Friday, October 29, 2010

REZEKI SI BONGSU!

salam kalian..: )

sudah hampir seminggu daku tak boleh senyum sampai ke telinga seperti selalu!

semua gara2 gigi bongsu yang sedang OTW untuk tumbuh! : |


Kalian tahu bagaimana peritnya menahan kesakitan jika gigi bongsu sedang bergelut di dalam mulut untuk bersenang lenang di dalam mulut?! warghh...sakit jangan cakap! mahu menangis daku setiap kali bercakap atau buka mulut! tambahan celahan pipi di dalam mulut sudah luka dan menjadi ulser dan hampir seminggu jugaklah daku mengunyah makanan dgn menggunakan gigi di sebelah kanan saja! LENGUH! : ((

***************************

sementara menunggu last paper exam minggu depan, daku seperti biasa, bekerja di kedai daku di damansara..dan pagi2,sebelum mula kerja, daku akan sarapan kat mapley area umah atau mana2 kedai berhampiran.disebabkan hari2 makan kat mapley, pekena tosai je, mau juga daku muak! 

so, smlm..pergilah ke kedai melayu kat area umah, makan bihun goreng ngan sambal petai untuk sarapan pagi! hahahha..sedang daku duduk2 tunggu umi dan abah amek makan, terpandang pulak pada seorang budak kecik, pompuan yg duduk dpn meja daku...umur dalam lingkungan 4 atau 5 tahun. rambut diikat dua, sedang sibok bercerita dengan maknya..kecoh dan kepoh macam mak joyah kat kg daku! hehehe..dan daku perasan, ada sekotak kecil coklat ditangannya! sangat comel! : )


daku pandang dia..dia pandang daku..bila daku senyum, dia senyum balik..daku kenyit mata, dia malu-malu! hahahha..sumpah comel! mak dia pandang daku, sengih2 kambing! *banggalah tu anaknya comel!* heheh..bila makanan sampai, daku concentrate pada makanan..berhenti main mata dengan si kecil dpn meja..

tengah sedap makan, daku perasan adik tu pandang daku..lama dia tenung daku..daku senyum..dia senyum balik..sambil makan, daku ckp ngn umi pasal budak kecik tu..kunyah dan kunyah..borak dan borak..sampai lupa luka dalam mulut dan terkunyah di sebelah kanan mulut, tempat gigi bongsu daku otw nk tumbuh tu!

AAARGGHHH!!!!

daku jerit! muka da berkerut-kerut tahan sakit..mulut tak berhenti menggomel! betul lah kata orang..

KALAU TENGAH MAKAN, JANGAN BERCAKAP! ; p

hahaha..kan dah kena! huhuhu..dan budak kecik depan daku tu,  masih lagi pandang dan senyum tgk daku yg mcm kera busuk! dalam sakit2 tu, daku senyum jugaklah even tahan nk nangis sebab sakit dalam mulut! grr!

dan bila tgk dia da nk balik, daku lambaikan tangan..tiba-tiba adik kecik tu lalu sebelah meja daku, dan diletakkan coklat di tangannya tadi atas meja daku..daku pandang dia..dia pandang daku..katanya..

KAKAK SAKIT GIGI? ADIK BAGI COKLAT!

terus daku gelak kuat!langsung terlupa pada sakit gigi tu! ahahhahaha..jadi pikir..nak amek atau tak coklat tu? sebab kan dah rezeki, daku amek dan ucapkan thanks kat adik tu!dia berlari ke arah ibunya dan lambaikan tangan pada daku.. OMG! sangat comel!!warghh!! nasib baik igt yg dia tu anak orang..kalau tak, mmg sudah dipeluknya adik tu!heeee... : D

Itulah rezeki kata orang.. DIA berikan daku dugaan dengan sakit gigi, tapi DIA gembirakan daku dengan  rezeki coklat dari si kecil!mungkin rezeki gigi bongsu daku!heee...

dan semalam daku pergi kerja, dengan coklat free dalam beg! yeay! jadi pada adik kecik tu, TERIMA KASIH sangat2 ya?! : )

Hey kalian..daku dapat coklat SMARTIES dari si kecik! da abis sekotak daku makan! tak sedar gigi sakit, daku tibai saja..kan dah kata rezeki! muahahhahha ; P


Arini, gigi semakin sakit, dan gusi sudah bengkak! uwaaa!! terpaksa telan ubat tahan sakit! : ((

P/s: nnt kalau daku ada anak, nak asuh dia jadi baik ngn orang macam budak kecik tu! TEKAD!!! teeeeheee : D

Thursday, October 28, 2010

DINASTI PUNCAK!

salam kalian.. : )

b4 apa2...daku nk jerit..

HEY..IM BACK!!!! YEEEHAAA!! : ))


selepas bergelumang dgn kertas2 test dan exam tempoh hari..ini adalah waktu yang sesuai untuk merehat minda dan memenatkan badan untuk SEMENTARA! hahah..yelah, xm still on! dan ada ag satu paper, tapi sementara ada gap ni, kata orang lebih baik mencergaskan diri kn? boleh jugak merehatkan otak yang sudah hampir 'mati' akibat kepenatan yang amat! hahahha..

dan kata orang, cara terbaik untuk melepaskan lelah di otak ialah dengan BERPELUH!

jadi apa kata kita panjat bukit??!! : D

 bala-bala tentera sedang MENUJU PUNCAK!! ; P

hendak panjat bukit di belakang puncak perdana bukan senang! nak2 lagi dengan keadaan diri yang sudah lama tidak berolahraga! haish! mmg agak pancit sepanjang perjalanan nak menuju ke puncak bukit! tapi mungkin juga disebabkan asyik berhenti di setiap tempat untuk bergambar sakan, maka perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit untuk sampai ke puncak bukit, menjadi 40 minit! hait!! ; p

 On The Way!

kalau boleh, hampir setiap perjalanan mahu merakamkan detik2 indah bersama rakan2 sekelas!hey2.. bukan senang mahu berpeluh dan panjat bukit bersama2..masing2 punya hal masing2 kn? dan bila dapat bergambar bersama, HARUSlah semua gila kamera! walaupun sedang melintas jalan! heee..dan mungkin sebab itu jugak antara punca daku cpt letih!muahahhahahhaha :D


walaupun hampir termengah2 mahu meneruskan perjalanan untuk ke puncak bukit, tapi berbekalkan semangat yang ada untuk 1st time panjat bukit di puncak perdana, akhirnya berjaya juga tiba di puncak bukit! wahh! hebat betul perasaan bila sudah sampai di puncak! : ))

YEAY!! da sampai!! :))

bila sudah smpai di puncak bukit, mmg teruja melihat keindahan alam dan dunia! terasa seperti dunia ini milik diri sendiri!*amboi!* hahahha.. dan mulalah nk berposing bagai kat atas tu dengan macam2 ragam yang ada! ahh..biasalah..remaja mmg tak boleh lari dari bergambar sakan! betul tak?! : p

 RAGAM! : )
 Them! : )

selain dapat  melihat matahari terbenam, sempat pula merakamkan moment indah dengan bergambar di batu-batuan besar yang menampakkan kami seperti berada di luar negara! bak kata seorang kawan..

KALAU TANGKAP GAMBAR THEN HANTAR KAT ORANG PUN, 
ORANG PERCAYA KITA KAT OVERSEA! ; p

 POSTER CEREKARAMA!  ;D

Sesungguhnya, berpeluh bersama mereka yang berada disekeliling bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim, malah gambar-gambar yang cantik juga dapat dikongsikan bersama, walaupun hanya disimpan di dalam lappy! hehehhe... ;p 

 Girls in Need!! :)

Di saat moment indah sebegini, sekiranya tidak ada gambar-gambar yang cantik, semestinya tidak akan dapat diedit dan diuplod di dalam blog untuk tatapan kalian! dan sekiranya tiada rakan yang berusaha untuk mengambil gambar-gambar moment indah kami semua juga, kalian tidak akan berpeluang menatap wajah gembira kami bersama!hehhe..

dengan itu, sekalung ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada SHAH AMEERUL AIDEEN kerana sentiasa setia dengan kamera untuk mengambil wajah2 girang kami!hehhe..; ))
representing SHAH! : )

dan haruslah wajah2 semua masuk di dalam satu frame walaupun beberapa kali percubaan gagal! dan walaupun gambar yang diambil hanya untuk satu frame yang complete semua muka masuk melebihi hampir 30 keping! muahahhahha! ;p
ada saja cacat cela! grrr!! 

dan setelah bertungkus lumus dan perang lidah antara gadis dan jejaka, akhirnya...
:
:
:
:
:

TAAAAARAAA!!!!

lengkap semua! *even AG slek!* hee : D

wah..mmg bahagia bila dapat melepaskan lelah dan penat untuk sementara bersama rakan2 sekelas! terasa indah dan hebat bila dapat melakukan sesuatu dengan mereka yang sedia hebat! : )

tapi alangkah lebih bahagianya jika semua 19-19 orang dapat turut serta memanjat bukit di puncak perdana untuk kegembiraan bersama! : |

ah..ini  bukan masa untuk bersedih wahai Elie! mari senyum kembali kerana daku sudah berjaya mendaki bukit yang seribu kali lai rendah dari Gunung Everest dan bpe ketinggian dari aras laut juga daku tak tahu..hahha..yang daku tahu, daku sudah sampai di puncak Bukit T*T*K!! hOyeah!! *senyum sampai telinga!* muahahhahha :))

HEBAT! : )

Pasni daku nk cuba panjat bukit kat area Ampang pulak! mana tau pasni boleh naik Gunung Kinabalu pulak kan?silap aribulan, nama masuk MALAYSIA BOOK OF RECORD! hahhaa...arh..berangan sudah kau Elie! *BOOOO* heeee..

p/s: dulu daku salu panjat pokok petik buah jambu kat dpn umah! : )

Monday, October 25, 2010

USAHA SEBELUM BERUNDUR!

salam kalian..: )

sejak dari sekolah tadika,sampai masuk universiti.. daku xpernah terlepas dari peperiksaan! semua pun macam tu kn?? ada sesiapa suka peperiksaan?? ah..tidak pada daku! sangat benci kalau tiba time xm! sebab apa? balik2 kena menghadap buku dan nota! bosan!huhu..selalu saja bibir mungil ni mengeluh kesah dan merungut sendiri!

ASYIK EXAM JE! GRR!! : |

tapi kalian pernah dengar kata orang yang berbunyi..

BELAJAR SAMPAI MATI?

mmg betul! sebab dalam kubur pun kita ada exam kn? haahha..so..selagi hidup..keep on studying peeps! ; )

mereka yang disekeliling juga selalu igtkan daku yang sedang menapak mencari ilmu di dada ni untuk belajar selagi mampu..sebab ilmu penentu segala2nya..btul! itu mmg perlu..dan i'allah..selagi hayat dikandung badan..daku akan sentiasa berusaha untuk mencari ilmu! kan ILMU ITU PELITA HIDUP?! : )

Sebenarnya bermula esok..selasa..dan rabu..daku bakal berperang dengan mental! TEST dan EXAM bakal bermula! dan haruslah PERANG MENTAL BAKAL TERCETUS! masa tulah kepala akan tintong smpai rasa nk hantuk kepala kat dinding! *ketuk kepala kuat-kuat!* haahha..

jika ditanya ttg persediaan xm ni, daku berani kata dlm 50-50 je.. yelah..daku budak malas! teeeheee : p
tapi selalunya, kalau study last minit, daku tawakal kepadaNYA je! semoga DIA mendengar doa dari hambanya yang 'slow' ni! heee.. : )

dan semester ni, sangat banyak dugaan daku sebagai pelajar! baik dari belajar dan segalanya! grr! tapi daku xkn sekali-kali berundur sebelum kalah! masih ada usaha unuk menempuh kejayaan! *geli gila ayat!* hehehe..

daku terbaca mcm2 artikel untuk menempuh xm! dan byk sumber mngatakan COKLAT adalah sumber terbaik untuk kekuatan mental! jadi bila tau pasal coklat ni, daku sudah bergiat aktif dengan coklat2 yang dibeli kat kedai MAK ENON tepi kedai MAKCIK ESAH! semata2 untuk exam yang bakal bermula ni! *bgus kan usaha budak ni?* hahahahha..: )

jadi bagi kalian yang bakal ambil xm..marilah kita sama2 makan coklat! ; P

KESEDAPAN! : )

owh..sempena xm yang bakal berlangsung ni juga, daku mungkin akan mendiamkan diri dari dunia blog seketika! tapi jangan risau..hanya seketika! daku akan kembali! hanya seketika saja bibir mungil ni senyap..lepas dua tiga hari, akan kembali ber pot-pet di sini! hahha..

jadi..semoga budak bacin ni dapat menjawab xm dengan tenang dan selamat! pada rakan2 lain juga, semoga kita selamat menjawab peperiksaan dengan jayanya! maaf atas segala salah dan silap daku pada kalian yang lepas! ; )

"Ya Allah..
berikan kami ketenangan dan kejayaan dalam menjawab peperiksaan esok!
Kau yang Maha mendengar dan Maha mengetahui..
berkatkanlah usaha kami selama ini..
Kuatkanlah iman kami..
dan selamatkanlah perjalanan kami dalam mengecapi kejayaan..Amin"

dan kalian juga, SILA doakan daku yang bakal berperang ni! wish me luck ya?

 si bacin yang bakal menjawab xm! 
*apasal rasa cantik gila dalam gmbar ni?* hee ; p

:
:
:
:

ADIK!! KAU TAK STUDY KE ESOK NAK EXAM NI?!!

haa..kan umi da bising! tulah kau Elie..esok xm, still nk tulis entry lagi! haahahah..so kalian..i gotta go! kita jumpa selepas daku habis xm ya? doakan kejayaan daku dan rakan2 dalam perang mental yang bakal meletus esok ya?: )

owh..ada lagi satu, daku lupa nk cakap! heee.. kalian yang gemarkan coklat macam daku ni..HATI-HATI dgn coklat! sebab apa??
:
:
:
:
:
:
:
:
:

 TAAAARAAAA!!

ini ada COKLAT! BUKAN beby ya!
tak percaya?? tgk SINI! .. 

kalau kalian, adakah sanggup makan 'beby' secomel ini? kalau daku.. 

TAK SANGGUP DEN!!

Oke2..umi da bising sekali lagi! jumpa nanti ya? tke care semua! asssalamualaikum.. ; )

p/s: mati daku kalau tak score subjek JURNAL ANALISIS esok! : S

Sunday, October 24, 2010

SEMUA SEBAB SAYANG!

salam kalian.. : )

Kerana sayang..semuanya sanggup dikorbankan!

sebab tu dalam pepatah ada mengatakan..

LAUTAN API SANGGUP DIRENANGI!

hahahha..semua sebab apa? SAYANG punya pasal! heh!

dalam dialog filem melayu lama, selalu daku dengar ayat2 macam tu! zaman2 P Ramlee biasanya! tapi itu dalam filem!semua fantasi!kalau realilti? lagi drastik kot! kalau tak masakan ada gadis sanggup ikot laki seberang atau warga asing sampai ke luar negara, kawen kat sana, tanpa restu mak ayah sampai hilang kasih sayang keluarga? drastik kan?huhu..tu semua sebab apa? SAYANG punya pasal!

dan sebab sayang punya pasal jugak, daku dan noddy pergi dating semalam! uyeyyeyeye! *ini barulah topik entry ini sebenarnya!!* muahahahahha ; p

ke midvalley untuk bertemu selepas 13 hari bersua muka pada pertemuan lepas! wah! rasa macam da lama..tapi baru dua minggu rupanya! hahahha..dan walaupun dalam keadaan poket masing2 tengah kering kontang, tapi masih lagi mahu bertemu dan bermesra..semua sebab sayang punya pasal! hehehhe..

bila sudah dating, xtau nk buat apa!kalau mahu pergi boling, sah2 daku kalah! hahahha..nk pergi tmpat lain, semua tempat sudah pergi! sangat bosan! jadi?? pergi wayang, tgk movie THE OTHER GUYS! :)

amek tiket pukul 2 petang, dan time tu jam di tangan baru pukul 12 tgh hari..aduh! ada lagi 2 jam! pusing2 mid, tgk kedai itu dan ini sampai bosan! bila bosan..xtau nk pergi mana lagi! jadi MARI pergi makan!: ))
seronoknya dapat makan dgn kekasih hati dan borak smpai lupa diri! cakap pasal polan itu..polan ini..gelak tgk ragam budak kecik kat meja sebelah..dan bercakap pasal soal diri! wah! seronoknya bukan kepalang! nasib baik xsentuh soal politik! hahahhaha..

 the prince n the princes! ; )

masuk wayang dan enjoy the show! movie The Other Guys, owh cite lawak! hahah.. gelak sakan sampai lupa orang sebelah!hahahha..tapi terkedu dapat tgk THE ROCK pun belakon! dia hensem la..even scene dia tak sampai 20 minit!! haahha.. 

pas movie, jalan2 pusing mid lagi..sampai daku pening kepala tahap gaban! tekak sudah loya, macam nk muntah! terus ilang mood nk pusing2 mid bersama noddy! duduk di kerusi dan borak lagi..kepala yang pening makin menjadi..aduh..apa sudah jadi pada diri? nasib baik ada si noddy pujangga hati! langsung dibelikan daku panadol dan makan untuk kepentingan diri! : )) *eh..baru perasan macam pantun pun ada ayat ni!* hahhahha ; D

 igt gorges ke buat muka macam tu? hahahha

bila sudah petang, masing2 perlu pulang..nasib KTM tak penuh, so boleh la bernafas lega tanpa ada bau-bauan..tak macam waktu kami hendak pergi ke Mid! penuhnya macam tin sardin! sesak! dah tu pulak, KTM slow macam nk kehabisan bateri..sobs!kesian daku tgk budak2 kecik yg diangkut mak bapak dalam tu..terpaksa berhimpit2 dalam kepanasan.. : |

akan disimpan dalam KOTAK HATI dari si noddy! :)

naik tren sampai chan sow lin dan berpisah dengan noddy di situ..btw, thank god, masing2 selamat sampai umah tanpa jadi apa2..hehehhe...jadi..berdating semalam masih dalam mood seronok walaupun keadaan diri xberapa best! tapi kan dah kata sebab sayang! :p

THANKS UNTUK HARI SEMALAM NODDY! ; )

 i love you ever and ever! <3

mungkin betul lah kata orang,

KALAU SAYANG, SEMUANYA INDAH!

hahahhaha..itu kalau sayang..kalau tak sayang, macam mana bunyinya kn? *garu kepala!* phew~

p/s:  sayang pada noddy..cinta lebih pada DIA di atas! : )

Friday, October 22, 2010

UNGU...

salam kalian..: )

Selain warna HIJAU, daku akan pilih warna UNGU sebagai warna pilihan hati!!


sebab daku rasa warna UNGU adalah satu warna sangat yang HEBAT! : )

Gabungan dua kaler yang berlainan, iaitu MERAH dan BIRU telah menjadikan warna UNGU itu sebagai satu keler yang MEWAH! dan dengan warna ungu, seseorang itu akan kelihatan relaks, cool dan selamba! kata seorang pakar psikologi..

WARNA UNGU BOLEH MENAMBAH MOOD KECERIAAN PADA INDIVIDU!

wah...jadi mmg tak salah kalau seorang individu yang sedang berduka lara, diberikan warna2 indah dan hebat seperti warna UNGU bukan? hehehe..dan lepas ni, kalau ada nampak pakcik atau makcik jiran sebelah umah yang tengah stres2 atau sedang perang periuk belanga, boleh lah kalian bg barang2 kaler ungu pada mereka! confirm2 mereka berubah menjadi seorang yang PATIF dari Pasif! teehee! ; D

bercakap mengenai UNGU, ia bukan saja berdasarkan nama warna bukan?
daku banyak mendengar lagu2 dari band-band yang berasal dari INDONESIA! tapi daku rasa yang daku leh stick n tak boring ngn band2 mereka sampai saat ni is UNGU BAND!  : )

Lagu2 mereka HEBAT! lirik2 mereka puitis! baik dari lagu cinta hinggalah ke lagu berunsur Ketuhanan, semuanya punya mesej tersendiri! and to be frank, lagu2 mereka byk insipired daku dalam kehidupan! 
tu yg siap kumpul semua lagu dari setiap album! weh, jgn memain! muahhahha..*malunya!!*  : D

daku suka membaca dan fahami lirik2 yang ada dalam lagu mereka! semuanya boleh tangkap leleh! 1st lagu yang buat daku kenal ngn UNGU is DEMI WAKTU! lagu yg berkisar bagaimana seorang kekasih ingin memberitahu kekasih yang dicintanya bahawa dia sudah bermain kayu tiga dengan cinta baru! 

Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku

Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih

hah! bygkan macam mana nk ckp dpn2 pada girlfren atau boyfren kalian kalau kalian berada dalam situasi di ats? haaa...confirm masing2 garu kepala bukan? hahahha...

dan cuba bayangkan jika kalian sedang berada di ambang BUNGA-BUNGA CINTA? bagaimana mahu meluahkan rasa hati? dalam lirik lagu KEKASIH GELAPKU, kalian pasti terbuai dengan nota-nota cintanya!

yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari slama ini dalam hidupku
dan hanya padamu kuberikan sisa cintaku
yg panjang dalam hidupku

nanti kalau kata kalian tiada idea untuk melahirkan rasa cinta pada bf atau gf kalian, copy dan paste sja lirik di atas! pasti mereka yang disayangi terharu! hahaha..

bagi mereka yang mungkin sudah putus harapan pada seorang pujangga cinta, mungkin kalian perlu hayati lirik puitis dalam lagu CINTA DALAM HATI! ia seakan2 ingin memberitahu sang pencintanya yang tidak mengapa tidak dpat balasan cinta dari mereka yang dicinta, tapi biar mereka saja yang mencintai..

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku

wah!! lagu ini sangat romantis! silap hari bulan daku boleh mabuk kepayang tahu! aggagagga ; p

dan unsur ketuhanan dalam lagu ANDAI KU TAHU adalah yang paling memberi kesan pada daku! sebab? kalian baca sendiri liriknya.. 

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

hah! lirik penuh! amek kau! hihihi.. lirik yg bukan saja boleh mendatangkan rasa kesal dalam diri tapi sgt menyentuh perasaan! bukan senang seorang umat itu boleh mendapat keampunan dari yang DI ATAS jika tiadanya tulus di dalam hati!wah..kalau dgr lagu ni, mmg ingat mati la! sumpah takut! : S

dan sebenarnya daku takkan minat lagu2 dari Ungu kalau takdenya suara dari pujangga bernama PASHA! hehe..suara dia sangat membuai perasaan la! Gantang pun Gantang! *noddy, jangan marah!* teeeheee : D

i ADORE u!! ;p

dan kalau bercakap pasal warna UNGU juga, daku bukanlah seorang yang bijak dalam memilih warna ungu untuk disarungkn di atas tubuh badan! ada byk baju yg kaler ungu, tapi sebab macam tak cantik bila daku pakainya, jadi jarang sekali nk pakai closet kaler ungu! baik pergi kelas, dating atau keluar beronggeng! hahah..cuma ada satu gmbar daku berbju ungu utk tatapan kalian..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
TRING!!
 
 saat menjadi PENGAPIT! ; )

jadi sekarang kalian SILA beritahu daku..

MASUK ATAU TIDAK WARNA UNGU DENGAN DAKU? ; D 

p/s: nnt nk pergi beli converse ungu macam dalam gmbar 1st tu!!cantik!! ; p

MANUSIA DAN KECANTIKAN!

salam kalian..: )

Manusia memang gemarkan Kecantikan!


rata-rata semua manusia melihat kecantikan untuk kepuasan diri! baik wanita mahukan lelaki! jika wanita melihat sesuatu yang cantik untuk dipakai atau dibeli, tetapi lelaki akan memandang kecantikan itu pada wanita! mereka melihat kecantikan wanita bukan saja dari rupa paras untuk dibuat kekasih atau isteri, tapi kecantikan dalaman juga dipandang tinggi! btul bukan?  : )

masing2 punya pendirian sendiri bagaimana untuk tampil cantik! kalau tidak masakan adanya kes wanita mati di pusat kecantikan semata2 mahu menguruskan badan..dan masakan wujud kes lelaki tinggalkan wanita semata2 sudah melihat cantiknya wanita lain di mata mereka! hah! manusia..

tapi manusia mana pernah sedar..kan da selalu kuar dalam paper dan news yang kalau terlalu obses ingin cantik hanya akan memakan diri! yelah..mahu kelihatan cantik bukannya mudah! semua perlukan wang ringgit! dan nk cantik bukan seperti membuat magik yang hanya dgn petik jari , semua ada di dpn mata! kalau sape2 yg jd cantik dgn cara macam tu, alamatnya semua org kat dunialah sedang berimaginasi!hahhaha..

dan sebab terlampau obses nk cantik, tu yg jadinya kes cucuk botox dan colagen sana sini kat dunia ni! kalo x, takkanlah saintis penat2 nk wujudkan bendalah tu?!siap kumpul spesimen ag tau!heheh..ah..zaman sekarang da maju...orang letak apa dalam ubat pun, manusia pakai jugak! bukan kira mahal atau bahaya..sebab apa? nak cantik punya pasal! btul kan?? manusia..manusia..

tapi tulah..daku pun manusia..nk jugak nampak cantik! dan sebab nk nampak cantik punya pasal jugaklah daku pergi Watson semata2 nk cari Lipstik SILKYGIRL! dah tu nk cari kaler yg versi GORGEOUS sje!dan xleh blah..pergi Watson pun bukan sebab nk beli, tapi semata2 nk make sure yang Lipstik tu ada dijual di Watson! atleast daku da tau kat mana daku boleh cari..kan2?hahaha..

ye lah!..kan td dah kata, nk cantik bukan seperti buat magik!daku bukannya boleh petik jari, then akan muncul Lipstik tu kat dpn mata ni! tu yg kena g servey dulu kat Watson! muahahhahahaa ;p

GORGEOUS! ; )

tapi nasib baik DIA cepat bagi petunjuk! DIA suruh daku ikut kata hati..ikutkan tadi mahu saja daku capai dan bayar wang ringgit kat kaunter! tapi kata hati cakap..

JANGAN!!

NANTI MEMBAZIR! 
BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA!

woish! nasib baik ikut gerak hati! terus tak jadi beli! :)) agpun duit dlm purse merah mana cukup nk beli barang bongot tu!aish! tu yang terpaksa calit TESTER je kat bibir mungil ni! ah..peduli ape daku..TESTER pun TESTER la..janji lipstik GORGEOUS pnh tercalit kat bibir mungil daku!FULSTOP! ;p

tapi rasanya kalau hanya tampil cantik diluar tanpa ada cantik di dalam pun tak jalan jgk bukan? 

lagipun umi selalu pesan..

KALAU NAK CANTIK, BIAR DARI DALAM! ; )

dan Islam sendiri awal2 lagi sudah  menegaskan..

HIDUP BUKAN BERASASKAN KECANTIKAN SEMATA-MATA..

so??semua yang cantik kat dunia ni bukannya hebat pun!kan? lipstik, botox dan colagen bagai hanya hiburan manusia di dunia! bukan boleh bawak masuk kubur pun bila mati nanti! esok2 dalam kubur pun bukannya ditanya kau pakai lipstik jenis dan kaler apa kat dunia kan?! ; p

so tak yah lah terlampau obses dgn kecantikan wahai manusia! :)

p/s: cantik tak semestinya INDAH! ; )

Wednesday, October 20, 2010

SEGALANYA BERMULA DARI...

salam kalian..:)

daku sentiasa berusaha memberikan yg TERBAIK dalam setiap perhubungan!


mengikut kata orang, perlu sentiasa yakin dgn pepatah yang berbunyi..

 PERHUBUNGAN MEMERLUKAN KEPERCAYAAN..

daku bukan saja menaruhkan kepercayaan, tapi benih-benih kasih serta baja-baja sayang dalam perhubungan ini juga sentiasa di semai! tapi kepercayaan, kasih dan sayang bukan saja perlu dari sebelah pihak, malah dari kedua-duanya! jika tidak, bila-bila masa saja boleh terputus di tgh jalan! *mintak simpang!*

dalam perhubungan, masing2 punya tugas masing2 dalam menyemai cinta..betul bukan?? lelaki perlu melayan wanita, begitu juga wanita! ada juga daku terbaca akan pepatah yang mengatakan..

BERTEPUK SEBELAH TANGAN MASAKAN BERBUNYI..

melihat kepada pepatah itu, daku  yakin setiap perhubungan itu lahir dari hati yang berlandaskan rasa cinta dan kasih sayang..kalau tidak, masakan wujudnya perkataan BAHAGIA dan SEHIDUP SEMATI?

tapi sayangnya, zaman sekarang masih lagi ada yang menjalinkan perhubungan yang hanya berdasarkan keseronokan semata2..tidak serius dalam perhubungan, dan bila sudah mendapat madu, sepah dibuang begitu saja! sedih bukan melihat situasi mereka yang sebegitu? : |

dan dalam perhubungan, penjagaan yang rapi juga diperlukan agar kekal sampai bila2!bukan takat anak cucu..tapi sampai denyutan nadi dan hembusan nafas terakhir! kalau begitu barulah dikatakan SEHIDUP SEMATI! : ))

owh..bila bercakap tentang menjaga hubungan..ia bukan satu tugas yang mudah! kalau mereka yg sudah berkahwin juga adanya penceraian, inikan pula pada perhubungan yg masih setahun jagung! huhu..kadang2 jika terlalu menjaga, akan membawa kepada keburukan juga! nak2 lagi jika terlalu menjaga sehingga terlepasnya kepercayaan antara pasangan..walaupun niat di hati hanya untuk satu kebaikan!

dan kalau dijaga dengan baik sekali pun, tapi yang di atas mahu berikan DUGAAN, terpaksa dihadapi dengan tabah dan sabar..kata umi, tidak perlu tergesa2 dalam membuat keputusan..kerana daku percaya pasti ada jalan keluar jika berfikir dgn iman dan tawakal dengan qada'NYA.. ; )

Jika dugaan itu masih berlanjutan, hadapi ia dengan kekuatan kerana DIA mahu melihat umatNYA kuat! jika ada API yang membakar dalam diri, jangan ditambah PETROLnya..tapi di hapuskan dengan DEBU-DEBU CINTA! dan jika BUNGA-BUNGA CINTA sedang mekar dari pohonnya, jangan terlalu taksub dengan keindahannya..kerana tidak mustahil akan ada PIHAK KETIGA yg cemburu dengan kecantikannya..


daku sentiasa berusaha dalam memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang daku lakukan..baik dalam perhubungan mahupun kerja..tapi setiap kali mahu memberikan yang terbaik akan apa yang daku ada, seringkali mesti gagal! dan entah kenapa dalam menjadi kekasih yang baik juga kadang2 pasti dihantui dengan kegagalan! argh! : ((

tapi kata umi, kalau mahukan kejayaan, perlu sentiasa gagal..betul bukan?! :D

jadi jalani segala-galanya dengan sabar dan ikhlas, baik dalam perhubungan mahupun apa saja..kerana kepercayaan, kasih dan sayang semuanya bermula dari hati yang tulus dan suci.. ; )


APA YANG TULUS DARI HATI AKAN 
BERSINAR KUDUS DAN BERSERI - A.SAMAD SAID

p/s: sayang, mintak maaf untuk semalam! ; (

Tuesday, October 19, 2010

SILA CERMIN DIRI SENDIRI DULU!!

salam kalian.. 

CERMIN DIRI SENDIRI DULU!!


daku rasa semua org tao apakah maksud istilah kat atas tu...kn?

tapi adakah semua orang paham maksud sebetul2nya? jawapannya adalah.. 

TIDAK!

kebanyakan org mudah menilai org lain secara terang2an tanpa pandang diri sendiri dahulu! daku berani ckp macam tu sbb daku da pnh kena bnda macam ni..bukan sekali dua..tapi sudah BANYAK KALI! daku ulang..BANYAK KALI!! masih ingt KES DENGAN SENIOR DULU? haa..itu antaranya! damn bulshit!!

kali ni, sekali lagi daku benci dengan mereka yang TAK CERMIN DIRI SENDIRI DULU!

kisah bermula sewaktu daku bersama seorang rakan, PEAH [bukan nama sebenar] keluar untuk membeli barang..kebetulan sewaktu di tgh jalan, dalam keadaan yang panas, kami kehausan..jadi singgah di sebuah kedai serbaneka, ala-ala 7 ELEVENT untuk membeli air..

sampai di kedai ala2 7 E tu, daku saja yang turun..katakan pada PEAH..

KAU TUNGGU DALAM KETE, BIAR AKU JE TURUN..

masuk dalam kedai, terus menuju ke lorong belakang yang menyimpan stok2 air sejuk dalam peti ais...seperti biasa, kalo da peti ais tu simpan macam2 air untuk dipilih pembeli..confirm la daku mati akal nk beli air apa...nk2 ag b4 turun kete, xtye air apa si PEAH nk..lagila daku xtau nk beli air apa utk si kawan itu! haish..duduk mencangkung untuk melihat air apa yg sedap untuk dibli..agak lama daku seperti itu...tba2..ada sorang mamat yang da lama berdiri kat belakang daku tegur..

DIK..ORANG LAIN PUN NAK BELI AIR JUGAK! 

daku dongak kepala, pandang dia..dan cakap SORI..mungkin daku blocking jalan dia utk pilih air..bangun dari duduk mencangkung dan beralih tempat untuk beri laluan kepada mamat td..dgn tak cakap TERIMA KASIH, dia berkata...

KALAU SUSAH SANGAT NAK PILIH AIR, PILIH JE AIR TU..

dia tunjuk kepada satu kelompok air..daku lihat pada arah yg ditunjuk..tao air apa?

TIN AIR YANG ADA GAMBAR HARIMAU!
*kalian pahamkan sendiri!*

daku pandang dia cari apa yg dia cuba smpaikan, tarik nafas dalam2 dan kata..

SAYA ISLAM!

mamat itu gelak kecil bila dgr jawapan daku..dgn selamba dia berkata..

KALAU ISLAM KENAPA FREE HAIR? 
RAMBUT KARAT PULAK TU!

wah2..sedap bahasa kau nok!! mungkin dia anggap daku yang FREE HAIR ni telan dan amek air kencing setan macam tu!grr!! Confirmlah daku menyirap di situ..jadi bertanya dgn mamat tu..

BRO NI BUKAN ISLAM KE?

dia diam..mata pandang daku..daku pandang dia semula dgn muka selamba..dia menjawab soalan daku dgn jawapan dia ISLAM!suddenly muncul seorang gadis bertudung menuju ke arah kami..dlm hati daku mengangak..GIRLFREN dia agaknya..dan mmg betul..sbb gadis bertudung tadi panggil mamat dpn daku tu dgn panggilan B..

dan mulalah nk gedik2 dpn daku tye kenapa lama sgt boyfren dia pilih air la..itu la..inilah..then dia tye pada boyfennya tu, apa kes dgn daku...terus daku gebang jawapan dan tolong jawabkan bg pihak mamat tu..

BOYFREN AKAK NI TAK TAO NK PILIH AIR APA..
SAYA REKOMENKAN DIA AIR ASAM JAWA! 
SESUAI UNTUK HILANGKAN BAU MULUT BUSUK!

gadis tadi pandang boyfrennya dan kemudian dia pandang daku dgn pandangan mata yang tajam! JELES barangkali! macam nk telan daku pun ad!woit! macamlah daku ni cium boyfren dia pulak smpai nk pandang daku macam tu!grr!


daku anggarkan dia sememangnya jeles bila daku ckp daku rekemenkan air utk boyfrennya tu tanpa tahu apa sebenarnya yang berlaku between me n him!haish!!tiba2 gadis tu lingkarkan tangannya ke badan mamat tadi dan peluk dgn ketatnya..KAT DEPAN DAKU! *MOTIF?!-confirm2 dia jeles kan?* hahaah

daku pandang dgn sebelah kening terangkat, dan blah dari kedai meninggalkan mereka tanpa air di tangan..menuju ke mapley kedai sebelah, tapau TEH O AIS dan MILO AIS utk PEAH! keluar dari mapley, nampak couple dalam kedai ala-ala 7 E tadi di atas motor. mamat tadi sedang pakaikan helmet utk gadis bertudung tadi..

saja daku pandang mereka lama2 sambil tersnyum riang bila gadis tadi nampak daku tenung2..mungkin dia igt daku usha pakwenya, dan tiba-tiba..DASSS!! satu ciuman dihadiahkan pada pipi si mamat!


mamat tadi bukan main seronoklah dapat ciuman dari gadis..bila nampak daku lalu sebelah dia, laju pulak dilarikan mukanya..*tau pulak kau malu ye?* hahah..daku yang berada disebelah motonya, ketuk cermin kereta PEAH yg kebetulan parking kete kat sebelah moto mamat tu dan sebelum masuk kete, daku katakan pada mamat tadi..

BRO..KAT SINI ADA CERMIN, BRO BOLEH TGK MUKA BRO..
MUKA AKAK NI PUN BRO LEH CERMIN!

gadis tadi pandang mamat tu, dan mamat tu malu sendiri! cpat2 dia pakai helmet dan terus pecut laju motornya..dan daku..masuk kereta, gelak sampai nk terkencing! walaupun dalam hati masih panas!!GRRR!!

*********************

kalian boleh nilaikan sendiri bukan apa yang daku nk sampaikan ni??bukan niat nk buka aib org lain..tapi paham2 sendiri lah!daku mmg paling benci kalau orang yang bercakap pasal org lain, tapi tak nak tgk diri sendiri dulu!

pada mamat yang mengaku dirinya islam dpn daku tu..daku ada nota kaki utk kau! khusus utk mereka2 yang muka mintak kaki juga..macam KAU lah mamat!huh!

kalau betul kau nk sound daku sebab daku ni free hair dan rambut karat, pandang dulu girlfren kau yang bertudung tu wahai mamat! kalau betul mereka yang bertudung tu bagus di mata kau, takkan lah dia akan bersentuhan dgn kau kn? siap kiss pipi lagi! wah! hebat btul fahaman kau ttg mereka yang konon bagus ni! kau pun begitu..kalau betul kau hebat berckp pasal agama, takkan lah kau tak tahu hukum2 mudah macam ni kn? budak sekolah rendah pun tau la bab2 hukum macam ni!!haish!

yang paling xleh blah, kau sound daku sbb daku ni free hair dan anggap daku telan najis setan! mmg bisa btul mulut kau! daku mmg 'tabik hormat'  kat kau mamat! tapi sayang! sebisa2 mulut kau, still kau malu sendiri..sebab apa? bisa mulut kau tak leh lawan bibir mungil daku ni!!muahhahah...*gelak kejam!*

dan satu lagi pesanan dari daku utk org yang muke mintak kaki macam kau....

SILA CERMIN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM KAU BERCAKAP!

huh!puas hati daku! marah dan geramnya bila kena macam tu, sampai ke lubuk hati kalian tau! daku da bape kali kena macam ni, dan semua yang berkata tu jenis TAK CERMIN DIRI SENDIRI dulu! buat org lain sakit otak la kalo semua org kat dunia punya otak mereng macam mamat ni! haish!!

daku rasa mungkin daku patut bawak cermin ke mana2 sajalah..boleh jugak protect diri sendiri nnt! kan2??bagus tak idea tu wahai kalian??heee..: D

nnt daku akan fikirkan idea tu betul2..hurmm...

p/s: bukan semua yang Free hair tu HANCUS! B*TAK PUNYA ORANG! grr!!

Sunday, October 17, 2010

CROWNE PLAZA MUTIARA..

salam kalian..: )

Jika dapat makan di restoran ala-ala Jepun, pasti menyeronokkan!

nak2 lagi jika dapat bersama keluarga tersayang!
 Perasaan pastinya bahagia! : D

Semalam, Umi sudah membawa anak2 daranya untuk makan makanan Jepun dan bergembira di Kuala Lumpur! Hey2..bukan senang mahu melihat daku dan umi serta kakya keluar bersama tao!hahhaa..

A Guide To Japan! : )

Owh..sangat seronok bila dpt ke tempat makan yang suasananya cantik dan selesa! mmg sangat sesuai utk mereka yang inginkan ketenangan setelah otak kepenatan bekerja utk assignment dan kerja2 di universiti!

Awesome! 

LoveLy! : )

dengan suasana yang mewah serta penuh warna warni juga amat selesa untuk menenangkan jiwa dan raga bagi mereka2 yang sedang LARA!!huwaaa!!tapi xpe..sambil makan, sambil menikmati panorama yang hebat..sememangnya satu perasaan yang sukar ditafsirkan! *wah! ayat kau Elie!* muahahhaahah ;p


konon2 dpt pegang bunga SAKURA! padahal~~

dan paling best, kalian dapat makan sebanyak mana kalian mahu, hanya dgn RM50++..semua dari air tangan chef2 hebat dan pastilah semuanya kesedapan! baik dari WESTERN mahupun Masakan Melayu Asli! : ))

yummy!! ; p

dapat berjalan sakan bersama wanita2 hebat dalam hidup daku, semestinya satu hari yang menyeronokkan! bukan senang kami dpt spent time bersama! nk2 lagi umi yang WORKAHOLIC, dan daku serta kakya yg jauh dari rumah serta kesibukan sebagai student! phew!!

WANITA ZAMAN INI!! : )

Sista-sista!

pose kaki sebegitu ada TRICKS utk buat peha kelihatan 'COMEY!' ; p

saat2 indah juga adalah time utk dikongsi bersama mereka yang tersayang!

Hot Ladies! : )

wah..sangat menyeronokkan bukan?

jadi apa kata kalian merasainya sendiri dengan membawa pacar2 kalian atau keluarga tersayang ke PLANTER'S INN untuk mendapatkan hiburan seisi keluarga..kurang2 nya kalian dpt berkongsi kegembiraan kalian dgn mereka..sgt bahagia kalian tahu! : )

THANKS to PLANTER'S INN : ))

Bagi kalian yang tidak mempunyai transport untuk ke sana, kalian tidak perlu risau dan gundah gulana..kerana ia terletak di tgh2 kota! kalau tidak mahu naik LRT sehingga ke stesen SULTAN ISMAIL, kalian boleh menaiki MONORAIL, dan berhenti di stesen RAJA CHULAN..seterusnya menapak sikit untuk ke CROWE PLAZA MUTIARA, KUALA LUMPUR! mudah bukan? : D

Penyambut tetamu tidak bergaji! Bluekk!!

Daku sudah mengajak Noddy untuk berdating di Planters' Inn juga! hanya tunggu masa utk kami bercuti utk dating bersama..dan mana tahu, ada rezeki, dptlah kami bergmbar mesra di depan air pancut di hadapan Crowne Plaza Mutiara tu! Hoyeah!! :p

weeehaaa!! 

PLANTERS' INN..TUNGGU DAKU dan NODDY!! :p

p/s: Seluar Belang yang daku pakai tu, Umi punya masa zaman mudanya dulu! hihi.. : D

MEMORI SEMESTER 3...

salam kalian..:)

setiap semester pasti akan ada gambar yang bakal di simpan untuk koleksi peribadi setiap pelajar!lepas da snap sne sini pakai spe2 punya camera, masing2 bawak pendrive masing2 pergi collect gmbar dari polan tu dan polan ni..hah! macam tu lah daku!hahaha..

kalo masa semester 1 dlu, seronok je dapat tgkap gmbar ngn dak2 kelas kat pondok usang yang hanya menunggu saat untuk roboh!nasib baik kitorg ni satu kelas 19 org je..kalo lebih sikit jumlahnya, rasanya mmg xselamat utk buat fotoshoot time tu.. haish! *mintak simpang!*

SEM 1..Julai-Nov 09

semester 2 pulak, mmg seronok dpt naik bukit utk PHOTOSHOOT dan BERMAIN TEPUNG untuk menyambut birthday KASSIM time tu..dgn tema kalerful, macam2 kaler, macam2 ragam sume kua ari tu..sumpah best! daku tak tipu! ;p

SEM 2..Jan..April 10

dan bila masuk sem 3, photoshoot yang bermula dari outdoor pada sem2 lepas, terus bertukar menjadi indoor! apa kes?! kalo sem2 dulu dpt bergambar di luar kelas, siap naik bukit bagai, tahun ni..disbbkan kesibukan yang macam G**PANG, mmg xde time utk kami, student penulisan seni layar berseronok di luar kelas..dan photoshoot untuk sem ni jugak TIADA! : |

Nasib baik dapat bergmbar kelas waktu PARTY KELAS BEL minggu lepas..kurang2nya, ada jugaklah memori utk SEMESTER 3 ni..FUUHHH!1000 kali nasib baik... : )

sem 3..Julai-Nov 10

daku baru berkira2 nk berposing sakan di luar kelas macam semester 1 dulu..hahaha..siap ada angin2 yang meniup rambut bagai..woo..time tu mmg muke inesen sume! gila2 suma xkuar abis2an ag..junior la katakan...hahha

rambut terbang tu yang mahal time sem 1!hihi ; p

dan di semester 2, berposing sexy di atas bukit..gambar sumpah cun melecun! ye r..dah kata guna DSLR, JAMUT punye.mmg superb la gmbar!..hahaha..dan sekali lagi daku baru berangan2 nk posing maut mcm dulu..tapi xdpt eh..hahahha..

Malaysian Model wannabe??! PENDEK!! : |

tapi sem ni, even posing ala2 sopan dlm kelas kat party bel pun da kira okelah labu..daripada xde langsung..ye r, tak kan dpn lec nk berposing maut siap tonggeng na dan sini..ye dak?haha..berdiri tegak macam tiang bendera pun cukuplah..asal muka masuk gmbar! itu yang penting! hahha ; p
peace mmg sentiasa akan menyelamatkan keadaanlah!kan2?

seronoknya bergambar dalam kelas, kitorg xperlu berpanas..berpeluh2..paling contra..boleh makan ag! kumpul duit siap sorg rm5..tapau DOMINOS dan dapat KFC free,mmg kesedapan menjilat jari la wa ckp lu!confirm la masing2 senyap bila dpt makan!hahha : P

makan time!

dan walaupun gambar xbyk macam sem2 lepas, yang jumlahnya hampir 700 keping..tapi kami dpt bersma2 bergembira!itu yang sebaiknya!ye lah..sem 3 pun da nk berakhir..sedar xsedar..ttbe da nk smpi penghujung sem!hah..mana sempat nk pk photoshoot bagai..dapt berkumpul satu kelas tu supposed bersyukur berkali gnda la kn? ; )

the MATES! : )

bila sudah berkumpul..gelak ketawa pastinya senang dirasakan! xperlu nk suram2..sbb bukan senang kami sekelas nk bergelak sakan! time2 macam tu jugaklah segala jenis 'PEEL' keluar!hah.time ni jugaklah untuk candid mandid!muahahhahhaa..
 
the selenge..the gossiper..n..the stalker! 
damn! we gotta candid!!! :D

bila dapat berkumpul beramai2..kalo tiadanya hiburan, mmg tak masuk akal..paling tidak, pastinya menyanyikan sesuatu untuk halwa telinga bersama! 5 daripada mereka menyanyi riang..dan seorang dari mereka, rap! wa..tak sangka pelajar2 skrip juga boleh menyanyi! sdap pulak tu suara mereka! hihi.. : ))

the lec, n the singers! : p

berkumpul bersama untuk satu jumlah pelajar yang kecil bukanlah mudah seperti yg difikirkan!19 org dgn macam2 ragam..tapi syukur..dalam 19-19 org tu..kami masih lagi teguh walaupun seringkali wujudnya masalah dalam kelas dan kadangkala hampir putusnya tali satu persahabatan tersebut!..tapi satu yang mmg patut dipanjatkan kesyukuran ialah..kami satu2 nya kelas yg kekal utuh dari sem 1 hingga sekrang..belum ada lagi yang berhenti mahupun diberhentikan dari belajar!alhamdulillah! : ))

tgk..ini antara ragam yang ada..baling kacang masuk mulut! ; P

sekarang semeter 3 sudah di penghujungnya.. kelas dan segala2nya sudah selesai..study week juga sudah bermula..hanya menghitung hari nk berperang dengan kertas exam di final nnt..owh tidak!!harapnya semua akan berjalan lancar..semoga daku dan rakan2 penulisan seni layar akan berjaya di medan perang nnt..dan semoga muka2 yang sama akan daku jumpa dalam kelas semester depan! I'Allah..

Tolong Ya Allah..jgn ada yang berhenti mahupun diberhentikan belajar! Amin.. : ))

btw..sebelum berakhirnya semester 3, memori sudah tercipta..daku sudah completekan segala asgment yang menyakitkan hati..dan i'allah..selamat berada dalam simpanan lecturer!hihi..haih..xsangguplah nk simpan lama2..otak dan segala organ dalaman daku sudah lama tercedera dalam perang asgnment ni!hahah..kalo lama2 dibiarkan pun, boleh kena virus yang membunuh!muahahhaha..

Alhamdulillah..daku kini sudah FREE!!! uyeyeyeyeyye! : p

DONE!! : )

DOAKAN DAKU BERJAYA DI FINAL EXAM YA?! ; P

p/s: semester 3 penuh warna warni! : ))