Sunday, November 14, 2010

KEMPEN SIHAT SEDUNIA!

salam kalian.. : )

daku antara ribuan rakyat Malaysia yang sedang menyahut cabaran 
KEMPEN SIHAT SEDUNIA! ; ) 


sebagai seorang gadis yang sangat mementingkan nutrisi dalam pemakanan, daku memang makan mengikut keperluan seharian! dari zaman sekolah, bergelar atlet sekolah, kami diminta untuk makan dengan betul seperti yang dicadangkan di dalam piramid makanan dan sesuai dengan tubuh badan seorang atlet! itu perlu untuk mengelakkan kepenatan dan masalah lain dalam berolahraga atau beraktiviti! 

sebab itu sampai sekarang, memilih menu yang lengkap untuk sajian seharian menjadi kebiasaan bila tiba waktu makan..hehe..sejak dulu, kalau makan nasi, tak lengkap tanpa ada sayuran hijau! itu perlu! kemudian protein memang harus ada selain karbohidrat untuk tenaga berganda!kalsium juga diambil dalam bentuk susu atau yogurt untuk tulang yang kuat! tahu tak kekuatan tulang amat penting kepada mereka yang aktif sepanjang hari? macam daku time dulu.. *eheh?!!* ;p

tapi bila tiba waktu cuti semester macam sekarang, satu masalah yang tak boleh dielakkan ialah bila tiba waktu makan bersama keluarga! haish! bila tengok makanan banyak terhidang, seperti nampak pakwe hensem tepi jalan! mata tak berkedip sampai air liur meleleh-leleh! mulalah nafsu menguasai diri! heee..

tapi nasib baik masih ingat pada pesanan cikgu time sekolah dulu..

MAKAN UNTUK HIDUP! 
BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN! ; )

jadi sebagai salah seorang rakyat yang menyahut cabaran dalam KEMPEN SIHAT SEDUNIA, daku masih ingat untuk makan hanya mengikut kepentingan diri! bukan nafsu semata2..eceececeh~

dan menjadi antara mereka yang bergiat dalam kempen ini, kami disarankan untuk menyampaikan pengetahuan kepada orang ramai tentang cara hidup sihat, seperti mana yang diwar-warkan dalam KEMPEN SIHAT SEDUNIA! ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai sedar akan kepentingan kesihatan diri sendiri sejak dari awal..

daku sebagai salah seorang yang berada dalam kumpulan ini, berusaha untuk menyampaikan mesej dari KEMPEN SIHAT SEDUNIA ini kepada kalian juga! selain kalian boleh mendapatkan tips untuk menjadi sihat secara semula jadi, kalian boleh juga cuci mata dengan gmbar-gambar menarik daku di bawah..manalah tau, lepas ni kalian akan terikut cara sihat yang daku amalkan pulak ke?kan..kan..kan? hehehe..

oke..1st step untuk kekal sihat ialah makanan! semua orang perlukan makanan untuk hidup kan? tapi tahu tak yang bukan semua makanan itu berkhasiat untuk diri kita? kalau boleh, makan lah mengikut keupayaan diri,.bukan nafsu semata2..owh..kalau boleh, pilihlah makanan yang dimasak secara berkhasiat, seperti yang direbus atau dipanggang..itu lebih sihat! tapi kadang2 takpe kot kalau nak menikmati hidangan bergoreng seperti ayam goreng McD! hahahhaha.. ;p

untuk lebih memudahkan kalian, ikotlah gambar2 dibawah untuk pemakanan yang sihat! : )


1- pilihlah sayuran-sayuran segar untuk vitamin di dalam badan!kalau yang tak makan sayur, cuba2lah biasakan diri kalian..sebab sayur punya byk kepentingan dalam sistem kesihatan badan tau?! ;p

2- ambil sedikit protein seperti ayam / ikan / daging dlm menu harian! itu penting oke?! then jangan lupa pada karbo! kalau tak makan nasi pun, ameklah sajian seperti mi atau roti! tenaga semuanya dari karbo, jangan lupa tau! ;p

3- untuk manisan, kalian masih boleh makan benda2 yang manis seperti ABC, tapi jangan lupa untuk tambah bahan2 seperti kacang, cincau dan buah jagung atau laici di dalam nya! ini untuk vitamin yang berganda..kalua daku, suka letak macam2, sedap kalau makan, boleh kunyah2 dalam mulut!yummy!!ehheh..
dan kalian jangan pulak lupa KURANGKAN GULA DAN MANISNYA! takut nanti kena kencing manis, kan dah datang satu lagi penyakit! heee..

4- rasanya tiada apa yang lebih penting selain buah-buahan sebagai pencuci mulut! itu yang terhebat!

lain kata..pilihlah makanan yang pelbagai warna dalam sajian kalian! semakin banyak kaler, semakin berkhasiat untuk tubuh kalian! tapi pilih pewarna semulajadi oke? bukan yang tiruan! ;D

2nd step ialah bila makan, makanlah dengan perlahan2 tanpa rasa nak cepat atau apa..macamlah ada orang yang akan kejar kalian kalau kalian makan slow2 kn? dan jangan lupa.,baca doa makan sebelum makan!hee..

jangan lah tiru daku! daku memang suka bergambar, tak kira tgh makan atau apa!hehe ;p

seterusnya, bergembiralah kalian pada setiap hari! tak kiralah bersama siapa atau apa yang kalian buat sekalipun! yang penting bergembira! kalau bersama family tercinta atau  kekasih tersayang, lebih seronok rasanya! : )

siapa kata dengan family tak boleh jadi seorang yang sihat?!

selain jalani hidup aktif seperti mengeluarkan peluh dan sebagainya, kalian mungkin hanya perlu beriadah bersama adik-adik atau kawan2 sekeliling untuk cara hidup sihat! tahu tak kalau bawak adik2 kecik untuk bermain di taman permainan kat belakang umah tu,sambil ajak mereka main kejar2, boleh membakar kalori dalam badan? ha.best kn?so, siapa2 yang ada anak atau adik kecik tu, petang ni ajaklah mereka beriadah di taman! tentu si kecik tu tak menolaklah kalau kalian ckp ada GULA-GULA SEDAP kat taman! : D

ARISA NOUHA!
ada sesiapa kehilangan anak kecik ni?! hahah

dan yang terakhir ialah SENYUM selalu! haa..berikan saja senyuman yang manis pada sesiapa saja..kan itu salah satu cara untuk bersedekah? hehe..ala..bukannya susah pun nak senyum..kalian tahu tak, seorang pakar pernah berkata..

SENYUMAN ITU ADALAH SENAMAN UNTUK MUKA!

haa..tgk! untuk muka pun ada senaman tersendiri! kalian tak perlu bazirkan duit untuk ke spa untuk membuat rawatan muka, hanya perlu senyum saja! tak susah kan? ehhehe..satu cara lain, melepaskan lelah bersama keluarga tersayang mungkin bole membuatkan kalian tersenyum sepanjang hari!

tgklah betapa lebarnya daku tersenyum! :  )
*gambar credit to ARISSA NOUHA!* hehe

haaa..tak susah kan semua tips di atas? kalian hanya perlu ikut untuk menjadi seorang yang sihat! bukan saja sihat secara luaran, tapi di dalam juga sentiasa sihat! kalian tunggu apa lagi?marilah ramai-ramai bersama2 daku dalam menjadi aktivis KEMPEN SIHAT SEDUNIA! jangan lah tunggu bila dah ada penyakit baru nak jaga kesihatan! igt kata pepatah..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI! ; )

oke kalian..marilah ramai-ramai kita menyokong KEMPEN SIHAT SEDUNIA ini! kalian tentu tampil hebat bila kesihatan kalian terjaga! : )

ehem! sekian saja pesanan ringkas dari DOKTOR GORGEOUS bernama ELIE! teheee ; D

Dr Elie! ; )

p/s: Dulu pernah bercita-cita nak jadi pakar pemakanan, tapi subjek biologi tak credit time SPM! : p

26 comments:

tieha ismail said...

betol tuh makan untuk hidup ! bukan hidup untuk makan...! ala kadar sudah...tapi sihat dan seddap!

little cart00n said...

tieha..
btul2..sihat dan sedap, janji ala kadar! :)

liyana aziz said...

wah! nouha jadi cameragirl la! hahahahahahahahah.. ye, pakar nutrisi!!!! saya makan sayur! *okay, tipu je!*

little cart00n said...

yana..
cantik kan gmbar nouha snap tu?
ehhehhe..
jgn tipu yana makan sayur! macam elie tak tau yana anti sayur!hahah

liyana aziz said...

tau x pe, jadi pulak tu gambar.. hahahahahah.. x tipu, main2 je! muahaahhahaha

little cart00n said...

yana..
ada ag gmbar yg i yg dia tgkap..cantik gila!nnt i tunjuk :)
eh..main2 tu samalah makcik!grr..
hahah

ahmad jo said...

hepi sihat ;)

little cart00n said...

ahmad jo..
btul2..hepi2 lah selalu :D

SyafiQ Bleszynski said...

best jenguk sini.. anyway, betol3x!!
makan untuk hidup!!! LIKE!!

hamzah ian said...

makan mekdi best jugak..

little cart00n said...

syafiq..
hahah..btul kn?
tgk gmbar pun tau u suka makan!
hahaa

little cart00n said...

hamzah..
mmg mekdi best!
ayam goreng satu! :p

maCy said...

its a long update! seems delicious ;D

little cart00n said...

macy..
yup..hepi ready hopefully! :)

I.A. said...

aku...
makan untuk hidup dan hidup untuk makan. takde orang boleh mempersoalkan prinsip hidup aku!

amira zakiah said...

makan jangan tak makan.arghhh sedapnya kalau dapat pizza time2 hujan macam nie

little cart00n said...

iki..
ahaha..aku da lama tau prinsip kau tu..dan mmg takleh ubah bnda tu :)

little cart00n said...

amira..
jom tapau pizza!
hehe xD

-my name is NazLockman- said...

kalaulah budak rumah kau yg lain pun mcm kau.
kih.kih.kih;D

cEro said...

haha, aku dulu telan je ape rase nk telan, tp skang mcam jaga2 sket, sbb byk org skitar yg sakit sbb tak jaga makan..

koboys said...

hahaha..bestnye..mkn xajak.huhuh..
my gf ni gemok tol, ikot la aa mkan bnyk.hahaha :))

little cart00n said...

naz..
hahahha..
kalau dorang macam aku, kau pun tak naik la umah aku..
hehehhe

little cart00n said...

cero..
haa..kena control dari sekarang..
jgn pulak jd macam org sekitar ya :)

little cart00n said...

syg..
mana ada gemok!aah lagi gemok! ;p

kata kila said...

haih.sedih ckp pasal makan.tak boleh kaver bab mkanan ni.ekekeke

little cart00n said...

kila..
hahaha..
bab makan mmg tak leh kaver, telan sume..tapi berpada2...
kalau tak, badan senang kena 'pam'!
heheh ;p