Tuesday, November 30, 2010

PUTARAN HIDUP!

salam kalian.. : )

Hidup ini seperti RODA! : )

daku sering tertanya, adakah memang betul hidup ini seperti roda? dan jawapannya memang betul! hidup memang seperti roda! ia berputar dari hari ke hari dan masa ke masa tanpa kita sedar! dan perasan tak kenapa kita tak sedar? mungkin sebab kita terlampau leka dengan kehebatan hidup duniawi? mungkin? dan bila dunia dah macam nk terbalik, barulah kita tersedar! kan-kan?

dan jika ditanya adakah daku antara salah seorang yang percaya akan pepatah di atas? daku akan jawab  YA! dan daku sangat percaya kepada putaran hidup! sebab apa? sebab hidup kita bukan semuanya indah saja kan? mesti ada yang buruk dan sedey! ish! dan rasanya setiap orang pernah mengalami zaman kejatuhannya yang tersendiri kan? baik dalam keadaaan yang sangat 'sakit' atau sebaliknya! 

dalam kehidupan seharian, daku sering mengingatkan diri sendiri tentang jangan terlampau leka dengan keadaan duniawi..sebab takut nanti akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini! *mintak simpang!* dan orang tua-tua selalu pesan..

JANGAN SUKA SANGAT! NANTI MENANGIS!

hah! memang betul pun kan maksud ayat di atas tu? : |

mahu bercakap lebih tentang putaran hidup, daku mengambil contoh akan perihal dunia..Orang-orang di dunia memang ramai yang kaya kan? kaya dengan budi bahasa..kaya dengan duit..dan kaya jugak dengan dosa! bila time kaya, memang semua hilang punca! lupa pada keluarga..lupa pada dunia dan paling sedih jika lupa pada agama! berseronok sampai lebam kata orang! itu bila time kaya! daku ulang..BILA TIME KAYA!

tapi..bila dah papa kedana..mulalah menangis macam orang mati bini..mati anak..atau mati katak! ceh! buat apa nak nangis sampai kering air mata kan? meraung sampai hilang suara pun, ingat orang akan pandang kau semula? boleh belah cakap dia! huhuhu..

TUNGGU! dia tu merujuk pada siapa? dan ni semua daku ckp pasal apa sebenarnya? T__T takde sapa-sapa! hanya untuk peringatan kita semua! saling mengingati..tiada masalah kan? teehee.. :p

oke..sambung! bila kita suka, memang kadang-kadang kita lupa diri! Tapi hidup ini bukan kita yang tentu kan kan? DIA yang di atas sangat adil! DIA melihat setiap perbuatan yang kita lakukan dan mendengar perkataan yang kita ucapkan! Bila kita sudah leka, maka jatuhlah hukuman dan dugaan untuk kita! semua atas sebab mahu uji umatnya! itu tanda DIA sayang kita!betul tak? : )

dan perasan tak kita yg bila kita dah kena bala ke apa, DIA berikan kita kebahagiaan? kita tak sedar kan? memang lah tak sedar! sebab masih bergelumang dengan hal dunia! dan bila kita tak sedar semua tu..tu yang jadinya keluhan dan rungutan bagai! bila dipikirkan balik, buat apa kita nak melawan? kita bukan TUHAN! kita bukan MALAIKAT! dan kita bukan sapa-sapa! kita cuma orang biasa! kan-kan?

Itulah orang kata..hidup kita tak selalunya berada di atas, satu masa kita boleh jatuh jugak!orang yang bodoh, tak semuanya akan tak tahu apa-apa untuk selamanya kan? dan orang yang pandai, tak selamanya akan dapat nombor satu dalam setiap kali exam! dan orang yang hebat juga, takkan lah kekal hebat sampai takde orang yang boleh lawan? kan? satu hari pasti semuanya akan terbalik! ya tak?

hidup ini sementara saja! dipinjamkan sekarang, lama-lama perlu dipulangkan semua! dan cuba kalian pikir, kalau hidup ini sentiasa di atas, adakah akan seronok selamanya? dan jika hidup ini sentiasa di bawah? adakah akan seronok? jawapannya? TAK! mestilah tak! sebab kalau tidak, tiadalah wujudnya istilah HITAM PUTIH KEHIDUPAN! kan-kan? ;p

dan kalau hidup kita asyik HITAM PUTIH je, for sure la SANGAT BORING! terasa macam hidup masa zaman-zaman filem P RAMLEE je..tapi cite P RAMLEE sume tak boring pulak!..tu satu benda daku pelik tu! hehe..dan kerana hidup tak sepatutnya warna black n white je, sebab tu lah hidup kita perlu ada warna warni sebagai keceriaan dalam kehidupan! ye kan? ; )


 jadi kalian, kadang-kadang hidup ini memang lah tak indah mana..tapi satu..kalau kita sentiasa ingat yang hidup ini seperti roda, mesti kita boleh laluinya dengan senyuman! janganlah mengeluh dan merungut je! setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya! so, just follow the flow! DIA yang lebih mengetahui akan apa yang tersirat dan tersurat! betul kan? : )

owh sebelum blah..mengenai entry lepas, daku telah mendapat nasihat dan sokongan padu dari kalian dan mereka yang di sekeliling! ternyata kalian banyak membantu daku atas nasihat kalian yang sangat berguna! TERIMAS SEMUA! terasa diriku begitu berharga! *ceh!* =)

oke peeps! hidup ini sekejap je..tapi dalam sekejap tu, ia akan sentiasa berputar dan berputar!  jangan lupa pada DIA yang satu ya! eh..janganlah cakap daku ni cuba berlagak alim ke apa..kan saling ingat mengingati! tak salah kan? hehehe..

Assalamualaikum semua! =)

p/s: cakap pasal roda, daku dah lama tak nmpak budak kecik cina yang bawak basikal roda tiga kat umah daku! haha

20 comments:

Yann Mazian said...

betul tuh. tak selamanya orang yang berada kat atas berada di atas. hidup umpana roda. berputar2 gitu. huhu. :)

yusra -.-'' said...

jgn suka sgt nnti mnangis ! hohoh.. tu BETUL okayh.................

Iris Asli said...

agree with you.

a real life has fights. has its ups and downs. believe that Allah sent us such trial cuz He loves me, and He knows whats best. yang asyik bersedih2 tu bukan apa, mybe dia tak fhm lagi what do life really means. how cruel life could be sometimes, but at the end of the day, they'll thank Him for how things turn out. they.just.will. :) skrg ni mgkin diorang tak fhm lg. give them their time. kta pun pernah muda kan.

mcmlah dah tua sgt :P

cEro said...

mak aku pesan,
"kalau ada 1000 org, maka ada 1000 cerita"
itulah yg meletakkan individu itu istimewa.

koboys said...

sbenarnye hidup yg berputar seperti roda ni COOL...by xrase cm2 ke..bile kat bawah, kite akan ingt yg DI ATAS sane..

anyway, i always there 4 u dear.
xoxo..love u dear.

sekamar rindu said...

salam...

sangat betul tu...hidup umpama roda...berputar dan terus berputar..

hamzah ian said...

gmbr lu kat tepi2 sidebar ni cun weh..

peah @ peps said...

hi elie...ayah saya selalu suh jadi rim...sebab dia sentiasa in the middle..:)


Peah Speaks #17: Mind, Body and Soul...

Cempakamelati said...

Ya..hidup ini meng umpama roda...jadi sentiasa beringat dan berwaspada..

little cart00n said...

yann..
tulah..
kadang2 DIA mmg saja terbalik kan keadaan kan? DIA kan sayang kita semua! :)

little cart00n said...

yusra..
betul!
so jgn ketawa smpai terkeluar air mata naa..:p

little cart00n said...

iris..
yup2..i agreed with u too dear!
in life, has ups n down!

eh..tulah..bila masa kita jadi tua ek?hahahha

little cart00n said...

cero..
kalau ada 1000 org, 1000 cite..
da boleh buat hikayat satu malam kn? :)

little cart00n said...

syg..
mmg cool!tp jgnlah bila kat bawah je kita baru nk teringat DIA kan?huhu..

thank u sir!
i love u everyday! <3

little cart00n said...

sekamar rindu..
betul..
berputar dan terus berputar!

little cart00n said...

hamzah ian..
aku tau..trimas sbb kata aku CUN!haha

little cart00n said...

peah..
wow!hebat la ur dad! kirim salam dia! :)

little cart00n said...

chempaka melati..
dats y la elie ckp saling ingat mengingati! :)

Heidi Shafiq said...

wow rajinnye taip entry pjg2.. :)

little cart00n said...

heidi shafiq..
tak reti taip entry pendek2..hehe