kalau sekali dia da bersuara, mmg habisla. huhu

Heidi Shafiq said...

owh.. anak abah ni pandai membodek abah.. anyway.. its lovely.. i like it.. :D

Fitrihadi said...

kalau digabungkan superman, batman, spiderman, ironman, postman dan semua hero2 yang ada, still tak mampu menandingi kehebatan seorang abah. kan?

you're such a sweet daughter.. sejuk hati ur dad kalu baca entry ni :)

little cart00n said...

yusra..
cpt publish!elie nak baca then coment! hahha

little cart00n said...

pinky pixie..
eh..ur mum macam umi..
bising sket eh..hahaha
tp betul, marah abah jgn memain..:p

little cart00n said...

heidi shafiq..
eh..takde bodek la..
kadang2 je..hahha

little cart00n said...

fitrihadi..
superhero suma tu, hebat kat luar je..dalam hampeh!hahahha

btw, thx..tp abah tak mungkin baca entry ni kot..dia tak pnh blogging pun,.
hahhahaha

♥ Funna ♥ said...

u r so sweet dear..if abah u baca ni mesti die sebak kan..btw abah or umi or mak or ayah or ape2 je la appreciate la mereka selagi mereka ada..love my mom n dad tooooo..hehe

little cart00n said...

funna..
betol2..selagi mereka ada, hargai mereka..
i love my parents too, sista! :)

Azizi Dain said...

saya juga akan jd abah.

little cart00n said...

ag..
semoga menjadi abah yang hebat ya ag? :)

4umyfans said...

wah, entry untuk abah!
tahniah buat abah elie and elie...
yeayy!

little cart00n said...

ery..
tahniah untuk apa sebenarnya?haha

absolutely emy said...

sedey baca entry ni.. :(

little cart00n said...

absolutely emy..
i yg tulis pun lagi sedey oke!hehe