Wednesday, October 13, 2010

MILO AIS MASA SILAM!

salam kalian..:)

setiap kali hujung minggu, umi mesti ajak minum pagi di luar..kalo x mapley, warung2 tepi jalan pun oke..makan roti canai, minum milo ais! pergh!mmg sodap! ahh..pergi mampus dgn segala diet kalo daku balik umah..makan dan minum je segala benda! hihi..

kebetulan aritu, daku bersama abah tanpa umi, ke warung HAJI MAT,kat area Maluri, sebelah jalan besar, yang berdekatan dengan petronas..hihi..memandangkan selesema dan kurang sihat, tekak terasa nk makan bnda berkuah..jadi daku pekena bihun sup dan teh o limau panas..

sedang elok daku menghirup kuah bihun sup yang panas lagi berasap tu, terpandang pulak pelanggan yang duduk depan meja daku dan abah..seorang budak lelaki dan ayahnya..


daku lihat anaknya leka mengacau milo ais yang di odernya, sambil mata xlepas pandang dari gelas.. mungkin mahu lihat susu dan milo dalam gelas sebati.. sebelah tangan lagi menongkat dagu...


melihat dia dengan milo ais tu, daku teringat satu kisah masa daku kat sekolah dulu..waktu tu daku dlm tingkatan 3, nak amek PMR..jadi abah anta daku masuk kelas tuisyen kat area Ampang..daku belajar subjek Sains dengan seorang cikgu lelaki, namanya CIKGU MAMAT.(bukan nama sbenar).

Dia bertanya pada daku..

Elie, kenapa kalau kita minum banyak air putih (masak), air kencing kita akan jadi jernih?

dengan konfidentnya daku menjawab..

Mestilah..kan air tu kaler putih..kalau kencing, jadilah kencing kaler putih!

Hah! amek kau jawapan daku! sekali CIKGU MAMAT cakap..

Abes tu..kalau minum banyak air milo, kencing kita jadi kaler COKLAT la ye??

HAHAHHA...dan daku..telan air liur..GULP!! terus mati akal..xtao nak cakap ape! malunya mmg tahap gaban! PHEW!~~

sekarang, daku da besar.. subjek Sains pun daku da lama tinggalkan..tapi teringin nk tau kenapa utk soalan tu sbb lepas malu dengan soalan CIKGU MAMAT tu, daku dah malu nk tye jawapan sebenarnya dari CIKGU MAMAT..sbb tu jugaklah sekarang pengetahuan daku dalam subjek Sains dan Biografi, semakin berkurangan..daku da budus kot walaupun masa UPSR daku dapat A dalam Sains!muahahha...; P

jadi pada kalian, daku perlukan jawapan utk soalan CIKGU MAMAT dulu..

KENAPA KALAU MINUM AIR PUTIH, KENCING JADI JERNIH?

kalo sesiapa pelajar Sains, mesti tau jawapannya kn? hahha..jadi, Tunggu apa lagi?? cepat jawab! kepala otak da penuh dengan tanda soal da ni! ;p


pada sesiapa yg menjawab, daku belanja kalian milo ais satu nnt! muahahha! ; )

p/s: umi kata kalau minum milo banyak2, boleh keras perut! BETUL ke?? : $

8 comments:

koboys said...

kat badan kite kan ade sepasang ginjal.fungsi ginjal adalah untuk menapis segala kotor-kotoran yg trdapat pada segala yg kita minum.selain itu, air juga ditapis pada perot dan akhirye akan memasuki sistem perkumuhan.hehe.leh itu, jgnlah minum minumah yg bergula kerana ia akan menyebabkan ginjal kita berkerja keras untuk menapis gula2 tersebut.hehe.oleh itu, dgr meminum air putih, ia akan memudahkan ginjal kita menjalankan kerja sekaligus mencuci ginjal dan akan mengeluarkan cecair kencing yang jernih.hehhe :)

Daffien88 said...

koboys dah bg penerangan dengan begitu jelas sekali tu.. huhuhu.. thanks info ni , thanks jugak pada ilie kerana telah menimbulkan persoalan ini...hahaha

tfa_purpleclover said...

mirul
dak pure sains ea dulu? ingatkan dak LK =)

elie
aku nak jawab tapi mirul da jawab panjang lebar.tapi aku nak kau belanja aku air milo. bila nak bawak aku g kedai pak mamat??? tak pena lepak sana pon.hehhee

cEro said...

encik koboys dah jawab dgn bagusnya...

hoooyeahh to koboys!!

little cart00n said...

syg,.
pasni leh jadi cikgu sains cyg k?hehehe

little cart00n said...

daffien..
hhahaha...
sharing is caring..:)

little cart00n said...

tfa..
mirul pure sains la..huhu

nnt la aku bawak ko lepak mapley..borak smpai pagi k..hahha

little cart00n said...

cero..
hooyeah!!hahah