Monday, November 8, 2010

FRIENDSHIPS NEVER ENDS!

salam kalian.. : )

As we go on
We remember
All the times we
Had together
And as our lives change
Come Whatever
We will still be
Friends Forever

daku mendengar setiap bait-bait lagu di atas dgn teliti sambil membaca liriknya, nyanyian VITAMIN C bertajuk GRADUATION..membawa tema PERSAHABATAN, sangat sesuai untuk ditujukan kepada mereka yang membawa gelaran KAWAN!

kan kalian juga biasa dengar kata-kata manis yang berbunyik...

FRIENDSHIPS NEVER ENDS!


daku percaya setiap manusia perlukan kawan sebagai pendamping utama dalam hidup mereka! kata orang, kalau tiada kawan, susah mahu hidup! itu kata orang..dan dalam realiti juga rasanya ramai yang menganggap kawan sebagai orang yang boleh berkongsi masalah, teman yang boleh memberi nasihat atau family kedua selepas ibu bapa, abang, kakak, adik atau sedara mara di rumah!

dan rasanya ramai yang bersetuju dengan pepatah seperti tajuk entry ni, FRIENDSHIPS NEVER ENDS atau dalam melayu bunyiknya PERSAHABATAN TIADA AKHIRNYA! dan mungkin juga ada yang tak bersetuju dengan benda-benda macam tu..antaranya daku! : )

seperti kalian, daku juga punya kawan! bukan sedikit..tapi ramai yang bergelar kawan! dari dulu sampai sekarang daku suka berkawan..kalau boleh, budak2 kecik yang tunggu bus kat tepi jalan pun daku nak jadikan kawan! daku bukan setakat punya kawan yang bekerja di kelab malam, tapi pelbagai bangsa dan rupa juga ada! dalam berkawan daku tak pernah memilih seperti memilih makanan! cuma kadangnya harus juga selidik di mana datang seorang kawan itu sebelum dibuat kawan!  

tapi dalam pada ramai kawan, daku memang tak pernah percaya pepatah yang kata KAWAN SAMPAI MATI! sebab apa?? dulu daku pernah alami satu perkara yang buat daku hilang percaya pada seorang kawan! kalau dulu memang daku pernah punya kawan yang konon akan ada bersama bila susah dan senang..tapi kini tidak lagi! semua kini seperti lupa pada janji dan hilang bila di cari! dan kerana benci dengan para HIPOKRIT, haruslah kepercayaan kepada sahabat itu dilupuskan terus menjadi kosong peratus walau dulu HAMPIR menjadi 100 peratus! 

sebab itu daku tak pernah letakkan kepercayaan sebanyak 100 % dalam setiap perhubungan bersama sahabat! baik dulu hingga sekarang! sebab takut terlalu percaya pada rakan, boleh menjadi peristiwa KAWAN MAKAN KAWAN! tak mustahil bukan?dalam realiti sering saja terjadi seperti itu..betul bukan? 

dan syukur kerana kata-kata dari seorang cikgu tidak pernah luput dari ingatan....

KAWAN DATANG DAN PERGI!

jadi pada diri sendiri, daku memang selalu beringat sebelum terkena! berkawan saja dengan semua..tidak perlu memilih..tapi percaya tidak perlu sampai menjerat diri! umi juga selalu pesan supaya anak daranya yang sorang ni, jangan terlampau ikut darah muda!jangan sebab sayang kawan2, lupa pada family, lupa agama! **Terima kasih umi, atas nasihat pada anakmu ini * : )

jadi kalian...tidak salah berkawan ramai...dan tidak salah mahu percaya sampai tahap tinggi melangit ke bulan sekalipun..dan tidak salah juga kalau mahu percaya PERSAHABATAN ITU TIADA AKHIRNYA! tapi jangan terlampau percaya kerana MUSUH ada di mana2..SYAITAN juga di kira tempat dan orang utk dihasutinya..tidak mustahil KAWAN yang dianggap KAWAN boleh menjadi LAWAN! 

cuma satu perkara..semua terletak pada nawaitu kalian sendiri..bukan saja dalam berkawan dan perhubungan..malah dalam apa saja yang dibuat di dunia ini! : ))

p/s: daku baru lepas cek inbox mesej di fon yang tak pernah didelete sejak tahun 2006! semua berkaitan FRIENDSHIP! terima kasih kepada semua yang bergelar kawan!..  ; )

22 comments:

Coco said...

dulu coco pernah gak ada kwn yg mkn kwn. kecewa btul dgn sikap dia. skrg msh kwn tp dh x pcaya dia sgt.

little cart00n said...

coco..
kecewa kn? :(
xpe2..keep on touch tu perlu..walaupun da xpercaya mana :)

tfa_purpleclover said...

mesej daripada aku ada tak?hehe

Hanz Lee said...

f.r.a.n.ce :)

little cart00n said...

tpah..
ada2..tahun 2008 :)

little cart00n said...

paan..
aku tahu pe maksudnya..hahahha

piKOk said...

Pikok penah kena..mmg pdih bila kwn sdri tikam belakang kita.ingtkn kwnbaeksmpaimati..:(

little cart00n said...

pikok..
xde mknenya kawan sampai mati..
elie pun pnh kena..
sedih kan :(

liyana aziz said...

sayang merah/hijau/biru gelap! semoga magnet x kan lebur sampai bila2.. =)

little cart00n said...

yana..
terharu lah! :D
semoga sayang itu kekal juga!

muhamad ezham said...

you only live once - the stroke

little cart00n said...

ejam..
nnt aku dgr lagu tu ek.. :D

HaNTwO said...

ade ape ngan kawan??? kawan ni umpama semut..ade gula ade semut..xde gula semut pun xde...

little cart00n said...

hantwo..
yeke?
tapi semut bukan stayed kat gula sampai mati kan? bila da abis manis, dia blah la..
sama je macam kawan!

Siti said...

kawan tak semestinya sahabat.. hanya mereka yg betul2 bersama kita taim senang dan susah je yg boleh dipanggil sahabat ni. kan?

Emilia Emira said...

don't put 100% trust in others..save a bit for yourself..
if anything happened it will not ruined you completely..
(^_~)

little cart00n said...

siti..
betul2..tp skrg da susah nk jumpa yg betul2 shabat.hurmm..

little cart00n said...

emilia..
yup..100 agreed wit u!
kalau percaya 100%, lama2 bole makan diri :)

cEro said...

kawan ketawa mmg berlambak!!!
kawan menangis, susah nk jumpa...
kalo jumpa, sila jaga elok2...

little cart00n said...

cero..
betul2..kawan ramai tak guna kalau sorg2 blah time kita perlu..huhu

Syida Shukor said...

tapi i lagi senang dengan kawan kawan dari bf i haha :P

tapi hanya yang rapat je la (:

little cart00n said...

syida..
hahah..
i pun kadang2 macam tu..
tp i prefer kalo ngn my umi lagi..
she great! :D