Monday, November 15, 2010

3 IDIOTS!

salam kalian.. ; )

menonton filem hindustan kadangnya menyeronokkan! :D

tahu tak bagaimana peminat2 filem hindustan berpendapat filem hindustan adalah lain dari yang lain? daku bukanlah seorang peminat tegar filem hisdustan, tapi kadang2 layan juga filem2 lakonan Shah Rukh Khan, Kajol dan Amitabh Batchan! hehehe..

menjadi seorang pelajar penulisan seni layar, daku cuba menilai serba sedikit mengenai filem hindustan! heheh...mungkin ramai yang melihat filem hindustan membosankan kerana penuh dengan lagu-lagu rancak dan sedey, selain tarian yang pelbagai dengan heronya berpakaian kuta (pakaian tradisi bg kaum lelaki india) dan sari atau lengga (pakaian tradisi bg wanita kaum india). dan kalau takde adegan golek2 kat rumput, intai-intai kat balik pokok, yang itu bukanlah filem hindustan! heheheh

tapi tahukah kalian yang adegan2 di atas ialah satu keunikan filem hindustan? di India, mereka menjual filem2 mereka dengan adegan2 sebeginilah sehingga filem mereka mencecah box office! *mesti ada sorang dua yang ketawa bila baca ayat ni!* muahahhaha :p

melihat filem KUCH-KUCH HOTA HAI, yang sangat hebat pada zaman daku bersekolah dulu, rasanya tiada lagi filem hindustan zaman ni yang boleh lawan filem ni! memaparkan tema persahabatan dan kekeluargaan, daku boleh anggap filem itu cukup dramatik dan MANTAP!



Pernah juga daku tonton filem hindustan yang lain seperti Mann, Kabhi Kushi Kabhi Gham, Slumdog Milionnaire dan banyak lagi..tapi tak satu pun rasanya boleh lawan kekuatan filem Kuch2 Hota Hai yang punya jalan cerita yang sangat cantik! contohnya Mann, membawakan tema percintaan yang bermula di atas kapal oleh seorang gadis yang cacat kerana kemalangan akhirnya berkahwin dgn lelaki normal..HEY!, itu KLISE! dan Kabhi Kushi Khabie Gham, tema kekeluargaan yang cukup kuat mesejnya dan jalan cerita yg cantik juga antara filem hindustan yg punya kekuatan tersendiri, tapi tema kekeluargaan saja, tidak cukup untuk melawan Kuch2 Hota Hai, walaupun daku sendiri menggemari jalan ceritanya yang penuh tragis! : )

dan tahun lepas juga, tahun gemilangnya filem Slumdog Milionnaire dimana filem ini menang besar dalam meraih anugerah Grammy! tapi jika di lihat dengan sudut pandang seni filem, filem itu seperti KOSONG! menang kerana adanya adegan umat islam ditindas dan dibunuh?! patutlah orang barat bangga sangat dengan filem SLUMDOG! huh! dan pengarahnya, Danny Boyle mmglah tak segan nak tunjukkan kemiskinan org luar, sebab negara dorang maju, mewah!takde cacat cela!..tapi tidak pada negara India,! huhuhu

pelakon Amitabh Batchan yang pada mulanya ditawarkan untuk membawakan watak pengacara kuiz yang wataknya dipegang oleh Anil Kapoor dan akhirnya meolak tawaran tersebut selepas membaca skrip filem tersebut dengan berkata..

SAYA TAK AKAN MENUNJUKKAN KEDAIFAN NEGARA 
SAYA SENDIRI PADA ORANG LUAR!!

Nah! nampak bukan bagaimana hebatnya kata2 seorang pelakon veteran?!Wow! memang daku tabik spring pada kata-kata Amitabh Batchan! Syabas Inspektor Sahab! teheee :p

oke.,daku sudah melihat filem demi filem hindustan yang kononnya boleh menandingi kehebatan filem Kuch-kuch Hota Hai, dan rasanya daku sudah jumpa! 3 IDIOTS, bukan satu filem yang perlu dipandang enteng! tidak menggunakan muka2 terkenal, tapi punya mesej tersendiri, kekuatan dan kehebatan sudah terbukti di dalam filem ini! Wah! : )


Daku melihat filem yang durasinya lebih 2 jam setengah ini dengan ulang tayang sebanyak 3-4 kali dalam masa sehari ni! dgn lebih 5 kali menitiskan air mata dan ketawa yang berlambak kerana adegan2 yang hebat dan jalan cerita yang cukup cantik, dan unik, sudah cukup membuatkan daku berkata..

WAH! BEST GILA! :D

dalam filem ini daku belajar mengenai erti pengorbanan, bukan saja kepada rakan-rakan, tapi juga keluarga dan orang sekeliling! tidak perlu kisah cinta yang panjang berjela dan sedih kerana cinta mendapat tentangan keluarga seperti di dalam filem hindustan yang lain, 3 IDIOTS, arahan Raj Kumar Hirani ini sudah boleh mencapai rating yang tinggi di negara India! :)

video

rasanya peminat filem korea dan jepun harus PAUSE sebentar filem korea dan jepun yang kalian biasa tonton sebelum ni, kerana kalian harus lihat dan tonton filem 3 IDIOTS ini dulu! pasti kalian tak menyesal dengan filem 3 IDIOTS ini! marilah rajin2kan diri men downlod atau beli cite ni! heheh..

3 IDIOTS, satu cerita, banyak mesej! pasti kalian akan tersenyum, ketawa dan menangis dengan sendirinya!seperti daku!teeheee! :p

p/s: Hindustan tetap Hindustan, tapi Filem-filem Melayu arahan Tan Sri P.Ramlee masih lagi di hati! : )

22 comments:

Sharifah nor said...

akak dah tengok..memang best..

little cart00n said...

sharifah nor..
best kan?
wah..ada geng! yes!:))

juliet. said...

da lebih seploh kali tengok..tak penah boring..still can smile lauggh and cry..gile best!!kalah cite hindustan yg ada tauu!!and amir khan is super duper cute eventho die dh 45..hehee

cEro said...

3idiots amat best dan byk pengajaran...
ia membuatkan kita terasa yg kita berada dlm kelompok 'kebanyakan'..
kan??

little cart00n said...

juliet..
setuju!
elie da bpe kali ulang, still rasa nk tgk lagi!
menangis dan ketawa, tak pernah puas dgn amir khan! :D

little cart00n said...

cero..
betul2!
byk gila pengajaran boleh kutip!
eh,.cero layan hindustan rupanya!heee..:D

Yellow LEOpard said...

xminat hindustan..tp baru2 ni join membe layan 3idiots kat appy die..best jugak..hehe

Marya Hana . said...

uiks . kak yaya memang puji ah cerite ni. sbb betol mcm ellie cakap, pelakon x glamor mane. nak harapkan amir khan je ahh. tapi naratif cerite memang kuat. gelak terbahak2..

heh, slumdog millionaire akak suke sampai arini, asal buat presentation,mst amek filem tu. banyak elemen2 yg menarik, layak ah die menang.

little cart00n said...

yellow leopard..
haa..sme as me!
tak layan sgt..
tapi 3 idiots boleh bukak mata org ramai :)

little cart00n said...

kak yaya..
tulah..elie kenal amer khan ngn kareena kapoor je..yg lain tak pnh tgk muka pun..heheh

ermm..slumdog millionaire tu punya jalan cite n element yg ok, tp pada elie cite tu kosong! tak perfect..ending, xbest n elie paling tak suka pasal dorg bunuh umat islam tu!haish!

dats y jugak dorg menang byk award kak..huhuhu :(

tp lain org lain pendapat kn, akak? :)

Mardhiah said...

same la..sy mmg anti cite hindustan ngn nanyi2nyer..gelek2nyer..tp seyesly 3 idiots mmg ade byk pengajaran..mg best la

lg satu hindustan y sy suke is aladdin. bes2..due tu je la sy suke.y lain2 tak suke >_<

Mardhiah said...

oh2!! n lagi satu. 'my name is khan'.. terbaek la!

little cart00n said...

mardiah..
3 idiots, mmg tak leh lawan!
sgt byk pengajaran kn? :D

little cart00n said...

mardiah..
my name is khan juga bagus!
tapi lagi prefer 3 idiots :D

Sabrina said...

warghh..cikbonsai memang minat giler hindustan nie..apa org nak cakap cikbonsai tak peduli..bila dilayan jangan ader yang ganggu okey..

little cart00n said...

sabrina..
hahah..betul2..
pantang diganggu kalo da kita melayan cite kan?
btw elie hanya tgk hindustan bila ada mood! ;D

tomatokering :) said...

same dgn membe sorg tu . suke tgk cite nie . xdek kesempatan lagi nak tgk :))

little cart00n said...

tomatokering..
try la tgk..sure tak nyesal! :)

Juaini Jamaludin said...

babe, three idiots the best hidustan film ever oke! aku tengok 40 kali tayang pun tak bosan tak jemu. part kelakar tetap maintain gelak, part sedih tetap maintain menangis. cerita dia banyak bagi pengajaran babe!!! salute cerita three idiots!!!

little cart00n said...

juaini..
mmg salute abis cite 3 idiots!
aku smpi arini tgk, rasa nk tgk ag!
wawawa...sedih!! :(

koboys said...

heeee..nnt syg tgk ok?hehe

little cart00n said...

syg..
tgk tau!
confirm leleh!hahaha