Saturday, November 13, 2010

ONE SWEET DAY!

salam kalian.. : )

Elie..

secara luarannya, dia bukan seorang gadis yang mahir dalam melahirkan kata-kata manis!

meski tahu dirinya dikelilingi oleh orang-orang
yang 'MANIS' seperti kekasihnya,

dan hari-harinya penuh dengan warna-warna CINTA! ; )


Disebabkan tidak hebat berbicara mengenai sesuatu yang MANIS bila berada di dunia realiti, blog ini  diwujudkan! ia untuk meluahkan rasa cinta yang terpendam dalam diri baik kepada orang-orang yang disayangi mahupun dihormati! : )

kalau di dalam blog, daku boleh tulis apa saja yang terbuku dan apa saja yang terlintas dalam kepala hotak sendiri...blog seperti mencerminkan apa yang ada pada diri sang penulis itu sendiri..ia seolah-olah memberitahu jika 'A' yang ditulis, maka 'A' juga lah yang disebut oleh penulis! kata aktor bernama ZAHIRIL ADZIM..

TULISAN ITU SEPERTI BOGEL!
JIKA DIA BERKATA TENTANG SESUATU YANG BODOH,
BERERTI DIA SEPERTI BERBOGEL! 

Dan disebabkan itu juga, blog ini menceritakan semua kisah-kisah manis yang berlaku dalam hidup daku! dari dulu hingga kini, setiap moment indah dan kusut masai tentang diri sudah tercoret kemas dalam kamus blog ini! seorang kawan pernah berkata...

ELIE NI, SETIAP MOMENT DIA NAK CERITA DALAM BLOG! 

dan tidak salah bukan? malah harus rasanya! kalau daku tak sentiasa update cerita-cerita hangat mengenai diri dan sekeliling, mana kalian nak tahu tentang diri ini bukan? mana kalian dpat tgk gmbar2 menarik dan pose2 hangat dari daku dan mereka-mereka semua?! tak gitu? muahhahaha..dan kalian juga tak kan tahu noddy masuk hutan jika daku tak cerita dalam blog..kn..kn..kn? hahha..

blog bukan suatu bahan untuk menjaja kisah peribadi atau apa sekalipun! jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk kepada kalian ttg apa yang berlaku dalam hidup! ia seakan berkongsi rasa dan perasaan seorang penulis bersama para pembacanya! sama seperti lagu baru yang telah daku tukar di dalam blog, ONE SWEET DAY, nyanyian MARIAH CAREY! ; D

andaikan hanya daku seorang sahaja yang bergelar blogger di dalam dunia ini, ia seperti daku ingin memberitahu pada dunia yang daku telah lalui satu hari indah bersama keluarga tersayang, menjalani hari-hari sebagai seorang student penulisan seni layar, mempunyai kekasih hati di mana dia bergelar orang laut, dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan seperjuangan di kolej selain menikmati hari2 indah di sekitarnya! itulah sebenarnya punca utama lagu di dalam blog ini bertukar ke lagu ONE SWEET DAY! semuanya seperti satu hari indah yang harus dikongsi bersama kalian! : )

teliti saja liriknya yang indah lagi puitis..pasti kalian terbuai dengan penuh keasyikan kerana ia kan seperti berkongsi tentang SATU HARI YANG INDAH?! atau mungkin lebih baik jika ayat INDAH ditukar kepada ayat MANIS? yelah..kan tajuknya ONE SWEET DAY?! teeeheee :P

Darling I never showed you.
Assumed you'd always be there.
Took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

And I know you're your shining down on me from heaven,

Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together
One sweet day..

Bagaimana? Sweet bukan? ; )

dengan menulis blog sebenarnya dapat daku melepaskan segala lelah di dalam hati..walau ia sekadar satu ayat seperti carutan sekalipun, ia tetap sesuatu perkongsian bersama kalian bukan? kalau tidak masakan kalian bukak dan baca entry di blog daku seperti sebelum-sebelum ini? malah ruangan coment juga turut kalian coretkan untuk memberikan nasihat atau pandangan sendiri! nampak bagaimana PERKONGSIAN itu berlaku dalam satu masa sekaligus? sangat bagus bukan? hehehe : )

dan sebenarnya lagu ONE SWEET DAY ini ditukar dari lagu TITANIC yang penuh asyik itu, kerana bukan sahaja kerana ia sangat sweet, malah ia adalah kerana daku ingin kalian tahu bahawa setiap perkara yang terjadi dalam hidup ini adalah sesuatu perkara yang indah di mana tidak semua orang bisa mengalaminya seperti kalian!walaupun ia adalah satu hari yang penuh dengan rasa geram atau kesakitan sekalipun, sebenarnya kita hanya perlu menganggapnya sebagai ONE SWEET DAY, tanpa perlu mengeluh bagai..ye lah..bpe kali nk ulang yang sebabnya ialah kerana ia ONE SWEET DAY?! heee..

eh..chop! bila ditelek dan ditenung2, baru daku perasan yang follower daku sudah berkurang 3 orang dari semalam!! kenapa ya?? mungkin da xsuka baca blog daku kot!sobs... ; (

jadi semoga pertukaran lagu ONE SWEET DAY ini bakal memberi kesan kepada kalian jika setiap kali masuk ke dalam page ELIE FIBRESZ ini oke?

INGAT ONE SWEET DAY, INGAT ELIE YA? ; )

dan semoga followers juga makin bertambah!heheh..semoga followers tak lari juga bila da xdpt dengar lagu asyik dari TITANIC seperti sebelum ini!..amin..*fuhhh..tiup kanan dan kiri!* teeeheee.. :p

p/s: tak tahu kenapa lagu TITANIC dari trompet si KENNY G tak leh play kat blog dari pagi tadi! terpaksa tukar berpuluh2 lagu sebelum confirm pilih ONE SWEET DAY! grrrr!!!

24 comments:

Marya Hana . said...

kalau x tulis blog, rase x semena-mena kan.. ~ heee.

little cart00n said...

kak yaya..
btul2..setuju..
kalau tak tulis, rasa macam apa tah!
hahahaha

aMyErInAiMiE said...

one sweet day best gile!!!ish3...mcm sedih plak.hehe.jiwang2!

nnt nak karok lagu ni ngn bf akak.tp akak rase die xreti.hehe.xpela.akak nyanyi due2 part jela lg sedap.hehe

zahiril adzim a.k.a Bob. seorang yg sgt2 bagus dan bg akak die sgt bijak berkata2.pernah sekelas ngn die due tahun lepas.die jarang bercakap tp if he did, kata2 die sgt bijak! suke die.blakon teater pun best.filem die akak tgk dlm cte ghost je.huhu

little cart00n said...

kak erin..
ahahha..ala..soh bf akak bantai je nyanyi lagu ONE SWEET DAY ni..bukan Mariah carey tau pun!hhahhah :D

yeah! Zahiril bagus!i love his act on screenplay n teater! great!n i love his words too! :)

b4 ni pnh gak dia dtg kolej wat Q n A ngn kitorg, not bad! :D

aMyErInAiMiE said...

wah bgus nye! die sgt brilliant kn?huhu.tp tah nape pas die femes, die break ngn liyana jasmay...b4 dat bukan men mesra.xtau la sape yg slh.huhu.ah.xperlu pikir kan dorg!hehe

eh xle,mariah carey xmarah.akak yg marah klu die nyanyi salah.hehe

little cart00n said...

kak erin..
hahaa..dia bagus, tapi masa dia dtg kolej utk Q n A cite GADOH, dia kuakan pendapat yang RACIST..so mmg kena bantai la..uhuhuhu..

owh..mmg dia pnh dgn LJ ek?uhuhu..tahnya akak ni..takyah kisah la ngn dorg..hahaha

alahai..akak ganti MARIAH CAREY jadi MARIAM KARI la kalau marah bf akak salah nyanyi..hahahha

aMyErInAiMiE said...

haha.KARI??huhu..xmolaa..hehe

aah.die pnah ngn LJ.siap LJ dtg teman die lg kt aswara.huhu

die kuarkan statement racist eh?oo..die mmg jenis lantang jre ckp xdulik hape.huhu

little cart00n said...

kak erin..
hahaha...tak, yang kita sibok cte pasal ZAHIRIL ADZHIM ni apahal ek kak?hahahhaha *garu kepala!*

aMyErInAiMiE said...

ntah.bkn dh tutup ke cte sal die td?haha.atoi saye..hehe
elie....lg sehari! ;)

little cart00n said...

kak erin..
hahaha...tutup2!hahah
lagi sehari..haa..elie tau apa..
;))

aMyErInAiMiE said...

hee~ tau la kte ek:P
nnt sure akan ade entry dating ke 50 plak! :P

little cart00n said...

kak erin..
hahahha..
i'allah..
ada rezeki jumpa, adalah dating ke 50 kami..
50 1st date yaw!! muahahhaha ;p

cEro said...

elie, setiap sgt ada hikmahnya, samada manis atau pahit..
yg manis utk dikenang,
yg pahit utk dijadikan pedoman..

SyerAgh said...

jiwang disini~

little cart00n said...

cero..
betul2..
yg manis simpan..
yg pahit telna je..hahha

little cart00n said...

syeragh..
layan jiwang gak ek?
hahah

koboys said...

muahaha..
kak erin: kat sane ari2 maen kad ngn tn gummy.hahaha.da naek bosan duk utan 2.
cyg: jgn sedey2 follower lari.haha.syg 1 je, tp xlari pon :)
love u bucuk!

aMyErInAiMiE said...

adik PD: tau sgt la.masuk hutan bermain2 bermakan2.menyampah :P

little cart00n said...

syg..
main kad sampai lebam! mesej org pun lambat reply! :(

little cart00n said...

kak erin..
menyampah kan! pasni kita pergi merendek sama2 kalau dorg masuk utan ag! muahahhaha! ;p

aMyErInAiMiE said...

haha.padan muke.marah die elie!

merendek?hoyeah~ tapi xsempat nk plan, nnt kompem elie kene sound jgn merendek ngn kak erin ok.die gile.hehe

little cart00n said...

kak erin..
ah..tak kira!
kalau tak, soh dorg bawak kita dua masuk utan gak! haa.. ;p

aMyErInAiMiE said...

haa..bagus2! :P

little cart00n said...

kak erin..
thumbs up! :D