Tuesday, November 30, 2010

PUTARAN HIDUP!

salam kalian.. : )

Hidup ini seperti RODA! : )

daku sering tertanya, adakah memang betul hidup ini seperti roda? dan jawapannya memang betul! hidup memang seperti roda! ia berputar dari hari ke hari dan masa ke masa tanpa kita sedar! dan perasan tak kenapa kita tak sedar? mungkin sebab kita terlampau leka dengan kehebatan hidup duniawi? mungkin? dan bila dunia dah macam nk terbalik, barulah kita tersedar! kan-kan?

dan jika ditanya adakah daku antara salah seorang yang percaya akan pepatah di atas? daku akan jawab  YA! dan daku sangat percaya kepada putaran hidup! sebab apa? sebab hidup kita bukan semuanya indah saja kan? mesti ada yang buruk dan sedey! ish! dan rasanya setiap orang pernah mengalami zaman kejatuhannya yang tersendiri kan? baik dalam keadaaan yang sangat 'sakit' atau sebaliknya! 

dalam kehidupan seharian, daku sering mengingatkan diri sendiri tentang jangan terlampau leka dengan keadaan duniawi..sebab takut nanti akan terjadi perkara-perkara yang tidak diingini! *mintak simpang!* dan orang tua-tua selalu pesan..

JANGAN SUKA SANGAT! NANTI MENANGIS!

hah! memang betul pun kan maksud ayat di atas tu? : |

mahu bercakap lebih tentang putaran hidup, daku mengambil contoh akan perihal dunia..Orang-orang di dunia memang ramai yang kaya kan? kaya dengan budi bahasa..kaya dengan duit..dan kaya jugak dengan dosa! bila time kaya, memang semua hilang punca! lupa pada keluarga..lupa pada dunia dan paling sedih jika lupa pada agama! berseronok sampai lebam kata orang! itu bila time kaya! daku ulang..BILA TIME KAYA!

tapi..bila dah papa kedana..mulalah menangis macam orang mati bini..mati anak..atau mati katak! ceh! buat apa nak nangis sampai kering air mata kan? meraung sampai hilang suara pun, ingat orang akan pandang kau semula? boleh belah cakap dia! huhuhu..

TUNGGU! dia tu merujuk pada siapa? dan ni semua daku ckp pasal apa sebenarnya? T__T takde sapa-sapa! hanya untuk peringatan kita semua! saling mengingati..tiada masalah kan? teehee.. :p

oke..sambung! bila kita suka, memang kadang-kadang kita lupa diri! Tapi hidup ini bukan kita yang tentu kan kan? DIA yang di atas sangat adil! DIA melihat setiap perbuatan yang kita lakukan dan mendengar perkataan yang kita ucapkan! Bila kita sudah leka, maka jatuhlah hukuman dan dugaan untuk kita! semua atas sebab mahu uji umatnya! itu tanda DIA sayang kita!betul tak? : )

dan perasan tak kita yg bila kita dah kena bala ke apa, DIA berikan kita kebahagiaan? kita tak sedar kan? memang lah tak sedar! sebab masih bergelumang dengan hal dunia! dan bila kita tak sedar semua tu..tu yang jadinya keluhan dan rungutan bagai! bila dipikirkan balik, buat apa kita nak melawan? kita bukan TUHAN! kita bukan MALAIKAT! dan kita bukan sapa-sapa! kita cuma orang biasa! kan-kan?

Itulah orang kata..hidup kita tak selalunya berada di atas, satu masa kita boleh jatuh jugak!orang yang bodoh, tak semuanya akan tak tahu apa-apa untuk selamanya kan? dan orang yang pandai, tak selamanya akan dapat nombor satu dalam setiap kali exam! dan orang yang hebat juga, takkan lah kekal hebat sampai takde orang yang boleh lawan? kan? satu hari pasti semuanya akan terbalik! ya tak?

hidup ini sementara saja! dipinjamkan sekarang, lama-lama perlu dipulangkan semua! dan cuba kalian pikir, kalau hidup ini sentiasa di atas, adakah akan seronok selamanya? dan jika hidup ini sentiasa di bawah? adakah akan seronok? jawapannya? TAK! mestilah tak! sebab kalau tidak, tiadalah wujudnya istilah HITAM PUTIH KEHIDUPAN! kan-kan? ;p

dan kalau hidup kita asyik HITAM PUTIH je, for sure la SANGAT BORING! terasa macam hidup masa zaman-zaman filem P RAMLEE je..tapi cite P RAMLEE sume tak boring pulak!..tu satu benda daku pelik tu! hehe..dan kerana hidup tak sepatutnya warna black n white je, sebab tu lah hidup kita perlu ada warna warni sebagai keceriaan dalam kehidupan! ye kan? ; )


 jadi kalian, kadang-kadang hidup ini memang lah tak indah mana..tapi satu..kalau kita sentiasa ingat yang hidup ini seperti roda, mesti kita boleh laluinya dengan senyuman! janganlah mengeluh dan merungut je! setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya! so, just follow the flow! DIA yang lebih mengetahui akan apa yang tersirat dan tersurat! betul kan? : )

owh sebelum blah..mengenai entry lepas, daku telah mendapat nasihat dan sokongan padu dari kalian dan mereka yang di sekeliling! ternyata kalian banyak membantu daku atas nasihat kalian yang sangat berguna! TERIMAS SEMUA! terasa diriku begitu berharga! *ceh!* =)

oke peeps! hidup ini sekejap je..tapi dalam sekejap tu, ia akan sentiasa berputar dan berputar!  jangan lupa pada DIA yang satu ya! eh..janganlah cakap daku ni cuba berlagak alim ke apa..kan saling ingat mengingati! tak salah kan? hehehe..

Assalamualaikum semua! =)

p/s: cakap pasal roda, daku dah lama tak nmpak budak kecik cina yang bawak basikal roda tiga kat umah daku! haha

Monday, November 29, 2010

RAWAN!

salam kalian..

Matanya berkaca..
Hatinya berduka..
Mulutnya terdiam,,
Tiada kata..

Gelora yang tiba..
Lara menjelma..
Sepi bersama..
Dia yang berduka..

Tangis yang berkaca..
Gugur akhirnya..
Berlinanglah ia..
Dengan luka yang lara..

DIA RAWAN! ; (


MAAF!  

daku sangat emosi untuk hari ini! ; (

p/s: terasa seperti sesuatu yang tidak enak akan terjadi! : (

Sunday, November 28, 2010

RESPECT IS MUST!

salam kalian.. : )

Dalam kehidupan, satu istilah yang perlu wujud ialah..
MENGHORMATI, atau RESPECT!

sejak dari lahirnya daku ke dunia, kemudiannya ke zaman kanak-kanak, dan menjadi pengawas sekolah hingga ke zaman universiti, daku memang sudah diajar oleh kedua orang tua di rumah..bagaimana untuk menghormati orang sekeliling!

tapi kadangnya bukan senang untuk menimbulkan rasa hormat dalam diri masing-masing kan? nak-nak lagi kalau jumpa orang yang jenis tak pandai nak menghormati hak orang lain, tapi mengharapkan kita atau mereka yang lain untuk tunduk hormat kepada mereka! hah..daku memang sangat benci kalau jumpa orang macam tu! grrr! : |

dan di dalam dunia blog, macam-macam gaya penulisan kita boleh jumpa! rata-rata menulis mengenai kehidupan harian sendiri walaupun tak semua gemar menceritakan kisah peribadi pada umum! betul bukan? dan satu mengenai dunia blog, daku paling kurang gemar untuk membaca blog yang suka memperkecilkan gaya penulisan orang lain, atau erti kata lain ialah mengutuk tanpa ada sensitiviti!

kadang-kadang mereka lebih suka bercakap tentang kelemahan orang lain seperti mahu berkata bahawa hanya blog dia saja yang hebat! dan ada juga sesetengah pihak yang menulis di dalam blognya tentang kelemahan orang lain, dengan cara penulisan yang agak tidak okay bagi daku! mereka seperti mempersoalkan kenapa adanya blogger yang macam ni??kemudian carut-mencarut akan berlaku di dalam entry! itu adalah cara yang sangat tidak baik bukan? seems like they dont respect each other! huuu..

daku selalu berasa kesian dengan keadaan sesetengah pihak yang suka menulis tentang kelemahan blog orang lain! kadang-kadang orang yang mereka anggap lemah dalam penulisan di alam maya ini, takde silap apa-apa pun dengan mereka yang menganggap diri mereka bijak pandai ni! tapi kenapa nak komen lebih-lebih tentang orang tu sedangkan mereka tak kenal pun siapa gerangan sang penulis! tiba-tiba nak mengutuk bagai tentang blog orang tu kenapa? dan yang paling tak best, bila ada pihak lain yang turut menyokong! owh shit! itu memang lah sangat tak best!huhhuu..

selalunya, bila jadinya keadaan macam ni, akan terjadinya pergaduhan di alam maya! bygkan kalau mereka kenal antara satu sama lain, tapi bila tersalah tulis atau menukar fakta, bukan ke alamatnya boleh buat sesuatu keadaan itu menjadi teruk?aduhai..macam kesian kan?? : |

jadi apa kata setiap blogger duduk diam-diam dengan blog sendiri tanpa masuk campur hal orang lain! lagipun, setiap blog didaftarkan atas nama diri sendiri kan? tak kacau diri orang lain pun..betul tak? then  kenapa nak tembak blog orang sesuka hati..kan? kalau rasa nak tak senang dengan cara penulisan seseorang tu, berilah pandangan dengan cara yang baik! tak pun berkias-kias sikit sebelum mencari pasal sesuka hati! setiap orang tak sama cara penulisan mereka kan? pepatah pun sendiri kata..

TIADA SIAPA YANG SEMPURNA! ; )

so, Try to RESPECT each other, people! lain orang, lain pandangan kan? mereka ada cara mereka sendiri untuk menulis sesuatu entry, kalian ada cara sendiri untuk menceritakan tentang apa yang kalian lalui..dan daku juga ada stlye sendiri untuk meluahkan segala isi hati..then, why not kita semua berkongsi rasa dengan cara yang baik? tak perlu adanya kata-kata untuk menjatuhkan seseorang dalam entry pun, dah cukup buat orang lain membaca dan memenuhkan ruangan coment kita kan? heheh : )

dan ingatlah yang setiap orang di dunia ini perasaannya lembut, seperti MARSHMALLOW! mudah saja lembik bila terkena api..jadi...kalau kita suka-suka hati cakap pasal kelemahan blog orang lain, bygkan jika tuan blog itu membaca? mestilah melemahkan semangat dorang untuk menulis kan? 


so peeps?? RESPECT! itu perlu dalam setiap kehidupan! : )

ehem! btw, entry ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa, tapi untuk peringatan sendiri juga! jadi, janganlah ada sesiapa yang terasa hati atau sebagainya! kalau ada, daku mohon maaf beribu kali! teeheee..

peace everyone! Heppy Sunday! dan Assalamualaikum! hee : )

p/s: kadang-kadang lebih suka berdiam diri bila ada pihak yang tak reti menghormati orang lain!

KIDS & BABY PHOTO CONTEST!

 salam kalian.. : )
 


ADA SESIAPA KENAL BUDAK KAT ATAS NI?!

itu lah dia budak kecik bernama ELIE! ;p

Hoi-hoi kalian semua! janganlah usha gambar daku tu lama-lama! tahulah daku comot, dengan rambut yang ala-ala BECKHAM tak jadi dan betis pun macam pemain ragbi! tapi comel tetap maintain, itu pasti!hahah

sebenarnya gmbar di atas telah dijadikan taruhan untuk contest terbaru iaitu KIDS & BABY PHOTO CONTEST, anjuran CIK SAFFIYAH!  : )


 jangan lupa tampal banner untuk join! : )

bagi sesiapa yang da lama follow daku, mybe kalian tahu bagaimana daku dengan dunia contest dulu..boleh kata semua contest nk join kn? hahaha..tapi ada tak sesiapa perasan, daku dah lama menyepi dari bergiat aktif dalam ber contest-montest ni? hhahaha..ala..taula takde siapa yang perasan, sebab daku bukan blogger top pun, macam CIK EMBUN! sobs! *lari kat katil, tutup muka dengan bantal busuk!* heheh ;p

pernah jugak berkali-kali terasa nk join secara aktif balik contest-contest baru ni..tapi tiap kali wujud je contest, mesti rasa nak tangguh-tangguh! last-last, tak sedar contest da smpai tarih luput! ceh!! padan muka kau elie! *booooo* ; D

tapi kali ni, lepas beberapa kali di TAG oleh beberapa BLOGGER yang daku tak ingat nama, daku da TEKAD untuk join jugak contest yang di TAG! kalau tak sekarang, CONFIRM contest ni akan diperam sampai berkulat dalam lappy! pastu, tgk-tgk pemenang da diumumkan, tanpa nama daku ada tercalon! padan muka kau untuk sekali lagi wahai elie! muahahhaahhaha! 

so, TERIMA KASIH kepada semua blogger yang tag daku untuk contest ni, and sorry sebab daku tak igt nama-nama kalian semua yang da tag daku tu!almaklumlah, umur semakin meningkat! hahha ;p

oke..bab gambar da settle! dan bila time utk TAG blogger lain sebanyak 8 org, kalian redi2 lah! daku bakal tag sesiapa saja, sebab daku memang jahat bila masuk bab-bab ni! :p


DONE tagging! : )

so kalian, tunggu apa lagi? Tahu tak yang hadiahnya cukup hebat!

earing dari lazo diamond jewellery. white gold  

hebat kan? hebat kan? ;p

so marilah join contest ni ramai-ramai! : )

bagi kalian yang rasa nk join, silakan masuk blog cik  SAFFIYAH! jangan lupa baca syarat-syarat dulu before join, takut nanti nama kalian tak tercalon pulak! sia-sialah usaha kalian tampal gambar kalian posing sexy waktu kecik-kecik dulu! haha : )

so gudluck semua! owh..dan gudluck untuk daku juga! :p

p/s: ada sesiapa tau yg daku gemuk siut waktu kecik-kecik?! teeheee :D

Saturday, November 27, 2010

'A' UNTUK ABAH!

salam kalian.. : )

ABAH!

seorang ayah yang penyayang selain mudah mesra dengan anak-anaknya..kata-katanya selalu menyenangkan hati!..kadangnya mudah saja buat orang sekeliling ketawa dengan lawaknya yang tak jadi!hehehe..pemurah dengan kata-kata dan nasihat, terutama untuk daku, anak daranya yang nakal dan kepoh ni..hahah..

ABAH!

seorang yang tidak cepat melenting bila sesuatu terjadi! garangnya punya tempat untuk diltangani! tidak seperti umi..lebih banyak membuka mulut bila terjadinya perkara yang tidak diingini..tapi masih terkawal bila bercakap dengan suami sendiri! : )

ABAH!

bila diminta wang perbelanjaan hari-hari, dia mudah saja memberi..katanya simpanlah untuk peribadi! tapi agak kedekut untuk memberi bila diminta untuk beli barangan jika hanya untuk kepentingan sendiri! : |

ABAH!

sekarang sikapnya tidak seperti hari-hari sebelum ini! dia lebih banyak berdiam diri! mungkin runsing dengan keadaan opah yang sedang berada di hospital kerana penyakit yang dihidapi! kata doktor, kencing manis opah semakin menjadi-jadi! mungkin disebabkan itu abah lebih banyak menyepi! : (

ABAH!

hari-harinya kini, hanya berulang-alik ke hospital menziarahi opah yang sedang diubati! pulang ke rumah, senyuman masih diberi, walau runsing bertapa di dalam hati! jika dia sendiri, abah tertidur tanpa disedari..penat barangkali! pernah juga sekali dua terdengar abah mengeluh sendiri! : (

ABAH!

kesihatannya juga tidak menentu kini! penyakit gout yang dihidapinya seperti datang dan pergi! tapi mungkin tidak mahu menyusahkan keluarga dan anaknya sendiri, jadi dia lebih banyak berdiam diri! mujur umi sangat memahami! dipujuknya abah agar makan ubat yang doktor beri..semua untuk menjamin kesihatan di kemudian hari!

ABAH!

walaupun mulut anakmu ini tidak berbicara, tapi matanya sentiasa memandang hiba! sedih dia melihat abahnya seperti merana! ingin saja dipeluk abahnya dan dikucup mesra, namun dia tahu ini bukan masanya! kadang-kadang tidur malamnya juga terjaga bila terfikirkan tentang abahnya yang tercinta! : (

ABAH!

Walaupun pelbagai dugaan sedang berlaku, ketahuilah kamu bahawa daku sebagai anggotamu sentiasa berada di sebelahmu! Anak-anak dan isterimu akan bersama kamu menongkah hari-hari baru! Kami tidak mungkin akan pernah tinggalkan kamu walau masa cepat berlalu! kerana hanya DIA yang tahu bagaimana cintanya kami kepadamu! : (

anak-anak abah! : )


ABAH telah menjadi seorang bapa yang cukup HEBAT,

jadi...

'A' UNTUK ABAH!

p/s: daku TERMENANGIS ketika menulis entry ni! ; (

Friday, November 26, 2010

MESEJ SI JARI - JEMARI!

salam kalian..: )

Tahu tak kenapa tuhan ciptakan ruang antara jari? : )

:
:
:
:
:
:
:
:
:

Supaya suatu hari nanti..seseorang yang diciptakan untuk kamu,
akan datang dan memenuhkan ruang itu dengan memegang erat tangan kamu untuk..
SELAMA-LAMANYA! ; )

****************************************

seperti yang daku beritahu dalam entry FRIENDSHIP NEVER ENDS dulu, fon daku memang menyimpan segala mesej-mesej persahabatan yang dihantar oleh kawan-kawan atau bekas-bekas kawan baik sejak dari dulu! jadi entry ini sekadar mengingati mesej oleh seorang sahabat baik yang dihantar pada daku di mana ia bertarikh 26 Oktober 2008 dan masa 4.00 petang!

dahulunya, daku dan pengirim mesej ini sangat rapat seperti belangkas! apa saja yang terjadi, daku akan dicari dulu, begitu juga daku! tapi itu semua dulu! kini tidak lagi! masing-masing sudah punya kepentingan diri dan kami seperti leka dengan kehidupan sendiri! hurmm : |

tak tahu di mana silapnya persahabatan ini dan apa sebenar yang terjadi!

puas ditanya, tapi mulutnya terkunci!

jawapan ditunggu, hanyalah sepi!

bila dicari, dia menyendiri..

dikejar pula, dia berlari!

JADI??

mungkin perlu biarkan saja dia dengan dunianya sendiri! ; (

dan mungkin juga betul kata cikgu daku dulu...

KAWAN DATANG DAN PERGI.. ; (

tapi even kawan itu seperti diam menyepi, mesej yang dihantar tetap tersemat utk diingati! dan disebabkan daku tak rasa nk buang mesej tu atas rasa saki baki kasih sayang, biarkan saja ingatan itu berlegar-legar dalam kotak hati ini..heehe..

dan jugak sebab tak tahu nak tujukan mesej ni pada sesiapa lagi, daku tujukan saja buat pacar sendiri bernama NODDY! ; ) .. ikhlas dari hati yang tulus suci lagi murni! *ewah ayat kau elie!*

Teeeheeee : D

Selamat untuk perhubungan 2 tahun 2 bulan! : )

p/s: EHEM! ada sesiapa tahu maksud huruf di gelang itu? teeeeheee : p

Thursday, November 25, 2010

IDENTITI!

salam kalian.. : )

Daku sering saja terkeliru dengan IDENTITI tersendiri! : D

ini sedia terbukti dalam blog daku! lihat saja gaya penulisan daku dalam entry-entry dulu dan sekarang, kemudian bandingkan! terasa seperti berada di alam lain bukan? hahah..macam makhluk asing yang tah dari planet mana terjumpa bumi, kemudian baru nk kenal dengan manusia abad millenium ni..kan-kan? hehehe.. : p

disebabkan sedang bercuti semester, daku berkesempatan utk terjah blog kalian, dan dari situ daku perasan yang setiap dari kalian punya identiti tersendiri dalam menulis..daku sangat kagum dalam setiap antara kalian yang punya karakter tersendiri dalam menulis..seronok membaca setiap cerita dari blog yang berlainan jenis ni..betul bukan? : )

kadang-kadang daku SANGAT JELES dengan beberapa blogger yang punya cara tersendiri dalam menyampaikan cerita mereka! to be frank, daku sendiri mudah terkesan dengan beberapa blog yang sentiasa daku follow dan baca entry2 mereka! walaupun tak kenal dengan kalian secara realiti, tapi bila mesej yang cuba disampai di alam maya itu terasa dekat dengan diri, entry2 yang sedih pun boleh buat air mata ni meleleh tanpa diundang! hehehe : D

Dan dari dulu mula berbloging, daku sering terpikir bagaimana untuk menjadi seorang penulis blog yang berjaya? adakah perlu ada gmbar2 hebat atau cerita2 sensasi dari dunia luar seperti artis mahu bercerai? owh damn shit! daku bukannya paparazi yang perlu skodeng kehidupan orang lain sehingga perlu disumbatkan di dalam blog sendiri! huhuhu..

pernah juga terpikir untuk buat cerita2 hot macam JAMIL dan TEMAH (bukan nama sebenar) yang mana blog mereka punya pengunjung yang sentiasa meningkat naik sejak dari pagi hari ni hingga pagi esok hari! tapi jika mahu ikot cara mereka, daku seperti cuba menjadi orang lain! T__T

OH TIDAK!! 

menipu diri sendiri, itu bukan jenis daku! kerana daku percaya, kepuasan tidak akan ada jika kita cuba menjadi diri orang lain! betul bukan?seorang profesor pernah berkata ..

BILA SESEORANG PUNYA IDENTITI 
TERSENDIRI DALAM PERKARA YANG DILAKUKAN, 
ITU BARULAH DIKATAKAN KEPUASAN! : )

bila teringat kata-kata ini, daku baru tersedar yang sebenarnya IDENTITI adalah kunci utama dalam setiap kepuasan! meaning that, kita tak perlu nk menjadi orang lain dalam setiap perkara yang kita lakukan..try to be ur self! kadang2 dalam seronok sangat nak meniru orang lain, kita tak sedar yang diri kita sebenarnya lebih sempurna dari mereka yang kita cuba tiru tu kn? lagipun penat kot nak menipu ni!hehe.. so cubalah menjadi diri sendiri! : )

menulis entry ni, sebenarnya mengingatkan diri daku sendiri supaya menulis ikut hati, bukan ikut orang lain!bukankah seronok menulis mengikut kata hati sendiri tanpa perlu mengikut orang lain? dalam kehidupan juga begitu..tak perlu bermuka-muka..hati yang ikhlas itu perkara utama!betul kan semua?heheh..

orang sekeliling juga selalu mengingatkan daku tentang di dunia ini punya jutaan orang yang hebat bermuka-muka..dan disebabkan daku seorang pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan bidang seni ni, umi selalu pesan pada anak daranya yang sorang ni supaya bila sudah terlibat dengan dunia kerja nanti, daku tidak akan menjadi seorang HIPOKRIT dalam setiap perkara! *time kasih umi!* : )

dan kalau kalian yang follow entry2 dari daku, kalian tentu tahu yang daku ini sering bermain dengan ayat2 puitis dan sukakan sesuatu perkara yang manis seperti GULA-GULA KAPAS kn?hehe..kemudian, bila dengar lagu-lagu mendayu dan entry2 manis dari daku, seperti entry lepas, kalian tentu akan fikir selain berkata..

DIA NI JIWANG! : )

yeah..so what jika daku sebegitu?! itu lah dunia gadis bernama Elie! sukakan sesuatu yang puitis dan sering saja perasaannya manis!hehe..rasanya tak perlu nak berselindung dari orang tentang siapa kita kan? menjadi diri sendiri adalah perlu! kalau rasa tak suka dan menyampah bila baca entry romantis atau bosan dengan blog daku, tutup saja blog ini dan pergi ke blog yang lebih hebat! habis cerita bukan?! : )

seperti kalian juga, daku lebih tahu akan apa kehendak diri dan sentiasa percaya pada diri sendiri berbanding orang lain, walaupun kadang2 tahu yang daku mudah blur dengan keadaan sekeliling!hehehe..tapi satu kata-kata azimat yang daku sematkan dalam diri ini dan pegang sejak dari dulu hingga sekarang ialah..

AKU ADALAH AKU..
ENGKAU ADALAH ENGKAU..
ENGKAU BUKANNYA AKU..
DAN AKU BUKANNYA ENGKAU! ; )

so peeps?? u guys can't change me, same goes to me! semua atas kehendak masing-masing kan? hanya perlu tepuk dada, dan tanya hati akan apa kemahuan diri! ; )
 
 baju rm10, beli kat bundle je..tak main butik-butik ni!..*jujur gila!* : p

oke dah-dah elie! suka sangat membebel sampai tak perasan tulis entry panjang-panjang!tak pandai nak tulis entry pendek-pendek sebenarnya ni..heheh..owh! kantoi pulak mulut ni tak reti nak diam!eh..kan kata menjadi diri sendiri itu perlu?! muahahahha : p

peace semua! assalamualaikum! : )

p/s: berlakon menjadi orang lain lebih RUMIT rasanya berbanding menjadi diri sendiri! : D

Tuesday, November 23, 2010

50 FIRST DATE!!

salam kalian.. : )

50 FIRST DATE adalah suatu saat yang sgt sweet untuk meraikannya!

setelah puas dihitung dan dinanti, tibalah bilangan ke 50 untuk daku dan noddy berdating! : )

LIMA PULUH! :P

Sesungguhnya angka 50 adalah suatu saat yang sangat ditunggu oleh daku dan noddy untuk meraikan detik yang menandakan kali ke 50 kami berdating! sejak dari dulu, bersama dan mengira detik2 untuk mencapai date ke 50 ini, tapi masih belum tiba pada saat yang dinantikan! dalam tempoh 2 tahun bersama, siapa sangka tahun kedua ini kami mampu meraikan detik ke 50 kami bertemu? 

DIA yang di atas telah mengaturkan segala pertemuan dan perhubungan yang hebat ini, tiada siapa mampu mentafsirkan apa yang tersirat dan tersurat..betul bukan? kami hanya merancang saja dan alhamdulillah.. DIA telah membenarkan kami untuk kekal bersama sehingga tahun kedua ini dgn melalui hari2 yang serba indah hingga sampainya date ke 50 ini! syukur! : )

dan detik yang indah ini haruslah kami raikan dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang bersama setelah susah payah untuk bertemu selama ini kerana masing2 punya tugas tersendiri dan harus menyelesaikan semuanya terlebih dahulu sebelum memikirkan tentang soal hati dan perasaan masing2..dan bila tiba hari yang ditunggu, perasaan yang manis itu dicoretkan melalui sepotong kek, kerana harapnya boleh memberikan kemanisan berpanjangan dalam perhubungan ini! *ewah!* :p

sepotong kek, 1001 rasa manis! : )

detik2 yang indah ini juga telah memberikan 1001 rasa dalam diri bila masing2 mula 'recall' semula bagaimana bermulanya perhubungan yang indah ini dan bagaimana pertemuan pertama mampu membawa kami ke tempoh 2 tahun berpacaran dan kekal untuk date ke 50 ini!

bila sudah sampai ke detik yang dinantikan, saat bermesra adalah saat yang manis untuk dikongsikan bersama dan moment2 indah haruslah dirakamkan untuk bukti kegembiraan kami berdua! melihat ragam manusia di  malam hari sambil menikmati kek yang manis dan ditemani lampu-lampu bercahaya di KLCC adalah sesuatu yang sangat hebat pernah dilakukan bersama! : )

adakah sesi menyuap kek dipanggil SWEET?! hehehe

kadang2 cik abg sojar ini juga mahu dimanjakan!muahahha! ;p

heppy couple! <3

dan seharusnya perasaan yang indah akan lebih memekar di dalam hati seorang gadis bila mendapat nota cinta dari kekasihnya yang sweet di saat mereka meraikan detik ke 50 bertemu! walaupun sekadar dirangka di atas sehelai kertas putih, tapi mampu melahirkan perasaan yang sangat hebat di dalam hati gadis bernama Elie ini!

nota cinta dari Noddy!<3

dan saat itu, selain DIA yang mengetahui apa yang kami rasakan, menara berkembar KLCC telah menjadi saksi akan pertemuan ke 50 kami! sejak dari pertemuan pertama, 1st year annyversarry, sehinggalah date  yang ke 50 ini, KLCC selalunya menjadi tempat hebat yang menyaksikan kemesraan kami berdua! tak percaya? rujuk semula entry2 dating daku yang lepas2, pasti kalian akan percaya!hehe..Thanks a lot to KLCC! : )

nice angle! : )

semestinya date ke 50 daku dan noddy, semuanya indah belaka dan SEMPURNA!! sememangnya ianya ialah ONE SWEET DAY antara daku dan noddy! tiada kata yang dapat diluahkan selain ungkapan syukur yang tidak terhingga kerana dapat kami meraikan date ke 50 ini bersama..selebihnya, daku mengharapkan agar rasa sayang dan cinta antara kami berdua semakin melimpah ruah dan berkekalan sehingga ke akhir hayat! i'allah..: )

THANK YOU SAYANG FOR THE WONDERFUL 
50 FIRST DATE!

I.L.Y.S.D.M, SAYANG! <3

I heart YOU till end, SAYANG!

sama seperti lagu yang baru ditukar di dalam blog ini, I WANNA BE WITH YOU! by Mandy Moore, daku juga mahu sentiasa bersama dengan pujangga hati ini seperti mana kalian di luar sana yang sedang berpacaran! : )

jadi, kalian sila doakan perhubungan kami ini akan kekal sehingga denyutan nafas kami yang terakhir! dan Semoga daku dan noddy berjaya menempuh hari-hari kami seterusnya dengan indah dan sempurna sepertimana 50 first date kami! i'allah.. : )

p/s: Lepas 50 first date, daku aim utk sambut 100 first date dgn noddy pulak! mintak-mintak tercapai! Amin! hehehe.. : D

Monday, November 22, 2010

SCANDAL!

salam kalian.. : )

tak pernah langsung dalam kepala hotak daku nk menduakan cinta dari NODDY! 

apatah lagi mahu mengecewakan hati sang kekasih itu!

dalam erti kata lain, MEMPUNYAI SEORANG SCANDAL!

OWH TIDAK!!


TAK PERNAH!

TAK PERNAH!

SUMPAH TAK PERNAH!!!

tapi tah kenapa lepas menonton video seorang lelaki comey yang hebat bermain piano, dengan suara agung yang dilontarkan pada khalayak ramai, terasa seperti hati ini sudah TERjatuh cinta pada lelaki itu! seperti jatuh cinta pandang pertama juga ada! OMIGOD! : p

kalau lihat videonya sedang bermain piano, perasaan ini sudah tidak keruan! mahu saja daku katakan..

OWH..KAMU HEBAT!

YOU HAVE SUCH A GREAT VOICE!

I LOVE YOU!!

oke...cukup2! sebelum bunga-bunga cinta semakin memekar dalam hati ini, dan sebelum perang dingin meletus antara daku dan noddy bila sang pujangga itu tahu daku punya scandal..baik terus terang dengan kalian siapa skandal daku!teehe.. :D

REPRESENTING!!.....*drum sounds plish!*
:
:
:
:
:
:

GREYSON CHANCE!! ; )

Sekali pandang, macam Justin Bieber, dua kali pandang, Greyson is much comey! :D

OWH..ada seorang kawan pernah bagitahu, GC seperti JB, tapi tidak!! sememangnya lain! daku tidak pernah suka pada Justin Bieber! Apatah lagi mahu meminatinya seperti wanita2 lain yang gilakan JB..walaupun lagu BABY nyanyian JUSTIN BIEBER selalu dimainkan untuk halwa telinga, tapi selalu saja daku katakan TIDAK dan TIDAK kepada JB!!! = )

Dan daku cuba mencari persamaan antara GS dan JB, mungkin hanya tang rambut saja sama gaya..tapi dari segi lain, ternyata GS is much better! hehehe..dan selepas melihat video Greyson Chance di YOU TUBE, oke daku boleh kata.. 

WOW!!HEBAT GILA!!!

dan mulalah diri ini terasa seperti..

LOVE IS IN THE AIR!! ; )

oke dah-dah wahai elie..perasan sudah kau! muahahahahha..

hey, kalian tak percaya? lihat saja video dari GREYSON CHANCE di bawah! kalian tentu terpesona dengan kehebatan suaranya! seperti daku?! hahahaha 


so? how was it?

HEBAT BUKAN SUARANYA? : )

boleh tak kalau daku nk cakap, 

SUDAH JATUH CINTA PADA GREYSON CHANCE LAH!
:
:
:
:
:
:
:

tapi NODDY, macam mana?

haish! *garu kepala*
:
:
:
:
:
:

hey...janganlah risau..daku hanya cinta, sayang dan rindu pada noddy saja! : )

KAN TAK BAIK MENDUAKAN CINTA SESEORANG! :D

p/s: tak akan pernah tabik pada mereka yang punya scandal bila sudah berpacaran! benci! : |

Thursday, November 18, 2010

AIR DICINCANG TAK AKAN PUTUS!

salam kalian .. : )

daku akui, antara daku dengan kakya (kakak), dia agak 'baik' dari daku! : D

baik dalam konteks menjadi anak yang mendengar kata, dan lebih menjaga hati orang sekeliling! tak seperti daku yang lebih suka protes dalam setence hal dan kadang2 lebih lantang bersuara atau lebih nakal berbanding dia! cakap daku pun kadang2 main lepas je..almaklumlah, mulut takde insurans lah katakan..*peduli apa daku?!* hee..

dan dalam study, daku tak boleh lawan kakya sejak dari dulu! memang daku surender awal2.. nak-nak lagi kalau benda yang melibatkan kira-kira atau matematik! itu memang daku fail! teeheee ;p

tapi kalau diikutkan dari segi kreatif dan berseni, daku lebih ke arah itu! bab-bab nak membina ayat kalau masuk contest atau buat barang2 kreatif ni, kakya memang kalah! mungkin sebab memang bidang daku rasanya sejak dari dulu.. hee..dats y umi cakap anak daranya yang second ni lebih ROCK! ngeeee..

Senang kata sikap kakya macam 'PONDAN' sket, dan daku seperti 'TOMBOY!' heheh.. :D


tapi walaupun kitorg ni adik beradik, selalu saja ada gaduh2! hish! macam cite TOM n JERRY tu.. si TOM tak boleh jumpa JERRY kn? kalau tak, mesti perang besar! haa..macam tu lah kitorg kadang2 kalau kat umah ni! heee..

kalau gaduh atas sebab yang besar gedabak takpe jugak, tapi selalu atas sebab yang ciput macam semut!heeheh..contoh..

** (E utk ELIE), (K utk KAKYA)**

situasi 1 :-

umi suruh salah sorg pergi basuh pinggan..

(K) : ADIK PERGILAH BASUH! KAKYA BUAT BENDA NI JAP!

(E) : KAKYA LAH BASUH! APA ADIK PULAK? SEMALAM ADIK DAH BASUH!

situasi 2 :-

abah suruh salah sorang sapu sampah, sorang lagi lipat baju..

(K) : ADIK SAPU SAMPAH, KAKYA LIPAT BAJU OKE?

(E) : AHH..YANG SUSAH, KENA BERGERAK, KAU BAGI AKU YA KAK? (dalam hati) 

situasi 3 :-

umi suruh mandikan adik kecik kitorg, NOUHA...

(E) : KAKYA, PERGILAH MANDIKAN DIA! DIA BUKAN NAK MANDI NGN ADIK PUN!

(K) : ALA! BUAT LAH KEJAP! TAK NAMPAK KE KAKYA TGH BUAT KEJE NI?!

haaa...sudah nmpak situasi di atas? boleh bayangkan macam mana kitorg selalu gaduh dan perang kat umah ni?hahaha..tapi tu baru sikit, belum lagi part2 bengang dan perang mulut berlaku! hahah..umi selalu saja bising kalau time kami tgh gaduh...katanya..

APA KORANG NI? 
SIKIT-SIKIT GADUH..SIKIT-SIKIT GADUH!

hehehe..dan satu rahsia, selalu kalau lawan mulut, memang kakya akan kalah..dia lebih cepat diamkan diri dari melawan bibir mungil adiknya ni..sebab? bila2 masa bibir mungil ni boleh kuakan lasernya yang ada POWER! muahahhahha.. :p

tapi kata orang, gaduh2 antara adik beradik ni perkara biasa! lumrah hidup! kejap gaduh, japg ketawa terbahak2 balik! hehehe..pagi ni masam2 muka, tgh hari karang, cuit2 sna, cuit sini..geletek sana, geletek sini..kalian pun macam tu kan? kan? kan? hehe..

cume satu daku perasan, perkara yang boleh buat kami dua beradik ni tak bergaduh untuk sehari ialah bila time untuk berkongsi cerita! masing2 sibuk bercerita pasal polan ni, polan tu, boyfren si A, girlfren si B, bla-bla-bla..sebab apa time berkongsi cerita je boleh berbaik? sebab,, yang sorang sibuk bercakap, yang sorang lagi sibuk mendengar! haa..mana boleh potong ckp orang lain? abah kata tak sopan!hehehe : )

macam situasi petang tadi, daku tgh syok layan VAMPIRE DIARIES, dan hari hujan, sumpah lebat! tiba2 kilat dan TUPPP!! blackout!

AHHH...KACAU!!

da gelap, tak tau nk buat apa..daku dan kakya seperti biasa, baring sebelah menyebelah..dan mula pot-pet-pot-pet! time tu, memang takde gaduh mulut atau perang2 macam selalu! gelak ketawa dalam gelap dan gosip sakan macam tgh borak dgn boyfren! hahahha..so sekarang daku dah tau, best rupanya borak dengan kakak sendiri dalam suasana gelap!rasa macam tgh duduk dalam gua! hahahha..

ehem! dan sekarang, daku tau..kalau time mood tak baik tu, b4 kuakan laser, baik ajak kakya bercerita dulu..takut nnt asyik gaduh mulut je, sampai umah terbakar pun tak perasan!Heee.. atau bila da kawen nanti, baik salah sorang pindah umah sendiri, sebab takut bila jumpa ari2, gaduh pun ari2, silap aribulan, laki sendiri pulak suruh tdo kat sofa lua umah! hahahahahha.. : P

tapi daku masih percaya, selama mana dan sekerap mana pun kitorang adik beradik ni bergaduh atau masam2 muka, sekejap je boleh hilang masamnya!sebab kata pepatah kan berbunyi..

AIR DICINCANG, TAK KAN PUTUS! : )

p/s: daku tak pernah lagi maki kamun atau kuakan kata2 kesat kalau gaduh ngn kakya! bagus kan? heheh : D

Wednesday, November 17, 2010

KORBAN vs QURBAN?!

salam kalian .. ; )



TIGA filem di atas merupakan kisah benar! 
meski berlainan cerita, berbeza tajuk termasuk pelakon,
tapi satu tema yang sama, iaitu..

PENGORBANAN! 

kalau filem THE PURSUIT OF HAPPINESS, lakonan Will Smith, membawa mesej pengorbanan seorang bapa yang berusaha memberi kehidupan terbaik kepada anaknya, filem Changeling pula menyampaikan mesej tentang pengorbanan seorang ibu yang kehilangan anaknya, dan sehingga kini berusaha mencari anaknya yang hilang kerana diculik! dan filem A Walk To Remember, mengisahkan seorang kekasih yang sanggup mencari ubat dan penyelesaian untuk mengubati kekasih tercinta yang menghidapi leukimia!

wah!kalian nampak kelainan erti pengorbanan dalam cerita2 tu? hebat bukan?! :D
antara 3 filem di atas, daku memilih filem Changeling sebagai sebuah filem yang berjaya! berjaya bukan sahaja kerana konteksnya yang kuat dan padat dengan mesej, tapi juga kerana hebatnya nilai sebuah pengorbanan seorang ibu itu! 

dan bukan juga kerana lakonan mantap dari Angelina Jolie, tapi kerana mengikut kisah benar mengenai seorang ibu yang sanggup mengharungi pahit getir dalam mencari anaknya yang hilang, sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa hanya kerana dituduh gila setelah menuduh polis tidak mencari anaknya yang hilang! walaupun  anaknya masih lagi tidak ditemui, tetapi sang ibu masih menyimpan harapan dan percaya bahawa anaknya masih hidup! WOW! impressed me seriusly!huhu..

kalian nk tahu lebih lanjut, rujuk sini! : )

merujuk 3 filem yang daku sebutkan kat ats,daku percaya, dalam setiap kehidupan manusia, memerlukan istilah pengorbanan! baik dalam kerja, perhubungan atau setiap apa yang dilakukan! dahulu, daku pernah terbaca suatu artikel yang mengatakan,

PERNGORBANAN ITU KADANGKALA 
MEMBAWA KEJAYAAN!

dan kalau di tanya pada daku, adakah daku percaya dengan kata2 di atas..jawapannya adalah..

YA!!

YA!!

dan

YA!!

daku percaya dengan kata-kata itu! memanglah tak semua perkara yang dikorbankan itu membawa kepada kejayaan, but atleast, kalau berjaya dengan adanya pengorbanan, selain diikuti dengan nawaitu yang baik, confirm hasil yang datang boleh buat orang tersenyum sampai ke telinga!betul tak-betul tak?? *daku kata betul, jadi betullah kot!* teeheee :D

Dan pada daku, istilah berkorban bukanlah sesuatu perkara yang wajib dalam hidup! ia mungkin hanya perkara SUNAT! heee.. harus juga dilihat dan dipikirkan 2 atau 3 atau 4 atau berkali-kali sebelum mengambil jalan untuk berkorban!oke, kononlah  kata kalian nk berkorban untuk org lain, tapi tak pk masak2 dulu, dan akhirnya segala benda tak jadi, apakah hasilnya? sia-sia belaka! ceh!! time tu, mulalah putus asa sampai terjun bangunan, bunuh diri!sebab?? tak dpt nk berkorban untuk org lain, akhirnya diri sendiri yang terkorban! KESIAN!~

tapi kalau lembu yang nak kena korban esok, rasanya  bukan kerana ia tak pk masak2 sebelum diqurbankan, cuma da mmg nasibnya kena jadi mangsa korban setiap tahun.,so mmg tak leh nak simpati la..huuuu..dan orang2 yang nk menyembelih lembu tu pulak, bukannya dorg tak pk masak2 sebelum korbankan lembu tu..tapi sebab dorg da lama pikir pasal binatang yang dorg bakal sembelih esoklah, tu yg tunggu nak sembelih je esok..dan kalau asyik pikir kesian punya pasal, mmg tak sembelihnya segala binatang kat dunia ni tiap kali datangnya raya qurban!heee..alamatnya pancing ikan jelah..heee.. : )

so,berkorban atau dikorbankan punya pelbagai istilah pada semua org..lain orang, lain pendapatnya..Meminjam dialog Angelina Jolie dalam filem CHANGELING, yang berkata tentang pengorbanannya, berbunyi..

I BELIEVE THAT MY SON IS ALIVE! 
AND  I STILL KEEP THE FAITH!

daku garu kepala mula2 dengar ayat ni..rupanya..ia nk cakap, dalam berkorban juga, perlukan suatu harapan! yelah..bukannya lepas da berkorban, cakap LANTAKLAH ke hape..atleast letakkan satu harapan agar pengorbanan kalian tak sia2 belaka..kn..kn..kn?

macam org yang nak sembelih lembu esok..lepas da selesaikan satu suruhan dari yang kuasa, pastinya mereka harapkan niat murni mereka diterima DIA di atas..dan harus juga mereka harapkan orang kat umah mereka masakkan sup tulang untuk mereka, lepas seharian berpeluh2 melapah bagai! heee.. :D

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK UMAT ISLAM SEDUNIA! 

SEMOGA RAYA QURBAN KALI INI LEBIH BERMAKNA 
DARI TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA! I'ALLAH.. 

TAKE CARE SEMUA! ; )

credit untuk baju pinjam housemate semester dua! teeheee! ; )

p/s: tgh berpikir2 esok nak pergi tgk lembu kena sembelih ke tak?! abah kata ada 8 ekor lembu bakal jadi mangsa QURBAN! wow, banyaknya! heee ;p

Monday, November 15, 2010

3 IDIOTS!

salam kalian.. ; )

menonton filem hindustan kadangnya menyeronokkan! :D

tahu tak bagaimana peminat2 filem hindustan berpendapat filem hindustan adalah lain dari yang lain? daku bukanlah seorang peminat tegar filem hisdustan, tapi kadang2 layan juga filem2 lakonan Shah Rukh Khan, Kajol dan Amitabh Batchan! hehehe..

menjadi seorang pelajar penulisan seni layar, daku cuba menilai serba sedikit mengenai filem hindustan! heheh...mungkin ramai yang melihat filem hindustan membosankan kerana penuh dengan lagu-lagu rancak dan sedey, selain tarian yang pelbagai dengan heronya berpakaian kuta (pakaian tradisi bg kaum lelaki india) dan sari atau lengga (pakaian tradisi bg wanita kaum india). dan kalau takde adegan golek2 kat rumput, intai-intai kat balik pokok, yang itu bukanlah filem hindustan! heheheh

tapi tahukah kalian yang adegan2 di atas ialah satu keunikan filem hindustan? di India, mereka menjual filem2 mereka dengan adegan2 sebeginilah sehingga filem mereka mencecah box office! *mesti ada sorang dua yang ketawa bila baca ayat ni!* muahahhaha :p

melihat filem KUCH-KUCH HOTA HAI, yang sangat hebat pada zaman daku bersekolah dulu, rasanya tiada lagi filem hindustan zaman ni yang boleh lawan filem ni! memaparkan tema persahabatan dan kekeluargaan, daku boleh anggap filem itu cukup dramatik dan MANTAP!



Pernah juga daku tonton filem hindustan yang lain seperti Mann, Kabhi Kushi Kabhi Gham, Slumdog Milionnaire dan banyak lagi..tapi tak satu pun rasanya boleh lawan kekuatan filem Kuch2 Hota Hai yang punya jalan cerita yang sangat cantik! contohnya Mann, membawakan tema percintaan yang bermula di atas kapal oleh seorang gadis yang cacat kerana kemalangan akhirnya berkahwin dgn lelaki normal..HEY!, itu KLISE! dan Kabhi Kushi Khabie Gham, tema kekeluargaan yang cukup kuat mesejnya dan jalan cerita yg cantik juga antara filem hindustan yg punya kekuatan tersendiri, tapi tema kekeluargaan saja, tidak cukup untuk melawan Kuch2 Hota Hai, walaupun daku sendiri menggemari jalan ceritanya yang penuh tragis! : )

dan tahun lepas juga, tahun gemilangnya filem Slumdog Milionnaire dimana filem ini menang besar dalam meraih anugerah Grammy! tapi jika di lihat dengan sudut pandang seni filem, filem itu seperti KOSONG! menang kerana adanya adegan umat islam ditindas dan dibunuh?! patutlah orang barat bangga sangat dengan filem SLUMDOG! huh! dan pengarahnya, Danny Boyle mmglah tak segan nak tunjukkan kemiskinan org luar, sebab negara dorang maju, mewah!takde cacat cela!..tapi tidak pada negara India,! huhuhu

pelakon Amitabh Batchan yang pada mulanya ditawarkan untuk membawakan watak pengacara kuiz yang wataknya dipegang oleh Anil Kapoor dan akhirnya meolak tawaran tersebut selepas membaca skrip filem tersebut dengan berkata..

SAYA TAK AKAN MENUNJUKKAN KEDAIFAN NEGARA 
SAYA SENDIRI PADA ORANG LUAR!!

Nah! nampak bukan bagaimana hebatnya kata2 seorang pelakon veteran?!Wow! memang daku tabik spring pada kata-kata Amitabh Batchan! Syabas Inspektor Sahab! teheee :p

oke.,daku sudah melihat filem demi filem hindustan yang kononnya boleh menandingi kehebatan filem Kuch-kuch Hota Hai, dan rasanya daku sudah jumpa! 3 IDIOTS, bukan satu filem yang perlu dipandang enteng! tidak menggunakan muka2 terkenal, tapi punya mesej tersendiri, kekuatan dan kehebatan sudah terbukti di dalam filem ini! Wah! : )


Daku melihat filem yang durasinya lebih 2 jam setengah ini dengan ulang tayang sebanyak 3-4 kali dalam masa sehari ni! dgn lebih 5 kali menitiskan air mata dan ketawa yang berlambak kerana adegan2 yang hebat dan jalan cerita yang cukup cantik, dan unik, sudah cukup membuatkan daku berkata..

WAH! BEST GILA! :D

dalam filem ini daku belajar mengenai erti pengorbanan, bukan saja kepada rakan-rakan, tapi juga keluarga dan orang sekeliling! tidak perlu kisah cinta yang panjang berjela dan sedih kerana cinta mendapat tentangan keluarga seperti di dalam filem hindustan yang lain, 3 IDIOTS, arahan Raj Kumar Hirani ini sudah boleh mencapai rating yang tinggi di negara India! :)

video

rasanya peminat filem korea dan jepun harus PAUSE sebentar filem korea dan jepun yang kalian biasa tonton sebelum ni, kerana kalian harus lihat dan tonton filem 3 IDIOTS ini dulu! pasti kalian tak menyesal dengan filem 3 IDIOTS ini! marilah rajin2kan diri men downlod atau beli cite ni! heheh..

3 IDIOTS, satu cerita, banyak mesej! pasti kalian akan tersenyum, ketawa dan menangis dengan sendirinya!seperti daku!teeheee! :p

p/s: Hindustan tetap Hindustan, tapi Filem-filem Melayu arahan Tan Sri P.Ramlee masih lagi di hati! : )

Sunday, November 14, 2010

KEMPEN SIHAT SEDUNIA!

salam kalian.. : )

daku antara ribuan rakyat Malaysia yang sedang menyahut cabaran 
KEMPEN SIHAT SEDUNIA! ; ) 


sebagai seorang gadis yang sangat mementingkan nutrisi dalam pemakanan, daku memang makan mengikut keperluan seharian! dari zaman sekolah, bergelar atlet sekolah, kami diminta untuk makan dengan betul seperti yang dicadangkan di dalam piramid makanan dan sesuai dengan tubuh badan seorang atlet! itu perlu untuk mengelakkan kepenatan dan masalah lain dalam berolahraga atau beraktiviti! 

sebab itu sampai sekarang, memilih menu yang lengkap untuk sajian seharian menjadi kebiasaan bila tiba waktu makan..hehe..sejak dulu, kalau makan nasi, tak lengkap tanpa ada sayuran hijau! itu perlu! kemudian protein memang harus ada selain karbohidrat untuk tenaga berganda!kalsium juga diambil dalam bentuk susu atau yogurt untuk tulang yang kuat! tahu tak kekuatan tulang amat penting kepada mereka yang aktif sepanjang hari? macam daku time dulu.. *eheh?!!* ;p

tapi bila tiba waktu cuti semester macam sekarang, satu masalah yang tak boleh dielakkan ialah bila tiba waktu makan bersama keluarga! haish! bila tengok makanan banyak terhidang, seperti nampak pakwe hensem tepi jalan! mata tak berkedip sampai air liur meleleh-leleh! mulalah nafsu menguasai diri! heee..

tapi nasib baik masih ingat pada pesanan cikgu time sekolah dulu..

MAKAN UNTUK HIDUP! 
BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN! ; )

jadi sebagai salah seorang rakyat yang menyahut cabaran dalam KEMPEN SIHAT SEDUNIA, daku masih ingat untuk makan hanya mengikut kepentingan diri! bukan nafsu semata2..eceececeh~

dan menjadi antara mereka yang bergiat dalam kempen ini, kami disarankan untuk menyampaikan pengetahuan kepada orang ramai tentang cara hidup sihat, seperti mana yang diwar-warkan dalam KEMPEN SIHAT SEDUNIA! ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai sedar akan kepentingan kesihatan diri sendiri sejak dari awal..

daku sebagai salah seorang yang berada dalam kumpulan ini, berusaha untuk menyampaikan mesej dari KEMPEN SIHAT SEDUNIA ini kepada kalian juga! selain kalian boleh mendapatkan tips untuk menjadi sihat secara semula jadi, kalian boleh juga cuci mata dengan gmbar-gambar menarik daku di bawah..manalah tau, lepas ni kalian akan terikut cara sihat yang daku amalkan pulak ke?kan..kan..kan? hehehe..

oke..1st step untuk kekal sihat ialah makanan! semua orang perlukan makanan untuk hidup kan? tapi tahu tak yang bukan semua makanan itu berkhasiat untuk diri kita? kalau boleh, makan lah mengikut keupayaan diri,.bukan nafsu semata2..owh..kalau boleh, pilihlah makanan yang dimasak secara berkhasiat, seperti yang direbus atau dipanggang..itu lebih sihat! tapi kadang2 takpe kot kalau nak menikmati hidangan bergoreng seperti ayam goreng McD! hahahhaha.. ;p

untuk lebih memudahkan kalian, ikotlah gambar2 dibawah untuk pemakanan yang sihat! : )


1- pilihlah sayuran-sayuran segar untuk vitamin di dalam badan!kalau yang tak makan sayur, cuba2lah biasakan diri kalian..sebab sayur punya byk kepentingan dalam sistem kesihatan badan tau?! ;p

2- ambil sedikit protein seperti ayam / ikan / daging dlm menu harian! itu penting oke?! then jangan lupa pada karbo! kalau tak makan nasi pun, ameklah sajian seperti mi atau roti! tenaga semuanya dari karbo, jangan lupa tau! ;p

3- untuk manisan, kalian masih boleh makan benda2 yang manis seperti ABC, tapi jangan lupa untuk tambah bahan2 seperti kacang, cincau dan buah jagung atau laici di dalam nya! ini untuk vitamin yang berganda..kalua daku, suka letak macam2, sedap kalau makan, boleh kunyah2 dalam mulut!yummy!!ehheh..
dan kalian jangan pulak lupa KURANGKAN GULA DAN MANISNYA! takut nanti kena kencing manis, kan dah datang satu lagi penyakit! heee..

4- rasanya tiada apa yang lebih penting selain buah-buahan sebagai pencuci mulut! itu yang terhebat!

lain kata..pilihlah makanan yang pelbagai warna dalam sajian kalian! semakin banyak kaler, semakin berkhasiat untuk tubuh kalian! tapi pilih pewarna semulajadi oke? bukan yang tiruan! ;D

2nd step ialah bila makan, makanlah dengan perlahan2 tanpa rasa nak cepat atau apa..macamlah ada orang yang akan kejar kalian kalau kalian makan slow2 kn? dan jangan lupa.,baca doa makan sebelum makan!hee..

jangan lah tiru daku! daku memang suka bergambar, tak kira tgh makan atau apa!hehe ;p

seterusnya, bergembiralah kalian pada setiap hari! tak kiralah bersama siapa atau apa yang kalian buat sekalipun! yang penting bergembira! kalau bersama family tercinta atau  kekasih tersayang, lebih seronok rasanya! : )

siapa kata dengan family tak boleh jadi seorang yang sihat?!

selain jalani hidup aktif seperti mengeluarkan peluh dan sebagainya, kalian mungkin hanya perlu beriadah bersama adik-adik atau kawan2 sekeliling untuk cara hidup sihat! tahu tak kalau bawak adik2 kecik untuk bermain di taman permainan kat belakang umah tu,sambil ajak mereka main kejar2, boleh membakar kalori dalam badan? ha.best kn?so, siapa2 yang ada anak atau adik kecik tu, petang ni ajaklah mereka beriadah di taman! tentu si kecik tu tak menolaklah kalau kalian ckp ada GULA-GULA SEDAP kat taman! : D

ARISA NOUHA!
ada sesiapa kehilangan anak kecik ni?! hahah

dan yang terakhir ialah SENYUM selalu! haa..berikan saja senyuman yang manis pada sesiapa saja..kan itu salah satu cara untuk bersedekah? hehe..ala..bukannya susah pun nak senyum..kalian tahu tak, seorang pakar pernah berkata..

SENYUMAN ITU ADALAH SENAMAN UNTUK MUKA!

haa..tgk! untuk muka pun ada senaman tersendiri! kalian tak perlu bazirkan duit untuk ke spa untuk membuat rawatan muka, hanya perlu senyum saja! tak susah kan? ehhehe..satu cara lain, melepaskan lelah bersama keluarga tersayang mungkin bole membuatkan kalian tersenyum sepanjang hari!

tgklah betapa lebarnya daku tersenyum! :  )
*gambar credit to ARISSA NOUHA!* hehe

haaa..tak susah kan semua tips di atas? kalian hanya perlu ikut untuk menjadi seorang yang sihat! bukan saja sihat secara luaran, tapi di dalam juga sentiasa sihat! kalian tunggu apa lagi?marilah ramai-ramai bersama2 daku dalam menjadi aktivis KEMPEN SIHAT SEDUNIA! jangan lah tunggu bila dah ada penyakit baru nak jaga kesihatan! igt kata pepatah..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI! ; )

oke kalian..marilah ramai-ramai kita menyokong KEMPEN SIHAT SEDUNIA ini! kalian tentu tampil hebat bila kesihatan kalian terjaga! : )

ehem! sekian saja pesanan ringkas dari DOKTOR GORGEOUS bernama ELIE! teheee ; D

Dr Elie! ; )

p/s: Dulu pernah bercita-cita nak jadi pakar pemakanan, tapi subjek biologi tak credit time SPM! : p

Saturday, November 13, 2010

ONE SWEET DAY!

salam kalian.. : )

Elie..

secara luarannya, dia bukan seorang gadis yang mahir dalam melahirkan kata-kata manis!

meski tahu dirinya dikelilingi oleh orang-orang
yang 'MANIS' seperti kekasihnya,

dan hari-harinya penuh dengan warna-warna CINTA! ; )


Disebabkan tidak hebat berbicara mengenai sesuatu yang MANIS bila berada di dunia realiti, blog ini  diwujudkan! ia untuk meluahkan rasa cinta yang terpendam dalam diri baik kepada orang-orang yang disayangi mahupun dihormati! : )

kalau di dalam blog, daku boleh tulis apa saja yang terbuku dan apa saja yang terlintas dalam kepala hotak sendiri...blog seperti mencerminkan apa yang ada pada diri sang penulis itu sendiri..ia seolah-olah memberitahu jika 'A' yang ditulis, maka 'A' juga lah yang disebut oleh penulis! kata aktor bernama ZAHIRIL ADZIM..

TULISAN ITU SEPERTI BOGEL!
JIKA DIA BERKATA TENTANG SESUATU YANG BODOH,
BERERTI DIA SEPERTI BERBOGEL! 

Dan disebabkan itu juga, blog ini menceritakan semua kisah-kisah manis yang berlaku dalam hidup daku! dari dulu hingga kini, setiap moment indah dan kusut masai tentang diri sudah tercoret kemas dalam kamus blog ini! seorang kawan pernah berkata...

ELIE NI, SETIAP MOMENT DIA NAK CERITA DALAM BLOG! 

dan tidak salah bukan? malah harus rasanya! kalau daku tak sentiasa update cerita-cerita hangat mengenai diri dan sekeliling, mana kalian nak tahu tentang diri ini bukan? mana kalian dpat tgk gmbar2 menarik dan pose2 hangat dari daku dan mereka-mereka semua?! tak gitu? muahhahaha..dan kalian juga tak kan tahu noddy masuk hutan jika daku tak cerita dalam blog..kn..kn..kn? hahha..

blog bukan suatu bahan untuk menjaja kisah peribadi atau apa sekalipun! jauh sekali untuk menunjuk-nunjuk kepada kalian ttg apa yang berlaku dalam hidup! ia seakan berkongsi rasa dan perasaan seorang penulis bersama para pembacanya! sama seperti lagu baru yang telah daku tukar di dalam blog, ONE SWEET DAY, nyanyian MARIAH CAREY! ; D

andaikan hanya daku seorang sahaja yang bergelar blogger di dalam dunia ini, ia seperti daku ingin memberitahu pada dunia yang daku telah lalui satu hari indah bersama keluarga tersayang, menjalani hari-hari sebagai seorang student penulisan seni layar, mempunyai kekasih hati di mana dia bergelar orang laut, dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan seperjuangan di kolej selain menikmati hari2 indah di sekitarnya! itulah sebenarnya punca utama lagu di dalam blog ini bertukar ke lagu ONE SWEET DAY! semuanya seperti satu hari indah yang harus dikongsi bersama kalian! : )

teliti saja liriknya yang indah lagi puitis..pasti kalian terbuai dengan penuh keasyikan kerana ia kan seperti berkongsi tentang SATU HARI YANG INDAH?! atau mungkin lebih baik jika ayat INDAH ditukar kepada ayat MANIS? yelah..kan tajuknya ONE SWEET DAY?! teeeheee :P

Darling I never showed you.
Assumed you'd always be there.
Took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

And I know you're your shining down on me from heaven,

Like so many friends we've lost along the way.
And I know eventually we'll be together
One sweet day..

Bagaimana? Sweet bukan? ; )

dengan menulis blog sebenarnya dapat daku melepaskan segala lelah di dalam hati..walau ia sekadar satu ayat seperti carutan sekalipun, ia tetap sesuatu perkongsian bersama kalian bukan? kalau tidak masakan kalian bukak dan baca entry di blog daku seperti sebelum-sebelum ini? malah ruangan coment juga turut kalian coretkan untuk memberikan nasihat atau pandangan sendiri! nampak bagaimana PERKONGSIAN itu berlaku dalam satu masa sekaligus? sangat bagus bukan? hehehe : )

dan sebenarnya lagu ONE SWEET DAY ini ditukar dari lagu TITANIC yang penuh asyik itu, kerana bukan sahaja kerana ia sangat sweet, malah ia adalah kerana daku ingin kalian tahu bahawa setiap perkara yang terjadi dalam hidup ini adalah sesuatu perkara yang indah di mana tidak semua orang bisa mengalaminya seperti kalian!walaupun ia adalah satu hari yang penuh dengan rasa geram atau kesakitan sekalipun, sebenarnya kita hanya perlu menganggapnya sebagai ONE SWEET DAY, tanpa perlu mengeluh bagai..ye lah..bpe kali nk ulang yang sebabnya ialah kerana ia ONE SWEET DAY?! heee..

eh..chop! bila ditelek dan ditenung2, baru daku perasan yang follower daku sudah berkurang 3 orang dari semalam!! kenapa ya?? mungkin da xsuka baca blog daku kot!sobs... ; (

jadi semoga pertukaran lagu ONE SWEET DAY ini bakal memberi kesan kepada kalian jika setiap kali masuk ke dalam page ELIE FIBRESZ ini oke?

INGAT ONE SWEET DAY, INGAT ELIE YA? ; )

dan semoga followers juga makin bertambah!heheh..semoga followers tak lari juga bila da xdpt dengar lagu asyik dari TITANIC seperti sebelum ini!..amin..*fuhhh..tiup kanan dan kiri!* teeeheee.. :p

p/s: tak tahu kenapa lagu TITANIC dari trompet si KENNY G tak leh play kat blog dari pagi tadi! terpaksa tukar berpuluh2 lagu sebelum confirm pilih ONE SWEET DAY! grrrr!!!